Anda di halaman 1dari 47

PENGENALAN

Pergerakan-pergerakan yang ditunjukkan di dalam modul ni adalah


berdasarkan kepada hasil kajian hakcipta terpelihara Paul E.
Dennison, Ph.D., dan Gail E. Dennison. Sebuah buku, Smart
Moves yang ditulis oleh Carla Hannaford ada menyatakan bahawa
badan kita memainkan peranan yang penting di dalam proses
pembelajaran kita dan pembelajaran bukanlah satu fungsi terpencil
otak. Setiap sel serta saraf merupakan satu rangkaian yang
menyumbang kearah kebijaksanaan dan keupayaan belajar.

OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pergerakan

dalam hidup seharian


Memberi penekanan kepada kebolehan untuk mengenal
serta bergerak balas terhadap keperluan yang berdasarkan
pergerakan
Menggalakan tanggungjawab diri
Mempamerkan serta menerima kewujudan kebijaksanaan
semulajadi
Menggalakkan kreativiti dan ekspresi diri
Meningkatkan suasana bermain dan keseronokan belajar
Meningkatkan penghargaan terhadap musik, pendidikan
jasmani dan kesenian

MODUL
Modul yang berikut ini merupakan gerakan atau aktiviti yang

dikatakan dapat membantu meningkatkan penumpuan


keseluruhan di dalam kelas. Jangan terpengaruh dengan
keringkasan gerakan-gerakan ini.

Gerakan-gerakan tersebut melaksanakan idea-idea yang

dikembangkan dalam buku Smart Moves dan ia ringkas


serta boleh dijalankan dengan cepat di dalam apa jua kelas.
Ia akan dapat membantu guru serta pelajar menjadi lebih
positif, aktif, lapang (minda) dan bertenaga.

Aktiviti ini perlu dijalankan di dalam keadaan yang tidak

formal dan seronok, tetapi perlu ingatkan pelajar untuk


berikan perhatian terhadap apa yang sedang dilakukan.
Masa yang paling baik untuk menjalankan aktiviti ini ialah
sebelum memulakan pembelajaran.

Pentingnya Minuman
Air Tulen

Air merupakan konduktor atau pengalir elektrik yang amat baik.

Hampir 70% dari badan kita terdiri dari air. Otak kita pula
mengandungi hampir 90% air. Segala tindakan elektrik serta kimia
di otak dan sistem saraf tunjang kita bergantung pada konduktiviti
aliran elektrik di antara otak dan organ-organ deria, yang dibantu
oleh air. Seperti hujan, air paling senang diserap oleh tubuh kita
apabila diminum dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Dr. Hannaford menyatakan bahawa kita harus galakkan pelajar

minum di dalam kelas, sebelum dan semasa pembelajaran untuk


membantu melincirkan sistem badan mereka. Meminum air juga
dapat membantu sebelum menghadapi apa-apa situasi yang
menyebabkan tekanan seperti peperiksaan, kerana kita biasanya
kuat berpeluh semasa tekanan, dan dehaidrasi akan memberi
kesan negatif terhadap penumpuan kita. Jadi perkara yang paling
baik untuk menjayakan aktiviti ini ialah, minum sedikit air, lakukan
aktiviti Refleksi Minda dan mulakan pembelajaran.

REFLEKSI MINDA
Give Me 5

Who Am I

Arm Activation

Thumbs Up

Hi Hi Bye Bye

The Footflex

Police Traffic

Mirror

The Calf Pump

Rock N Roll

Shoot Me

The Gravity Glider

One 2 One

Finger Race

The Grounder

Punch Kick

Double Doodle

Brain Buttons

Hammer & Eraser

The Elephant

Earth Buttons

Missing Thumbs

Neck Rolls

Balance Buttons

Cross Touch

The Rocker

Space Buttons

1 Plus 2

Belly Breathing

The Energy Yawn

My Face

Cross Touch Sit-Ups

The Thinking Cap

Lucky 8

The Energizer

Hook - Ups

Invisible Drawing

The Owl

Positive Points

GIVE ME 5
Mengaktifkan otak untuk:
Kebolehan bertutur dengan bahasa yang ekspresif
Penggunaan diafragma secara tenang serta peningkatan
pernafasan
Koordinasi mata-tangan dan penggunaan peralatan
Langkah langkah pergerakan:
Luruskan kedua-dua tangan kanan dan kiri
Buka dan regangkan tapak dan jari tangan kiri menghadap ke atas
Gengam kesemua jari tangan kanan dengan bahagian tapak
tangan menghadap kebawah
Buat pergerakan bertukar posisi dengan tangan kanan regang jari
menghadap keatas dan tangan kiri mengengam jari menghadap ke
bawah
Lakukan pergerakan tersebut dengan kadar perlahan kepada laju
secara beransur-ansur

