Anda di halaman 1dari 2

Musim-musim Iman

www.iLuvislam.com
oleh : penawar88

Musim Panas
Sang suria menyinar terik. Menyuntik nur buat siang yang makin panjang.Teruja
insan melambai perpisahan kepada kesejukan musim semalam. Kain menyaluti
tubuh kian singkat. Pesta riang ria bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gelak
ketawa bagai tiada noktahnya. Hanyalah kebahagian fana yang bersemayam di jiwa.
Alpa.
Musim Luruh
Rendang pohon mula kekuningan.Gugur akhirnya menyembah bumi. Entah apa
nasibnya? Di jalanan menjadi mangsa derapan kaki.Atau di sungai mengalir entah ke
mana penghujungnya. Bayu bersuara lagi. Daunan terus terpisah dari
perdunya.Tinggal hanya ranting sepi tiada seri. Tandus.
Musim Salju
Air semalam mengalir deras. Namun kini, membeku bagai tida nyawa. Sapaan
malam tiba lebih awal dan pertemuan kali ini lebih lama. Insan lebih tega berselimut
melayan lena. Sunyi sepi. Hanya desiran angin menjadi halwa telinga. Dingin.
Musim bunga
Kuntum demi kuntum bunga tumbuh memekar. Warna warni menghiasi laman
hijau. Lebih membelai hembusan bayu membawa aroma bunga. Selamat tinggal
kesuraman semalam. Keceriaan kali ini disulami kicauan burung dan rama rama
berterbangan. Jua hilai tawa si cilik bermain diulit kegembiraan. Tersusup
ketenangan.
Iman dan musim musimnya
Iman di hati jua mampu bertukar musim. Bukan cuaca menjadi punca. Namun
bagaimana kita membajanya. Iman bukan terletak pada luaran tapi tersudut kemas
dalam lubuk hati. Curilah sejenak masa dari usiamu. Nilailah imanmu. Adakah alpa
bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas? Atau seperti musim luruh; gugur
satu persatu dan akhirnya tandus? Mungkinkah bagai musim salju yang dingin dan
sepi? Atau indah mewangi bak musim bunga? Tepuklah dada, tanyalah iman!
Jika hari ini imanmu musim bunga. Esok lusa mungkin bertukar rupa. Namun, mari
kita sentiasa berusaha, ke arah memastikan iman kita sentiasa di musim bunga.
Amin!

Anda mungkin juga menyukai