Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih Pengerusi Majlis , para Hakim yang bijaksana dan Penjaga

masa yang setia.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kawan-kawan nama saya Haziqah
Syazwani Bte Ismail. .Pada hari ini , saya akan menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk Arnab dan Kura-kura.
Ini kisab Arnab
Dengan Kura-kura
Arnab sangat Sombong
Kura-kura sabar
Di dalam sebuah hutan , semua binatang hidup dalam satu kumpulan yang
aman damai dan saling tolong menolong antara satu sama lain. Namun
begitu terdapat dikalangan binatang tersebut yang suka bercakap besar dan
bersikap sombong.Binatang tersebut ialah seekor Arnab. Arnab selalu
bercakap besar dan selalu mengejek binatang lain didalam hutan
tersebut.Dia selalu mengatakan bahawa dialah binatang yang paling pantas
sekali didalam hutan tersebut dan tidak dapat dikalahkan oleh binatang lain.
Pada suatu hari , semasa Arnab sedang duduk dibawah sebatang pokok ,
lalulah seekor kura-kura di hadapannya. Melihat kura-kura yang berjalan
perlahan-lahan itu dia pun mula mengejeknya. wahai kura-kura yang
berkaki pendek , berjalan terkedek-kedek , kulit awak macam ubi keledek
katanya sambil ketawa dengan suara yang nyaring HA.HAHA
Bila mendengar ejekan Arnab tersebut , kura-kura merasa tersinggung dan
terus menjawab kaki ku memang pendek tapi nampak cantik tapi awak
kaki sahaja cantik tapi berjalan macam orang main jengkek Arnab
sungguh marah dan tercabar bila mendengar kata kura-kura tadi.
Arnab ajak lumba
Dengan kura-kura
Kancil jadi hakim
Tunggu sebelah sana
Arnab tidak berpuas hati dan mencabar kura-kura supaya bertanding lumba
lari dengannnya. Kura-kura bersetuju dengan cadangan Arnab meminta
supaya Sang Kancil yang menjadi hakim.

Arnab lari kencang


Tinggal kura-kura
Lalu Arnab tidur
Tidur bawah pokokHoi
Arnab terus berlari pantas meninggalkan kura-kura jauh dibelakangnya.Dia
dengan bongkaknya berkata Ah ! mustahil kura-kura dapat mengalahkan
aku , sedang aku sudah berada jauh di hadapan. Sementara menunggu
kura-kura itu baik aku tidur dulu dibawah pokok ini kata Arnab lagi. Dia
pun terus tertidur dibawah pokok tersebut.
Kura-kura jalan
Dengan perlahan-lahan
Kura-kura johan
Jadikan tauladan
Kura-kura tidak mudah berputus asa dan mengalah. Dia terus berjalan dan
berjalan meninggalkan arnab yang masih tertidur di bawah pokok tersebut
sehinggalah sampai ke garisan penamat. Binatang-binatang lain yang
menyaksikan pertandingan tersebut terus bersorak menyokong kura-kura
cepatcepat..cepatkata mereka. Mendengar bunyi yang bising
tersebut arnab pun terjaga. Dia sungguh terkejut bila melihat kura-kura
sudah dekat dengan garisan penamat. Sang Kancil mengumumkan kura-kura
johan. Arnab sangat malu dan terus meminta maaf dengan kura-kura.
Kawan-kawan , pengajaran daripada cerita ini ialah ;
1.
2.
3.
4.

Kita tidak boleh bersikap sombong dan bercakap besar


Kita tidak boleh memandang rendah dengan kebolehan orang lain.
Jangan mudah bersikap putus asa .
Memaafkan orang lain adalah perbuatan yang mulia

Demikianlah cerita saya untuk hari ini. Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai