Anda di halaman 1dari 16

http://saranaibubapa2013.blogspot.com/p/aplikasi-ict-dalam-pengajarandan.

html
Aplikasi ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

1.0

PENDAHULUAN

Sedasarwasa ini, perkembangan kurikulum yang semakin kompleks memerlukan


kemahiran pemikiran dan penaakulan yang tinggi agar dapat diproses dengan
teknologi multimedia merentasi pelbagai displin ilmu yang ada pada dewasa ini.
Penggunaan perisian multimedia merupakan satu medium dan juga cara
penyampaian pengajaran konvensional kepada model baharu pengajaran dan
pembelajaran berasaskan pelajar. Menurut Sharifah Maimunah (2003), Pengarah
Pusat Perkembangan, menyatakan bahawa bermula daripada tahun 2003, mata
pelajaran Sains dan Matematik telah diajar di dalam bahasa Inggeris. Justeru,
dengan adanya teknologi maklumat (ICT), ianya dapat memberikan satu
kelebihan kepada pelajar mendalami ilmu pengetahuan dan kemahiran kerana
mereka dapat membuat pencarian ilmu tersebut daripada pelbagai sumber yang
kebanyakannya ditulis di dalam Bahasa Inggeris.
Bidang pendidikan merupakan satu bidang yang paling penting ke arah
merealisasikan Wawasan 2020. Dalam konteks pendidikan negara pada dewasa
ini, ia merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pendidikan
memainkan peranan penting bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang cergas,
mempertingkatkan daya saing negara dan menambah baik kualiti hidup
penduduk sesebuah negara.

2.0

PERBINCANGAN UMUM APLIKASI PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN SUBJEK BAHASA MELAYU DI DALAM KELAS

Menurut Abd. Rahim (2000), menyatakan bahawa Malaysia sebagai pusat


kecemerlangan pendidikan memerlukan satu rombakan baharu dalam dasar

pendidikan tinggi khususnya dari segi liberalisasi, pendemokrasian dan reformasi


pendidikan tinggi.

Justeru, guru hari ini perlu menguasai konsep pengajaran

berbantukan komputer agar pemahaman yang mantap terhadap konsep tersebut


dapat memberi kesan kepada mutu pengajaran dan pembelajaran guru.

Ini

disebabkan terdapat pelbagai pemahaman terhadap konsep yang diberikan oleh


guru-guru pada hari ini.. Guru pada peringkat awal perlu memahami konsep dan
prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer agar memberikan
kesan yang optimum kepada pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran
ada dilakukan oleh

setiap guru. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh

dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer


dalam kemahiran menulis menggunakan aplikasi perisisan Microsoft Word
sepatutnya

diberikan

perhatian

kerana

penggunaan

komputer

mampu

membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan


penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan
bantu

yang

digunakan

perlulah

dapat

membantu

guru

menyampaikan

pengajaran dengan lebih berkesan (Yahya Othman, 2007). Kesan penggunaan


komputer

dalam

kebanyakan

pengajaran

sampel

dan

menyatakan

pembelajaran
demikian.

didapati

Antaranya

positif

ialah

dengan

penggunaan

komputer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan Bahasa


Melayu dan pendidikan islam contohnya.

Kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani (1999) menunjukkan penggunaan


komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap
pencapaian pelajar. Kekangan yang dihadapi oleh guru Bahasa Melayu dalam
melaksanakan

pengajaran

berbantukan

komputer

meliputi

aspek

kursus

peningkatan, pelajar yang pelbagai kecerdasan, teknologi komputer yang sering


berubah, masa yang diperlukan untuk membuat persediaan pengajaran, dan
sebagainya boleh memberi kesan terhadap pengajaran.

Stallard (1998) pula

menghuraikan faktor kebolehan guru dalam pengendalian komputer, penyediaan


bahan pengajaran dan strategi yang sesuai digunakan merupakan kekangan
yang sering dihadapi.

Dalam hal ini, perancangan dan persediaan pihak pentadbir sekolah dalam
menyediakan guru-guru agar benar-benar menguasai kemahiran tersebut perlu
dilakukan secara professional.

Masalah dalam penggunaan komputer perlu

dihadapi dengan memberikan penekanan kepada penggunaan ICT dalam


pengajaran sebagaimana yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran. Sukatan
pelajaran perlu dirujuk untuk melihat keperluan menggunakan komputer dalam
pengajaran. Selain itu, penekanan pengajaran secara integrasi dalam mata
pelajaran yang lain juga mampu untuk membantu pelajar mahir dalam sesuatu
tajuk (Hokanson & Hooper, 2004).

