Anda di halaman 1dari 5

6 TIPS 'JANGAN' BAGI PEMIMPIN

Sayidina Umar Ibnu Abdul Aziz seringkali menangis di malam hari sepanjang
tempoh beliau menjadi khalifah. Apabila khadamnya bertanyakan hal tersebut
beliau menjawab, "Bukan engkau yang akan berhadapan dengan Tuhan di Akhirat
kelak. Seluruh anggota tubuh serta apa sahaja yang menjadi milikku, Tuhan akan
perhitungkan. Itu pun belum tentu aku akan selamat. Betapalah kini seluruh
urusan umat tertanggung di atas bahu aku."
Begitulah sikap pemimpin yang bertaqwa. Taqwa itulah kelayakan paling utama
sebagai

pemimpin.

Taqwa

itulah

modal

utama

beliau

melaksanakan

tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan benar-benar tepat menurut kehendak


Allah SWT dan RasulNya. Bermodalkan taqwa itulah maka beliau memiliki
anugerah Allah SWT yang sangat mahal. Anugerah itu disebut oleh Allah SWT di
dalam Al Quran dengan maksudnya:
"Dengan sebab merekalah maka orang lain dibantu. "
"Dengan sebab merekalah maka orang lain diberi rezeki. "
Ertinya bukan terhenti pada dirinya saja dibantu oleh Tuhan dalam segala urusan,
malah orang lain turut mendapat rahmat, bantuan dan pertolongan dari Tuhan.
Selepas era salafussoleh, persoalan taqwa sudah tersisih dari kehidupan para
pemimpin. Tamadun manusia semakin berkembang tetapi kepentingan taqwa
dalam kepimpinan semakin tidak dipedulikan. Apabila keadaan demikian terjadi,
pemimpin semakin renggang dari Tuhan, semakin jauh dari Rasulullah SAW.
Akibatnya syariat semakin terbarai dan semakin rosak, kasih sayang semakin
pupus. Masyarakat sudah tidak terdidik. Sudah tidak lagi terbangun insaniah,
dalam ertikata tidak lagi memiliki rasa kehambaan dan rasa bertuhan.
Di zaman salafussoleh di mana tamadun rohani masih tinggi, masyarakatnya ratarata masih baik, mereka amat takut dengan jawatan dan pangkat khususnya
dalam kepimpinan umat. Sesiapa yang berada di tampok kepimpinan, merekalah
yang paling cemas dan bimbang. Merekalah yang sentiasa kecut hati berhadapan
dengan keagungan dan kebesaran Tuhan. Kebesaran Tuhan itu benar-benar
menjadikan hati mereka sentiasa bergelombang dengan ketakutan. Takut, kerana
Maha Besarnya Tuhan itu dengan segala sifat 'Maha'-Nya boleh memusnahkan alam

semesta ini dengan sekelip mata saja. Sama saja di sisi Tuhan dalam hendak
menjadikan seluruh alam ini dengan berkata, "Jadilah!", maka terjadilah segalagalanya.
Keadaan kepimpinan di zaman salafussoleh itu sudah tidak terjadi lagi di zaman di
mana masyarakat serba rosak ini kepimpinan sudah menjadi idaman dan sebutan.
Rata-rata golongan yang sangat 'ambitious' kepada kepimpinan itu sudah tidak lagi
merasa takut kepada kebesaran Tuhan. Sudah tidak mempedulikan soal Hari
Perhitungan. Sudah melupai akan risiko dan beban berat yang bakal ditanggung.
Kepimpinan sudah menjadi lubuk kesenangan, kemewahan dan populariti.
Keinginan duniawi sangat jelas terbukti di kalangan pemimpin itu sendiri yang
kepentingan diri, keluarga dan suku-sakatlah yang sangat diutamakan berbanding
khidmat menyelesai dan memenuhi urusan masyarakat.
Sebagai pemimpin, Tuhan menjanjikan ganjaran yang amat istimewa seperti
disebut oleh Rasulullah SAW dengan maksud, tujuh golongan yang memperolehi
naungan Arasy, yang salah satu dari tujuh golongan tersebut ialah pemimpin yang
adil. Dalam keterangan Hadis yang lain, Rasulullah ada menyebut dengan maksud
bahawa keadilan sesaat menyamai ibadah enam puluh tahun. Berdasarkan
keterangan Hadis tersebut, terlalu besar perhatian Tuhan terhadap golongan
pemimpin. Namun di atas keistimewaan itu perlu diingat bahawa bukan mudah
untuk mencapainya. Syarat-syarat yang perlu dipenuhi amat ketat. Betapa
besarnya janji Tuhan bagi mereka yang berjaya, begitulah juga berat dan keras
pula ancaman Tuhan bagi mereka yang gagal dalam kepimpinan.
Banyak perkara jangan yang mesti dihindari oleh para pemimpin. Perkara-perkara
'jangan' itu tidaklah dipandang berat oleh Allah SWT andainya dilakukan oleh
masyarakat biasa atau rakyat jelata. Dengan kata lain, adalah amat cacat
sekiranya perkara-perkara ini dibuat oleh para pemimpin. Di kalangan masyarakat
yang bertaqwa, pemimpin tidak punya apa-apa keistimewaan malah mereka
terpaksa mencapai kedudukan: kebajikan bagi orang-orang abrar itu (orang
soleh) itu merupakan dosa bagi orang mugarrabin(orang yang dekat dengan
Tuhan)."

