Anda di halaman 1dari 8

2.

Kelebihan Pendekatan Bertema

pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun
aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Pelajar dapat membina
kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran
dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran.
Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran
dan merentasi pelbagai bidang.
Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat
mengikut tahap umur kanak-kanak. Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak
menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan
sebelum memulakan pengajaran bertema.
Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar
belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka. Pendekatan ini melibatkan bidangbidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan
bertema melibatkan bidang yang luas tetapi tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi
bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah
pembelajaran.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada
kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak: Kanak-kanak dapat mendalami topik yang
disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui
sendiri.Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai.
Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti,
bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan
bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan
pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan
subjek ataupun idea utama. Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang
berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti.

Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan


pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling
membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.
Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi
menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan
sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.

i) Untuk mewujudkan suasana proses pengajaran yang


menyeronokkan dan kondusif dalam pengajaran dan
pembelajaran.
ii)

Untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan,

iii)

Dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan


pengetahuan dan pengalaman lalu.

iv)

Dapat menghadapi cabaran

v)

Dapat membuat pilihan yang sesuai dan releven dalam kehidupan

vi)

Untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal

vii)

Menyemai nilai empati , harmoni dan pemahaman sesama insan


yang budaya

viii) Untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang


menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran

Deria dan Seni

Pengenalan
Penggunaan deria, murid akan mendapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu
perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tetang deria adalah
penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelimalima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni
visual.
Perkembangan Kepekaan Deria
Menurut Jame Ismail dan Zulkifli Yaakob (2008), Perkembangan merupakan suatu
proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan . Faktor-faktor
perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di
sekeliling mereka. Untuk itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam
mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu. Deria dan seni membolehkan
individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses berterusan.
Aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan
eksperimentasi dengan menggunakan deria (Mohd Jamel Ismail, 2010). Selain itu,
murid juga dapat berinteraksi secfara langsung dengan persekitaran dan belajar
mengembagkan keboleh mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalalui
pengalaman yang diperolehi.
Sentuhan
Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari (Zulkifli Yaakob, 2010). Ia
merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanakkanak sebelum kanak-kanak mula berbahasa. Melalui sentuhan, murid akan dapat
melakukan pelbagai aktiviti antaranya ialah murid menggunakan jari untuk melukis.
Deria sentuhan mula berkembang ketika bayi lagi. Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak
akan mula berhenti menangis dan melalui sentuhan juga. Kanak-kanak akan berasa
selamat.
Dengar
Mendengar melibatkan deria telinga (Zulkifli Yaakob, 2010). Aktiviti yang dijalankan
lebih tertumpu kepada persoalan: apa yang mereka dengar? Contohnya, aktiviti seni
visual yang dilakukan ialah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukis.
Dalam aktiviti muzik, murid akan cuba mencipta bunyi berdasarkan apa yang

didengarnya. Manakala dalam bidang pergerakan pula, pelajar akan tahu dan dapat
membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.
Lihat
Melihat menggunakan deria mata melibatkan pengamatan dan pemerhatian (Zulkifli
Yaakob, 2010). Berdasarkan maklumat yang dating melalui deria mata, seseorang akan
dapat mengalamai pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Pemahaman
tentang warna membolehkan murid mengetahui cirri-cirinya dan seterusnya tahu utuk
mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikanseni visual. Dengan melihat juga,
pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruangiaitu melibatkan dunia visual-spatial
dengan lebih tepat.
Rasa
Rasa merupakan gerak hati atau kata hati murid (Zulkifli Yaakob, 2010). Dengan
menggunakan deria ini, murid akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat.
Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau member makna kepada
rangsangfan yang diterima oleh derianya.
Didalam seni visual, murid akan dapat meluahkan perasaaan melalui pengalaman yang
telah diperolehinya apabila membuat aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara
tidak langsung kaki murid akan bergoyang disebabkan oleh rangsangan daripada jenis
mud muzik yang didengarinya.

Hidu
Hidu lebih menekankan aspek penanggapan (Mohd Jamel Ismail, 2010). Penanggapan
ini tidak berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk
menyerapkan unsure-unsur ini dalam pengajarannya. Ianya boleh dilakukan melalui;
a) Kebolehan mental murid
Faktor ini penting untuk memastikan setiap murid mendapat pembelajaran optimum
mengenai konsep yang diajar oleh guru.
b) Pendekatan pengajaran

Guru perlu merancang strategi pengajatran yang hendak digunakan olehnya untuk
membentuk penanggapan yang baik.
i.

Pendekatan inkuiri penemuan


Murid mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian
masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan
orgsn deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak
sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar.

ii.

Pendekatan resepsi
Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung
kepada pelajar.

iii.

Pendekatan deduktif
Guru menghuraikan prinsip dan cirri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti
contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

Kepentingan Kepekaan Deria


Kepekaan deria adalah penting kerana ia dapat membantu kita membentuk satu
persepsi menyeluruh. Persepsi ini juga dipanggil pengamatan. Untuk itu, pancaindera
manusia yang mengandungi mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima
maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitarannya.
Persekitaran
Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan
deria murid. Murid yang dikelilingai persekitaran social yang mendorong akan menjadi
seseorang yang sentiasa bermotivasi.
Pengurusan bilik seni merupakan satu perkara utama dalam konteks proses pengajaran
dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Guru pendidikan seni mestilah sentiasa

bekerjasama dengan guru-guru seni yang lainuntuk mewujudkan keadaan dan suasana
yang sesuai dalam Bilik Seni.
Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber
ilham bukan sahaja kepada murid dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat
sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja murid, guru seni hendaklah cuba mendapatkan
contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan
dalam bilik seni.

Anda mungkin juga menyukai