Anda di halaman 1dari 4

(a) Fasa Pecutan

- selepas arahan pelepas 'ke garisan' diberi, pelari mengmbil tempatnya di blok permulaan.
Kedudukan tangan
- tangan adalah lurus dan dibuka seluas bidang bahu individu. Ibu jari dan jari penunjuk
dibuka dengan luas dan jari-jari lain adalah rapat di antaa satu sama lain, diletak di belakang
garis mula.
Kedudukan kepala dan leher
- kepala dan leher didongak sebagai sebahagian dari 'torso'. Mata pandang ke hadapan
dengan penuh tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan
dicondong ke hadapan.
Pergerakan tangan dan kaki
- selepas ' bang' atau tembakan pistol, pergerakan ke hadapan dimulakan. Diikuti dengan
pergerakan kuat tangan dan kaki.
- tangan yang bertentangan dengan kaki belakang memulakan pergerakan ke hadapan.
Tangan lain digerakkkan ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.
- Lutut belakang digerakkan ke hadapan dengan cepat dan pada tahap rendah. Kaki
hadapan diluruskan sepenuhnya. Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30
hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan. Jarak
langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.
(b) Fasa Kelajuan Maksimum dan Pengekalan Kelajuan
- fasa pecutan berlaku di antara jarak 30 meter dan 60 meter.
- pecutan berlaku pada awal larian
-95% daripada kelajuan maksimum dicapai pada kira-kira 18 meter.
- Apabila seorang atlet mencapai kelajuan maksimum, kadar pecutannya aka ditentukan oleh
tahap daya tahan ototnya.
(c) Fasa Larian di Selekoh
Pada bahagian selekoh, semakin laju atlit berlari, semakin kuat kuasa 'centrifugal'.
Seorang pelari seharusnya merendahkan badan ke arah dalam untuk memastikan larian
selekoh berkesan ataupun mengimbangkan kuasa 'centrifugal'. Tangan kiri terus dihayun lurus,
manakala tangan kanan menyilang badan mengarah ke dalam.
Fasa Penamat
- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter
lebih dari jarak lariannya.
- Mustahak bagi seorang atlit untuk terus pecut sehingga melewati garis penamat.
- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke
hadapan.
Refleksi

Kelas pertama kursus Olahraga ini telah memberikan pelbagai informasi tentang acara lari
pecut kepada saya. Saya merupakan seorang yang tidak berminat dalam aktiviti sukan dan
sentiasa mengabaikan diri saya daripada mendapatkan pengetahuan tentang larian. Pada hari
pertama, saya dapat mempelajari tentang lari pecut. Saya telah mengetahui sejarah tentang
larian pecut. Prinsip- prinsip asas dalam larian pecut seperti berlari di atas hujung kaki, kaki
belakang diluruskan setiap kali mengakhiri tolakan yang dibuat oleh kaki tersebut dan
sebagainya merupakan pengetahuan yang baharu yang telah saya dapat melalui kursus ini.

Saya tidak pernah melihat dan menggunakan ‘starting block’ sebelum ini. Melalui kursus
ini, saya dapat memasang sendiri ‘starting block’ tersebut dengan sendirinya dan mempelajari
untuk menggunakannya dengan cara yang betul. Saya juga telah mengetahui tentang gaya-
gaya yang digunakan dalam lari pecut. Kelas pertama telah menimbulkan minat saya untuk
mendapatkan informasi- informasi yang banyak lagi berkaitan dengan olahraga.

Anda mungkin juga menyukai