Guru sentiasa mencari pendekatan baharu bagi mengajar mata pelajarannya


yang dapat memotivasikan pelajar melakukan penyelidikan, menelaah, menulis
dan meransang pelajar mendapatkan maklumat yang diperlukan. Kepercayaan
kini perisian multimedia berbantukan komputer adalah cara mentransformkan
pendidikan yang paling efisien dan berkesan.

Menurut Ismail (2002), perisian

multimedia boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan
pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya. Sebagai
contoh, seorang guru boleh menggunakan aplikasi Microsoft Excel dalam subjek
matematik untuk memperolehi nilai tambah, tolak, bahagi dan darab melalui
simbol Autosum. Keadaan ini bukan sahaja dapat memberi satu pendekatan
pengajaran yang baharu tetapi memberi satu nilai tambah kepada para pelajar
terutamanya murid-murid di sekolah rendah bagi meminati subjek matematik
yang dikatakan susah.

KEBAIKAN PENGAJARAN BERBANTUKAN ICT KEPADA GURU

Proses pengajaran dan pembelajaran ICT sememangnya dapat membantu


memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga
dapat mengurangkan beban tugas guru.

Oleh itu, pembelajaran berbantu

multimedia ini dapat menjadi sumber rujukan dan motivasi kepada guru bagi
membuat seterusnya menghasilkan inovasi pada pengajaran agar proses
pengajaran dan pembelajaran lebih difahami dan diikuti oleh pelajar.

KEBAIKAN PENGAJARAN BERBANTUKAN ICT KEPADA MURID

Pembelajaran berbantu multimedia dijangka dapat meningkatkan prestasi muridmurid di samping memberi pendedahan kepada guru dan pelajar terhadap
penggunaan teknologi multimedia sebagai bahan bantu mengajar.

Dengan

secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan imej sekolah yang terlibat
sebagai sebuah sekolah yang memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan
pelajar yang cemerlang dan gemilang serta lengkap dengan nilai intelek, rohani,
emosi dan jasmani (JERI).

Pembelajaran berbantu multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan


pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran
seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya. Selain
daripada itu pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran
kerana pembelajaran berbantu multimedia ini dapat menangani masalah
perbezaan pelajar dengan mengindividukan
mereka (Sharifah Alawiah , 1987).

pengajaran mengikut kebolehan

Secara tidak langsung ianya akan

meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar

2.3 GAYA PEMBELAJARAN

Gaya pembelajaran merupakan satu set ciri-ciri peribadi yang mempengaruhi


bagaimana seseorang itu menerima, mengumpul dan memproses maklumat.
Semasa di dalam bilik darjah, murid-murid mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza. Model Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn (1974) berfokuskan kepada 18
elemen yang mampu mempengaruhi kebolehan belajar seseorang murid.
Justeru, kesemua 18 elemen tersebut dapat diklasifikasikan kepada 4 kategori
iaitu persekitaran, Emosional, Sosiologikal dan Fizikal. Berikut merupakan prinsip
Gaya Pembelajaran Dunn & Dunn :

i)

Kebanyakkan individu mampu dan boleh belajar;

ii)

Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu;

iii)

Gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim, sumber dan

pendekatan pengajaran dan pembelajaran;


iv)
yang

Dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran


bersesuaian

dengan

gaya

pembelajaran,

seseorang

dapat

mengoptimumkan proses pembelajarannya.

2.3.1 TEORI PEMBELAJARAN BERBANTUKAN ICT


Menurut Fox (2003), teori ini disebut oleh Cotton, J. (1995), selepas Taylor 1980,
menyatakan bahawa komputer bertindak sebagai tutor, tutee dan alat.
Komputer merupakan tutor dalam teori behaviorisme yang dikemukakan oleh
Skinner yang membantu pembentukan program ILS (Integrated Learning
Systems). Sebagai contohnya, penggunaan perisian Microsoft Power Point dalam
subjek sains di dalam kelas, kebanyakkan murid seronok dan mudah menerima
pembelajaran dengan berbantukan teknologi.

Selain itu, komputer juga

merupakan tutee dimana dapat membantu murid-murid dalam penggunaan


komputer secara lebih efektif.

Manakala menurut Teori Konstruktivisme,

komputer dapat membantu murid-murid bukan sahaja celik komputer, tetapi


boleh membantu murid-murid dalam menguasai subjek yang lain.

