Anda di halaman 1dari 3

SEJUJUR KATA,SELUHUR HATI

Posted by

Posted by xb gs x7 on May 22 2007 02:23:47

PEMUDA YANG IKHLAS


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu
menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka
membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel
yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu
muka suratnya. Tertulis disitu Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat .
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah
pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan
dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada
gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar
kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka

masih belum pernah

bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga
dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum
melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang.
Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak
dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat
berbunyi "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita
berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan
memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku
akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar
merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu
orang tuaku.
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat
itu
Beberapa bulan kemudian

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen


keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di
tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen
keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.

ternampak seorang gadis yang agak berisi,


sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda
Tiba-tiba, si jejaka

sambil melihat sekeliling seolah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya
cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna
merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya
selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri

menghampiri gadis tersebut.


"Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus
menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu.
Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu
bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu kata jejaka
itu. Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi
ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia
memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di
hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang
tuamu.

Berapa ramaikah manusia yang sesuci hati jejaka ini? Dia


melihat kepada hati dan bukan kepada rupa. Dia telah mengotakan
janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia
menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina. Masihkah lagi wujud lelaki seikhlas dan
seluhur hati pemuda itu?hope it's me..

Anda mungkin juga menyukai