Anda di halaman 1dari 27

Ya. Aktiviti memanaskan badan telah dijalankan oleh guru tersebut.

Elemen ini
penting sebelum melakukan sebarang senaman atau aktiviti fizikal. Ia bertujuan
menyediakan badan secara fizikal dan mental untuk aktiviti fizikal sekali gus
mengelakkan daripada kecederaan. Dimana guru tersebut melakukan aktiviti
memanaskan badan secara berperingkat mengikut prosuder dalam pendidikan
Jasmani. Dimana guru tersebut mulakan aktiviti memanaskan badan dengan
memberi arahan kepada murid.

Arahan 1 :
Guru tersebut telah menyuruh semua murid beratur dalam satu barisan dan berdiri
tegak. Guru menyuruh murid mengambil jarak antara kawan. Tujuannya untuk
memastikan tidak berlaku perlanggaran semasa membuat aktiviti memanaskan
badan.

Arahan 2 :
Guru menyuruh murid mendongakkan kepala ke atas dan jari di bawah
dagu(mendibel) dan menolak ke atas dalam kiraan 8 saat.

Arahan 3 :
Guru menyuruh murid menundukkan kepala ke bawah dengan tangan menekan
kepala dari atas dalam kiraan 8 saat.

Arahan 4 :
Seterusnya, pergerakan dilakukan dengan kepala dipusingkan ke bahagian kiri dan
kanan dengan tangan sedikit menolak di bahagian pipi dalam kiraan 8 saat.

Bahagian Tangan Dan Bahu


Arahan 5 :
Murid disuruh meletakkan tangan di bahu dan memutarkan lengan 360

dalam

kiraan 8 saat.
Arahan 6 :
Murid disuruh untuk mengerakkan lengan ke arah dada.
Arahan 7 :
Murid melakukan pergerakan membengkokkan lengan di belakang kepala(cranium).

Bahagian Pinggang

Arahan 8 :
Membengkokkan pinggang ke hadapan (pergerakan flexsion), dan kaki kiri atau
kanan dibengkokkan ke belakang.

Bahagian kaki
Arahan 9 :

murid disuruh lari setempat dengan kadar yang perlahan, sederhana dan laju. Dalam
larian ini murid perlu gerakan kaki ke kiri, kanan, hadapan dan belakang untuk
pergerakan otot otot kaki.

Arahan 10 :
Akhir sekali, guru menyuruh murid untuk membuat pergerakan daya tahan otot
dengan merendahkan lutut sebanyak 2 kali kiraan 8 saat.

b)
Ya. Guru tersebut telah memberikan penerangan berkaitan dengan keepentingan
aktiviti memanaskan badan kepada murid-murid. Dimana, guru tersebut hanya
memberikan penerangan yang ringkas kepada murid murid. Ini adalah kerana,

murid murid tersebut ialah murid tahap 1. Murid murid tahap 1 mungkin
mempunyai masalah dari segi kefahaman istilah dan bahasa. Oleh yang demikian,
guru tersebut telah mengambil langkah yang mudah untuk memberi penerangan
mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan. Guru tersebut berinteraksi
dengan muridnya,kenapa kita perlu buat aktiviti memanaskan badan? muridnya
tidak menjawab soalan guru. Kemudian, guru telah memberi penerangannya,
baiklah murid-murid, apabila memanaskan badan, kita sebenarnya memanas atau
meningkatkan suhu badan dan otot. Ia juga meningkatkan kadar degupan jantung
dan pernafasan; meningkatkan pengedaran nutrien dan oksigen ke otot;
menyediakan badan untuk aktiviti fizikal, faham murid-murid.
Secara teorinya, memanaskan badan merangkumi aktiviti kardiovaskular dan
senaman ringan seperti gerakan aerobik yang mudah. Ia biasanya membabitkan
aktiviti yang ingin anda lakukan tetapi pada kadar yang lebih perlahan. Sebagai
contoh, jika anda ingin berlari, panaskan badan dengan larian yang perlahan dan
jika anda ingin berenang, mulakan dengan renangan yang ringan. Ia berbeza
dengan regangan badan, yang paling berkesan dilakukan selepas memanaskan
badan.

Ya, boleh dikatakan semua otot-otot besar dilibatkan semasa aktiviti pemanasan
badan. Aktiviti memanaskan badan bermula daripada bahagian kepala, bahagian
tangan dan bahu dan juga bahagian kaki.

Bahagian kepala
Jenis Pergerakan dan penerangan

Otot-otot yang terlibat

Pergerakan hyperextension
I.

Pergerakan yang dilakukan dengan


mendongakkan kepala ke atas dan
jari-jari

II.

III.
IV.
V.

tangan

menyokong

di

bahagian mandible
Pergerakan ini melibatkan

otot

sternocleidomastoid

otot

dan

trapizius
Sendi yang terlibat ialah sendi
synovial ( sendi paksi/ putar )
Tulang
yang
terlibat
ialah

skull/cranium
Pergerakan flexsion
I. Pergerakan yang dilakukan dengan
menundukkan kepala ke bawah
dengan tangan menekan kepala
II.

dari atas
Pergerakan ini juga melibatkan otot
sternocleidomastoid

III.

dan

otot

trapizius
Sendi yang terlibat di bahagian ini
ialah sendi synovial (sendi paksi/

IV.

putar)
Tulang yang terlibat ialah tulang di
bahagian skull/cranium

Pergerakan rotation
I.

Pergerakan yang dilakukan dimana


kepala dipusingkan ke bahagian kiri
dan kanan dengan tangan sedikit
menolak di bahagian maxilla
Otot yang terlibat dalam pergerakan

II.

ini ialah otot sternocleidomastoid


III.

dan otot masseter


Pergerakan ini melibatkan sendi

IV.

synovial ( sendi paksi/ putar )


Tulang yang terlibat ialah tulang
maxilla dan mandible

Bahagian Tangan Dan Bahu


Jenis Pergerakan dan penerangan
Pergelangan tangan digerakkan ke
atas dan ke bawah
I.

Pergerakan

II.

pergerakan extension dan flexsion


Sendi
yang
terlibat
dalam
pergerakan

III.

ini

ini

adalah

seperti

adalah

sendi

kandiloid
Pergerakan ini melibatkan tulang

carpus dan metacarpus


Pergerakan lengan ke arah dada
I.

Bahagian

II.

dirapatkan ke bahagian dada


Sendi yang terlibat ialah sendi

III.

lesung
Pergerakan ini melibatkan otot
deltoid.

tulang

humerus

Otot-otot yang terlibat

Pergerakan membengkokkan lengan


di belakang cranium
I.

Melibatkan tulang humerus, radius

II.

dan ulna
Otot
yang

III.

pergerakan ini ialah otot triceps.


Pergerakan
ini
akan

IV.

terlibat

dalam

menyebabkan

otot

triceps

mengendur
Sendi
yang

terlibat

dalam

pergerakan ini

ialah

sendi di

bahagian bahu iaitu sendi lesung

Bahagian pinggang
Jenis Pergerakan dan penerangan

Otot-otot yang terlibat

Pergerakan flexion
I.
II.
III.

Membengkokkan

pinggang

ke

hadapan ( pergerakan flexsion )


Melibatkan otot rektus ebdominis
Tulang yang terlibat dalam
pergerakan

ini

ialah

tulang

vertebra
Pergerakan ke kiri dan ke kanan
IV.

Melibatkan otot latisimus dorsi

V.

dan serratus enterior


Tulang yang terlibat

dalam

pergerakan

tulang

rib,scapula.

Bahagian kaki

ini

ialah

Jenis Pergerakan dan penerangan

Otot-otot yang terlibat

Pergerakan larian setempat


I.

lari setempat dengan kadar yang

II.

perlahan, sederhana dan laju.


Dalam larian ini murid perlu
gerakan

kaki

ke

kiri,

hadapan

dan

belakang

kanan,
untuk

pergerakan otot otot kaki.


Pergerakan bengkokkan lutut kedua
dua kaki
I. pergerakan
II.

daya

tahan

otot

dengan merendahkan lutut.


Otot otot yang terlibat adalah
a) Otot
kuadrisep
(bahagian
depan paha)
b) Otot betis
c) Otot hamstring

(belakang

paha/pelipat lutut)

d)
Tidak. Berdasarkan kepada pemerhatian saya aktiviti yang dilakukan lansung tidak
membahayakan anggota pelajar. Walaupun otot otot besar dilibatkan dalam aktiviti
memanaskan badan tetapi pergerakan dibuat secara perlahan dan berperingkat,

maka ia tidak akan membahayakan anggota pelajar. Tambahan lagi, guru tersebut
tidak memaksa muridnya untuk melakukan aktiviti yang telah dirancang. Ini
bermakna, guru tersebut sangat prihatin dengan keselamatan pelajar. Merujuk
kepada bahagian 1.1, boleh dilihat bahawa, aktiviti yang dilakukan adalah
bersesuaian dengan tahap umur pelajar dan juga mengikut kebolehan pelajar.
Misalnya,

2. Keperluan Gerak Kendur


Ya. Guru tersebut telah menjalankan aktiviti gerak kendur (cooling down). Aktiviti
keperluan gerak kendur biasanya dilakukan pada akhir sesi pendidikan Jasmani.
Aktiviti keperluan gerak kendur dilakukan dengan perlahankan pergerakan fizikal
yang dilakukan selama kira-kira 5-10 minit sebelum berhenti melakukan aktiviti
berkenaan. Jika anda berlari, perlahankan larian dan diakhiri dengan berjalan.
Proses menyejukkan badan turut merangkumi aktiviti aerobik dan regangan
badan. Aktiviti ini akan membantu menurunkan kadar degupan jantung dan
pernafasan ke paras normal, mengelakkan kekejangan atau kesakitan otot,
mengelakkan rasa pening dan merehatkan otot.

3.

Melalui pemerhatian saya semasa kelas pendidikan jasmani di sekolah

didapati peralatan yang digunakan sepanjang aktiviti adalah sesuai dan tidak
merbahayakan murid murid. Dimana, guru tersebut mengajar murid murid tahap
1 iaitu darjah 2. Topik yang yang diajar oleh guru tersebut ialah melambung,

melantun dan menyambut bola. Topik ini merupakan topik atau unit ke 14 dalam
kurikulum KSSR tahun 2. Masa yang diperuntukkan adalah selama 30 minit. Bagi
menjalankan aktiviti ini alat alat yang telah digunakan oleh guru tersebut ialah
gelong plastik, skital dan bola getah. Didapati bahawa, peralatan yang digunakan
langsung tidak merbahaya dan sesuai dengan tahap umur murid murid tersebut.
Tambahan lagi, peralatan yang digunakan adalah plastik dan bukannya besi atau
alat alat yang boleh merbahayakan murid murid.

Rajah guru mengagihkan peralatan

Rajah Alatan yang digunakan gelung palstik dan bola


Rajah Guru memberikan arahan kepada murid

Seterusnya, saiz peralatan yang digunakan adalah bersesuain dengan tahap umur
murid murid. Misalnya, bola dan juga gelung plastik yang digunakan sepanjang
aktiviti tersebut adalah bersaiz kecil berbanding dengan saiz bola dan juga saiz

gelung yang biasa digunakan dalam Pendidikan Jasmani. Perkara ini memudahkan
murid untuk memegang bola untuk melambung dan meyambut dengan lebih pantas.

Mengikut standard kurikulum, guru perlu menggunakan 5 peralatan seperti


yang disenaraikan untuk menjalankan aktiviti ini. Guru ini hanya menggunakan 3
alatan dan terdapat lagi 2 alat (tiang dan juga tali) tidak digunakan oleh guru tersebut
kerana beliau telah mengubah aktiviti bagi permainan kecil bagi topik ini. Tambahan
lagi, kedua dua alat tersebut mungkin tidak sesuai dengan tahap umur murid
murid tahap 1. Ini menunjukkan guru tersebut sangat prihatin dan juga
mementingkan kesesuaian dan juga keselamatan peralatan yang digunakan oleh
semasa aktiviti pendidikan jasmani. Secara kesimpulan, semua peralatan yang
digunakan adalah selamat dan sesuai dengan aktiviti yang dirancang oleh gurunya.

Mengikut kurikulum Standard sekolah Rendah, masa yang diperuntukkna untuk pendidikan Jasmani tahap 1 ialah 30 minit
sahaja. Oleh itu, guru perlulah celik untuk membahagikan masa mengikut aktiviti yang dirancang. Jadual dibawah menunjukkan
pembahagian masa yan g dilakukan oleh guru pendidikan jasmani tersebut.

LANGKAH MASA ISI PELAJARAN

AKTIVITI

PEMBELAJARAN
badan a. Murid
melakukan

Permulaan

Aktiviti

(5 minit)

berpandukan tunjuk ajar guru:

memanaskan

memanaskan

I.

mendongakkan kepala ke

II.

atas
menundukkan

III.

bawah
kepala

IV.

bahagian kiri dan kanan


meletakkan tangan di bahu

V.

PENGAJARAN

kepala

mengikuti

DAN CATATAN
aktiviti

badan

dengan

arahan

yang

diberikan oleh guru.


ke b. Regangan di bahagian kepala
untuk memudahkan pengaliran

dipusingkan

ke

darah dan otak.


c. Kelonggaran

sendi

di

pergelangan bahu.
dan memutarkan lengan 360 d. Regangan
di
pergelangan
Membengkokkan pinggang
tangan, pergelangan tangan
ke hadapan
dan tapak tangan.
e. Kelembutan
di
bahagian
pinggang.
f. Kelonggaran di bahagian paha,
betis dan kaki.

I.

Lari setempat dengan kadar a. Pelajar lari setempat.


b. Meningkatkan suhu badan dan
yang perlahan, sederhana
kadar denyutan jantung.
laju dan laju.
c. Memberi
tumpuan
pada
kadiovaskular.
d. Memberi persediaan pada otot
otot kaki dan tangan untuk
melakukan akiviti seterusnya.

Set induksi

Guru

memninta

(5 minit)

mencantumkan suku kata yang terdiri


daripada
sambut.

lambung,

murid
lantun

untuk a. Guru membahagikan murid


dan

murid

kepada

kumpulan

supaya senang dikawal.


b. Kemudian guru mengedarkan
sampul

surat

yang

mengandungi ketiga tiga suku


kata tadi.
c. Selepas

murid

berjaya

mencantum suku kata tersebut,


guru

mengaitkan

perkataan

tersebut dengan isi pelajaran


pada hari tersebut.
Perkembangan
(10 minit)

i.

Guru menunjukkan cara dan a. Murid dalam kumpulan kecil.


b. Murid 1 melambung bola
juga memberikan arahan untuk
kepada murid 3, dan bergerak

melambung, melantun dan juga


cara untuk menyambut bola.

ke belakang murid 4.
c. Murid 3 menyambut

dan

melantun kepada murid 2. Murid


3 bergerak ke belakang murid 2.
d. Aktiviti diulang beberapa kali
dengan menambah jarak.
Kemuncak

Permainan kecil dalam bulatan

(5 minit)

a. Pelajar dibahagikan kepada 3


kumpulan kecil.
b. Salah seorang

murid

dalam

kumpulan perlu berdiri di tengah


dan mula melambung.
c. Kemudian,
murid

yang

menyambut bola perlu melantun


bola dan perlu diterima oleh
murid di tengah semula.
d. Permainan ini akan berterusan
sehingga

ke

murid

terakhir

menerima bola.
e. Permainan ini boleh dijadikan
sebagai

pertandigan

antara

kumpulan kumpulan kecil.


Penutup
(5minit)

I.

Gerak kendur.
a. Lari setempat
b. Lompat

a. Menurunkan kadar denyutan


jantung.

c. Gerakan

tangan

b. Mempercepatkan pemulihan

(atas, depan, sisi dan

asid laktik.
a) Murid dipilh secara rawak

belakang).
d. Duduk berlunjur dan
mengoyangkan paha,
betis dan kaki.
e. Tarik bafas.
II.

Pengukuhan pelajaran

untuk menerangkan teknik


melambung, melantun dan
menyambut bola.
b) Soal jawab
i. Apakah syarat untuk
menyambut bola?

Cadangan

Setiap proses pengajaran harus ada objektif pengajaran yang ditentukan


dengan merujuk kepada pengetahuan yang telah diperoleh oleh murid dan kaedah
mengajar

yang

dirancang

dengan

tujuan

mencapai

objektif

pengajaran.

Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani terletak


kepada ilmu pengetahuan, sikap dan kreativiti guru tentang cara yang sesuai untuk
meningkatkan

kecergasan

jasmani

pelajar.

Antara

saranan

saya

untuk

menambahbaikan lagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Perkara


atau keperluan utama yang harus diambil kira sebagai prasyarat sebelum membuat
sesuatu perkara lain iaitu arahan yang jelas dan juga murid memahami arahan
tersebut. Arahan seseorang guru mestilah jelas dan pastikan pelajar memahami apa
yang perlu dilakukan bagi sesuatu kemahiran tersebut.

Masalah pembelajaran timbul dalam pembelajaran kemahiran adalah kerana


pelajar mendapat maklumat yang salah atau tidak lengkap daripada gurunya. Jika
maklumat yang diterima oleh murid adalah salah atau kurang tetap maka ia akan
menyebabkan sistem sistem dalam seperti sistem pernafasan, rangka, sendi otot
dan sebagainya menerima kesannya. Oleh yang demikian, bahasa yang digunakan
oleh guru mestilah bahasa yang mudah dan senang untuk difahami terutamanya,
semasa membuat aktiviti yang lasak. Misalnya, sebelum membuat aktiviti aktiviti
merbahaya seperti lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru, lembing dan
sebagainya, guru perlu memainkan peranan penting dalam memberi arahan yang
betul dan jelas supaya murid murid tidak mengalami kecederaan pada anatomi
mereka. Sebegai contoh, jika murid tidak biasa dengan lontar peluru, boleh
menyebabkan uratnya terseliuh, ototnya terkoyak dan sebagainya. Ini bermakna,
arahan yang jelas dan tepat dapat menjamin keselamatan diri murid dan juga dapat
mewujudkan keseronoikan dalam sesuatu aktiviti tersebut.

Selain daripada arahan yang jelas, kemahiran memberi maklum balas oleh
guru juga merupakan cabang strategi yang perlu diambil kira oleh seseorang guru.

Tidak dapat dinafikan bahawa, pembelajaran pendidikan Jasmani menekankan


kepentingan maklum balas. Maklum balas ialah maklumat yang diterima oleh murid
semasa perlakuan dan tentang prestasinya. Guru seharusnya bijak memberi
maklum balas kepada pelajar kerana maklum balas ini juga boleh mempengaruhi
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Maklum balas yang positif
adalah lebih berkesan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dan pelajar juga
sentiasa bermotivasi untuk melakukan sesuatu aktiviti yang telah dirancang oleh
gurunya.

Seterusnya ialah keselataman peralatan perlu diberi perhatian untuk


menambahbaikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Guru perlu
memastikan mempunyai peralatan yang sesuai untuk melakukan aktiviti di padang.
Alatan termasuklah juga pakaian yang sesuai untuk aktiviti. Ini adalah kerana, bagi
setiap aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran pakaian juga berbeza. Misalnya,
bagi aktiviti olarahga, pakaian mestilah pakaian yang dapat menghalang rintangan
udara. Pada hari biasa pendidikan jasmani pula, murid perlu memakai T-Shirt
berkolar atau tidak berkolar, seluar sukan (Track-Bottom) serta memakai kasut
sukan dan berstokin putih. Tambahan lagi, pakain yang dipakai perlulah lebih
selamat dan mengelakkan daripada kecederaan dalaman. