Anda di halaman 1dari 13

STANDARD KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN

Modul 1 :
Kesihatan
Fizikal

Kesihatan Diri dan Reproduktif


Aspek perkembangan dan perubahan fizikal,fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan
kesihatan reproduktif.

TAHUN 1

1.1 Memahami aspek fizikal lelaki dan perempuan.


1.1.1 Mengenali bahagian tubuh kepala, badan, tangan, kaki dan genital.
1.1.2 Berkata TIDAK/JANGAN kepada sentuhan tidak selamat.
1.2 Mengetahui penjagaan kebersihan diri.
1.2.1 Memahami kepentingan menjaga kebersihan diri.
1.2.2 Menjaga kebersihan diri kepala, badan, tangan, kaki dan genital dengan cara mandi yang betul.
1.2.3 Menjaga kebersihan tangan dan kaki cara dan masa mencuci dengan betul.
1.2.4 Menjaga kebersihan kuku tangan dan kaki cara membersih dan memotong kuku dengan betul.
1.2.5 Menjaga kesihatan gigi menggosok gigi dengan cara yang betul dan mengurangkan makanan yang
boleh merosakkan gigi.
1.2.6 Menjaga kebersihan organ genital cara dan masa mencuci organ genital dengan betul.
1.3 Mengetahui penjagaan pakaian dan alatan keperluan diri.
1.3.1 Menjaga kebersihan pakaian dan alatan keperluan diri.
1.3.2 Mengelak daripada berkongsi alatan keperluan diri sikat, berus gigi, tuala, pakaian dalam, peralatan
makan dan minum.

TAHUN 2

1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
1.1.1 Menyenaraikan aktiviti fizikal yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
1.1.2 Mengamalkan aktiviti fizikal untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
1.1.3 Mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
1.1.4 Mengamalkan postur yang betul untuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal.
1.1.5 Menyatakan kepentingan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pertumbuhan serta perkembangan fizikal
yang sihat.
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman dan luaran yang
mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif
1.2.1 Menyatakan maksud dan situasi sentuhan tidak selamat.
1.2.2 Berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.
1.2.3 Mengenal pasti individu yang mungkin melakukan sentuhan tidak selamat.
1.2.4 Menyatakan tindakan yang perlu diambil jika berlaku sentuhan tidak selamat.

TAHUN 3

1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.
1.1.1 Menyatakan anggota seksual seperti bibir, payu dara, punggung dan genital.
1

1.1.2 Menyatakan kepentingan menjaga kebersihan anggota seksual.


1.1.3 Menyatakan cara menjaga kebersihan anggota seksual.
1.1.4 Mengamalkan penjagaan kebersihan anggota seksual dalam kehidupan harian.
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang
mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
1.2.1 Menyatakan batas sentuhan pada anggota seksual.
1.2.2 Berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat.

TAHUN 4

1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan dan perkembangan fizikal yang sihat.
1.1.1 Menyatakan maksud akil baligh.
1.1.2 Menyatakan tanda-tanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan.
1.1.3 Menyatakan perubahan fizikal lelaki dan perempuan apabila akil baligh.
1.1.4 Menyatakan tempoh kitaran haid.
1.1.5 Menjelaskan tiada gangguan aktiviti harian semasa haid.
1.1.6 Menjelaskan cara pengurusan diri apabila mengalami haid dan ihtilam.
1.1.7 Mengenal pasti perubahan yang mungkin dialami semasa haid.
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman dan luaran yang
mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
1.2.1 Menyatakan cara menghargai perubahan fizikal pada dirisendiri.
1.2.2 Menyatakan cara menghormati perubahan fizikal individu lain.
1.2.3 Menyatakan cara menangani pelbagai situasi negatif terhadap perubahan fizikal pada diri sendiri, rakan
dan keluarga.
1.2.4 Menyatakan batas sentuhan untuk menjaga keselamatan dan kehormatan diri.

