Anda di halaman 1dari 5

PERNYATAAN PROFESIONAL

SEBELUM

Pada 26 Mac 2015, pelajar guru Ambilan Januari 2013 telah didedahkan dengan
taklimat praktikum yang pertama. Kami telah diberi penerangan secara keseluruhan
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan praktikum fasa pertama ini. Sebagaimana
yang telah dimaklumkan praktikum pada pertama kali ini saya dan seorang rakan saya telah
ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Maung, Bayan Lepas. Aktiviti pengajaran kami
pada kali ini akan melibatkan subjek Dunia Sains dan Teknologi (major).
Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk
membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai
pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan pendidikan Sains di sekolah.
Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya
mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan
dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan
awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan
betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan
pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak.
Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri
dengan persekitaran dan suasana sekolah di mana saya perlu memastikan kehadiran saya
ke sekolah itu diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Sehubungan
dengan itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina
hubungan baik dengan warga sekolah. Di samping itu, saya juga seharusnya menjalinkan
hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan professional ini
dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti
yang berkaitan. Saya juga berusaha untuk membantu dan membimbing untuk meningkatkan
prestasi murid-murid dan sekolah. Akhir sekali, saya dapat meningkatkan penguasaan saya
dalam ilmu dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan terutama bidang Sains.
Ilmu yang dipelajari sepanjang 4 semester sebelum akan saya cuba mempraktikkan
bagi membantu murid-murid di sekolah tersebut. Dalam masa yang sama, saya boleh
merasai sendiri pengalaman melaksanakan sesi bersama murid-murid. Dalam masa yang
sama, saya boleh mengaplikasikan teori-teori pengajaran yang telah saya pelajari sebelum
ini.

PERNYATAAN PROFESIONAL
SEMASA
Praktikum merupakan salah satu cara bagi seorang guru pelatih melatih diri untuk
mengajar dan membiasakan diri dengan suasana pembelajaran sekolah sebelum ke situasi
yang sebenar di sekolah. Ini juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan
segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru serta
mendapat bimbingan daripada pensyarah dan guru pembimbing. Banyak perkara yang perlu
dilakukan dan diselesaikan semasa praktikum di sekolah. Selain daripada mengajar, saya
juga perlu membuat perancangan yang tersusun dan sistematik iaitu dengan menyediakan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Rancangan tersebut perlulah disediakan dengan
lebih awal serta bahan bantu belajar yang digunakan juga perlu saya dan rakan sediakan
sebelum mengajar.
Dengan itu, saya perlu melengkapkan portfolio praktikum dengan melengkapkan
jurnal dan laporan kokurikulum sekiranya saya ada melibatkan diri dengan aktiviti yang
dijalankan di sekolah. Tidak lupa juga dengan persiapan dari segi mental fizikal di mana
saya harus menghadapi pelbagai karenah murid-murid sekolah. Ini semuanya penting
sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Apabila perancangan telah
siap kini tiba kepada pelaksanaan pula. Dalam pelaksanaan, saya perlu bersedia untuk
dipantau dan dibimbing oleh pensyarah yang akan datang ke sekolah untuk melihat
bagaimana saya mengajar dan mengawal tingkah laku kanak-kanak tersebut. RPH perlu
sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses
pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan dengan baik dan lancar.
Saya perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai suasana kanak-kanak yang
sememangnya sangat suka bermain daripada belajar. Oleh itu, saya perlu sentiasa
menggunakan pelbagai strategi, kaedah, dan teknik pengajaran yang telah dipelajari
sepanjang menuntut di IPG agar murid-murid tidak bosan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Aktiviti yang dijalankan juga hendaklah bersesuaian dengan
perkembangan dan kemampuan murid-murid. Bukan itu sahaja, saya perlu melibatkan diri
dengan bidang kokurikulum seperti Unit Beruniform, Kelab/ Persatuan dan Sukan/
Permainan yang terdapat di sekolah. Saya akan berkongsi ilmu dan pengalaman saya
semasa di IPG dengan murid-murid di sekolah tersebut dan mengaplikasikannya. Latihan
kokurikulum yang terdapat di IPG banyak membantu saya apabila saya melangkah kaki
untuk menjalani praktikum.

