Anda di halaman 1dari 4

Jika kita memasuki laman-laman Web yang bagus kita akan mendapati

laman-laman itu mempunyai beberapa ciri-ciri utama yang serupa. Berikut


adalah beberapa ciri-ciri am yang sesuai untuk semua laman Web dan
boleh dijadikan sebuah garis panduan khusus untuk membina satu laman
Web yang lengkap dan baik.
Peta tapak (site map) - Susunan laman Web yang teratur dan disertakan
sambungan-sambungan yang jelas akan menjadi daya tarikan kepada
pembaca. Bagi mendapatkan "output" yang menarik disarankan anda
membuat peta tapak iaitu "outline" bagi laman Web anda dengan
menunjukkan ide dan topik besar bersama-sama dengan subtopik yang
terkandung di dalamnya. Peta tapak ini juga memaparkan struktur heirarki
untuk tapak Web anda. Susunkan kesemua data dan informasi yang ingin
anda masukkan supaya ia kelihatan kemas. Ini akan memudahkan
pembaca anda memperolehi sebarang informasi yang dikehendaki
mereka. Para pengunjung pasti akan kembali ke laman Web anda jika ia
dapat memenuhi apa yang dikehendakinya.
Navigation Bar - Navigasi yang konsisten amat perlu untuk setiap laman
Web. Biasanya Navigation bar diletakkan di atas setiap mukasurat laman
Web dan hendaklah konsisten antara satu muka dengan muka yang lain.
Tidak kurang juga Navigation berada di sebelah tepi sesuatu laman Web.
Terdapat juga laman Web yang membahagikan mukasurat mereka kepada
dua bahagian: satu mengandungi Navigation bar dan satu lagi
mengandungi isi kandungan yang hendak disampaikan. Rekabentuk
begini menetapkan Navigator pada kedudukan asal walaupun butang
Navigation berlainan ditekan. Navigation bar yang digunakan tidak terhad
kepada teks sahaja. Penggunaan grafik akan menampakkan sesuatu
laman Web itu lebih cantik dan menarik. Tidak kira anda menggunakan
teks atau grafik apa yang penting ialah, setiap butang Navigation bar itu
perlu mewakili sambungan-sambungan yang tertentu dengan jelas dan
tidak mengelirukan pembaca. Jika perlu warnakan butang mukasurat yang
sedang dilawati dengan warna yang berlainan dengan mukasuratmukasurat lain atau buatkan ia sebagai butang tidak aktif. Sebagai
tambahan masukkan butang "back" dan "foward" ataupun "previous" dan
"next" bagi menyenangkan pembaca.
Mukasurat profil - Jangan hairan jika ada sesetengah laman Web tidak
mengandungi mukasurat berkenaan siapa mereka dan bagaimana cara
pembaca boleh menghubungi mereka. Lebih menghairankan jika laman
Web "misteri" itu terdiri dari mereka yang terlibat di dalam penjualan
produk atau perkhidmatan. Pembaca tentu sekali berminat malah merasa
lebih terjamin mengetahui tentang individu disebalik tabir. Pastikan

terdapat sambungan di dalam laman Web anda yang membolehkan


pembaca emel anda. Emel sahaja tidak mencukupi. Pastikan anda
memasuki cara-cara lain seperti ruangan komen (feedback) untuk
pembaca berhubung dengan anda. Anda diingatkan untuk memasukkan
nama dan alamat surat menyurat anda.
Borang komen - Ruangan komen membolehkan pembaca meminta
maklumat diperlukan secara "online" dan tidak perlu menyalin nombor
telefon dan menghubungi anda. Anda juga tidak perlu memeningkan
kepala melayan pemanggil-pemanggil. Sebaliknya anda hanya perlu
menjawab sebarang pertanyaan melalui emel ataupun surat. Bukan
setakat tempat mendapatkan informasi, ruangan ini juga bertindak sebagai
alat untuk memperbaiki sebarang kelemahan yang terdapat di dalam
laman Web anda. Anda dapat memperlengkapkan informasi-informasi di
dalam laman Web anda berdasarkan komen-komen dari pembaca.
Kandungan yang menyeronokkan - Pembaca berharap untuk
memperolehi informasi yang dikehendaki apabila melawat sesuatu laman
Web. Anda harus membina laman Web yang dapat memberikan pembaca
apa yang mereka mahu. gunakan ayat-ayat yang ringkas untuk menarik
pembaca tanpa membebankan mereka dengan perkataan-perkataan yang
susah. Jika perkataan-perkataan saintifik perlu digunakan, sediakan
maksud perkataan itu sekali. Informasi yang lengkap akan menarik
pembaca untuk kembali berkunjung ke laman Web anda. anda tidak perlu
risau tentang ruangan kerana tidak ada ruangan yang terhad di dalam
internet.
Soalan lazim (FAQ - frequently asked question) - Anda mungkin
berhadapan dengan soalan-soalan yang sama dari pembaca-pembaca
yang berlaianan. Dengan mewujudkan ruangan FAQ, anda boleh
menjimatkan masa anda menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali,
dan sekaligus menyenangkan pembaca-pembaca lain dengan
menyediakan jawapan bagi soalan yang bakal ditujukan kepada anda.
Kebanyakan laman Web yang mengandungi ruangan FAQ ini, biasanya
akan menyenaraikan soalan-soalan popular di bahagian atas muka surat
dengan membuat sambungan kepada jawapan-jawapannya. Pembaca
hanya perlu klik pada soalan, dan mereka akan disambungkan kepada
jawapan kepada soalan berkenaan.
Grafik - Teknologi terkini internet membolehkan bukan sahaja teks malah
grafik dipamirkan di dalam laman Web anda. Ini akan memnampakkan
keceriaan di dalam laman Web anda dan membuatkannya sekaligus

