Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Istilah "perancangan kewangan" lazimnya agak "menggerunkan" sesetengah orang,


terutama mereka yang berfikir bahawa perancangan kewangan adalah untuk mereka yang
berpendapatan tinggi dan kaya sahaja. Tetapi, benarkah begitu? Jika tidak, apa sebenarnya?
Secara amnya, perancangan kewangan membabitkan pandangan menyeluruh mengenai
kedudukan kewangan sendiri yang meliputi pelbagai sudut pengurusan kewangan dan harta,
dan kemudian melalui proses langkah demi langkah untuk mengatasi masalah kewangan serta
mencapai matlamat kewangan. Perancangan kewangan adalah tentang mengurus kedudukan
ekonimo atau kewangan seseorang dengan mengambil kira perkara- perkara yang ingin
dilakukan seperti berkahwin, membeli aset seperti kereta atau rumah, merancang untuk
melanjutkan pelajaran serta pelan persaraan. Melalui perancangan kewangan kua tdapat
mengenal pasti cara- cara membuat belajawan, menabung dan membelanjakan wang dalam
suatu tempoh masa yang tertentu.

Perancangan kewangan merupakan sesuatu yang amat penting untuk kita dapat
menyara hidup kita. Dalam setiap fasa kehidupan, kita sering mempunyai kepentingan,
tanggungjawab, dan kehendak kewangan yang berbeza. Setiap peringkat hidup memberikan
kita peluang dan cabaran yang berbeza. Apabila kehidupan kita berubah, maka kehendak dan
keperluan kita juga berubah. Perancangan kewangan membekalkan diri kita dengan persediaan
untuk menghadapi peluang dan cabaran hidup ini. Antara faedah perancangan kewangan ialah
kita dapat menguruskan perbelanjaan yang lain. Kita mampu sentiasa bersedia untuk
menghadapi apa jua kemungkinan untuk berbelanja pada masa kecemasan seperti sakit, selain
daripada mengharapkan perlindungan insurans.

Anda mungkin juga menyukai