THUMBS UP
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
b) Penggunaan diafragma secara tenang serta peningkatan
pernafasan
c) Koordinasi mata-tangan dan penggunaan peralatan
Langkah langkah pergerakan:
Gengamkan kesemua jari tangan kanan dan kiri dalam kedudukan
bertentangan
Keluarkan ibu jari tangan kanan dan jari kelingking tangan kiri
Tukar posisi jari tersebut daripada ibu jari tangan kanan ke ibu jari
tangan kiri

dan dalam masa yang sama jari kelingking kiri ke jari


kelingking kanan
Lakukan secara berulang-ulang

POLICE TRAFFIC
Mengaktifkan otak untuk:
a) Meningkatkan perasaan keseimbangan dan koordinasi
b) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
c) Penggunaan diafragma secara tenang serta peningkatan pernafasan
d) Peningkatan perhatian visual (integrasi bahagian otak depan dan
belakang).
Langkah langkah pergerakan:
Angkat tangan kanan lurus ke atas
Tangan kiri angkat ke sisi separas bahu dengan siku dalam keadaan
lurus
Gerakkan kedua-dua tangan kehadapan dada dengan siku
dibengkokkan
Luruskan tangan kanan ke sisi separas bahu dan luruskan tangan kiri
kehadapan separas bahu
Lakukan pergerakan serentak dalam masa yang sama berulang-ulang

ROCK N ROLL
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
b) Penggunaan diafragma secara tenang serta peningkatan
pernafasan
c) Koordinasi mata-tangan sebagai persediaan sukan dan
permainan

Langkah- langkah pergerakan:


Genggamkan kedua-dua jari tangan kanan dan kiri
Bengkokkan kedua-dua siku dengan kedudukan buku lima
bertentangan dihadapan dada
Buat putaran mengikut arah jam untuk tangan kanan dan arah
lawan jam untuk tangan kiri
Lakukan secara serentak dan berulang-ulang
Ubah putaran tangan secara berlawan

ONE 2 ONE
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menghantar mesej dari hemisfera kanan ke kiri dan sebaliknya
b) Kewaspadaan dan fokus
c) Koordinasi mata-tangan sebagai persediaan belajar
Langkah langkah pergerakan:
Genggam kesemua jari tangan kiri kecuali jari telunjuk
Genggam kesemua jari tangan kanan kecuali jari telunjuk dan jari hantu
Kedudukan tangan siku dibengkokkan dihadapan dada.
Jarak tangan kanan dan kiri adalah seluas bahu
Gerakkan tangan kiri ke arah kanan sehingga menyentuh tangan kanan
Sejurus menyentuh ubah ubah dari satu jari telunjuk kepada dua jari
iaitu jari telunjuk dan hantu
Tangan kanan akan terus bergerak ke kanan hasil momentum tangan
kiri dan berubah dari dua jari diregangkan kepada satu jari telunjuk
sahaja
Teruskan lakuan dengan tangan kanan bergerak kekiri menyentuh
tangan kiri dan seterusnya secara berulang-ulang

PUNCH KICK
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
b) Peningkatan pernafasan
c) Koordinasi mata-tangan sebagai persediaan
sukan dan permainan
Langkah-langkah pergerakan:
Berdiri tegak
Lakukan tumbukan kehadapan dengan tangan kanan
dan tendangan kehadapan dengan kaki kiri
Kemudian lakukan tumbukan kehadapan dengan
tangan kiri dan tendangan dengan kaki kanan
Lakukan secara berselang seli dan brulang-ulang

HAMMER & ERASER


Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
b) Penggunaan diafragma secara tenang serta peningkatan
pernafasan
c) Menghantar mesej dari hemisfera kanan ke kiri dan
sebaliknya
d) Kewaspadaan dan fokus
Langkah-langkah pergerakan:
Letakkan kedua-dua tangan diatas peha kanan dah kiri
Genggamkan tangan kanan dan buka tangan kiri dengan
bahagian tapak tangan menyentuh peha
Lakukan ketukkan pada tangan kanan dan menggosok pada
tangan kiri
Lakukan secara berulang-ulang dan tukar dengan kadar segera
Lakukan pergerakan yang sama

MISSING THUMBS
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
b) Peningkatan perhatian visual (integrasi bahagian otak depan dan
belakang
c) Menghantar mesej dari hemisfera kanan ke kiri dan sebaliknya
d) Kewaspadaan dan fokus
Langkah-langkah pergerakan:
Kedua dua tangan berada dihadapan dada dengan siku dibengkokkan
Genggam tangan kiri kecuali ibu jari menghala ke tangan kanan
Regangkan tangan kanan kecuali ibu jari disembunyikan
Buat pergerakan berombak ke arah kanan
Posisi jari berubah serta merta apabila pergerakan berombak dilakukan
ke arah kiri
Kedudukan jari kanan berubah kepada genggaman kecuali ibu jari dan
jari kiri diregangkan kecuali ibu jari disembunyikan
Lakukan aktiviti tersebut secara berulang-ulang kekanan dan ke kiri