Dalam

konteks ini, pengajaran berbantukan komputer dengan menggunakan aplikasi


Microsoft Word, Power Point dan Excel semasa proses pengajaran berlangsung di
dalam kelas dianggap sebagai scaffolding yang membolehkan murid-murid
berkemahiran, membentuk idea dan memahami maklumat yang sukar difahami
secara tuntas.

2.4 KEGUNAAN DAN KEBAIKAN Microsoft Powerpoint

Dasawarsa, terdapat pelbagai perisian yang digunakan pada hari ini untuk
membangunkan persembahan elektronik untuk dijadikan bahan bantu mengajar
kepada murid-murid. Antaranya adalah Microsoft Powerpoint. Merujuk kepada
Shaifol (2004), penggunaan media unsur animasi, grafik, audio, video dan teks
dalam satu persembahan pengajaran akan membuatkan sesuatu persembahan
elektronik atau multimedia tersebut menjadi lebih menarik minat murid, dapat
memberi motivasi kepada murid-murid dan juga guru dan mudah difahami oleh
semua kelompok di sekolah.

Persembahan Microsoft Powerpoint

dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas dijalankan menerusi paparan slaid demi slaid


menjadikan persembahan multimedia boleh digunakan sebagai pelantar dalam
membuat

gerakkan

animasi

tanpa

rendering.

Pada

kebiasaannya,

persembahan elektronik ini biasanya digunakan sebagai preview di peringkat


awal sebelum animasi disusun. Tujuan gerakkan animasi ini adalah bagi menilai
gerakkan tanpa menggunakan proses rendering yang mengambil masa yang
lama.

Cara mengoperasikan Microsoft Powerpoint ini lebih kepada mesra


pengguna dimana butang arahan mudah difahami dan tidak perlu menggunakan
pengaturcaraan.

Justeru, oleh kerana sifat perisian persembahan multimedia

yang menarik dimana boleh menggabungkan lima elemen media iaitu video,
animasi, grafik, audio dan teks, perisian ini sangat sesuai digunakan dalam
membentuk backdrop persembahan dalam apa jua program atau majlis yang
diadakan di sekolah mahupun di luar sekolah.

Oleh yang demikian, penggunaan perisian persembahan elektronik


digunakan secara meluas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas.

Persembahan

multimedia

menerusi

Microsoft

Powerpoint

dalam

pengajaran di dalam kelas menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran


lebih menarik serta berkeupayaan mengilustrasikan idea-idea yang sukar dan
dapat memotivasikan murid-murid secara keseluruhannya.

2.4.1

REKA LETAK DALAM PERISIAN MICROSOFT Powerpoint

Reka letak dalam perisian persembahan elektronik atau multimedia merupakan


ilmu atau kemahiran yang digunakan bagi meletakkan menyusun media pada
paparan untuk membentuk satu persembahan yang menarik.

Keupayaan

meletak dan menyusun elemen media yang baik dan berkesan memberi kesan
yang positif terhadap persembahan.

2.4.1.1

Prinsip Reka Letak CASPER

Prinsip reka letak CASPER merupakan panduan menyusun media seperti teks,
grafik, animasi dan video pada sesuatu persembahan yang dapat merangsang
perhatian dan minat murid-murid di sekolah.

Skrin yang diletakkan dengan

media tanpa dirancang menyebabkan persembahan multimedia yang kurang


menarik.

Prinsip reka letak CASPER adalah berdasarkan perkataan CASPER

berikut :

i) Contrast (Perbezaan yang Ketara)

Bagi menunjukkan perbezaan antara dua objek, warna yang kontra bagi
membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan bagi membezakan
dua item yang berlainan.

Perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus

dengan kasar, tekstur licin dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak,
garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dan besar.

ii)

Alignment (Susunan Lurus)

Setiap item yang diletakkan dalam muka perisian harus seimbang dengan muka
perisisan agar kelihatan menarik.

iii)

Simplicity (Mudah)

Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsang pengguna untuk
memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain, ianya dapat
memudahkan penerokaan dan merangsang pemikiran.

Pemikiran yang dipilih

perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami.

iv)

Proximity (Berhampiran)

Item yang digunakan dalam muka perisian harus dikumpulkan pada satu
kawasan.