TAHUN 5

1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.
1.1.1 Mengetahui sistem reproduktif lelaki dan perempuan.
1.1.2 Memahami fungsi organ dalam sistem reproduktif lelaki dan perempuan.
1.1.3 Mengetahui persenyawaan dalam asas kejadian manusia.
1.1.4 Memahami kaitan kitaran haid dengan persenyawaan.
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang
mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
1.2.1 Memahami kepentingan menghargai aspek seksualiti dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan.
1.2.2 Mengetahui cara menghargai dan menghormati anggota seksual diri sendiri dengan menjaga kebersihan,
keselamatan dan kesihatan.
1.2.3 Mengaplikasi cara menghormati anggota seksual orang lain.
1.2.4 Mengaplikasi batas sentuhan pada anggota seksual dalam aspek menjaga kebersihan, keselamatan dan
kesihatan.
2

TAHUN 6

1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.
1.1.1 Menganalisis perubahan fizikal lelaki dan perempuan ke alam remaja.
1.1.2 Memahami perubahan diri sebagai remaja lelaki dan perempuan untuk diterima serta dihargai.
1.1.3 Mengaplikasi cara menjaga kebersihan dan kesihatan diri remaja lelaki serta perempuan.
1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang
mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.
1.2.1 Memahami situasi yang mendorong kepada tingkah laku seksual dan cara menanganinya.
1.2.2 Memahami risiko tingkah laku seksual iaitu kehamilan, jangkitan penyakit seksual, HIV, AIDS dan
ketagihan melakukan aktiviti seksual.
1.2.3 Memahami kesan tingkah laku seksual terhadap diri dam keluarga.
PEMAKANAN

TAHUN 1

1.4 Mengetahui jenis makanan harian.


1.4.1 Memilih jenis makanan harian yang berkhasiat.
1.4.2 Mengamalkan pengambilan makanan yang sesuai mengikutwaktu makan (sarapan pagi, makan tengahari&
malam).
1.5 Mengetahui makanan serta minuman yang bersih dan selamat.
1.5.1 Menentukan ciri-ciri makanan dan minuman yang bersih dan selamat.
1.5.2 Mengamalkan cara menyimpan makanan dan minuman yang betul.
1.5.3 Menjelaskan kepentingan makanan dan minuman yang bersih dan selamat.
1.5.4 Menyedari kepentingan pengambilan air yang cukup.
1.5.5 Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman yang bersih dan selamat

TAHUN 2

1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat.


1.3.1 Memilih makanan dan minuman yang berkhasiat pada setiap kali waktu makan.
1.3.2 Menyatakan kepentingan pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat.
1.3.3 Mengenal pasti jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan berat badan yang berlebihan dan
obesiti.
1.3.4 Mengamalkan pengambilan makanan dan minuman mengikut keperluan.
1.3.5 Mengamalkan tabiat makan dan minum yang sihat.
1.3.6 Menceritakan tabiat pengambilan makanan dan minuman dalam kalangan ahli keluarga.
1.3.7 Menyatakan pengaruh rakan dalam pengambilan makanan dan minuman.
1.3.8 Menyatakan pengaruh media dalam pengambilan makanan dan minuman.

TAHUN 3

1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.


1.3.1 Mengenal pasti kumpulan zat makanan seperti karbohidrat, protein, lemak dan vitamin.
1.3.2 Memilih jenis makanan mengikut waktu makan harian.
3

1.3.3 Memilih makanan yang sesuai antara waktu makan harian iaitu minum pagi, minum petang dan makan
lewat malam.
1.3.4 Mengamalkan pemakanan yang sihat dengan mengurangkan pengambilan gula, garam dan lemak.
1.3.5 Menyatakan kesan pengambilan makanan dalam kuantiti berlebihan atau berkurangan.
1.3.6 Menyatakan kesan obesiti terhadap kesihatan diri.

TAHUN 4

TAHUN 5

TAHUN 6

TAHUN 1

TAHUN 2

1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat dan selamat.