CROSS TOUCH
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
b) Pergerakan mata kiri ke kanan dan sebaliknya
c) Menghantar mesej dari hemisfera kanan ke kiri dan
sebaliknya
d) Peningkatan visual binokular (penggunaan kedua-dua
mata)
Langkah-langkah pergerakan:
Berdiri tegak
Angkat lutut kanan dalam masa yang sama tangan kiri
menyentuh bahagian luar paha kanan
Ulangi lakuan yang sama pada kaki kiri dan tangan kanan
Lakukan secara berulang-ulang secara ansur maju perlahan
kepada laju

1 PLUS 2
Mengaktifkan otak untuk:
a) Kebolehan bertutur dengan bahasa yang ekspresif
b) Penggunaan diafragma secara tenang serta peningkatan
pernafasan
c) Koordinasi mata-tangan dan penggunaan peralatan
d) Kewaspadaan dan fokus
Langkah-langkah pergerakan:
Luruskan kedua dua tangan ke hadapan separas bahu
Genggamkan kesemua jari kedua-dua tangan
Regangkan jari telunjuk tangan kanan
Halakan permukaan tangan kiri keatas dan regangkan jari telunjuk
dan jari hantu
Lakukan pergerakan berselang seli mengambil alih kedudukan
jari tangan kiri dan kanan dengan lakuan pergelangan tangan
Lakukan daripada kadar perlahan kepada laju

MY FACE
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
b) Peningkatan perhatian visual (integrasi bahagian otak depan
dan belakang
c) Menghantar mesej dari hemisfera kanan ke kiri dan
sebaliknya
d) Kewaspadaan dan fokus
Langkah- langkah pergerakan:
Sediakan sehelai kertas putih dan 2 batang pen berlainan warna
Pegang setaip satu pen pada tangan kanan dan kiri
Lukiskan muka yang lengkap dengan kedua dua pen dari pada
bahagian tengah lukisan yang digambarkan
Pergerakan pen hendaklah sama daripada pemulaan lukisan
hingga selesai

LUCKY 8
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual untuk meningkatakan integrasi sesama
hemisfera
otak
b) Peningkatan perhatian visual (integrasi bahagian otak depan
dan belakang)
c) Peningkatan visual binokular serta visual periferal
d) Peningkatan koordinasi mata-otot (terutama sekali dari segi
pengesanan)
Langkah-langkah pergerakan:
Sediakan sehelai kertas putih dan 2 batang pen berlainan warna
Pegang setiap satu pen pada tangan kanan dan kiri
Lukiskan nombor 8 dalam saiz yang besar memenuhi ruang kertas
putih yang diberikan
Gerakkan pen dari arah yang berlainan bagi membentuk nombor 8
tanpa bertembung
Lakukan secara berulang-ulang sehingga menampakkan garisan
tebal membentuk nombor 8

INVISIBLE DRAWING
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
b) Peningkatan visual binokular serta visual periferal
c) Menghantar mesej dari hemisfera kanan ke kiri dan sebaliknya
d) Kewaspadaan dan fokus
Langkah-langkah pergerakan:
Luruskan kedua-dua tangan kehadapan separas bahu dan
regangkan hanya jari telunjuk sahaja
Bayangkan jari telunjuk tangan kanan melukiskan garisan segi
empat tepat dan,
Bayangkan jari telunjuk tangan kiri melukiskan garisan segi tiga
Lakukan pergerakan hasil daripada bayangan yang dibuat serentak
kanan dan kiri
Lakukan beberapa kali lukisan bayangan
Kemudian tukar bentuk garisan lukisan tangan kanan membentuk
segi tiga dan kiri membentuk segi empat tepat

WHO AM I
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
b) Penggunaan diafragma secara tenang serta peningkatan
pernafasan
c) Menghantar mesej dari hemisfera kanan ke kiri dan sebaliknya
d) Kewaspadaan dan fokus
Langkah-langkah pergerakan:
Berdiri tegak
Angkat tangan kiri dalam keadaan lurus dan jari diregangkan
Tangan kanan dalam keadaan siku dibengkokkan dan berada
dihadapan dengan tapak tangan melindungi muka
Gerakkan tangan kiri lurus turun ke sisi dan
Dalam masa yang sama gerakkan tangan kanan dengan tapak tangan
melindungi bahagian belakang kepala
Lakukan gerakan mengambil alih posisi tangan sebelumnya dengan
tangan kiri dihadapan muka dan tangan kanan diangkat lurus ke atas
Lakukan gerakan secara berulang-ulang