tampak menarik. Pilihlah imej yang dapat menyalurkan maklumat dan tidak
membebankan. Buatkan imej yang kecil dan "fast-loading" kerana
pembaca tidak suka menunggu terlalu lama untuk sesuatu mukasurat itu
muncul kesemuanya. Bagi mengoptimakan imej, gunakan imej di dalam
format 16-color. Menggunakan ikon dan gambar yang kecil dan relevan
adalah pilihan terbaik terutama pada navigation bar anda. Grafik bagi
navigation bar anda akan muncul di setiap mukasurat laman Web anda
membolehkan proses load setiap mukasurat lebih cepat dengan adanya
cache. Anda juga boleh merancang memberi pilihan kepada pembaca
yang ingin membaca laman Web anda di dalam versi teks sahaja untuk
mengelakkan kesesakan.
Mekanisma pencari - Memasukkan mekanisma pencari di dalam laman
Web anda dapat membantu pembaca. Pembaca hanya perlu
memasukkan perkataan yang dicari untuk mendapatkan senarai
mukasurat di dalam tapak Web anda yang mengandungi perkataan
tersebut. Pembaca akan berterima kasih jika laman Web yang besar
mempunyai elemen ini. Peralatan pencari senang untuk di"maintain"
sebaik sahaja ia di"install" ke dalam server Web. Ia secara otomatik akan
mengemaskinikan segala data pencari. Terdapat enjin-enjin pencari yang
memberi lesen menggunakan teknologi tersebut.
Mukasurat berita - Tapak Web yang baik sentiasa memberikan maklumat
terkini kepada pembaca. Anda boleh menggunakan teks ataupun ikon
"New" untuk memberitahu pembaca tentang informasi terbaru yang telah
anda masukkan ke dalam laman Web anda. Anda juga boleh
menwujudkan satu mukasurat khas untuk menyenaraikan berita-berita
terbaru. Setelah berlalu satu jangka masa yang ditetapkan anda perlulah
memindahkan informasi berkenaan ke dalam kategori yang bersesuaian
dan menggantikan pula dengan berita yang baru. Untuk menyenangkan
pembaca, sertakan tarikh akhir anda mengemaskini laman Web anda.
Pembaca tentu mahu tahu sama ada berita terkini anda merupakan berita
yang benar-benar terbaru ataupun sudah lapuk. Tetapkanlah satu
jangkamasa sama ada setiap minggu atau dua kali seminggu untuk
mengemaskini laman Web anda.
Sambungan yang relevan - Salah satu komponen utama tapak Web ialah
koleksi sambungan dengan lain-lain tapak Web yang berkenaan. Satu
laman Web yang bagus ialah laman Web yang menawarkan sambungan
ke laman Web lain yang merujuk kepada topik yang sama. Anda boleh
menawarkan bukan setakat sambungan sahaja, malah anda boleh
memberikan ringkasan apa yang terkandung di dalam sambungan tapak

Web tersebut kepada pembaca. Ini menyenangkan pembaca memilih


laman Web yang mempunyai topik yang dikehendaki.

Ciri-ciri website yang baik:


Loading web yang cepat. Penyebab utama lamanya website
ditampilkan adalah besarnya gambar atau animasi yang dimilikinya.
Pengunjung website tidak suka menunggu munculnya website yang
lama, terutama di Indonesia, ketika banyak orang masih
menggunakan modem 56 Kbps, sehingga kecepatan mengambil data
semakin terbatas. Mudah dibaca. Sebuat website harus mudah
dibaca. Penggunaan warna yang tidak sesuai dapat menyulitkan
pengunjung dalam memperoleh informasi yang diinginkan. Memiliki
isi dan struktur yang baik. Website dibuat sehingga pengunjung
memperoleh informasi yang diinginkannya. Kita perlu mengetahui,
tujuan pengunjung mendatangi website, yaitu ingin memperoleh
informasi, dan kemungkinan membeli produk atau layanan kita. Oleh
karena itu, website perlu dibuat untuk menolong pengunjung
mendapatkan apa yang diinginkannya, yaitu dengan memiliki isi dan
struktur yang baik. Isi yang baik, dapat dilihat dari kelengkapan
informasi produk dan layanan yang berikan. Setelah pengunjung
tertarik dengan produk atau layanan kita, ia perlu dibawa untuk
menutupnya dengan pembelian. Hal itu dapat tercapai antara lain
dengan memiliki struktur website yang baik, sehingga
memudahkannya dalam melakukan pembelian. Struktur website yang
baik dapat dilihat dari navigasinya (link-link yang dimilikinya). Melalui
navigasi yang buruk, pengunjung dapat tersesat dan kemudian
meninggalkan situs yang dikunjunginya.

Anda mungkin juga menyukai