Anda di halaman 1dari 8

PERKEMBANGAN BAHASA DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Bahasa adalah anugerah teristimewa bagi setiap individu.

Bahasa juga adalah saluran yang membolehkan manusia menyusun dan


mengutarakan idea serta pengalaman.

- Perkembangan dan penggunaan bahasa penting bagi membolehkan


manusia berhubung antara satu sama lain.
-

Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja merapatkan


hubungan sesama manusia, malah ia membolehkan kita membina konsep
berkenaan alam dan manusia di keliling.

- Bahasa ialah sistem lambang pertuturan yang terdiri daripada leretan bunyibunyian yang diucapkan dan digunakan oleh ahli masyarakat sebagai alat bagi
berhubung dan bekerjasama.
-

Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang


tenteram dan selamat.

Bahasa juga dikaitkan dengan pengalaman yang gembira dan ceria.

SISTEM BAHASA

MORFOLOGI

FONOLOG
I
SISTEM
BAHASA

SINTAKSIS

PRAGMATIK

SEMANTIK

FONOLOGI
-

Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bunyi secara


rambang.

Ini berlaku pada peringkat agahan.

Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan perbezaan fitur yang


ketara.

Kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang halus dan jelas kedengaran:


-

peringkat menangis

peringkat rengekan (cooing)

peringkat ajukan satu suku kata yang bermakna (ma, cu, bum)

peringkat ajukan dua suku kata (mama, baba, tata, dedi, susu)

MORFOLOGI
-

Apabila kanak-kanak mula menyedari gabungan bunyi membawa makna


tertentu, mereka mula mempelajari perkataan baharu pada umur 18 bulan.

Kanak-kanak sudah dapat menguasai 20 hingga 50 patah perkataan dan


apabila berumur empat tahun, mereka dapat menguasai lebih 2000 patah
perkataan .

Ada juga yang sudah dapat memahami konsep majmuk dan perkara lepas
(past tense)

SINTAKSIS
-

Kanak-kanak menguasai ujaran yg terdiri drp satu perkataan semasa


berumur satu tahun dan maju kpd ujaran dua perkataan semasa menjangkau
umur dua tahun.

Setiap ujaran merujuk kpd beberapa makna mengikut susunan kata ataupun
konteks bagi menafikan pertanyaan dan sebagainya. Ayat-ayatnya pada dan
ringkas, banyak menggunakan kata akar dan kurang atau tiada langsung
kata
kerja.
-

Selepas meningkat ke 5 tahun, barulah kanak-kanak menyamai bahasa


orang dewasa.

Selepas umur 5 tahun, kanak-kanak berupaya menghasilkan ayat-ayat pasif


atau ayat yg lebih kompleks serta dapat mengenal struktur dalaman dan
hubungannya dengan struktur luar.
Kanak-kanak berumur satu setengah tahun dapat melakukan arahan yg
mudah dengan tepat seperti:
"Ambilkan kunci ayah."
"Mana botol sayang?"

Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah menggunakan


perkataan dengan intonasi yang berbeza.

Pada umur 18 bulan, ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti:
*

Ayat Penyata:

"Baju saya." "Kunci ayah." , "Adik punya."

Ayat Negatif:

" Ayah belum balik."

Ayat Perintah/Seru: "Jangan pukul adik!"

SEMANTIK
-

Kanak-kanak mula menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian


memperluaskan perbendaharaan kata dengan agak cepat.

Pada permulaan hanya sepatah, mungkin merujuk beberapa benda ataupun


makna. Pada masa inilah kanak-kanak sering melakukan kesalahan
terutama semasa memberi makna perkataan itu.
-

Hasil interaksi dengan persekitarannya dalam pelbagai konteks, mereka


mempelajari konsep-konsep konkrit kepada yang lebih abstrak dan mula
dapat menyusun perkataan mengikut tatabahasa.

Perkembangan semantik kanak-kanak berkait rapat dengan peringkat


perkembangan intelek Piaget iaitu sensori motor, praoperasi dan operasi
konkrit.

Peringkat Sensori Motor


Kanak-kanak sering menggunakan ayat dengan satu perkataan seperti:
- Apabila dia sedang mencari ibu di sekeliling rumah, dia akan menyebut
'mama' yang bermaksud di manakah ibunya.
- Apabila dia mencari di dalam bilik air dan menggelengkan kepala sambil
menyebut 'mama', ini bermaksud ibunya tidak ada di dalam bilik air.
- Apabila dia pergi ke pintu dan memanggil 'mama' sambil mencekak
pinggang, ini bermaksud, "Mama, mari sini."
Peringkat Praoperasi
Pada umur 2 tahun hingga 7 tahun, kanak-kanak mula memahami ada perkataan
yang mempunyai lebih daripada satu makna.
Tetapi mereka masih pada peringkat konkrit dan belum begitu memahami
perkataan yang abstrak.
Peringkat Operasi Konkrit
Pada peringkat antara 7 hingga 11 tahun ini, kebolehan kanak-kanak
berkembang bagi mengecam dan membezakan makna.
Namun mereka masih terikat dengan proses pengalaman sedia ada dan
pengalaman terus. Contohnya, mereka sudah memahami fungsi rumah, ruang
tempat tidur, tempat makan, tempat tinggal keluarga, tempat kawan datang dan
sebagainya.

