Anda di halaman 1dari 3

PEMBIAKAN TUMBUHAN SECARA TUT

Pembiakan tumbuhan secara tut merupakan satu teknik pembiakan yang di lakukan
pada dahan atau ranting yang masih terlekat pada pokok induk. Teknik ini menyekat
bahagian yang terlibat dari mendapat makanan dan air dari pokok induk.Apabila
dahan itu tersekat dari memperolehi makanan dan air maka keluarlah akar pada
dahan tersebut untuk mencari makanan dan air

PEMBIAKAN TUMBUHAN HIASAN SECARA TUT (MARKOT)


Langkah-Langkah Pembiakan
1. Sediakan medium dengan nisbah 1:1 (1 bahagian tanah loam: 1 bahagian
bahan organik)
2. Campurkan medium ini dengan air dan buat medium ini seperti bola
3. Pilih dahan yang sesuai untuk dibuat tut
4. Buat dua kelaran pada dahan
5. Kopek kulit nya
6. Kikis Kambium
7. Sapu hormon pengakaran pada bahagian atas kelaran
8. Lekakpkan medium pada kelaran
9. Balutkan dengan plastik lutsinar dan ikat balutan dengan tali
Contoh pokok :

Pokok Bunga Kertas

Pokok Bunga Puding

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN


KELEBIHAN
1. Ciri pokok induk diwarisi
2. Tanaman baru cepat matang

KEBURUKAN

1. Tanaman mudah tumbang kerana tiada akar tunjang


2. Perlu kemahiran membuat tut
3. Tidak boleh membiak dengan kuantiti banyak pada pokok induk

Anda mungkin juga menyukai