Anda di halaman 1dari 2

BAHAGIAN A

Soalan 1.
Keperluan Merancang Program Pemulihan .
Program Pemulihan adalah satu aktiviti pengajaran yang berusaha menolong pelajar
pelajar yang lembap untuk menguasai kemahiran kemahiran asas matematik
tertentu yang dihadapi semasa aktiviti pengajaran di dalam kelas. Program ini akan
membantu memperbaiki kekurangan atau salah faham konsep dan kemahiran
matematik pelajar kepada peringkat pelajaran yang dikehendaki. Pelaksanaan
program ini adalah mengikut kadar kemampuan pelajar menguasai sesuatu
kemahiran serta berperingkat peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar.
ada banyak keperluan - keperluan dalam merancang program pemulihan
pengajaran matematik antaranya :
i. Kematangan mental pelajar rendah.
Pelajar yang di kesan untuk pemulihan adalah terdiri daripada pelajar Pelajar yang
lembap di mana mereka kurang berkebolehan dalam memahami pelajaran dan
membina konsep matematik. Mereka ini juga tidak mahir membaca dan kelemahan
inilah yang menyebabkan pencapaian matematik mereka menjadi lemah.
ii. Kematangan emosi yang berkurangan.
Kawalan dan seliaan guru amat penting bagi pelajar pemulihan di mana mereka
perlukan perhatian yang lebih untuk berjaya. Kedatangan mereka kesekolah adalah
kerana ada tekanan dan kecewa oleh sikap ibubapa. Pelajar ini akan keliru dan tidak
tahu apakah punca masalah mereka.
iii. Pergaulan Sosial yang tidak matang.
Pelajar pemulihan kurang bergaul di sekolah dan j uga di rumah
sehingga menjadikan mereka kurang berpengalaman dalam pengurusan
hidup dan tidak suka berkerjasama dalam aktiviti kumpulan.
iv. Kecacatan fizikal tubuh badan.
Tubuh badan pelajar pelajar pemulihan biasanya mempunyai masalah kesihatan,
mereka memiliki mata yang rabun, kabur, tidak dapat mendengar dengan jelas dan
yang lebih teruknya cacat anggota tubuh badan.
v. Psikologi yang lemah.

Keupayaan pelajar pemulihan amat terbatas dari segi tumpuan dan ingatan,
keadaan ini turut melemahkan tahap proses menggambarkan dan pengamatan.
Mereka juga tiada kreativiti dan kemahiran di dalam menyelesaikan masalah.
Soalan 2.
Beberapa kaedah di mana guru mendapat maklumat tentang pelajar yang
bermasalah dalam matematik.
Sebelum merancang aktiviti pemulihan seterusnya menilai pencapaian dan
membuat keputusan, pelajar pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran
matematik dapat di kesan melalui Ujian Saringan dan Ujian Diagnostik. Melalui
kedua dua ujian inilah guru mendapat maklumat awal tentang masalah
pembelajaran pelajar.
Ujian Saringan adalah merupakan peringkat permulaan dalam merancang aktiviti
pemulihan. Ujian ini boleh dilakukan secara tidak formal dengan bersoal jawab lisan,
pemerhatian aktiviti pembelajaran serta meneliti latihan daripada buku latihan
pelajar. Ujian Saringan bertujuan mengesan dan mendapat maklumat murid yang
perlu mengikuti program pemulihan.
Ujian Diagnostik diberikan setelah selesai Ujian Saringan dilakukan. Ujian ini
menguji semua kemahiran asas dalam sesuatu topik ataupun sesuatu unit pelajaran
matematik. Di dalam ujian ini, kemahiran kemahiran matematik yang belum
dikuasai dapat dikesan dari pelajar yang lemah selepas guru memeriksa kertas
jawapan dan membuat analisa keputusan. Apabila kelemahan telah dikenal pasti
perancangan aktiviti pemulihan kepada pelajar yang tercicir kemahiran boleh
dilakukan supaya mereka berpeluang untuk mempelajari matematik mengikut
kadar kebolehan mereka.

Anda mungkin juga menyukai