Anda di halaman 1dari 8

DEFINISI MEMBACA

Membaca merupakan satu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi
antara pembaca dan maklumat yang dibaca. Membaca juga dapat ditakrifkan sebagai proses
membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman serta latar belakang pembaca
( Anderson & Pearson, 1984 ). Kedua-dua aktiviti pembacaan iaitu, membaca dan memberi
makna merupakan proses yang konstruktif serta saling berhubung kait antara satu sama lain.
Pemahaman makna yang diperoleh oleh pembaca dalam proses ini berlangsung daripada
pengetahuan latar yang dirangsang oleh perkataan, ayat , dan perenggan penulis dalam bahan
yang dibacanya. Walaupun pembaca tidak perlu memahami setiap perkataan yang terkandung
pada setiap ayat yang dibaca, tetapi pembaca perlu bijak menggunakan pelbagai petanda yang
terdapat dalam bahan bacaan tersebut sebagai panduan bagi memahami maksud keseluruhan
bahan yang dibaca. Proses ini dikenali sebagai proses menaakul atau meneka maksud
berdasarkan petanda yang terdapat dalam bahan yang dibaca. Menaakul pula bermaksud
membuat tekaan berasaskan sesuatu petanda yang dapat dijadikan panduan dalam proses meneka
tersebut.
TEORI MEMBACA
1. Teori Membaca secara automatik

La Berger dan Samuel merupakan pengasas kepada teori ini. Teori ini menganggap
wujudnya perkembangan dalam penguasaan kemahiran membaca secara automatik.
Antara lain, teori ini juga mengatakan bahawa wujudnya perbezaan antara proses bersifat
automatik dan proses kawalan ketika berlakunya pembacaan. Sub komponen dalam
kemahiran membaca seperti mengecam huruf dan seterusnya mengecam perkataan
dikuasai secara automatik melalui latihan. Oleh itu, sumber-sumber ini diperlukan bagi

membantu menguasai kemahiran asas membaca.


Selain itu, model ini juga meramalkan hubungan yang positif antara kemahiran
pemahaman membaca teks secara automatik secara dengan latihan yang dijalankan.
Pembaca yang mempunyai kemahiran membaca automatik lebih berupaya mengawal teks
serta mempunyai lebih sumber dan akan mudah memahami pembacaan. Oleh itu,
pembaca haruslah menekankan pengawalan eksekutif supaya dapat membantu pembaca
memahami teks dengan lebih berkesan.

2. Teori kecekapan Verbal

Teori ini diperkenalkan oleh Perfetti ( 1985, 1988 ). Teori ini menekankan kemahiran
membaca dengan meluaskan dengan memperluaskan proses pentafsiran kod. Selain
daripada ciri automatik dalam menguasai bahasa, aspek resolusi anafora, membuat
kenyataan atau cadangan secara bersepadu, aktiviti yang berkaitan dengan ingatan dan

strategi meta kognitif yang digunakan juga terlibat dalam penguasaan bahasa.
Menurut teori ini, setiap pembaca mempunyai profil yang tersendiri bagi tujuan
menguasai kecekapan verbal. Pembaca yang mempunyai efisien yang tinggi dalam

kecekapan verbal mempunyai perhatian yang banyak dan sumber ingatan bagi rujukan.
Teori ini juga membincangkan sejauh mana sesuatu sub komponen membaca berhubung
dengan pemahaman. Pembaca yang tidak cekap selalunya lebih mudah lupa perkara yang
sudah dibacanya. Tidak cekap dalam membaca juga disebabkan oleh skemata yang
terhad. Kekurangan pengetahuan lalu berkaitan dengan teks yang dibaca juga akan
menyukarkan pembaca memahami kandungan teks.

BELAJAR MEMBACA
Terdapat beberapa kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru dalam mengajar pelajar
membaca. Guru boleh menggunakan salah satu atau merangkumkan lebih daripada satu kaedah
berdasarkan kesesuaian objektif pengajaran yang ingin dicapai. Antara kaedah tersebut ialah :
1) Membaca bebas
Pelajar membaca keseluruhan bahan yang mereka pilih daripada sekumpulan
bahan yang disediakan oleh guru
Kaedah ini memerlukan sokongan guru yang paling minimum kerana kaedah ini
digunakan bagi pelajar yang mempunyai kebolehan membaca yang baik.
Guru perlu memberi arahan awal supaya pelajar membuat persediaan sebelum
membaca seperti menyediakan soalan sebelum, ketika dan sesudah membaca
buku tersebut.
2) Membaca secara berkoperatif
Menggunakan kaedah membaca secara berpasangan sama ada berdua atau bertiga
Pelajar bergilir-gilir membaca sebahagian daripada bahan bacaan secara lantang
kepada rakan dalam kumpulan tersebut dan berhenti seketika untuk
membincangkan apa yang telah mereka baca
Berikut merupakan garis panduan yang boleh digunakan untuk menjalankan
aktiviti membaca secara berkoperatif:
i)
Meninjau dan menaakul

ii)
Membaca lantang dan senyap
iii)
Meringkas dan bertindak balas
3) Membaca dengan panduan guru
Kaedah ini memerlukan guru untuk memberi panduan atau mengarahkan pelajar
melakukan pembacaan senyap dan seterusnya bertanya soalan atau membantu
mereka membina soalan ketika membaca bahagian yang telah ditetapkan.
Guru juga boleh membantu pelajar membuat telahan terhadap bahan yang telah
dibaca
Kaedah ini digunakan apabila pelajar memerlukan sokongan dalam membina
makna daripada bahan, sama ada kerana tahap kesukaran bahan ataupun
kemampuan pelajar yang rendah.
Kaedah ini amat berguna bagi mendidik pelajar membaca kerana guru dapat
memberikan sokongan atau bantuan pada peringkat awal bacaan dan
mengurangkan sokongan tersebut sedikit demi sedikit

4) Berkongsi membaca
Berdasarkan prosedur ini, guru membaca lantang sesuatu cerita dan mengajak
kanak-kanak bersama-sama membaca apabila mereka berasa selesa dan bersedia
Kanak-kanak diberi peluang untuk bertindak balas menerusi penulisan, lukisan,
drama, perbincangan dan sebagainya
Kaedah ini memberi peluang kepada pelajar yang lebih mahir membaca menjadi
model kepada pelajar yang kurang mahir membaca
5) Membaca lantang
Membaca lantang bahan tersebut dan membincangkan kandungan bahan bersama
Dapat menjadikan pembaca lantang sebagai model pembaca yang sebenar
Guru bertindak sebagai model yang dapat diikuti pelajar pada peringkat awal
bacaan
Kaedah ini digunakan bagi bahan yang mengandungi terlalu banyak istilah,
konsep atau perkataan yang sukar. Setelah guru membacanya dengan lantang,
pelajar perlu ikut membaca secara berkoperatif atau bebas.
MASALAH DALAM MEMBACA
APAKAH YANG MENYEBABKAN KETIDAKUPAYAAN MEMBACA ?

Faktor fizikal
1) PENGLIHATAN
Simptom/ tanda yang menyebabkan ketidakupayaan membaca:

Juling
Rabun dekat
Rabun jauh
Astigmatism
Amblyopiks
2) PERSEPSI PENGLIHATAN
Berikut merupakan symptom pelajar yang mempunyai persepsi penglihatan yang
bercelaru:
Perkara kelihatan seolah-olah satu percampuran huruf yang tidak bermakna.
Contoh: musik menjadi msuki
Huruf atau perkataan menjadi terbalik. Contoh: huruf b menjadi d
Jika jenis percetakan atau saiz huruf bertukar, pelajar tidak dapat mengenal
pasti huruf yang sebenar
Satu perkataan kelihatan seperti imej cermin
Pelajar tidak dapat membezakan suku kata
3) PENDENGARAN ( AUDITORI)
Pelajar yang menghadapi masalah pendengaran yang teruk akan menghadapi masalah
dalam belajar membaca. Antara masalah pendengaran yang biasanya berlaku ialah:
Masalah membezakan bunyi vocal dan konsonan
Kerencatan pendengaran sementara- boleh dirawat dengan rawatan biasa
seperti pembersihan lubang telinga/ antibiotic
Kerencatan kekal- perlu rawatan pakar, sama ada rawatan jangka panjang atau
rawatan kekal.
4) PERTUTURAN
Masalah perturan:
Kecelaruan bunyi bahasa
Nada yang tidak menentu
Pertuturan spastik
Punca:

Masalah emosi
Kelewatan pertumbuhan
Kurang pendengaran
Pertumbuhan kerongkong tidak lengkap
Sumbing
Kecederaan otak/ sebahagian otak

Faktor Neurologikal (berkaitan sistem saraf manusia)


1) KEROSAKAN OTAK
Punca:
Kecedaraan

Penyakit
Kesan bahan toksik pada otak
Semulajadi sejak lahir
2) NEUROLOGI TIDAK BERFUNGSI

Bahagian otak tidak dapat berkembang sepenuhnya

Bahagian otak tertutup sebahagiannya sejak dilahirkan


Hyperlexia seorang yang lambat perkembangan bahasa dan akal
3) FAKTOR KETURUNAN
Kembar seiras
Latar belakang keluarga yang tidak tahu membaca
Pengaruh persekitaran dalam keluarga
4) FAKTOR EMOSI
Tekanan
Rasa rendah diri
Kecewa
Malas
Gangguan emosi
5) FAKTOR SOSIOEKONOMI
Status sosioekonomi yang rendah menyebabkan kanak-kanak mempunyai
pencapaian dalam membaca yang rendah
Keturunan kaum dan perbezaan budaya

Pemilihan bahan bacaan


Terdapat dua jenis bahan bacaan yang boleh dipilih oleh pelajar, antaranya:
i.
ii.

Bahan yang sesuai dengan perkembangan pelajar.


Bahan yang menarik minat pelajar.

i.
Bahan yang sesuai dengan perkembangan pelajar.
Guru perlu mengambil perhatian terhadap beberapa unsur yang terdapat dalam setiap
bahan tersebut agar dapat menarik minat pelajar dan perlu memberi panduan terhadap
pemilihan bahan bacaan pelajar. Hal ini kerana, kadang-kala bahan yang dipilih oleh
pelajar telah terlalu lama digunakan dan mungkin tidak lagi terdapat di pasaran serta

kalau ada pun mungkin sudah tidak sesuai dengan perkembangan pelajar pada masa kini.
Manakala bagi pelajar di tahap satu pula, bahan yang menggunakan ayat yang berulangulang adalah penting bagi memperkukuhkan pengamatan pelajar terhadap huruf bercetak
seperti dalam buku cerita.

Bahan bag kanak-kanak pula, memerlukan banyak penggunaan perkataan yang berirama

supaya mudah dibaca.


Bahan yang mempunyai keselarian dalam huruf, nombor, hari, hari bulan, dan nama
bulan juga akan dapat membantu pelajar.

ii.
Bahan yang menarik minat pelajar
Peringkat rendah, buku yang terpilih perlulah dapat menarik minat pelajar berdasarkan
ilustrasi dan kandungan cerita yang menarik. Bahan yang mempunyai ilustrasi yang
menarik akan lebih diminati jika disertai dengan ilustrasi yang dapat memperkukuhkan

daya imaginasi pelajar yang membacanya.


Pada peringkat menengah, bahan dapat menarik minat pelajar pula merupakan bahan
yang mempunyai kualiti seni bahasa dan sastera yang bermutu tinggi. Bahan yang
berkualiti, sebagai contoh bahan kesusasteraan perlulah mempunyai susunan cerita yang

rapi, watak yang pelbagai dan sebagainya.


Guru juga berperanan dalam memilih atau menapis apakah bahan yang boleh
dibincangkan di dalam kelas dan pelajar juga akan memilih bahan yang mereka gemar
berdasarkan kemampuan dan minat mereka.

Pendekatan dalam pengajaran membaca.


Terdapat pelbagai pendekatan dalam pengajaran membaca antaranya:
i.

