Anda di halaman 1dari 30

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI REMAJA MEROKOK

DAN USAHA-USAHA MENGHENTIKAN TABIAT TERSEBUT

Menteri Kesihatan negara kita berkata semasa Pelancaran Hari


Tanpa Tembakau Sedunia 2007, bahawa 650 juta orang diramal mati
akibat rokok bebrapa tahun lagi di dunia. Selain itu, beliau turut
mengesahkan rokok penyebab kedua kematian tertinggi di dunia.

Belakangan ini, banyak remaja sudah mula merokok. Fenomena


merokok dalam kalangan remaja semakin berleluasa dan telah
mencapai tahap yang kritikal seperti tiada titik noktahnya. Buktinya,
Dr Maizurah Omar, Penyiasat Penilaian Dasar Kawalan Tembakau
Antarabangsa telah membuat rumusan berdasarkan kajian terhadap
remaja bawah 16 tahun. Daripada seribu responden, 14.7% remaja
merokok, 15% cenderung merokok pada masa depan dan 90.6%
akan merokok jika diberi rokok. Senario menggemparkan ini tidak
boleh dibiar berterusan. Lantas, sebelum nasi sudah menjadi bubur,
marilah kita mengkaji faktor yang mempengaruhi remaja merokok
termasuklah usaha yang giat dilaksanakan untuk menangani isu ini.

Antara faktor yang mempengaruhi remaja merokok termasuklah


masalah institusi keluarga. Keluarga merupakan benteng
pertahanan kita sama ada dari segi mental mahupun dari segi fizikal.
Keluarga melindungi kita daripada dugaan dan pancaroba di dunia
luar. Maka, ibu bapa perlu mencurahkan kasih sayang sepenuhnya
bak menatang minyak yang penuh terhadap anak mereka. Namun,
sekiranya ibu bapa leka mengejar fatamorgana mereka dalam aspek
kebendaan dan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai
pembentuk keperibadian dan sahsiah anak, mereka akan
mengalami keruntuhan akhlak lalu melibatkan diri dalam kancah
negatif seperti merokok. Jelaslah bahawa institusi keluarga yang
kurang sempurna merupakan antara punca dominan yang
mempengaruhi remaja merokok.

Selain itu, faktor remaja merokok juga disebabkan pengaruh rakan


sebaya. Dalam institusi persekolahan, naluri ingin tahu membara
dalam diri sanubari remaja dan keinginan yang meluap-luap untuk
merasai pengalaman merokok. Perasaan ingin mencuba ini menjadi
lebih serius tatkala remaja dicabar oleh rakan sebaya supaya
diterima dalam kumpulan mereka. La Rouchefoucauld pernah
mengungkapkan "Keinginan paling besar kadang-kadang
mempunyai komanya tetapi sifat bermegah mengganggu kita tanpa
noktahnya." Natijahnya, remaja terjerumus ke dalam lembah
kejahatan dan menjejaskan kehidupan mereka dengan tabiat
merokok. Keputusan akademik akan terjejas dan masa hadapan
mereka menjadi gelap. Jelaslah bahawa pengaruh rakan sebaya
yang negatif menyumbang kepada peningkatan kadar remaja
merokok saban tahun.

Seperkara lagi, kelonggaran penguatkuasaan undang-undang juga


merupakan antara faktor yang mendorong remaja merokok. Kini,
rokok yang dijual di mana-mana kedai menyebabkan rokok mudah
dibeli dengan sewenang-wenangnya walaupun harga rokok telah
dinaikkan Berdasarkan soal jawab yang dilaksanakan, 66.7% remaja
mudah mendapat rokok walaupun wujud larangannya. Ini
menunjukkan penguatkuasaan undang-undang tentang perjualan
rokok tidak berkesan. Contohnya, undang-undang menetapkan
bahawa peruncit yang didapati bersalah menjual rokok kepada
pengguna yang berusia 18 tahun ke bawah boleh dikenakan
hukuman. Maka, pelajar yang ditangkap merokok, membeli atau
memiliki rokok boleh didenda sehingga RM 1000. Bak kata pepatah,
harimau ditakuti sebab giginya. Sekalipun begitu tindakan ini masih
belum menampakkan hasil yang diharapkan.

Untuk menangani isu ini, pelbagai usaha harus diimplimentasikan.


Bermula dari institusi keluarga, ibu bapa berperanan penting sebagai
entiti mithali dalam menyemai nilai murni ke dalam sanubari anak
mereka sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah
daripada rebungnya. Mereka juga patut meluangkan masa untuk
melakukan aktiviti bersama anak mereka seperti berkelah, bersiar-
siar di taman dan sebagainya. Maka, remaja tidak akan kehausan
kasih sayang dan membesar menjadi individu yang berkualiti dan
bersahsiah positif. Remaja sebegini pastinya akan menjauhkan diri
daripada gejala negatif seperti merokok untuk menjaga maruah diri
serta imej keluarganya. Terbuktinya kepentingan peranan ibu bapa
dalam menangani isu merokok dalam kalangan remaja.

Selain itu, institusi persekolahan juga memainkan peranan yang


signifikan dalam menghentikan tabiat merokok dalam kalangan
muda. Pendidikan moral dan sivik kewarganegaraan perlu diberikan
tekanan sejak bangku sekolah lagi. Barisan pendidik patut
mendedahkan keburukan merokok kepada anak murid dan
menyemai nilai murni yang baik dalam jiwa mereka. Pihak sekolah
pula boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang menyebarkan mesej
yang betul seperti pertandingan melukis poster PPDA, pertandingan
mendeklamasikan sajak bertemakan Anti-Dadah dan lain-lain. Usaha
ini harus dilaksanakan berlandaskan peribahasa di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan. Jelaslah bahawa masalah merokok
dalam kalangan remaja perlu dibanteras dari akar umbi.

Usaha yang lain ialah peranan media massa. Pelancaran pelbagai


kempen oleh pihak kerajaan patut disebarkan melalui media massa
seperti radio, televisyen dan sebagainya. Dengan kaedah ini, rakyat
Malaysia didedahkan kepada pelbagai maklumat tentang
kemudaratan tabiat merokok. Kerajaan juga melancarkan program
berkaitan keburukan merokok untuk kanak-kanak dengan kerjasama
Kementerian Pelajaran, badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi
kerajaan. Misalnya, Kempen "Tak Nak Merokok" yang dilancarkan
saban tahun. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak mahu
seribu dalih. Terbuktilah bahawa usaha ini perlu giat dilancarkan
untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan muda dan bukan
seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Tuntasnya, rokok merupakan musuh utama manusia. Semua pihak


haruslah menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk
menangani gejala ini dan mengelakkannya daripada menular dalam
masyarakat kita. Maka, remaja perlu menjaga maruah diri juga
dengan menjauhkan diri daripada tabiat merokok. Imam al-Bukhari
pernah mengungkapkan "Jika kamu ingin melihat masa hadapan
negara, lihatlah golongan remaja yang ada sekarang." Remaja yang
berkualiti merupakan aset negara yang berharga. Ralph Waldo
Emerson pula berkata "Kesihatan ialah gambaran kebijaksanaan
dan petunjuk pada kegembiraan". Demi kesihatan kita, demi masa
hadapan kita, katakan "Tidak" terhadap rokok.
FAKTOR-FAKTOR REMAJA MEROKOK

Remaja merupakan golongan yang berusia antara 13 hingga 21


tahun. Dalam usia yang muda dan mencabar ini, mereka mengalami
perubahan dari segi fizikal dan mental. Perubahan demi perubahan
ini menyebabkan ada dalam kalangan remaja yang terpengaruh
untuk berjinak-jinak dengan tabiat merokok. Oleh hal yang demikian,
kadar perokok remaja semakin merebak bak cendawan tumbuh
selepas hujan. Realitinya, remaja pada masa ini semakin berani
merokok di mana-mana sahaja tanpa segan silu. Saya berpendapat
bahawa banyak faktor yang menyebabkan gejala merokok terus
merebak dalam kalangan remaja.

Mengikut kajian yang dijalankan, kelemahan penguatkuasaan


undang-undang merupakan faktor utama yang menjadi pemangkin
gejala merokok dalam kalangan remaja. Hal ini berlaku kerana pihak
berwajib dikatakan tidak serius melaksanakan undang-undang yang
digubal. Oleh sebab pihak berkuasa bersikap melepaskan batuk di
tangga, remaja menjadi tidak takut waima tidak gentar untuk
melakukan kesalahan seperti merokok di tempat-tempat awam.
Lama-kelamaan, fenomena merokok dalam kalangan remaja bagai
bisul menjadi nanah yang sukar diubati lagi.

Selain kelemahan penguatkuasaan, pengaruh media massa yang


bebas menyiarkan iklan juga merupakan penyumbang kepada
masalah merokok dalam kalangan remaja. Remaja yang umur baru
setahun jagung, darah baru setampuk pinang sudah pasti mudah
terpengaruh dengan ledakan iklan daripada media massa. Kajian
juga mendapati remaja dan golongan muda-mudi merupakan
penonton tertinggi siaran media. Oleh sebab itu, iklan rokok dan
poster konsert yang ditaja oleh pihak pekilang rokok mudah meresap
dalam jiwa remaja yang mendahagakan keseronokan. Remaja
memang mudah mempelajari apa-apa sahaja tontonan mereka.
Oleh hal yang demikian, kebanyakan remaja memberanikan diri
membeli dan memegang rokok kerana pengaruh media massa.

Di samping itu, kawan merupakan insan yang paling istimewa dan


memainkan peranan yang penting dalam pergaulan remaja. Walau
bagaimanapun, ada antara remaja yang cuba merokok selepas
dicabar atau diajak oleh kawan-kawan. Hal ini tidak mustahil kerana
hubungan antara kawan yang rapat bagai isi dengan kuku sedikit
sebanyak merangsang kepercayaan remaja terhadap kata-kata
kawan mereka. Oleh sebab menjadi pak turut kawan, majoriti
mereka sama-sama ponteng sekolah, sama-sama membeli rokok
lalu merasai asap rokok tanpa menyedari kebahayaan rokok.
Selepas terjebak dan ketagihan rokok, remaja tidak dapat
mengelakkan diri daripada tabiat buruk ini lagi.

Ibu bapa yang kurang memberi kasih sayang dan tidak prihatin akan
perubahan sikap anak-anak juga merupakan faktor remaja merokok.
Hal ini demikian kerana ibu bapa pada zaman berteknologi ini terlalu
sibuk mengejar kebendaan dan kemewahan sehingga mengabaikan
tanggungjawab keibubapaan mereka. Sikap ibu bapa ini bagai enau
di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Mereka
sanggup mengabaikan kasih sayang dengan memberi wang kepada
anak-anak mereka sebagai gantian kasih sayang. Anak-anak yang
belum berfikiran matang pula menyalahgunakan wang tersebut
tanpa kawalan ibu bapa. Hal ini menyebabkan remaja dapat
membeli rokok dengan mudah kerana harganya masih murah.

Secara tuntas, saya berpendapat bahawa gejala merokok


sebenarnya dapat diatasi sehingga akar umbi. Namun begitu, semua
pihak haruslah bersikap bagai aur dengan tebing untuk bekerjasama
membanteras gejala merokok dalam kalangan anak-anak. Remaja
haruslah bangun daripada kesalahan yang dibuat oleh mereka
kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Oleh hal yang demikian, penjagaan kesihatan diri ialah
tanggungjawab sendiri. Jika kita berkesedaran dan berfikiran
matang, nescaya dapat meningkatkan tahap kesihatan diri dengan
menjauhi tabiat merokok. Saya berharap pihak berkenaan,
terutamanya kerajaan dapat mempergiat kempen antimerokok agar
remaja dapat menjauhi gejala merokok yang mampu membawa
maut dalam jangka masa panjang.
KANDUNGAN ROKOK DAN KESAN-KESANNYA

Pengenalan rokok
Apa itu rokok? Rokok adalah tembakau yang dibalut berbentuk
silinder samada daripada kertas mahupun daripada berbagai jenis
daun berukuran antara 70mm hingga 120mm dengan diameter
10mm berbeda mengikut negara. Rokok dibakar pada salah satu
hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup
melalui mulut pada ujung yang lain.

Bahaya kandungan rokok


Berikut ini adalah bahaya rokok terhadap kesihatan kita rokok dapat
menyebabkan Kanser pundi kencing, Kanser perut, Kanser usus dan
rahim , Kanser mulut , Kanser Esofagus, Kanser tekak, Kanser
pankrias, Kanser payudara, Kanser paru-paru, Penyakit saluran
pernafasan kronik Strok, pengkroposan tulang atau yang dikenal
dengan osteoporosis Penyakit jantung, Kemandulan, Putus haid
awal, Melahirkan bayi yang cacat Keguguran bayi, Bronkitis, Batuk,
Penyakit ulser peptik, Emfisima, Otot lemah, Penyakit gusi,
Kerosakan mata Yang tersebut diatas adalah bahaya rokok bagi
perokok aktif, apa pula perokok aktif ? perokok aktif adalah orang
yang merokok secara langsung menghisapnya rokok, sedangkan
perokok pasif adalah orang yang tidak secara langsung menghisap
rokok, tetapi menghisap asap rokok yang dikeluarkan dari mulut
orang yang sedang merokok. struktur kandungan bahaya rokok Di
bawah ini merupakan bahaya asap rokok bagi perokok pasif.
Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung Masalah
pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis Sakit atau
pedih mata Bersin dan batuk-batuk Sakit kerongkong Sakit kepala
zat Yang terkandung dalam asap rokok adalah : 2 kali lebih banyak
nikotin 5 kali lebih banyak karbon monoksida 3 kali lebih banyak tar
50 kali lebih zat kimia yang berbahaya bagi kesihatan Bahaya asap
rokok terhadap ibu hamil dan janin dalam kandungannya Keguguran
janin/bayi Tumbesaran janin terencat 30% lebih tinggi Kematian
janin dalam kandungan Pendarahan dari uri (abruption placenta)
Berat badan berkurang 20 hingga 30% Bahaya asap rokok
terhadap bayi Masalah dan penyakit pernafasan Mengganggu
terhadap perkembangan kecerdasan Jangkitan telinga Leukeamia
Kanser otak 22% Cepat lelah Sindrom kematian secara mendadak

Kesan merokok
1. Dari segi kesihatan
Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan
disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok.
Kesan tersebut boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan jangka
panjang dan kesan jangka pendek. Asap rokok yang dihidu oleh
perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki
rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru.
Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di
sepanjang perjalanan di ruang didalam tubuh badan. Antara kesan
jangka pendek ialah mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh
pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen
daripada asap rokok tersebut.Selain itu, menghisap rokok boleh
mengganggu daya pendengaran dan penglihatan kerana
mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan.
Perokok selalunya mempunyai nafas yang berbau dan mudah
mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning.
Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk
bernafas dan mudah merasa letih apabila melakukan sesuatu
pekerjaan terutamanya bersukan.Ini pula merupakan kesan jangka
panjang rokok. Rokok boleh membahayakankesihatan diri kerana
bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok yang
bolehmengurangkan fungsi sekaligus merosakkan organ dalam
tubuh kita. Sebagai contoh, nikotin yang ada didalam rokok boleh
menyebabkan ketagihan sekiranya menghisap rokok secara
berulang kali. Selain itu, tembakau boleh mengakibatkan penyakit
jantung dan barah.Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia didalam
rokok yang akan menyebabkan barah paru-paru, mulut, usus, tekak
dan payudara. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit
strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul dan penyakit
paru-paru seperti asthmadan bronkitis ( jangkitan pada paru-paru).

Hampir satu per empat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca
dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan
menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang
keempat. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas
terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh
menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada
kalanyaia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu
Perokok juga bukan hanya membahayakan kesihatan diri sendiri
malah turut memberikesan yang lebih merbahaya terhadap
kesihatan orang sekeliling. Mereka yang menghidu asap rokok tanpa
merokok dari orang yang merokok dikenali sebagai perokok
pasif.Contohnya, kanak-kanak akan mudah mengidap penyakit paru-
paru dan jantung seperti,asthma, mengganggu pertumbuhan paru-
paru, kecacatan pendengaran, mempunyai IQrendah, masalah
kawalan motor, keguguran dan mati dalam kandungan. Ibu
mengandung juga akan mengalami implikasi yang buruk terhadap
bayi dalam kandungan seperti melahirkan bayi yang tidak cukup
bulan dan bayi kurang berat badan.

2. Dari segi alam sekitar


Selain membahayakan kesihatan diri, merokok juga boleh
mencemarkan persekitaran.Asap rokok akan menyebabkan
pencemaran udara. Jadi, bukan hanya mereka yang merokok yang
mendapat keburukan malahan, orang sekeliling turut merasa
kesukaran untuk mendapatkan udara yang bersih dan segar.
Tambahan pula, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh
mencemarkan alam sekitar seperti mengakibatkan longkang
tersumbat yang boleh menyebabkan pembiakan nyamuk aedes. Ini
boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain seperti demam
denggi.Selain itu, alam sekitar akan kelihatan kotor dan akan
menyebabkan datangnya masalah pencemaran air dan lain- lain.
Sebagai contoh, apabila sistem pengairan terganggu,bencana alam
boleh berlaku seperti banjir kilat. Merokok juga menyumbang
sebanyak 25peratus kepada kes kebakaran. Ini boleh dilihat apabila
mereka yang merokok kurang rasa tanggungjawab untuk membuang
puntung rokok yang masih berbara di merata-rata tempat.Kebakaran
juga menyebabkan peningkatan kandungan karbon dioksida dan
karbonmonoksida meningkat dan penghuni bumi akan merasai
kekurangan oksigen untuk bernafasdan menaikkan suhu bumi
sekaligus mengakibatkan pelbagai bencana alam akibat perbuatan
manusia sendiri.

3. Dari segi sosial


Pertubuhan Kesihatan Sedunia berpendapat bahawa merokok
adalah satu aktiviti ketagihan. Merokok secara tidak langsung akan
menyebabkan seseorang itu terlibat dengan najis dadah. Hal ini
disebabkan rokok merupakan bunga kepada dadah. Keadaan ini
boleh digambarkan sebagai permulaan untuk menjinakkan diri
dengan bahan- bahan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat
seperti melepak dan penagihan dadah. Ini sekaligus, akan
meningkatkan masalah sosial dalam masyarakat. Merokok juga
sering bermula pada zaman remaja. Kaji selidik yang dilakukan oleh
Global Youth Survey mendapati 20 peratus daripada pelajar yang
berumur 13 tahun hingga15 tahun adalah perokok, manakala remaja
bawah 18 tahun yang merokok juga meningkat sehingga 20 peratus.
Ini kerana remaja merupakan satu fasa dimana mereka sedang
mencari identiti. Oleh itu, meraka sangat mudah terpengaruh dengan
perkara- perkara yang tidak berfaedah terutama daripada rakan-
rakan. Para remaja juga mempunyai sikap ingin tahu daningin
mencuba yang tinggi.Selain itu, ibu bapa yang merokok juga akan
menggalakkan anak- anak cuba untuk merokok. Ini kerana anak-
anak merasakan merokok itu tidak akan mengakibatkan apa- apa
keburukan. Dan selalunya ibubapa merupakan contoh yang paling
dekat dan merekalah yang bertanggungjawab mencorakkan anak-
anak. Anak-anak akan mudah mengikuti apa yangdilakukan oleh
ibubapa mereka.

4. Dari segi ekonomi


Di samping itu, merokok mengundang ke arah pembaziran. Wang
yang sepatutnya digunakan ke arah kebaikan telah digunakan untuk
membeli rokok iaitu satu perkara yang tidak bermanfaat. Seharusnya
wang yang diperolehi perlu dilaburkan ke arah yang lebih baik
seperti untuk pelajaran, makanan, memperbaiki taraf hidup keluarga,
meningkatkan ekonomi negara dan lain- lain lagi. Dengan ini dapat
dilihat yang merokok merupakan satu pembaziran harta.Satu kajian
telah dilakukan oleh seorang sarjana Barat, C. Everentt Koop,
golongan perokok kebanyakannya mati pada usia muda berbanding
dengan golongan yang tidak merokok. Hal ini amat membimbangkan
terutamanya pihak kerajaan yang terpaksamenanggung risiko
kekurangan tenaga kerja dalam pelbagai sektor apabila pekerja
yang merokok mati pada usia yang muda walaupun mati itu sesuatu
yang tidak dapat dielakkan. Merokok juga akan menyebabkan
seseorang itu hilang fokus dalam melakukan pekerjaan terutama
bagi mereka yang ketagih dan akan mengurangkan prestasi kerja
seseorang. Secara tidak langsung pula, akan mengurangkan
produktiviti sesebuah syarikat serta melemahkan taraf ekonomi
negara.

KESAN DARIPADA
KEGIATAN M
E
RO KOK

Pelbagai pendapat membuktikan bahawa rokok itu membahayakan


kesihatan manusia. Setiap batang rokok yang dinyalakan akan
mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang
membahayakan dan boleh membawa maut. Di antara kandungan
asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-
bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai
(ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun
anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan
di kamar gas maut bagi pesalah yang menjalani hukuman mati,
dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, racun paling penting atau
yang paling merbahaya adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida.

Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang


diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Nikotin pula
seperti dadah heroin, amfetamin dan kokain yang bertindak balas di
dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang
menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap
nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan,
adalah mungkin lebih hebat berbanding dadah. Seseorang yang
kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami
gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh
itu terlalu sukar untuk sesiapa yang ketagihan dengan merokok
meninggalkan tabiat itu untuk selamanya kecuali dengan ikhtiar yang
serius dan kehendak Allah jua. Selain memberi sifat ketagihan
bahan nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit
jantung, strok, urat saraf, mengecutkan saluran darah yang
menyebabkan tekanan tinggi darah, simptom kebas kaki, jari,
migrain, sakit kepala, pedih ulu hati dan kekejangan otot.

Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya


dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan
oksigen ke tisu-tisu hingga ia menjadi terencat dan akhirnya boleh
menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam
badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh
manusia ataupun haiwan, ia akan membawa kerosakkan pada
setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut,
tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman,
saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran
kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-
racun itu dikeluarkan dari badan. Oleh itu, karbon monoksida boleh
mengakibatkan sakit jantung, barah paru-paru, sakit tenggorok dan
kembang paru-paru.

Racun rokok akan disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan


dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu
lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut
merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga
menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga
mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan yang ditelan.
Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi
beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh
memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu. Merokok juga
membolehkan seseorang lelaki itu mati pucuk.

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di
sekelilingnya juga membahayakan kerana ia akan memasuki rongga
mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan
asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang
perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di
mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran
pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus,
menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga
akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan
menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan
melalui saluran penghadaman dan pencernaan dan ini boleh
menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan
pankreas.

Kesan asap rokok terhadap ibu mengandung pula ialah seperti


melahirkan bayi yang kurang berat badan, melahirkan bayi yang
tidak cukup bulan, ibu itu lebih terdedah kepada kanser,
mengurangkan kesuburan dan putus haid awal. Manakala kesannya
terhadap anak yang masih kecil ialah anak itu lebih mudah
mendapat lelah, mendapat jangkitan paru-paru, pertumbuhan paru-
paru kanak-kanak terganggu dan mudah menjadi perokok apabila
dewasa kelak.

Harga rokok sekarang semakin mahal dan seseorang itu sanggup


mengeluarkan wang yang banyak hanya untuk membeli rokok yang
tidak mendatangkan nilai. Ini bermakna seseorang itu akan
membazirkan wangnya seperti pelajar membelanjakan wang
perbelanjaan sekolah yang diberikan oleh ibu bapanya untuk
membeli rokok, sedangkan wang itu untuk perbelanjaannya membeli
makanan di sekolah.

Merokok dikalangan wanita sebenarnya memberikan kesan yang


teramat buruk dikalangan wanita. Perokok wanita mempunyai kadar
lebih tinggi untuk dijangkiti kanser paru-paru, payu dara, barah
rahim, servik dan kolon serta kadar kesuburan 30 peratus lebih
rendah berbanding wanita yang tidak merokok. Bagi wanita yang
merokok pula rook itu akan merosakkan kulit mereka yang halus
bukan seperti yang mereka harapkan iaitu mengurangkan berat
badan mereka.

Bagi ibu mengandung yang merokok akan menyebabkan berat bayi


kemungkinannya tiga kali lebih rendah daripada bayi normal dan
lebih tinggi risiko mendapat penyakit serta kematian pada tahun
pertama kehidupan. Kualiti susu badan juga berkurangan jika bakal-
bakal ibu itu mula merokok semasa bayi dalam kandungan. Selain
itu, juga boleh menyebabkan mereka keguguran.

Ukuran sebatang rokok yang dihisap ialah 0.5 cm dan jika 20 batang
yang dihisap sehari akan bersamaan panjang satu meter. Jika
seorang perokok itu merokok lebih banyak dan terlalu berat,
semakin panjang batang rokok yang mereka ambil, maka semakin
pendek umur mereka akibat penyakit yang diundang. Berbanding
dengan mereka yang tidak merokok akan lebih panjang umur
mereka.

Oleh itu, dari bahaya rokok atau bahan-bahan dalam rokok itu dapat
meninggalkan kesan yang buruk kepada pengamal tabiat merokok
itu seperti yang dinyatakan di atas pelbagai jenis penyakit yang
boleh dihidapi oleh perokok. Antara jenis penyakit itu ialah janutng,
barah paru-paru, barah rahim, mati pucuk dan sebagainya. selain
itu, rokok itu juga membahayakan kepada ibu mengandung kerana
bayi yang dilahirkan akan mendapat lelah, berat badannya lebih
rendah dari bayi yang normal dan berkemungkinan mendapat
penyakit, mati pada tahun pertama kehidupannya dan sebagainya.
BAHAYA
MEROKOK
KERATAN
AKHBAR
BAHAYA MEROKOK
- ARTIKEL -
KESAN MEROKOK
KANDUNGAN ROKOK
USAHA-USAHA MENGHENTIKAN TABIAT MEROKOK
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI REMAJA MEROKOK

Anda mungkin juga menyukai