1.3.1 Melakar dan melabel Piramid Makanan Malaysia.
1.3.2 Mengenal pasti kumpulan makanan mengikut aras Piramid Makanan Malaysia.
1.3.3 Menyatakan kepentingan pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.
1.3.4 Menjelaskan kepentingan pengambilan sarapan yang sihat.
1.3.5 Menjelaskan kepentingan maklumat yang terdapat pada label makanan iaitu kualiti, tarikh luput dan kandungan
bahan.
1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.
1.3.1 Memahami kepentingan mengambil pelbagai jenis makanan.
1.3.2 Mensintesis menu makanan seimbang.
1.3.3 Menilai makanan yang seimbang.
1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.
1.3.1 Menganalisis makanan segar, makanan yang diproses, dan makanan yang segera.
1.3.2 Memahami faedah pengambilan makanan yang segar.
1.3.3 Memahami kesan pengambilan makanan yang diproses, dan makanan segera.
1.3.4 Menilai makanan dan amalan pemakanan yang sesuai untuk mengelakkan penyakit tidak berjangkit.
Penyalahgunaan Bahan
Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK.
1.6 Mengetahui pelbagai jenis ubat.
1.6.1 Mengenali pelbagai jenis ubat.
1.6.2 Mengenal pasti tujuan ubat digunakan.
1.6.3 Menyedari bahawa ubat boleh membahayakan kesihatan salah guna pengambilan ubat, ubat yang berubah
warna,
rasa, bau, rupa, tamat tempoh.
1.6.4 Mematuhi preskripsi doktor apabila mengambil ubat.
1.6.5 Menyedari kepentingan ubat disimpan di tempat yang selamat.
1.6.6 Memberi sebab ubat seseorang tidak selamat untuk orang lain.
1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko
terhadap
diri, keluarga dan masyarakat.
1.4.1 Mengenali jenis bahan ketagihan iaitu rokok, dadah dan alkohol.
1.4.2 Menceritakan kesan negatif merokok, mengambil dadah dan alkohol terhadap kesihatan diri serta orang lain.
4

1.4.3 Melaporkan kepada orang dewasa berkaitan penyalahgunaan bahan dalam kalangan rakan.
1.4.4 Berkata TIDAK kepada pelawaan penyalahgunaan bahan.
1.4.5 Mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak menyalahguna bahan.

TAHUN 3

1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko
terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
1.4.1 Mengenal pasti bahan tembakau selain daripada rokok iaitu rokok daun, cerut dan paip.
1.4.2 Menyatakan kandungan bahan berbahaya yang terdapat dalam rokok.
1.4.3 Menyatakan kesan merokok terhadap kesihatan dan persekitaran.
1.4.4 Berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan rokok.

TAHUN 4

1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko
terhadap
diri,keluarga dan masyarakat.
1.4.1 Menyatakan contoh makanan dan minuman yang mengandungi alkohol berdasarkan label.
1.4.2 Menyatakan kesan jangka masa pendek terhadap fizikal dan mental akibat pengambilan alkohol.
1.4.3 Menyatakan kesan jangka masa panjang terhadap fizikal dan mental akibat pengambilan alkohol.
1.4.4 Berkata TIDAK kepada pengambilan dan pembelian makanan serta minuman beralkohol.
1.4.5 Mendemonstrasi cara menyebarkan maklumat berkaitan kesan pengambilan alkohol kepada ahli keluarga dan
rakan
sebaya.
1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko
terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

TAHUN 5

1.4.1 Mengetahui pelbagai jenis bahan inhalan.


1.4.2 Memehami kesan jangka pendek terhadap fizikal dan mental akibat penyalahgunaan bahan inhalan.
1.4.3 Memahami kesan jangka panjang terhadap fizikal dan mental akibat penyalahgunaan bahan inhalan.
1.4.4 Mengaplikasi cara berkata TIDAK kepada penyalahgunaan bahan inhalan.
1.4.5 Menilai maklumat berkaitan kesan penyalahgunaan bahan inhalan untuk disebarkan kepada ahli keluarga dan
rakan
sebaya.