Sebab itulah perkara-perkara 'jangan' bagi pemimpin mesti dijaga agar


kedudukannya terus kekal berbeza dengan rakyat biasa. Antara perkara-perkara
jangan itu ialah:
PERTAMA: Pemimpin jangan dengan mudah merasa selamat. Di hadapan rakyat,
seorang pemimpin itu sentiasa diperhatikan kerana pemimpin itu adalah tempat
rujukan dan ikutan rakyat. Manakala di sisi Allah SWT pula, bukan saja manusia,
terabai tanggungjawab terhadap haiwan pun memungkinkan dipersoalkan oleh
Allah SWT.
Rasa selamat itu ertinya sudah lupusnya rasa kehambaan. Sedangkan seorang
hamba itu, hendaklah sentiasa merasai berdosa walaupun dalam keadaan tidak
berdosa. Betapalah kalau memang berdosa. Mengekalkan rasa kehambaan yang
mendalam itulah yang mendorong seorang pemimpin sentiasa merintih dan
mengadu kepada Tuhannya agar sentiasa memberi petunjuk dan pimpinan.
Rasa kehambaan juga menjadikan seorang pemimpin itu sentiasa bertaubat
memohon keampunan. Taubat itu pula merupakan salah satu saluran bantuan
Allah

SWT.

Selain

itu,

yang

lebih

penting

ialah

seorang

pemimpin

bertanggungjawab membawa manusia kepada Tuhan. Membawa manusia merasai


rasa kehambaan dan rasa bertuhan. Tanggungjawab atau peranan itu tidak akan
berkesan kecuali pemimpin itu sendiri memiliki rasa kehambaan dan rasa
bertuhan.
KEDUA: Pemimpin jangan tercabar dengan sebarang kritikan. Anggaplah sebarang
kritikan umpama ada orang yang memberitahu bahawa dalam baju kita ada lipan.
Sekalipun pemimpin tidak bersalah, terimalah lebih dahulu sebarang kritikan.
Wibawa seorang pemimpin akan jatuh sekiranya awal-awal lagi sudah memberi
reaksi sembrono, gopoh dan melenting.
KETIGA: Pemimpin jangan mudah merajuk. Sedari dan fahamilah bahawa masalah
manusia tidak akan selesai dunia Akhirat. Bertambah tidak selesai, bertambah
kusut dan buntu andainya pemimpin membawa diri kerana merajuk. Masalah akan
terus terbiar sekiranya pemimpin memilih untuk lari dari masalah.

