Anda di halaman 1dari 4

S EP I N G G A N D O SA B ER UL A M P A H A LA

Posted by Posted by a fiq aw e7 on July 13 2007 15:35:01

Assalamualaikum WBT.
Terdiam ustaz membaca email ukhti.
Kerana ini adalah email yang entah ke berapa menceritakan kes yang
sama.
Percaya atau tidak, kes seperti ini semakin menular di kalangan
generasi ukhti, sekurang-kurangnya pada apa yang sampai ke
pengetahuan ustaz. Ustaz perlukan banyak masa untuk merenung dan
berfikir, di manakah silapnya.
Antara kes sebelum ini, seorang muslimah berjubah dan bertudung
labuh sangat mengasihi teman lelakinya. Jam 4 pagi, beliau
menghantar sms mengingatkan teman lelakinya agar bangun
bertahajjud tetapi kemudian rahsianya terbongkar bahawa muslimah
itu sebenarnya adalah ISTERI ORANG.

gambar ini hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja


$

Ustaz tak tahu nak start dari mana. Tetapi subjek utama dalam
masalah ini adalah diri ukhti sendiri. Bukan soal teman lelaki ukhti,
bukan soal apa yang Allah qadha dan qadarkan ke atas ukhti, bukan
bakal anak yang nanti terkesan oleh dosa yang sedang dilakukan hari
ini. Semuanya adalah persoalan diri ukhti sendiri. Sama ada ukhti
mahu mengubah keadaan ini atau tidak. Itu sahaja.
Jika ukhti benar-benar mahu bertaubat, taubat dari belenggu dosa
seperti ini harus disertakan dengan hijrah. Jika setiap kali bertemu
dengan si dia mengingatkan ukhti kepada dosa yang manis itu, maka
ukhti mesti jujur dalam menilai. Apatah lagi ia bukan hanya soal
perasaan. Ia adalah perasaan yang sudah direalisasikan oleh zina kecil
sebelum Zina besar sebagaimana yang ukhti jelaskan. Maka ia bukan
lagi soal mainan perasaan. Kalian berdua saling menjadi punca
maksiat kepada satu sama lain.
Jika hubungan ini diteruskan, ukhti dan teman itu akan memikul
kesannya di kemudian hari.
Rumahtangga yang dibina selepas banyak kemaksiatan dan
keterlanjuran, akan dihukum oleh Allah dengan perasaan syak
wasangka yang bakal menyelubungi perkahwinan itu. Masingmasing telah berjaya membuktikan bahawa Allah telah kalah
dalam perhubungan antum.
Maka, di masa depan nanti, suami akan sentiasa berfikir, jika ukhti
berani melawan Allah bersamanya, apa lagi yang mampu menyekat
ukhti dari melakukan perkara yang sama dengan lelaki lain. Ukhti juga
akan berfikir, jika dia pernah berani beberapa kali membelakangkan
Allah dalam perhubungan ini bersama ukhti, apa yang boleh
menghalangnya dari melakukan perkara yang sama dengan
perempuan lain.
Inilah yang ustaz temui di sepanjang pengalaman hidup, bertemu
dengan pasangan yang pernah berdosa sebelum berumahtangga.
Amat berat hukuman Allah apabila sebuah rumahtangga dibina tanpa
kepercayaan di antara satu sama lain. Ia adalah hukuman dunia
sebelum hukuman Akhirat.

ingatlah api neraka itu sangat pedih azabnya

Jika ukhti dan si dia masih bertarung dengan perasaan, maka ustaz
boleh menasihati agar kalian saling berusaha untuk menjaga diri dan
mempercepatkan perkahwinan. Tetapi ukhti dan si dia sudah saling
bersentuhan, maka sama ada segeralah berkahwin, jika berani
berdepan dengan risiko itu (mudah-mudahan terhindar dengan taubat
bersama yang benar-benar tulen) atau saling berhijrahlah antum
dengan meninggalkan satu sama lain, sejauh mungkin. Mulakan hidup
baru dan mohonlah petunjuk dari-Nya.
Ustaz bersimpati dengan gelora yang ukhti hadapi tetapi ustaz enggan
menghulurkan simpati itu andai ia menyebabkan ukhti mendapat
ketenangan kerana tidak ada sumber penyelesaian kepada konflik ini
kecuali taubat dan hijrah.
Lelaki dan perempuan yang baik bukanlah yang memakai kosmetik
Islam pada sms berbau Islam atau pakaian berwarna Islam, tetapi
pada kekuatan menghalang diri dari saling mengotorkan pasangan
dengan maksiat. Betulkan kembali penilaian ukhti terhadap si dia yang
ukhti katakan baik.
Sesungguhnya cabaran selepas berkahwin adalah jauh lebih
berat berbanding dengan sekadar cabaran mengelak dari zina
sebelum kahwin. Jika ini pun gagal, muhasabahlah diri segera
sebelum melangkah ke usia dewasa yang lebih mencabar itu.

Ustaz doakan ukhti beroleh kekuatan dan petunjuk dari Allah untuk
menyusun kembali kehidupan. Maaf andai bahasanya pahit, tetapi
dalam pahit itu selalu ada penawarnya.
Tiada siapa yang mampu membantu ukhti kecuali ukhti sendiri sebagai
tuan empunya badan dan kehidupan.
Salam dan doa dari ustaz.
ABU SAIF (saifulislam.com)

Anda mungkin juga menyukai