TAHUN 6

1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko
terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
1.4.1 Mengetahui pelbagai jenis dadah.
1.4.2 Menganalisis situasi berisiko berkaitan penyalahgunaan dadah.
1.4.3 Memahami kesan negative akibat penyalahgunaan dadah terhadap diri, keluarga dan masyarakat.
1.4.4 Mengaplikasi cara menangani situasi berisiko dalam penyalahgunaan dadah terhadap diri, keluarga dan
masyarakat.
5

Pengurusan Mental dan Emosi


Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat

TAHUN 1

2.1 Memahami perasaan.


2.1.1 Mempamerkan perasaan yang dialami seperti gembira, sedih, takut, marah dan malu.
2.1.2 Membezakan antara kehendak dan keperluan.
2.2 Mengetahui cara mengurus perasaan mengikut situasi.
2.2.1 Menunjuk cara meluahkan perasaan yang sesuai mengikutsituasi.
2.2.2 Menyuarakan keperluan dan kehendak diri dengan cara yangbetul.
2.2.3 Menyedari bahawa kasih sayang, penerimaan, rasa kepunyaan dan keselamatan adalah asas keperluan
emosi.
2.2.4 Mengenal pasti orang dewasa yang boleh dipercayai di rumah dan di sekolah.

TAHUN 2

2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan
mental dalam kehidupan seharian.
2.1.1 Mempamerkan perasaan seperti bimbang, cemas dan tidak selamat.
2.1.2 Menunjuk cara yang sihat ketika meluahkan perasaan kepada orang yang boleh dipercayai.
2.1.3 Mengamalkan sikap positif untuk mengurus perasaan diri seperti rasa bersalah, bimbang, takut, marah,
cemburu dan
tidak selamat.
2.1.4 Mengenal pasti perasaan yang wujud akibat perubahan yang berlaku dalam keluarga dan persekitaran seperti
pertambahan dan kehilangan ahli dalam keluarga.

TAHUN 3

2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan caramengurus emosi untuk meningkatkan
kesihatan mental dalam kehidupan harian.
2.1.1 Menyatakan maksud penghargaan kendiri.
2.1.2 Menyatakan keistimewaan diri sendiri.
2.1.3 Menyatakan cara meningkatkan penghargaan kendirimelalui amalan positif.

TAHUN 4

2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan
mental dalam kehidupan harian.
2.1.1 Menyatakan maksud konflik dan stres.
2.1.2 Mengenal pasti tanda-tanda konflik dan stres dalam dirisendiri.
2.1.3 Menyatakan punca konflik dan stres dalam diri sendiri.
2.1.4 Menyatakan kesan konflik dan stres terhadap diri sendiri.
2.1.5 Memilih cara mengurus konflik dan stres.

TAHUN 5

2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan
mental dalam kehidupan harian.
2.1.1 Memahami situasi konflik dan stres dalam keluarga.
6

2.1.2 Memahami situasi konflik dan stres dalam kalangan rakan sebaya.
2.1.3 Memahami kesan konflik dan stres dalam keluarga.
2.1.4 Memahami kesan konflik dan stres dengan rakan sebaya.
2.1.5 Mengaplikasi cara mengurus konflik dan stress dalam kalangan ahli keluarga dan rakan sebaya.

TAHUN 6

TAHUN 1

TAHUN 2

TAHUN 3

TAHUN 4

2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan
mental dalam kehidupan harian.
2.1.1 Memahami maksud kemahiran asertif.
2.1.2 Memahami jenis-jenis kemahiran asertif iaitu verbal dan bukan verbal.
2.1.3 Memahami kepentingan kemahiran asertif dalam mengurus emosi.
2.1.4 Mengaplikasi kemahiran asertif dalam mengurus emosi.
Kekeluargaan
Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga.
2.3 Memahami diri sendiri dan ahli dalam keluarga/penjaga.
2.3.1 Mengenal pasti ahli dalam keluarga/penjaga.
2.3.2 Menyedari peranan ahli dalam keluarga/penjaga.
2.3.3 Menceritakan keistimewaan diri dan ahli dalamkeluarga/penjaga.
2.3.4 Menghormati diri, ibu bapa dan ahli dalam keluarga/penjaga.
2.3.5 Mengambil maklum ibu bapa, penjaga dan orang dewasa yang boleh dipercayai sebagai sumber rujukan untuk
mendapatmaklumat.
2.3.6 Mengenal pasti ahli dalam rumah.
2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek
kesihatan keluarga.
2.2.1 Menyatakan perbezaan fizikal perempuan dan lelaki.
2.2.2 Menceritakan perbezaan antara perawakan perempuan dan lelaki.
2.2.3 Menghargai diri dan gembira dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan.
2.2.4 Mengamalkan sikap menghormati antara satu sama lain tanpa mengira jantina.
2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam
aspek kesihatan keluarga.
2.2.1 Menyatakan kepentingan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
2.2.2 Menyatakan cara mengeratkan hubungan kekeluargaan.
2.2.3 Menyatakan peranan keluarga dalam memberi sokongan kepada ahli keluarga yang mengalami masalah
kesihatan.
2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek
kesihatan keluarga.
2.2.1 Menjelaskan kepentingan hubungan kekeluargaan.
2.2.2 Menerangkan peranan dan tanggungjawab ahli keluargadalam mencegah serta menangani gejala sosial.
2.2.3 Menjelaskan kepentingan sokongan ahli keluarga dalammenangani gejala sosial.
7