Intertekstualiti
Pendekatan ini telah dibincangkan dan digunakan dalam mengatur strategi bagi
membantu pembaca memahami bahan bacaannya. Definisi yang dikemukakan oleh ahli
teori dan kritikan kesusasteraan seperti Kristeva(1969), Derrida (1972) dan Hartman
(1995), terhadap perkataan intertekstualiti adalah mudah tetapi memerlukan penghuraian
yang kompleks bagi menjelaskan maksud yang lengkap. Intertekstualiti ini terbahagi
kepada tiga iaitu:
a) Endogenous utama
Pembaca akan mencari petanda yang dapat membantu mereka memahami teks
dengan lebih mudah. Rujukan boleh dibuat secara songsang iaitu merujuk pada
bahagian tengah atau akhir teks bagi memahami maksud teks yang masih samar
pada bahagian awalnya.

b) Endogenous kedua
Rujukan antara bahan dalam mata pelajaran lain atau jenis bahan bacaan lain
seperti akhbar, majalah internet dan sebagainya merupakan sumber untuk
melakukan proses intertekstualiti ini. Pelajar juga kerap dilatih untuk merujuk
bahan berkaitan bagi mendapatkan kepastian terhadap maksud teks sedang
dibacanya, mendapatkan maklumat tambahan bagi menjelaskan, mencirikan dan
sebagainya dalam proses membaca.
c) Eksogenius
Tugas melakukan interstualiti tidak sukar tapi amat berat jika tidak mendapat
latihan yang kerap. Latihan juga harus dilakukan secara sedar iaitu mereka faham
bahawa mereka sedang melakukan sesuatu proses daripada kategori interksetualiti
yang dinyatakan. Kecekapan seseorang pelajar melakukan proses tersebut secara
sedar akan menambah keupayaannya untuk memahami bahan bacaan dan dapat
menggunakan bahan serta dapat menggunakan bahan lebih berkesan. Latihan
yang kerap juga menjadikan para pelajar lebih cekap dan mahir untuk membuat
intertekstualiti.
ii.

Pendekatan Membaca Asas


Pendekatan ini meliputi aktiviti mengajar membaca yang biasanya pada situasi
membaca yang pelbagai seperti bagi tujuan rekreasi, mencari maklumat dan

bimbingan.
Penambahan perkara yang pernah diajar dalam pengajaran membaca akan dapat

membantu pelajar menguasai kemahiran membaca.


Pendekatan ini memandang serius tentang pola dan perbendaharaan kata kerana
guru perlu memikirkan cara untuk mencungkil kebolehan serta pengalaman yang

dimiliki oleh pelajar dalam peringkat penguasaan kemahiran dalam bahasa.


Prinsip pendekatan membaca asas:
1. Pengajaran meliputi perkembangan kemahiran.
2. Pengajaran perkembangan kemahiran
3. Membaca secara terarah yang terbahagi kepada lima iaitu motivasi,
persediaan latar belakang, menerapkan tujuan, membaca semula secara
senyap atau lisan dan tindak balas serta perluasan.

iii.

Pendekatan membaca individu


Pendekatan ini memberi penekanan kepada tahap yang berbeza dalam bacaan individu.

Pendekatan ini juga mementingkan pemilihan bacaan oleh pelajar yang dapat dikaitkan

dengan minat, keperluan dan keupayaan untuk membaca.


Antara tujuan pendekatan ini adalah:
1. Dapat menarik minat pelajar dan menjadikan aktiviti membaca sebagai aktiviti
yang bernilai dalam kehidupan.
2. Mengembangkan kemahiran membaca yang luas dengan memilih kata yang
mudah.
3. Menambahkan keupayaan pelajar dalam memahami dan menilai keupayaan
membaca.

iv.

Pendekatan Teknologikal
Pendekatan ini menekankan keupayaan untuk menghasilkan bahan pengajaran
yang berurutan dan dapat dilakukan semula pada masa yang lain. Selain itu,
pendekatan ini juga dapat dirasai oleh pancaindera serta diberikan bukti tentang

1.
2.
3.
4.

kebenarannya.
Objektif dalam sistem membaca:
Program berdasarkan kriteria
Membaca berdasarkan kecekapan
Sistem pengurusan kemahiran
Membaca berdasarkan perspektif diagnostik.

Anda mungkin juga menyukai