HI- HI BYE-BYE
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
b) Penggunaan diafragma secara tenang serta peningkatan
pernafasan
c) Koordinasi mata-tangan-otot
d) Kewaspadaan dan fokus
Langkah-langkah pergerakan:
Kedua-dua tangan berada dihadapan dada dengan siku
dibengkokkan
Regangkan kesemua jari
Lambaikan tangan kiri dengan gerakan pergelangan tangan
ke kanan dan kiri dan,
Dalam masa yang sama lambaikan tangan kanan dengan
gerakan pergelangan ke atas dan ke bawah
Lakukan secara berulang-ulang dan tukar posisi tangan

MIRROR
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
b) Penggunaan diafragma secara tenang serta peningkatan
pernafasan
c) Menghantar mesej dari hemisfera kanan ke kiri dan sebaliknya
d) Koordinasi mata-tangan-otot
e) Kewaspadaan dan fokus
Langkah-langkah pergerakan:
Lakukan aktiviti secara berpasangan
Kedua dua tangan berada dihadapan dada dengan berdiri secara
bertentangan dengan kesemua jari diregangkan
Pasangan pertama akan lakukan pergerakan tangan kanan dan kiri
secara rawak, ke kanan, kiri atas atau bawah
Pasangan kedua ikut pergerakan tangan pasangan tanpa sebarang
sentuhan
Lakukan secara berulang-ulang dan bertukar lakuan setelah selesai

SHOOT ME
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
b) Penggunaan diafragma secara tenang serta peningkatan
pernafasan
d) Koordinasi mata-tangan-otot
e) Kewaspadaan dan fokus
Langkah-langkah pergerakan:
Kedua-dua tangan berada dihadapan dada dengan siku
dibengkokkan
Genggam kesemua jari tangan kanan kecuali ibu jari dan jari telunjuk
Genggam kesemua jari tangan kiri kecuali jari telunjuk dengan
mengarah ke atas
Acukan jari tangan kanan ke arah tangan kiri
Lakukan pergerakan kedua-dua mengikut arah jari yang diacukan
dan mengejar sasaran
Ubah kedudukan tangan dan lakukan gerakan yang sama

FINGER RACE
Mengaktifkan otak untuk:
a) Menyilang garisan visual, auditory dan kinestetik
b) Penggunaan diafragma secara tenang serta peningkatan
pernafasan
c) Koordinasi mata-tangan-otot
d) Kewaspadaan dan fokus
Langkah-langkah pergerakan:
Kedudukan kedua-dua tangan berada dihadapan dada dengan siku
dibengkokkan
Regangkan kesemua jari
Lakukan sentuhan ibu jari dan jari telunjuk tangan kiri dan
Lakukan sentuhan ibu jari dan jari kelingking tangan kanan
Lakukan gerakan sentuhan ibu jari tangan kiri pada kesemua jari
mengikut urutan
Dalam masa yang sama lakukan gerakan sentuhan ibu jari tangan
kanan bermula dari jari kelingking ke semua jari mengikut urutan
Lakukan secara berulang-ulang

DOUBLE DOODLE
Mengaktifkan otak untuk:
a)
koordinasi tangan-mata di dalam lapangan visual yang berlainan
b)
menyedari ruang dan perbezaan visual
c)
menyilang garisan kinestetik
Kemahiran akademik:
mengikut arahan
penghuraian dan pengekodan simbol tertulis
penulisan, ejaan, dan matematik

Langkah-langkah pergerakan:
Bermula dengan pelajar melakukan contengan menggunakan kedua-

dua tangan

contengan dibuat menggunakan pergerakan tangan besar, leher dan

mata ditenangkan, gunakan papan lukis besar (jika papan tiada,


gunakan imiginasi sahaja)
tekankan proses pergerakan, bukan hasil kerja
menconteng bentuk-bentuk sebenar seperti bulatan, tiga segi, empat
segi, bintang, jantung, pokok dan muka adalah lebih baik.

THE ELEPHANT
Mengaktifkan otak untuk:
a) menyilang garisan auditori (pendengaran), termasuk kemahiran memberi perhatian,
pengecaman, persepsi, perbezaan, dan memori)
b) memori jangka panjang dan pendek
c) integrasi pandangan, pendengaran dan pergerakan seluruh badan
Kemahiran akademik:

kefahaman pendengaran
pertuturan
pengejaan
memori urutan seperti dalam matematik

Langkah-langkah melakukan:
Lukiskan Lucky 8 yang besar di udara, kemudian berdiri di tengah-tengah lukisan
Pelajar unjurkan lukisannya ke dinding atau papan tulis
Lentukkan kepala ke bahu dan gunakan tangan dibelah bahu tersebut dan mula

lakarkan projeksi lukisan di dinding itu, tangan akan kelihatan dua atau kabur
Ulang di bahu dan tangan sebelah.

