Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Syukur terhadap terhadap Allah atas kurnia dan rahmatnya dapatlah saya
menyempurnakan tugas ini dengan baik. Saya juga ingin mengucapkan jutaan
terima kasih terhadap pensyarah pembimbing En. Abd Rahim B. Sharif kerana
banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan semasa proses membuat tugasan ini
berjalan.Saya memutuskan untuk mengajar tajuk Bersuci daripada najis. Tajuk
yang penting bagi solat kerana jika pelajar tidak faham ,sembahyang mereka tidak
kerana najis. KEKUATAN Saya merancang untuk mengajar set induksi selama 5
minit dalam mikropengajaran kali ini. Saya memulakan set induksi saya dengan
menggunakan menggunakan bahan semula jadi iaitu lumpur dan gambar najis.
Saya menunjukkan bahan tersebut dan bersoal jawab dengan murid. Perkara ini
amat berkesan untuk menarik minat murid terhadap objektif pengajaran. Kelebihan
dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan set induksi dalam tugasan
micro teaching kali ini ialah saya telah melaksanakan set induksi yang menarik
perhatian dan merangsang minat murid. Di samping itu juga, set induksi yang saya
rancangkan menjurus ke arah kesediaan minda murid seperti dikaitkan dengan
pelajaran lepas, isu semasa dan persekitaran. Saya juga menghubungkaitkan
pengajaran saya dengan kehidupan harian murid.
Penggunaan Power Point
dalam menerangkan maksud bersuci dan najis telah berjaya menarik minat murid
terhadap pembelajaran.Huruf yang besar, terang dan jelas telah berjaya
merangsang minda pelajar untuk berfikir tentang isi pelajaran.Contoh-contoh najis
yang jelas dan menarik dalam power point telah berjaya memikat hati pelajar
tentang kewujudan najis di sekitar mereka.
Setelah pelajar faham tentang
objektif pelajaran, maka tiba masa untuk menguji mereka dengan memberikan
mereka latihan bertulis yang ringkas bagi menguji tahap penguasaan mereka
terhadap pelajaran. Hasil ujian yang diberi, kebanyakkan pelajar berjaya menjawab
semua soalan.Manakala dalam aktiviti penutup pula, saya telah berjaya
mengukuhkan penguasaan mereka dengan bersoal jawab dengan murid berkaitan
tajuk dan latihan di rumah. Selain itu, nada suara saya yang sesuai dan lantang
juga memudahkan murid-murid di dalam kelas saya dapat mendengar dengan jelas
seterusnya membantu pemahaman murid saya terhadap apa yang saya sampaikan.
Hal ini akan memberi kesan yang baik kepada tumpuan dan fokus murid terhadap
P&P saya. Di samping itu juga, murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi
pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam
menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada saya.
Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam
penyampaian set induksi saya. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam
kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan
yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas
mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang

tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian saya berkenaan isi


pelajaran.
1.2
KELEMAHAN Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam
pelaksanaan set induksi dalam tugasan micropengajaran kali ini ialah ketepatan
mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan
perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah saya
buat, didapati masa yang digunakan untuk menjalankan set induksi tidak seiring.
Masa yang saya rancangkan sebenarnya 5 minit tetapi melihat balik rakaman yang
dibuat, set induksi saya hanya guna masa 4 minit 20 saat sahaja.
Kelemahan dan kekurangan yang seterusnya ialah persembahan saya semasa
menjalankan proses pengajaran ialah kadang-kadang terkeluar loghat kelantan.
Latihan yang diberi terlalu senang menyebabkan pelajar dapat menghabiskan
latihan dengan cepat menyebabkan saya terpaksa mengadakan aktiviti lain bagi
mengisi masa yang masih ada.
3.3
LANGKAH MENGATASI Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan
memerlukan penambahbaikan lagi supaya dapat meningkatkan lagi kualiti
pengajaran saya pada masa yang akan datang. Berdasarkan kelemahan dan
kekurangan dalam tugasan micro pengajaran kali ini, penambahbaikan yang perlu
dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa dan bahasa semasa menyampaikan
pelajaran di dalam kelas. Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang
ditentukan dalam RPH. Ketepatan masa perlu diikut bagi melancarkan proses P&P.
Sebagai orang Kelantan dan bercakap bahasa loghat Kelantan setiap hari, sudah
tentu untuk mengubah cara bercakap bukan perkara yang senang. Saya akan cuba
sedaya upaya untuk berlatih bercakap bahasa Malaysia terutama semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Mengenai latihan yang cepat di jawab oleh murid,
saya menyangka mereka susah untuk menjawab tetapi mereka dapat menjawab
dengan mudah, lain kali saya akan memberi latihan yang lebih susah bagi
mencabar minda mereka untuk berfikir.
Di samping itu juga, proses
pengajaran yang menggunakan perisian multimedia amat menyeronokkan kerana
saya lebih cenderung belajar secara kendiri tanpa gangguan daripada rakan yang
lain. Itulah sebab saya memilih mengakses maklumat dengan perisian multimedia.
Semangat fasilitator (guru) serta rakan sebaya saya yang sentiasa sedia membantu
jika saya menghadapi masalah memberi keyakinan kepada saya dalam proses
pembelajaran yang saya lalui. Saya akan sentiasa berusaha untuk mencuba
mengakses maklumat daripada internet atau sumber yang lain atas usaha saya
sendiri.

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

http://pendidikan-islam-rendah.blogspot.com/2011/11/rph-makropengajaran-danrefleksi.html

Anda mungkin juga menyukai