Item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak

terpisah-pisah.
v)

Emphasis (Penekanan)

Memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting. Tidak digalakkan


menggunakan terlalu banyak elemen sampingan. Ini kerana, murid-murid akan
lebih tertumpu kepada elemen sampingan tersebut.

vi)

Repetition (Pengulangan)

Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu


pemahaman dalam kalangan murid-murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.

2.5 KEGUNAAN DAN KEBAIKAN Microsoft Excel

Microsoft Excel juga dikenali sebagai Excel Workbook dengan file extension .xls.
Setiap workbook terdiri daripada hamparan kerja elektronik yang dikenali
sebagai Excel Worksheet. Bilangan hamparan atau worksheet boelhd itambah
dan setiap worksheet yang diaktifkan dengan cara menekan tab worksheet
berkenaan yang terdapat di bahagian bawah kiri paparan di skrin. Hamparan
atau worksheet Microsoft Excel merupakan seperti sehelai kertas elektronik yang
terbina bersama sebatang pensel, pemadam dan mesin kira.

Microsoft Excel sangat memberi nilai tambah dalam pengajaran di sekolah


terutamanya bagi subjek matematik.

Guru inovatif akan menggunakan

pendekatan sedemikian sebagai bahan bantu mengajar.

2.6 MULTIMEDIA DALAM PENDIDIKAN

Multimedia merupakan integrasi elemen-elemen teks, audio, grafik, animasi, dan


video dengan menggunakan komputer sebagai alat persembahan
membolehkan
signifikan.

proses

pengajaran

dan

pembelajaran

berlangsung

untuk
secara

Reka bentuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan ICT

merupakan satu disiplin tentang kefahaman dan penambahbaikan proses


pengajaran secara sistematik bagi memperolehi nilai tambah dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh seorang guru.

Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003), penggunaan perisian multimedia


sudah semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar di dalam pendidikan.
Penggunaannya dapat mengatasi kelemahan serta masaalah yang dihadapi di
dalam proses pengajaran biasa di dalam kelas yang dilaksanakan secara tradisi.
Ianya menjadi perangsang kepada guru serta menjadi alat yang dapat
membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan.

Antara

beberapa

multimedia adalah:

feadah

pembelajaran

dengan

menggunakan

perisian

i) Menyokong Pembelajaran Kendiri.

Penggunaan

teknologi

multimedia

dilaksanakan dengan lebih berkesan.

membolehkan

pembelajaran

kendiri

Murid-murid boleh memilih masa,

kandungan serta hala tuju pembelajaran mereka dengan kadar yang cepat
kerana program multimedia memberi peluang serta kebebasan kepada pelajar
untuk memilih maklumat yang digemari mengikut kebolehan individu. Di
samping itu, murid-murid berpeluang belajar tajuk yang susah berulang kali
sehingga pemahaman dicapai.

Pembelajaran berbantu multimedia sebagai salah satu media pembelajaran


dapat digunakan secara berkesan untuk memenuhi keperluan pelajar yang
berbeza dari segi keupayaan, intelek dan gaya pembelajaran. Pembelajaran
individu merupakan satu sistem pelbagai dan prosedur pembelajaran yang
fleksibel dimana pelajar diberikan tanggungjawab untuk merancang dan
melaksanakan pembelajaran mereka.

ii)

Membantu Menyelesaikan Masalah Guru Dalam Pengajaran

Perisian multimedia telah membuka jalan baru dalam bidang pendidikan. Ciri-ciri
perisian Multimedia yang lebih mesra, tidak jemu, tidak penat, dan tidak sakit
hati menjadikan ia sangat sesuai bagi para pelajar terutamanya bagi pelajar-

pelajar yang kurang cerdas.

Contohnya, strategi latih tubi di mana beberapa

percubaan perlu dilakukan oleh pelajar. Pembelajaran menggunakan multmedia


dapat memberikan tindak balas serta-merta kepada pelajar. Secara tidak
langsung ia dapat memberi peneguhan yang sangat positif.

iii)

Membantu Imaginasi Terhadap Perkara Abstrak

Elemen-elemen media yang terdapat dalam pengajaran dan pembelajaran


berasaskan

multimedia seperti warna,

muzik, animasi

dan visual

boleh

menambahkan realisme dalam pembelajaran secara latih tubi, ujikaji dalam


makmal, permainan simulasi dan sebagainya.
Dengan hal ini, elemen multimedia dapat menerangkan sesuatu pengajaran
yang kompleks menjadi mudah untuk difahami dengan contoh-contoh yang
sebenar yang tidak dapat diterangkan dengan menggunakan teks.

iv)