NECK ROLLS

Mengaktifkan otak untuk:


a)
pandangan binokular dan peningkatan kebolehan membaca dan menulis
b)
pemusatan
c)
menenangkan sistem saraf tunjang
Kemahiran akademik:
bacaan oral
bacaan senyap, kemahiran mentelaah
pertuturan dan bahasa
Langkah-langkah pergerakan:
Lentokan leher dari kiri ke kanan, kepala ditundukan ke bawah serta dagu

mengenai dada, bernafas dengan betul


Dagu tidak melepasi hujung tulang klavikel (kiri ke kanan dan kiri balik, bukan
satu pusingan)
Cuba rasakan reggangan, hentikan gerakkan, tarik nafas dua tiga kali dan
kemudian kembali ke posisi asal
Ulang semula pergerakkan sebanyak 2 atau 3 kali.

THE ROCKER

Mengaktifkan otak untuk:


a)
pemusatan
b)
kemahiran mentelaah
c)
kemahiran visual kiri ke kanan dan sebaliknya
d)
kemahiran memberi perhatian dan kefahaman
Kemahiran akademik:
Kefahaman mendengar
Beri perhatian lebih lama

Langkah-langkah pergerakan:
Duduk atas lantai yang beralas dengan tilam senaman (exercise mat) atau alas yang

lembut
Angkat kedua belah kaki dan hayunkan badan ke depan dan belakang, ampu
bahagian belakang dengan lengan
Teruskan perlahan-lahan sehingga ketegangan di peha hilang

BELLY BREATHING
Mengaktifkan otak untuk:
a)
b)
c)
d)

kebolehan menyilang
pemusatan
menenangkan sistem urat saraf
rentak kranial

Kemahiran akademik:
membaca (menghurai dan mengekod)
pertuturan dan pembacaan oral

Langkah-langkah pergerakan:
Letak tangan di bahagian bawah perut, tangan naik apabila tarik nafas, dan turun semasa
hembus
Tarik nafas melalui hidung dan hembuskan keluar secara hembusan-hembusan pendek melaui
mulut sehingga bersih peparu dari udara yang kotor
Tarik nafas melaui diaframa, bukan peparu
Tarik selama kiraan 3, tahan sehingga kiraan 3, hembus kiraan 3. Ulang. Untuk rentak yang
berlainan, tarik kiraan 2, hembus kiraan 4, tanpa tahan nafas.
Secara ideal, pernafasan ritma perlulah semula jadi. Pasang musik yang jelas rentaknya untuk
membantu tanpa buat pengiraan.

CROSS TOUCH SIT-UPS


Mengaktifkan otak untuk:
a)
Integrasi kiri dan kanan badan
b)
Pemusatan dan penstabilan
c)
menyedari otot teras dan otot postur
Kemahiran Akademik:

membaca (menghurai dan mengekod)


kemahiran mendengar
mathematik(komputasi)
mekanik mengeja dan menulis

Langkah-langkah pergerakan:
Lakukan di atas lantai yang beralas tilam lembut
Baring, kaki membengkok tegak seluas 45 di lutut, tangan di sebelah

tepi kepala

Angkat badan dan kaki serta sentuhkan siku kiri dengan lutut kanan dan

sebaliknya

Bayangkan huruf X yang menyambungkan bahu kanan ke peha kiri dan


sebaliknya
Lakukan sehingga rasa ketidak selesaan di bahagian perut

THE ENERGIZER
Mengaktifkan otak untuk:
a)
b)

kebolehan menyilang
sistem urat saraf yang tenang

Kemahiran Akademik:
kemahiran visual binokular
kefahaman mendengar
kemahiran pertuturan dan bahasa
kawalan terperinci otot mata dan tangan
Langkah-langkah pergerakan:
Duduk dengan selesa di atas kerusi dan rehatkan kepala dengan dahi diletakkan di atas

meja

Tangan diletakkan di atas meja depan bahu dan jari-jari menunujukkan ke arah tengah

sedikit
Tarik nafas perlahan-lahan dan apabila dapatrasakan udara segar memasuki bahagian
dalam perut, naikkan dahi dulu, kemudian leher dan akhir sekali badan.Diaframa serta
dada adalah tenang, bahu terbuka.
Bila menghembus pula, lentukkan leher ke hadapan dan letakkan dahi balik ke atas
meja
Lakukan 3 kali dan rasakan bagaimana ia makin mudah dilakukan

THE OWL
Mengaktifkan otak untuk:
a)
Menyilang garisan deria auditory (tumpuan pendengaran, persepsi, dan memori)
b)
Mendengar suara sendiri
c)
Memori jangka panjang dan pendek
d)
Kemahiran menutur dan memikir secara senyap
e)
Penyatuan di antara penglihatan serta pendengaran dengan pergerakan
keseluruhan badan
Kemahiran akademik:

kefahaman melalui pendengaran


pertuturan atau pembentangan secara lisan
pengiraan matematik
memori (untuk pengejaan)
penggunaan komputer atau kerja-kerja menggunakan papan kekunci

Langkah-langkah pergerakan:
Picit bahu untuk melegakan otot leher yang tegang
Pusing kepala ke kanan, kemudian kiri, dagu lurus
Hembuskan nafas apabila kepala berada di posisi tepi: ke kiri, kanan sebanyak 3 kali dan

kemudian ulangi dengan kepala yang tertunduk sedikit untuk melegakan otot-otot
bahagian belakang leher. Kemudian dengan memicit bahu sebelah.