Hubungan yang mesra dan baik dengan semua kakitangan sekolah akan saya
amalkan agar tidak wujud jurang antara guru pelatih praktikum dengan guru di sekolah
tersebut. Ini akan memudahkan saya untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat
mengenai apa sahaja yang diperlukan, khususnya guru pembimbing Pn. Norhaida Bt Ahmed
kerana sudi memberikan bimbingan yang terbaik kepada saya dalam semua segi sepanjang
saya berpraktikum selama empat minggu di Sekolah Kebangsaan Batu Maung, Bayan
Lepas. Saya bersedia untuk menerima bimbingan, nasihat dan kritikan dari beliau. Harapan
saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama dan wujudnya
hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya telah cuba menjalankan
tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang selesa dengan semua
pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan dengan baik kelak.
Spanjang menjalani praktikum fasa pertama ini, masih banyak perkara yang perlu
saya perbaiki terutamanya dari aspek penulisan rancangan pengajaran harian. Berbekalkan
panduan dari pensyarah penyelia, guru pembimbing serta rakan-rakan, saya akan sentiasa
cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik dan bersungguh-sungguh sepanjang
tempoh praktikum ini. Setiap kali selepas penyeliaan, pasti saya akan memperolehi ilmu
yang baru dan perlu saya perbaiki. Sepanjang tempoh praktikum juga, hubungan saya
dengan pihak sekolah semakin akrab. Malahan saya semakin rapat dengan murid-murid
saya. Saya juga perlu bijak menguruskan masa agar dapat menguruskan semua tugasan
dengan konsisten.
Sepanjang menjalani latihan praktikum, saya semakin jelas dengan kaedah dan
teknik yang perlu disesuaikan dengan latar belakang murid-murid saya. Aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan juga perlu bersifat dua hala agar saya dapat membentuk jati diri murid-murid
berani memberi jawapan mahupun pendapat. Saya sedar, murid-murid di sekolah tersebut
agak rendah tahap keyakinan diri.

Justeru, dengan perancangan pengajaran dan

pembelajaran yang konsisten, saya akan cuba sedaya upaya untuk melatih mereka menjadi
berani untuk mencuba sesuatu yang baik.
Seiring dengan perubahan zaman globalisasi menuntut saya agar lebih peka dengan
dunia teknologi, maklumat dan komunikasi (TMK) untuk diterapkan semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran. Justeru saya perlu sentiasa mencuba untuk mencari strategi yang
menarik agar mereka bersemangat ketika belajar, saya acap kali mencari bahan bantu
mengajar yang kelakar serta logik dan berkaitan dengan isi pelajaran.

PERNYATAAN PROFESIONAL
SELEPAS

Seminggu sebelum berakhir praktikum fasa pertama ini, saya berasa amat bersyukur
kerana hampir keseluruhan tugas yang diamanahkan oleh pihak institute telah saya
laksanakan dengan baik bersama-sama rakan praktikum saya yang lain.
Sepanjang berada di SK Batu Maung terdapat beberapa aktiviti dan projek telah
saya lakukan bersama rakan yang lain. Aktiviti yang dilakukan adalah aktiviti Merentas
Desa. Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaa
tidak mudah berputus asa apabola menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada
pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan dengan masalah
tersebut turut menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan
bagi mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta
berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan merupakan elemen
penting dalam usaha menjayakan praktikum tersebut dengan jayanya. Justeru, ini
menyedarkan saya supaya sentiasa menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia
mampun dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya
berdepan dengan sebaran masalah.
Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai guru
pelatih. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari, perasaan sayang saya terhadap pelajar
SK Batu Maung semakin mendalam walaupun mereka nakal dan mereka sangat mengambil
berat tenatng guru pelatih semasa keberadaan di sekolah tersebut. Saya berharap untuk
praktikum fasa yang seterusnya, saya dapat memberi sumbangan yang lebih kepada muridmurid yang bakal menjadi pelajar saya kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam
proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan
kepada semua murid. Sebagai kesimpulannya pengalaman menjalani praktikum ini
diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak
mungkin saya dapat menjayakan praktikum fasa pertama ini sebaik mungkin tanpa
sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi kepada semua pihak.
Nescaya setiap pengalan dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk
penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu
dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan penghayatan serta
pengalaman yang baik.

Anda mungkin juga menyukai