Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

Definisi Motivasi
H.W Bernard dalam bukunya Psychologi of learning (1965), menyatakan motivasi ialah proses
membangkitkan, mengekalkan dan mengawal minat. Manakala Crow dan Crow (1981)
menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap,
minat atau kegiatannya. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986), menghuraikan motivasi
sebagai perangsangan tindakan terhadap tujuan tersebut. Secara ringkasnya, motivasi
merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu
kea rah mencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah
lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi atau psikologi yang timbul. Motivasi
ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai
sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun
rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang mempunyai motivasi
bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada
di dunia ataupun akhirat.
. Model kognitif muncul dari pengalaman unik dan latihan seseorang. Kerana itu mereka
dilahirkan sebagai kaedah empirikal dari pemerhatian dan amalan serta hasil percubaan ilmiah.
Kemampuan kognitif yang paling penting adalah diklasifikasikan di tingkat tiga (kemahiran
Motoric perspektual), tahap empat (perkembangan bahasa), dan tahap lima (kemampuan
konsep). Gaya kognitif merupakan cara pelajar yang khas dalam belajar, baik yang berkaitan
dengan cara penerimaan dan pemprosesan maklumat atau pengetahuan, sikap terhadap
maklumat atau pengetahuan, maupun kebiasaan yang berkaitan dengan persekitaran belajar.
Motivasi adalah perilaku yang ingin dilakukan untuk mencapai tujuan tertentu yang boleh
mendorong dan mengarahkan kejayaan seseorang. Motivasi juga boleh diertikan sebagai
keupayaan kita untuk memotivasi diri kita tanpa memerlukan bantuan orang lain. Memotivasi
diri adalah proses menghilangkan faktor yang melemahkan kita. Model kognitif dan teori
motivasi akademik mengenalpasti pelupusan individual untuk berjuang meraih sukses atau
untuk mengelakkan kegagalan sebagai faktor-faktor motivasi utama. Jika motif untuk berjaya
pada diri pelajar cukup tinggi, dia akan melakukan tugas-tugas untuk berprestas. Tetapi, jika
pelupusan untuk mengelakkan kegagalan tinggi, pelajar akan mengelakkan tugas dengan cara
menunda dengan cara lain. Model Kognitif dan Teori Motivasi Akademik berpengaruh terhadap

faktor-faktor yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam bekerja yang berkaitan dengan
prestasi.
Perbincangan
Teori Atribusi menjelaskan tentang bagaimana individu mengiterpretasikan sesuatu
kejadian dan seterusnya bagaimana ianya berkait dengan pemikiran dan tingkah laku individu
tersebut. Menurut Crowl, Kaminsky dan Podell (1997), teori atribusi berkait rapat dengan
kepercayaan pelajar tentang punca kejayaan dan kegagalan mereka. Teori Atribusi Weiner
(1974) fokus kepada aspek pencapaian akademik dan menjelaskan bahawa terdapat hubungan
antara konsep kendiri dan pencapaian. Teori mempunyai perkaitan dengan aspek konsep
kendiri kerana ianya memberi penekanan kepada aspek persepsi kendiri kini pelajar yang akan
menghasilkan kesan kuat ke atas cara mereka menginterpretasi kejayaan atau kegegalan
tentang usaha sekarang. Keadaan ini seterusnya akan menentukan kecenderungan mereka
menggunakan usaha atau tingkah laku yang sama pada masa depan. Ini adalah kerana atribusi
individu yang akan menentukan tindakannya secara efektif terhadap kejayaan dan kegagalan
yang dialami (Weiner, 1980). Weiner (1992), percaya individu akan menganggap faktor
kebolehan, usaha, tahap kesukaran tugasan dan nasib sebagai punca kepada kejayaan atau
kegagalan sesuatu kejadian.

Anda mungkin juga menyukai