KEEMPAT: Pemimpin jangan menutup pintu perbincangan, muzakarah atau


berkongsi idea, buah fikiran dan pandangan. jangan sekali-kali bersikap tidak
menerima perbezaan pendapat, jangan timbul rasa tidak senang terhadap mereka
yang memberi pendapat yang bertentangan. Lebih-lebih lagi pantang sama sekali
seorang pemimpin itu mencari jalan menghapuskan mereka yang tidak
sependapat, ertinya menyama-tarafkan mereka sebagai musuh.
KELIMA: Pemimpin jangan suka diampu. Sikap begini akan menjadikan seseorang
pemimpin itu di kelilingi oleh pengampu. Pengampu bukan bererti penyokong dan
pengampu juga seringkali tidak jujur. Mereka mempunyai muslihat untuk
kepentingan diri. Laporan dari para pengampu ini seringkali kurang tepat.
Sekiranyaseorang pemimpin itu membuat keputusan dan bertindak atas laporan
tidak tepat dari puak pengampu maka akan timbul berbagai fitnah di dalam
masyarakat.
KEENAM: Pemimpin jangan hanya bersedia terhadap orang atau sesuatu keadaan
yang menyenangkan saja, yakni kalau tidak selesa mudah menarik muka dan
menarik diri. Kalau tidak sesuai dengan selera dan keselesaan diri maka
ditolaknya. Pemimpin yang bersikap begini adalah pemimpin yang lemah, yang
tidak berupaya menanggung risiko. Kalau pemimpin tidak mahu mengambil risiko,
betapalah rakyat biasa.
Mana-mana pemimpin yang ada pada dirinya perkara-perkara yang tersebut di
atas maka dia adalah pemimpin yang ego dan tidak memenuhi syarat sebagai
seorang pemimpin. Pemimpin yang begini pasti tidak mendapat pertolongan
Tlihan dalam urusan kepimpinannya. Ini kerana dia tidak menghayati tugas dan
peranan pemimpin.
Seorang pemimpin itu mestilah dengan penuh sedar bahawa tanggungjawab dan
amanah Allah itu hendaklah dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dalam
melaksanakan urusan kepimpinan itu Tuhan mahu melihat sejauh mana kesabaran
dan pergantungan kita kepada Tuhan. Manakala kejayaan dalam urusan itu
terserah kepada Allah SWT. Terdapat contoh sejarah di kalangan para rasul yang
Tuhan tegur lantaran sikap kurang sabar, merajuk dan kurang bergantung kepada
Tuhan.Contohnya, ialah Nabi Yunus a.s. Sedikit sikap merajuk atau kurang sabar
Nabi Yunus itu bukanlah sampai terjatuh ke tahap dosa. Hanya sedikit rasa kurang

selesa dengan kaumnya yang degil dan menyanggah seruannya. Lantaran itulah
maka Nabi Yunus a.s. ditegur oleh Allah SWT. Teguran Tuhan itu didatangkan
dalam bentuk Allah timpakan kesusahan kepada Nabi Yunus yang mana beliau
ditelan oleh ikan. Kejadian itu menyedar dan menginsafkan Nabi Yunus. Lantas
Nabi Yunus bertaubat tidak putus-putus.
Apabila taubat Nabi Yunus itu diterima dan Nabi Yunus kembali berserah kepada
Tuhan, maka Tuhan keluarkan beliau dari perut ikan tersebut. Sewaktu kaumnya
menemui Nabi Yunus terdampar di sebuah pantai, keadaan tubuhnya amatlah
lemah. Kaumnya menerima Nabi Yunus dan memulihkannya. Kaumnya telah
mengalami perubahan yang amat ketara. Perubahan kaum Nabi Yunus itu berlaku
ketika Nabi Yunus masih berada di dalam perut ikan. Ertinya perubahan yang
berlaku itu tanpa diusahakan oleh Nabi Yunus, dan tanpa sebarang penentangan.
Iktibar penting dari peristiwa Nabi Yunus dengan kaumnya itu ialah betapa sedikit
saja tersilapnya seorang pemimpin maka Allah datangkan kifarah atau denda
sebagai penebus dosa. Dan apabila seorang pemimpin itu bersungguh-sungguh
membaiki diri, mendekatkan diri kepada Tuhan, bertaubat, memohon ampun,
merintih, merayu dan menyerah diri kepada Tuhan; tanpa diusahakan, Tuhan
jadikan

masyarakat berubah, betapalah kalau disertakan dengan usaha.

Adakalanya kedegilan umat, ingkarnya umat, keras kepada, tidak mahu patuh, itu
adalah merupakan signal dari Tuhan bahawa pemimpin itulah yang sangat perlu
membaiki dirinya. Apabila 'Whan sudi memandang dirinya maka Tuhanlah yang
berhak

menunaikan

janjiNya

melalui

masyarakat.

Tuhan

lakukan

perubahan

kepada

Anda mungkin juga menyukai