Keseronokan Belajar dan Menjana Pemikiran Pelajar

Menerusi pengunaan multimedia, ianya berbeza dengan pengajaran dan


pembelajaran biasa yang memperlihatkan guru membaca teks di hadapan
sambil pelajar mendengar. Penggunaan perisian multimedia menjadikan pelajar
lebih seronok belajar apabila perisian tajuk yang digunakan menyelitkan animasi
dan watak-watak tertentu yang dilakonkan mengikut tema kurikulum subjek itu.
Selain itu, penggunaan multimedia ini mampu melahirkan pelajar yang mahir
berfikir, kreatif dan kritis. Secara keseluruhannya, ciri-ciri inilah yang diharapkan
oleh pihak kementerian pendidikan dalam menyediakan pelajar yang cemerlang.

2.7 SARANAN DAN CADANGAN MASA HADAPAN

Penggunaan perisian multimedia sebagai modul pengajaran dalam mata


pelajaran adalah amat berkurangan. Hasil dari beberapa kajian lepas, dapat
membantu guru sebagai bahan bantu mengajar kerana ia dapat meningkatkan
motivasi dan pencapaian murid-murid tetapi ia tidaklah secara menyeluruh
kerana peningkatan prestasi murid-murid tidak meningkat 100%. Masih terdapat
banyak kekurangan yang boleh ditampung pada masa hadapan terutamanya
dari segi penyediaan modul multimedia dengan lebih terperinci.

Bagi tujuan penambahbaikan, penggunaan perisian perlu diperluaskan agar


pelajar dapat memahami konsep dengan lebih jelas.

Para guru juga haruslah

membuat lebih banyak penyelidikan bagi menyediakan bahan pembelajaran


berbantukan multimedia lebih menarik dan efisien. Guru-guru tidak hanya
mengharapkan kepada perisian yang sedia ada malah mampu membina sendiri
perisian multimedia dengan menggunakan perisian pengarangan multimedia
seperti Macromedia Director, Microsoft Power Point dan sebagainya bagi
membantu pelajar memperolehi keputusan yang lebih cemerlang.

Dalam konteks pendidikan pada hari ini, guru perlu didedahkan kepada idea
baharu

dan

peluang

dalam

kerjaya

menghadiri kursus ICT jangka pendek.

profesion

keguruan

mereka

seperti

Pihak sekolah juga perlu mengambil

inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam


pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima transformasi
dan kemajuan dalam kerjaya profesion keguruan.
Program perkembangan staf yang melibatkan profesion keguruan di sekolahsekolah haruslah dirancang dengan baik. Pasarana dan kemudahan di sekolah
hendaklah dipantau bagi membolehkan penggunaan komputer secara meluas
dalam kalangan guru-guru.

Pada hari ini, masih banyak ruang kosong yang

mampu diisi dan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengajaran dan


pembelajaran dengan menggunakan komputer terutama dalam era globalisasi di
mana ilmu boleh didapati hanya di hujung jari sahaja. Penggunaan komputer dan
Internet diyakini akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran
bestari yang menekankan tiga unsur penting iaitu, self access, selffaced, dan self
directed.

Seterusnya gabungan pengajaran guru berasaskan teknologi maklumat dan


komunikasi serta penerapan nilai murni semasa pengajaran terutamanya semasa
penerokaan ledakan sumber maklumat melalui Internet.

Pengajaran berbantukan komputer seperti penggunaan perisian multimedia


dalam sistem pembelajaran adalah berguna sebagai satu alternatif selain
pengajaran tradisional. Teknologi Multimedia adalah teknik untuk meningkatkan
kefahaman dan ingatan terutamanya pada murid-murid khasnya, di samping
memotivasikan mereka. Bahan pengajaran seperti perisian multimedia tidak
boleh menggantikan tempat guru tetapi boleh digunakan sebagai satu cara
menarik minat murid-murid untuk belajar dengan lebih baik.

Kaedah pengajaran tradisional chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan
dengan kaedah mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan
projektor LCD, komputer dan persembahan PowerPoint.

Teknologi maklumat

menyediakan peluang kepada golongan guru sekolah rendah untuk mempelajari


sesuatu perkara dan kaedah baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Antara cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak guru termasuklah kekangan


menghabiskan sukatan, sikap negatif guru, kekurangan kemahiran, kekurangan
prasarana dan bahan sokongan serta sumber kewangan yang tidak mencukupi.
Bagi mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru, pelbagai usaha perlu
dilaksanakan supaya ICT dapat digunakan dengan sepenuhya disekolah. Bagi
melaksanakan pembaharuan ini, guru harus bersedia mengambil cabaran baharu
dan melaksanakannya di sekolah.