TAHUN 5

2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek
kesihatan keluarga.
2.2.1 Mengetahui tanggungjawab ahli dalam keluarga dalam aspek mental, emosi dan sosial.
2.2.2 Memahami harapan ahli keluarga.
2.2.3 Memahami keperluan dan kehendak ahli keluarga dalam aspek mental, emosi dan sosial.

TAHUN 6

2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek
kesihatan keluarga.
2.2.1 Memahami proses perubahan mental, emosi dan social remaja dalam institusi kekeluargaan.
2.2.2 Menganalisis peranan remaja dalam memperkukuh institusi kekeluargaan.
2.2.3 Menilai kepentingan peranan remaja dalam memperkukuh institusi kekeluargaan

TAHUN 1

Perhubungan
Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan.
2.4 Mengetahui perhubungan dengan ibu bapa/penjaga, ahli keluarga, rakan sebaya dan individu lain.
2.4.1 Menjalin hubungan berkekalan dengan ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain.
2.4.2 Menetapkan batas hubungan antara diri dengan ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya dan orang lain.
2.4.3 Mengenal pasti sentuhan yang selamat dan tidak selamat.
2.4.4 Berkata TIDAK/ JANGAN kepada sentuhan tidak selamat.
2.4.5 Memberitahu orang yang boleh dipercayai apabila berlaku sentuhan tidak selamat.
2.4.6 Mengamalkan sikap bekerjasama dan berkongsi dengan orang lain.
2.5 Mengetahui buli.
2.5.1 Mengenal pasti perbuatan buli.
2.5.2 Mengenal pasti pembuli dan mangsa.
2.5.3 Bertindak dengan cara yang betul untuk menghadapi dan menangani buli.

TAHUN 2

2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan
seharian.
2.3.1 Mematuhi ajaran agama.
2.3.2 Menzahirkan kasih sayang yang berbeza kepada Tuhan, diri, ibu bapa / penjaga, ahli keluarga, guru dan
rakan.
2.3.3 Menunjukkan rasa kasih sayang tanpa membezakan individu atau kumpulan seperti tidak membuli dan
menyakiti
orang lain.
2.3.4 Mengamalkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih sesama manusia.

TAHUN 3

2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan
harian.
2.3.1 Menyatakan konflik yang berlaku antara adik beradik dan rakan sebaya.
2.3.2 Menyatakan cara menangani konflik.
2.3.3 Menyatakan kepentingan hubungan persahabatan yang sihat.
2.3.4 Menyatakan cara menghargai persahabatan.
2.3.5 Mengamalkan aktiviti sihat bersama rakan.

TAHUN 4

2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal serta komunikasi berkesan dalam kehidupan
harian.
2.3.1 Menjelaskan kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga.
2.3.2 Menyatakan cara meluahkan perasaan kasih sayang dalam keluarga.
2.3.3 Mempamerkan cara meluahkan perasaan yang sesuai dalam pelbagai situasi.