PRAGMATIK
-

Pragmatik ialah peringkat penggunaan bahasa yang peka pada konteks iaitu
cara seseorang menyesuaikan bentuk ucapan ataupun perkataan mengikut
konteks sosial yang berbeza.

Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar peraturan bercakap daripada


komuniti di sekitar tempat tinggalnya. Peraturan ini berbeza mengikut sosio
budaya dan bangsa.

PERKEMBANGAN BAHASA
Umur
Awal
Kelahiran

Kebolehan
Menangis bagi menyatakan sesuatu dan
bayi lebih suka kepada suara manusia
berbanding bunyi lain

Aktiviti

1 Tahun

- Meniru bunyi. Kanak-kanak mula


menggunakan bahasa bagi
berkomunikasi antara umur 9 hingga 18
bulan.
- Bertindak balas kepada beberapa
perkataan yang biasa didengari.

Bertutur
dengan
kanak-kanak
iaitu
memandang ke aarah
mata mereka (eye
contact)

2 Tahun

- Mencantum beberapa perkataan mudah


bagi menjadi ayat pendek.

Berbual dan bertutur


dengan kanak-kanak.

3 Tahun

- Menggunakan perkataan bagi


mendapatkan sesuatu menggunakan
perkataan nama dan perbuatan di
dalam percakapan.
- Mengenal pasti perlakuan ataupun
pergerakan di dalam gambar.
- Gemar bercakap dan dapat berbual
dengan ayat yang lebih panjang.
- Dapat membaca pantun, irama dan
bercerita menggunakan perkataan bagi
menyebut warna, huruf dan bentuk.
- Suka menyebut perkataan baharu dan
suka menyanyi.
- Mula bertanya berbagai-bagai soalan.
- Dapat menjelaskan maksud perkataan
ataupun ayat.
- Dapat membina ayat yang lebih panjang.
- Mula membaca sendiri.
- Bercakap seperti orang dewasa.
- Suka kepada perkataan baharu.
- Menghadapi masalah dalam
mengelaskan sesuatu hal ataupun
keperluan.
- Berbual dengan ayat yang lebih panjang.
- Bercerita berkenaan pengalamaan
seharian.
- Suka kepada perkataan yang pelik.

Berbual
bersama
kanak-kanak

4 Tahun

5 Tahun

6 Tahun

Berbual
dengan
kanak-kanak

Perbualan
antara
guru dengan kanakkanak dan antara
kanak-kanak sesama
mereka.
Perbualan pagi dan
mengadakan aktivitiaktiviti interaksi.

PENGARUH PERKEMBANGAN BAHASA

1. Dorongan
Dorongan yang dapat merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak adalah
seperti:
i
ii

Memberi maklum balas yang positif. Perlu diberi pengukuhan positif


seperti pujian atau penghargaan.
Membetulkan sebutan kanak-kanak secara membina.

2. Kamatangan
Tahap perkembangan berbahasa kanak-kanak berbeza mengikut peringkat umur
atau kematangan.
Semakin meningkat umur, semakin banyak perbendaharaan kata dan bentuk
ayat yang disebut.

3. Persekitaran
Kemahiran berbahasa berkembang dengan pesat jika kanak-kanak dibesarkan
dalam persekitaran kondusif.
Contohnya seperti persekitaran yang selamat, bebas dan terdapat bahan yang
dapat merangsang perkembangan bahasa seperti CD-Rom ataupun alat
permainan bahasa.

KONSEP PEROLEHAN BAHASA


Konsep perolehan bahasa adalah cara individu memperoleh tatabahasa yang
merangkumi bidang semantik, sintaksis, morfologi dan fonologi berserta rumusrumus yang menentukan kemampuan bercakap dan memahami bahasa yang
didedahkan kepada mereka.
Sebagai contoh, kanak-kanak normal dilahirkan dalam keluarga yang berutur
bahasa Melayu pada asasnya lahir tanpa menguasai bahasa Melayu.
Walau bagaimanapun selepas menjangkau umur lima tahun, kanak-kanak itu
mampu sedikit sebanyak bercakap dan memahami bahasa Melayu.
Perolehan bahasa adalah kajian berkenaan bagaimana transformasi itu berlaku
iaitu daripada tahap kanak-kanak kepada tidak memiliki pengetahuan tatabahasa
dalam sesuatui bahasa kepada tahap mental kanak-kanak itu memilikinya.
Seperti didefinisikan, perolehan bahasa tidak mengambil kira proses seseorang
itu mempelajari bahasa yang bukan bahasa ibundanya.
Proses ini dikenali sebagai perolehan bahasa kedua.
KONSEP PEMBELAJARAN BAHASA
Pembelajaran bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang secara
formal dengan adanya kurikulum dan bahan pengajaran yang tertentu.
Latihan-latihan berbahasa yang dilakukan juga distrukturkan.
Selain itu, proses pembelajaran bahasa juga mendasari teori, pendekatan,
kaedah dan teknik tertentu dengan bantuan guru.
Pembelajaran bahasa lazimnya berlaku secara eksplisit dengan penuh
kesedaran dan motivasi.
Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa, terdapat 6 teori penting
berhubung pembelajaran iaitu:
i
Teori Pembelajaran Pembentukan Kebiasaan
ii
Teori Pembelajaran Kod Kognitif
iii Teori Pembelajaran Interaksional
iv Teori Pembelajaran Fungsional
v Teori Pembelajaran Situasional
vi Teori Pembelajaran Anggapan

Anda mungkin juga menyukai