3.0

KESIMPULAN

Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa Teori Kecerdasan Manusia sebagai


satu medium untuk memupuk minda murid untuk mencapai kecemerlangan
dalam pelajaran.

Teori ini menyokong bahawa pendidikan seni mempunyai

peranan yang penting dalam kurikulum yang ada.

Oleh yang demikian,

seseorang guru itu haruslah memberi galakan kepada murid-murid untuk


mengenal potensi diri masing-masing seterusnya menggunakan kelebihan yang
ada dalam diri mereka.

Dalam konteks ini, guru harus merancang aktiviti

pembelajaran yang mempunyai variasi dan bersepadu bagi memenuhi keperluan


murid

yang

lebih

mencabar

ditambah

lagi

dengan

persekitaran

yang

memberikan inspirasi dan motivasi.

Pendidikan hari ini tidak lagi hanya mengugnakan kapur tetapi lebih kepada
teknologi multimedia yang mampu meningkatkan kreativiti dan inovasi guru.
Pendidikan tidak lagi hanya berada di bilik darjah semata-mata tetapi guru dan
murid boleh melangkah keluar bagi melihat pengajaran dan pembelajaran yang
serba baharu.

Berdasarkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dalam

bukunya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 menyatakan bahawa Misi


Nasional dan Rancangan Malaysia ke Sembilan telah menetapkan Pembagunan
Minda insane kelas pertam sebagai salah satu teras utama ke arah mencapai
Wawasan 2020.

Sistem pendidkan dan kurikulum skeolah telah menerapkan

teknologi dan maklumat ini dan berusaha maju serta memupuk minat di samping
memupuk minat dan mengukuhkan lagi sikap positif dalam kalangan murid dan
pelajar

serta

pendidik

terhadap

perkembangan

teknologi

maklumat

ini.

Teknologi dan perisian komputer ini bukan sahaja membantu dalam pengurusan
dan pentadbiran, tetapi memberi nilai tambah yang sangat berguna dalam
proses pengajaran dan pembelajaran secara total.
Kesimpulannya, dunia pendidikan pada hari ini sedang mengalami zaman penuh
cabaran terutama dari segi pandangan umum terhadap kepentingannya dalam
pengajaran (A. Aziz Deraman, 2007). Walaupun demikian, aspek pengajaran

perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa


yang

diajarkan.

Penggunaan

komputer

dalam

pengajaran

berupaya

meningkatkan lagi keupayaan pelajar dalam menguasai semua subjek dengan


lebih baik. Oleh itu, aspek latihan dalam perkhidmatan, penyediaan bahan
pembelajaran interaktif, menggalakkan penggunaan internet dalam pengajaran
serta penyediaan teknologi yang sesuai dengan keperluan semasa perlu
diberikan perhatian.

RUJUKAN

A.Aziz Deraman (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global.


Dewan Bahasa, 7(2), 26-30.
Cuban, L. (2001). Oversold and underused: Computers in the classroom.
Cambridge, Mass.:
Harvard University Press.
Ertmer, P. A. (1999). Addressing first- and second-order barriers to change:
Strategies for
technology integration. Educational Technology Research and Development, 47
(4), 47-61.
Finkbeiner, C.(2001). One and all in CALL? Learner, moderator dan researcher.
Computer
Assisted Language Learning. 14 (3-4), 339-361 (54) 1st International Malaysian
Educational Technology Convention
Grove, K., Strudler, N., & Odell, S. (2004). Mentoring toward technology use:
Cooperating
teacher practice in supporting student teachers. Journal Of Research on
Technology in Education. 37(1), 85-110.
Hokanson, B., & Hooper, S. (2004). Integrating technology in classrooms: We
have met the enemy and he is us. Paper presented at the annual convention of

the Association for Educational Communications and Technology, Chicago, IL,


October 19-23. (ERIC Document Reproduction Service No. ED485143)
Jeong-Bae Son (2006). Using online discussion groups in a CALL teacher training
course.
Regional Language Centre Journal. 37(1), 123-135
Saad Al Kahtani (1999). Electronic portfolios in ESL writing: An Alternative
Approach. Computer Assisted Language Learning. 12 (3), 261268
Yahya Othman (2007). Bahan bantu mengajar memperkukuh Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa

Anda mungkin juga menyukai