ARM ACTIVATION
Mengaktifkan otak untuk:
a)
Ucapan ekspresif serta kebolehan bahasa.
b)
Penggunaan diaframa secara tenang serta peningkatan pernafasan
c)
Koordinasi mata-tangan serta penggunaan peralatan
Kemahiran Akademik:
kecantikan tulisan serta penulisan sambung (cursive writing)
ejaan
penulisan kreatif

Langkah-langkah Pergerakan:
Berdiri dan tumpukan fikiran ke atas tangan yang berehat di sebelah.
Aktifkan sebelah tangan dengan mengangkatnya tegak ke atas, tumpukan

perhatian terhadap perbezaan di antara kedua-dua tangan dari segi panjang,


ketegangan dan fleksibility.
Gerakkan tangan jauh dari kepala, ke hadapan, ke belakang dan kemudian
kearah telinga. Tangan sebelah lagi boleh digunakan untuk memberi halangan
sedikit, melawan arah yang hendak digerakkan.
Pengaktifan boleh dirasai sehingga ke rusuk.
Pastikan hembusan nafas dilakukan sehingga 8 kiraan apabila mengaktifkan
lengan.
Bila tamat, bahu dipusing atau digoyangkan, alami peningkatan kelonggaran,
koordinasi, dan vitaliti yang dirasai di tangan.

THE FOOTFLEX
Mengaktifkan otak untuk:
a)
Integrasi belakang-depan otak
b)
Ucapan ekspresif dan kemahiran bahasa
Kemahiran Akademik:
Kefahaman semasa mendengar dan membaca
Kemahiran penulisan kreatif
Kebolehan untuk menyusul serta menghabiskan tugasan

Langkah-langkah pergerakan:
Duduk dan rehatkan bahagian buku lali kaki di atas peha kaki sebelah.
Gunakan jari jemari tangan untuk memicit bahagian permulaan dan bahagian hujung

otot peha.
Cari titik-titik tegang di sepanjang otot ni dan kemudian picit sehingga terasa longgar
Sambil memicit titik yang tegang itu, bahagian tapak kaki hendaklah di unjur ke atas
dan kebawah
Ulang dengan kaki sebelah.

THE CALF PUMP


Mengaktifkan otak untuk:
a)
Integrasi belakang-depan otak
b)
Ucapan ekspresif dan kemahiran bahasa
Kemahiran Akademik:
Kefahaman semasa mendengar dan membaca
Kemahiran penulisan kreatif
Kebolehan untuk menyusul serta menghabiskan tugasan

Langkah-langkah pergerakan:
Berdiri dan sandarkan diri di dinding atau di sandaran kerusi, letakkan

sebelah kaki ke belakang, dan condongkan badan ke hadapan,


bengkokkan sedikit lutut bahagian depan. Kaki yang di belakang
adalah lurus dan bersambung dengan kelurusan tulang belakang
Pada permulaannya, bahagian tumit kaki belakang terangkat dan
beban badan adalah di kaki depan. Kemudian pula, beban badan
dipindahkan dengan perlahan ke kaki belakang apabila tumit kaki
belakang diturunkan untuk memijak tanah.
Hembuskan nafas setiap kali turunkan tumit dan tarik apabila naikkan
tumit. Ulang sekurang-kurangnya 3 kali dan kemudian tukar kaki.

THE GRAVITY GLIDER


Mengaktifkan otak untuk:
a)
b)
c)
d)

perasaan keseimbangan dan koordinasi


perasaan berasas dan berpusat di bumi
peningkatan perhatian visual (intergrasi belakang-depan otak)
pernafasan yang lebih dalam dan peningkatan tenaga

Kemahiran Akademik:
kefahaman membaca
pengiraan matematik mental
pemikiran abstrak dalam bidang pengisian

Langkah-langkah pergerakan:
Bongkokkan badan, biarkan graviti mengambil alih. Rasakan seolah-olah bahagian atas

badan menjadi cair dan terpisah dari bahagian pinggul ke bawah. Capai ke bawah dari
bahagian rusuk akan membantu otot-otot belakang dan kaki untuk melonggar dan
memanjang.
Capai ke kawasan kaki atau buku lali atau sejauh mana yang boleh, hembus nafas apabila
tunduk dan mencapai, tarik nafas apabila meluruskan badan. Ulang 3 kali atau lebih.

