Anda di halaman 1dari 2

MINDA KELAS PERTAMA

Modal insan kelas pertama merupakan teras pembangunan negara untuk mencapai
Wawasan 2020. Tumpuan diberi kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai serta
etika yang positif. Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga hal.894) : modal bermaksud wang atau
harta benda yang digunakan sebagai pangkal atau pokok untuk berniaga. Modal juga bermaksud
sesuatu yang digunakan untuk mendapat dan mencapai sesuatu yang lain. Oleh itu modal boleh
diertikan sebagai sumber. Dalam Kamus Dewan ( edisi ketiga hal 493) ini juga mengatakan insan
itu sebagai manusia. Apabila digabungkan modal insan merupakan sumber manusia.

Modal insan merupakan aset penting dalam sesebuah negara. Jatuh bangunnya sesebuah
negara bergantung kepada modal insan itu, jika modal insan tidak berpendidikan maka sesebuah
negara mudah mengalami kejatuhan dan sumber yang ada tidak dapat di perbangunkan. Oleh itu,
pembangunan sumber manusia yang dikenali juga sebagai modal insan adalah agenda yang di
beri penekanan oleh bekas perdana menteri iaitu Tun Dato Abdulah Ahmad Badawi dalam
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Bekas Perdana Menteri telah mensasarkan
pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara dalam mencapai Wawasan
2020.

Ini terbukti dalam ucapan beliau semasa membentangkan Rancangan Malaysia


Kesembilan (RMK-9) pada 31 Mac 2006:

Malaysia tidak lagi boleh dilihat sebagai sebuah negara yang memiliki infrastruktur
kelas pertama, tetapi mempuyai mentaliti kelas ketiga. Kita perlu menerapkan pendekatan yang
menyeluruh terhadap pembangunan modal insan, yang bukan hanya menekankan ilmu
pengetahuan, perlu menerapkan pendekatan yang menyeluruh terhadap pembangunan modal
insan yang bukan sahaja menekankan ilmu pengetahuan,kemahiran, tetapi juga nilai etika,
minda yang progresif dan kesedaran budaya yang tinggi.

Di sini menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri bukan hanya menghendaki modal
insan sebagai teras utama dalam pembangunan negara tetapi mementingkan modal insane yang
berkualiti dalam semua aspek kehidupan mereka sama ada dari segi pendidikan, tingkahlaku,
cara berfikir dan bertindak, pekerjaan, masyarakat, agama dan lain- lain secara menyeluruh. Ciri-
ciri ini akan melahirkan modal insan kelas pertama seperti yang dinyatakan oleh beliau semperna
Hari Pekerja 2006.

Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi berpaksikan pengetahuaan serta ingin
menjadi bukan sahaja sekadar mana-mana negara maju tetapi negara maju yang mempunyai
identitinya sendiri serta mampu untuk terus kekal pada tahap ini, pembangunan modal insan
kelas pertama harus diberi keutamaan.

Anda mungkin juga menyukai