TAHUN 5

2.3.Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal serta komunikasi berkesan dalam kehidupan
harian.
2.3.1 Mengetahui maksud remaja.
2.3.2 Memahami peranan remaja dalam masyarakat.
2.3.3 Memahami cabaran yang dialami oleh remaja dalam perhubungan maya dan bukan maya.
2.3.4 Memahami perhubungan maya dan bukan maya secara sihat sesama remaja.

TAHUN 6

2.3.Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal serta komunikasi berkesan dalam kehidupan
harian.
2.3.1 Menganalisis situasi tekanan daripada rakan sebaya.
2.3.2 Mengaplikasi cara mengurus tekanan daripada rakan sebaya melalui komunikasi berkesan.

TAHUN 1

Penyakit
Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan
dan mental
3.1 Mengetahui kuman.
3.1.1 Menyedari kuman organisma yang berbahaya.
3.1.2 Menceritakan cara kuman merebak.
3.1.3 Menceritakan cara mengelak kuman merebak.
3.1.4 Menyedari kepentingan mencegah kuman.
3.2 Mengetahui penyakit berjangkit
- penyakit kulit- penyakit tangan, kaki dan mulut- demam selesema- jangkitan cacing.
3.2.1 Mengenali penyakit berjangkit.
3.2.2 Menceritakan cara penyakit berjangkit merebak.
3.2.3 Mengelakkan jangkitan penyakit berjangkit pada diri kepada orang lain dan sebaliknya.
3.2.4 Menunjuk cara meminta bantuan jika terdapat masalah kesihatan daripada orang yang boleh dipercayai.
9

3.2.5 Mengamalkan kebersihan diri.

TAHUN 2

3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan seharian.
3.1.1 Mengenal pasti tanda-tanda konjunktivitis.
3.1.2 Menyatakan cara mengelak daripada jangkitan konjunktivitis.
3.1.3 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi jika mengalami konjunktivitis.
3.1.4 Mengenali penyakit tidak berjangkit seperti ketumbit mata, sakit telinga, hidung berdarah, ekzema dan alahan.
3.1.5 Mengenal pasti tanda-tanda penyakit tidak berjangkit.
3.1.6 Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil atau diawasi jika mengalami penyakit tidak berjangkit.

TAHUN 3

3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan
harian.
3.1.1 Menyatakan penyakit bawaan nyamuk iaitu demam denggi dan demam malaria.
3.1.2 Mengenal pasti gejala dan tanda demam denggi serta demam malaria.
3.1.3 Mengenal pasti cara demam denggi dan demam malaria merebak.
3.1.4 Menyatakan cara mencegah demam denggi dan demam malaria.

TAHUN 4

3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian.
3.1.1 Menyatakan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes.
3.1.2 Mengenal pasti simptom penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan
diabetes.
3.1.3 Menyatakan kesan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan
diabetes
sekiranya tidak dikawal.
3.1.4 Menjelaskan cara mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang
dan
diabetes.

TAHUN 5

3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian.
3.1.1 Mengetahui beberapa jenis penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksin iaitu campak, rubella, cacar
dan beguk.
3.1.2 Memahami gejala dan tanda penyakit iaitu campak, rubella, cacar dan beguk.
3.1.3 Memahami cara penyakit iaitu campak, rubella, cacar dan beguk merebak.

TAHUN 6

3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian.
3.1.1 Mengetahui penyakit bawaan makanan, dan penyakit bawaan air.
3.1.2 Mengetahui gejala dan tanda penyakit bawaan makanan, dan penyakit bawaan air.
3.1.3 Menganalisis cara merebak dan cara mencegah penyakit bawaan makanan, dan penyakit bawaan air.
.
Keselamatan
Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam, serta akta perlindungan
10

TAHUN 1

bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk kemahiran mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali
dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan.
3.3 Mengetahui keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam.
3.3.1 Menyimpan sendiri nama, nombor telefon, alamat sendiri serta nama, nombor telefon dan tempat kerja ibu
bapa atau
penjaga.
3.3.2 Mengelak diri daripada orang yang tidak dikenali.
3.3.3 Mengenal pasti beberapa situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam.
3.3.4 Menyenaraikan barangan keperluan rumah yang berbahaya jika disentuh, ditelan, atau dihidu.
3.3.5 Memberitahu orang dewasa yang dipercayai jika terjumpa alat-alat berbahaya.
3.3.6 Memohon bantuan daripada orang yang boleh membantu ketika mengalami kecederaan (termasuk penderaan)
dan
kecemasan.
3.3.7 Menunjukkan cara meminta bantuan semasa berlaku kecederaan (termasuk penderaan) dan kecemasan.

