Anda di halaman 1dari 1

Takrif Pratulisan

Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh setiap orang murid bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang- lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima
oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat ini, aktiviti contengan dilakukan atas permukaan
benda sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan yang boleh
meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut. Pratulisan merupakan suatu
kemahiran di mana murid- murid telah mempunyai keupayaan menggunakan alat tulisa dan
mengetahu teknik- teknik serta cara pergerakan untuk membentuk huruf. Oleh itu, penguasaan
kemahiran pratulisan bermaksud seseorang murid itu bersedia dari segi fizikal dan mentalnya
untuk memulakan penulisan secara mekanis.

Objektif Pratulisan

Aktiviti pratulisan penting kepada murid- murid tahap satu sebelum mereka mempelajari
peringkat penulisan yang selanjutnya. Justeru, terdapat beberapa objektif pelaksanaan aktiviti
pratulisan kepada murid- murid, iaitu:

i Melatih pergerakan tangan dan jari


ii Melatih pergerakan mata
iii Melatih koordinasi mata dan tangan
iv Menyemai minat murid untuk datang ke sekolah tanpa rasa bosan belajar
v Menimbulkan motivasi yang tinggi dalam kalangan murid
vi Meniru bentuk huruf dalam perkataan
vii Menulis huruf dan perkataan

Anda mungkin juga menyukai