Anda di halaman 1dari 2

CATATAN REFLEKSI

MINGGU KEEMPAT
( 01 OGOS 2016 HINGGA 05 OGOS 2016)

1. ISU YANG DIFOKUS :


Penyediaan portfolio Internship dan Pengumpulan data penyelidikan tindakan
2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUS :
a. Kelebihan
Saya dapat mengumpul segala maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam portfolio
dalam tempoh pelaksanaan Internship ini. Semua data yang diperlukan untuk penyelidikan
tindakan mahupun projek dapat dikumpul dengan kaedah-kaedah yang ditetapkan.
Kerjasama

yang

diberikan

oleh

rakan-rakan

semasa

pengumpulan

data

untuk

pendokumentasian memudahkan lagi kerja-kerja fail kerana ia dapat disiapkan dengan tepat
dan cepat. Dokumen-dokumen dalam bentuk laporan dan refleksi dapat disimpan dengan
sistematik mengikut senarai semak portfolio.
b. Kelemahan
Kelemahan

juga

wujud

dalam

aspek

pengurusan

masa

kerana

kerja-kerja

pendokumentasian hanya dapat dimulakan pada hujung minggu ketiga kerana kami mampu
menyempurnakan semua projek-projek yang dirancang dalam minggu itu. Oleh itu, saya
mengalami kesuntukkan masa untuk membuat laporan projek dan juga untuk melengkapkan
kehendak-kehendak protfolio yang lain. Proses pengumpulan data untuk penyelidikan
tindakan juga dikumpul pada minggu keempat ini. Keadaan ini menyebabkan saya
melengkapkan tugasan-tugasan saya dalam masa yang sangat terhad.

3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :
Kelemahan-kelemahan

yang

dinyatakan

dapat

diperbaiki

dengan

cadangan

penambahbaikan yang berikut. Perancangan projek seharusnya dimulakan dengan lebih

awal supaya dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan dan dapat dilaksanakan
dengan keadaan tenang. Keadaan ini akan mengurangkan tekanan mental dan fizikal agar
urusan-urusan

lain

dapat

difokuskan

dengan

lebih

terperinci

lagi.

Kerja-kerja

pendokumentasian juga perlu dimulakan sebaik sahaja selesainya projek supaya dapat
menghasilkan kerja yang lebih bermutu atau berkualiti.

Anda mungkin juga menyukai