TAHUN 2

3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan
psikososial dalam kehidupan seharian.
3.2.1 Mengenal pasti peralatan dan bahan yang berbahaya di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam.
3.2.2 Menyenaraikan cara penyimpanan peralatan dan bahan seperti racun dengan selamat.
3.2.3 Mengenal pasti situasi tidak selamat di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam.
3.2.4 Menyatakan kesan kemalangan dan kecederaan seperti kecacatan kekal tubuh badan.
3.2.5 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan untuk mengelak kemalangan, kecederaan dan situasi tidak
selamat di
rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam pada setiap masa.

TAHUN 3

3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan
psikososial dalam kehidupan harian.
3.2.1 Mengenal pasti situasi yang boleh mengancamkeselamatan diri.
3.2.2 Menyatakan cara-cara menjaga keselamatan diri.
3.2.3 Menyatakan tindakan segera yang perlu diambil jika berlaku ancaman terhadap keselamatan diri.
3.2.4 Mengamalkan langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam.

TAHUN 4

3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan
psikososial
dalam kehidupan harian.
3.2.1 Menyatakan maksud rakan sebaya.
3.2.2 Menerangkan peranan rakan sebaya.
3.2.3 Membezakan pengaruh positif dan negatif rakan sebaya.
3.2.4 Menjelaskan cara-cara mengatasi pengaruh negatif rakansebaya.
3.2.5 Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan.
11

TAHUN 5

3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan
psikososial
dalam kehidupan harian.
3.2.1 Menganalisis pengaruh positif dan negatif dalam perhubungan maya serta bukan maya dengan rakan lain.
3.2.2 Mengaplikasi cara menangani pengaruh negatif dalam perhubungan maya dan bukan maya dengan rakan lain.

TAHUN 6

3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan
psikososial
dalam kehidupan harian.
3.2.1 Menilai pengaruh komuniti kepada keselamatan.
3.2.2 Mengaplikasi cara-cara menangani pengaruh yang mengancam keselamatan.
3.2.3 Mengamalkan cara-cara memperkukuh pengaruh positif untuk keselamatan.
Pertolongan Cemas

TAHUN 1
TAHUN 2

TAHUN 3

3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.
3.3.1 Mengenal pasti situasi kecemasan.
3.3.2 Mengenal pasti jenis-jenis kecederaan yang sering berlaku.
3.3.3 Menyatakan tindakan segera yang perlu diambil jika berlaku kecemasan dan kecederaan.

TAHUN 4

3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.
3.3.1 Menyatakan maksud bantu mula.
3.3.2 Mengenal pasti jenis kecederaan ringan seperti luka, calar, lebam dan terseliuh.
3.3.3 Menyatakan langkah-langkah yang diambil semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan.
3.3.4 Menjelaskan kepentingan bantu mula mengikut situasi.

TAHUN 5

3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.
3.3.1 Memahami situasi yang menyebabkan kecederaan ringan iaitu melecet, dan melecur.
3.3.2 Mengaplikasi langkah-langkah semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan iaitu melecet dan
melecur.
3.3.3 Mengetahui agensi yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan dan keselamatan mengikiut situasi.

TAHUN 6

3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.
3.3.1 Mengenal pasti kandungan peti pertolongan cemas yang lengkap serta fungsinya.
3.3.2 Mengaplikasi penggunaan peti pertolongan cemas dalam bantu mula.
3.3.3 Mengaplikasi penggunaan bahan alternatif dalam bantu mula sekiranya tiada pertolongan cemas.

3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.
3.3.1 Mengetahui situasi kecemasan.
3.3.2 Meminta bantuan apabila berlaku kecemasan.

12

13

Anda mungkin juga menyukai