THE GROUNDER
Mengaktifkan otak untuk:
a)
b)
c)
d)
e)

organisasi
peningkatan pernafasan
kepekaan terhadap ruang
kelonggaran keseluruhan badan
ketenangan visual

Kemahiran Akademik:

kefahaman
ingatan jangka panjang
penyimpanan memori jangka pendek
organisasi untuk pengantaraan verbal dan pengiraan
konsep kendiri dan ekspresi kendiri

Langkah-langkah pergerakan:

Kaki terbuka lebih luas sedikit dari lebar bahu. Jejari kaki menunjuk arah hadapan
Tukar arah jejari kaki kanan dari arah depan ke arah kanan.
Bengkokkan lutut kanan sambil hembuskan nafas.
Tegakkan lutut sambil tarik nafas. Ulang 3 kali atau lebih dan kemudian tukar belah kaki.

BRAIN BUTTONS

Mengaktifkan otak untuk:


a)
penghantaran mesej dari hemisfera kanan otak ke belah kiri badan dan sebaliknya
b)
peningkatan penerimaan oksigen
c)
perangsangan arteri karotid untuk meningkatkan bekalan darah ke otak
d)
peningkatan arus tenaga elektromagnetik
Kemahiran Akademik:
menyilang garisan visual untuk membaca
menyilang garisan koordinasi badan
Pembetulan keterbalikan huruf dan nombor
Paduan konsonan
Menjaga tempat terhenti semasa membaca
Langkah-langkah pergerakan;
Brain button ialah kawasan tisu di bawah tulang klavikal sebelah kiri dan kanan sternum
Rangsang tisu di kawasan ini dengan mengurut selama 20 hingga 30 saat, atau sehingga tisu

itu lembut, tangan yang lagi satu pula menyentuh bahagian pusat

Pada permulaannya kawasan itu mungkin lembut, tetapi akan kurang lembut selepas

beberapa hari sehingga seminggu. Kemudian, butang akan diaktifkan dengan hanya
menyentuh kawasan itu. Tangan boleh ditukar untuk mengaktifkan kedua-dua hemisfera otak

EARTH BUTTONS
Mengaktifkan otak untuk:
a)
kebolehan membuat kerja menyeluruh
b)
pemusatan di bumi
c)
peneguhan asas
Kemahiran akademik:
kemahiran organisasi (menggerakkan mata atas bawah dan kiri kanan tanpa

kehilangan tempat seperti membaca kolum dalam matematik)

kemahiran visual dari dekat ke jauh (buku ke papan tulis)


membaca dengan lebih cekap, tanpa kekeliruan

Langkah-langkah pergerakan:
Jari-jari sebelah tangan menyentuh bibir bawah mulut sementara tapak tangan lagi

satu menyentuh pusat dengan jari arah ke bawah.

Kekal di posisi begini sehingga 4 hingga 6 pernafasan. Pernafasan hendaklah

perlahan dan terkawal.

BALANCE BUTTONS
Mengaktifkan otak untuk:
a)
kewaspadaan serta penelitian kerana semicircular canal dan reticular
system dirangsangkan
b)
membuat keputusan, penumpuan, dan pemikiran sekutuan (associative)
c)
menukar penumpuan visual dari satu titik ke satu titik
d)
keseimbangan
e)
pergerakan dagu dan kranial yang tenang
Kemahiran akademik:

kefahaman maksud-maksud yang tersirat


persepsi terhadap pandangan penulis
penilaian kritis dan membuat keputusan
kemahiran mengecam untuk ejaan dan matematik

Langkah-langkah pergerakan:
Gunakan sekurang-kurangnya 2 jari untuk mengurut kawasan lekuk di bawah
bahagian belakang kepala di mana tengkorak kita bersambung dengan leher,
satu di belah kiri dan satu di belah kanan.
Sambil itu tangan yang sebelah lagi pula memegang pusat dan beri sedikit
tekanan dikawasan berkenaan
Buat selama 30 saat, sambil bernafas perlahan dan panjang, kemudian tukar tangan untuk
urut balance button yang lagi sebelah.

SPACE BUTTONS
Mengaktifkan otak untuk:
a)
kebolehan membuat kerja yang menyeluruh
b)
memusat di bumi serta peneguhan asas
c)
menenangkan sistem saraf tunjang
d)
persepsi mendalam dan konteks visual
e)
pandangan mata ke mata yang lebih stabil
f)
pandangan dekat ke jauh
Kemahiran akademik:
Kemahiran organisasi (menggerakkan mata atas bawah dan kiri kanan tanpa kehilangan tempat

seperti membaca kolum dalam matematik)

Membaca tanpa hilang tempat


Kebolehan untuk menumpukan perhatian terhadap tugasan
Peningkatan minat serta motivasi

Langkah-langkah pergerakan:
Jari-jari sebelah tangan menyentuh bibir atas mulut sementara tangan lagi satu menyentuh bahagian

tengah belakang badan anda (kawasan tailbone) sambil memberi sedikit tekanan

Bayangkan pengaliran tenaga dari otot belakang ke otot bahagian atas bibir.
Kekal di posisi begini sehingga 4 hingga 6 pernafasan. Pernafasan hendaklah perlahan dan terkawal.
Bertukar tangan untuk mengaktifkan kedua belah otak.

THE ENERGY YAWN


Mengaktifkan otak untuk:
a)
peningkatan persepsi deria dan fungsi motor mata serta otot untuk suara dan
pengunyahan
b)
peningkatan pengoksidaan supaya berfungsi dengan lebih cekap dan tenang
c)
peningkatan penumpuan visual dan persepsi
d)
pergerakan otot muka yang tenang
e)
meningkatkan komunikasi verbal dan ekspresif
f)
meningkatkan kebolehan memilih yang relevan dari yang mengganggu
Kemahiran akademik;
membaca dengan kuat
penulisan kreatif
pengucapan awam
Langkah-langkah pergerakan;
Pura-pura menguap, kemudian urut otot-otot di atas dan bawah barisan gigi molar.
Buat bunyi menguap yang perlahan sambil mengurut.
Ulang 3 6 kali

THE THINKING CAP


Mengaktifkan otak untuk:
a)
menyilang garisan deria pendengaran (termasuk pengecaman auditori,
penumpuan, pengasingan, persepsi, memori)
b)
mendengar suara sendiri
c)
Memori jangka pendek
d)
Ucapan senyap dan kemahiran berfikir
e)
Peningkatan kecergasan mental dan fizikal
f)
Mendengar menggunakan kedua-dua belah telinga
g)
enghidupkan formasi reticular (buang bunyi yang tidak relevan dan cam yang relevan)
Kemahiran akademik:

kefahaman dengan mendengar


pengucapan awam, menyanyi, bermain alat muzik
ucapan dalaman dan pengantaraan verbal
ejaan (decoding dan encoding)

Langkah-langkah pergerakan:
Urut kedua-dua telinga dengan cara mengusap keseluruhannya, membuka golongan kuping
dan tarik ke belakang perlahan-lahan
Mula dari belah atas, kemudian ikut turut ke bawah hinggalah di cuping bawah sekali.
Ulang sekurang-kurangnya 3 kali

HOOK-UPS
Mengaktifkan otak untuk:
a)
Memusatkan emosi
b)
Menguatkan asas
c)
Peningkatan penumpuan
d)
Pergerakan kranial
Kemahiran akademik:
pendengaran serta pertuturan yang jelas
pengambilan ujian atau cabaran-cabaran sedemikian
bekerja dengan papan kekunci
Langkah-langkah pergerakan:
Duduk sambil menyilang buku lali kiri atas kanan.
Luruskan tangan di hadapan, silang pergelangan tangan kiri atas kanan, kemudian
siratkan jari-jari kedua belah tangan, pusing dan bawa tangan kearah dada (silang kanan
atas kiri pun boleh)
Tutup mata, bernafas dengan panjang, dan bertenang selama seminit. Lidah boleh
ditekan ke lelangit apabila tarik nafas dan longgarkan semasa hembus.
Bila sudah, buka kaki dari tersilang, lepaskan jari tangan, kemudian sentuh kesemua
hujung jari kanan dengan kiri di depan dada, teruskan bernafas panjang selama seminit.

POSITIVE POINTS
Mengaktifkan otak untuk:
a)
Mengakses ke lobus depan otak untuk mengimbangkan tekanan yang tercetus
dari memori yang tertentu, situasi, orang, tempat dan kemahiran
b)
Kurangkan kemungkinan untuk bertindak tanpa berfikir apabila berdepan
dengan keadaan yang tertekan
Kemahiran akademik:
Membebaskan halangan memori (ingat-ingat lupa)
Berguna apabila belajar mengeja, matematik, dan pengajian sosial, atau apabila
memori jangka panjang diperlukan.
Langkah-langkah Pergerakan:
Sentuh bahagian atas kedua-dua mata dengan jari-jari kedua-dua tangan. Jangan
urut, hanya sentuh dengan perlahan, cukup sekadar dapat gerakkan kulit dahi.
Pastikan kawasan yang disentuh adalah di antara garisan rambut dan kening.
Fikirkan tentang perkara yang sedang asyik bermain di fikiran iaitu keadaan yang
bakal memberi tekanan seperti ujian atau perlumbaan
Tutup mata dan fikirkan keadaan yang begitu, sehingga terasa ketenangan kembali.

Anda mungkin juga menyukai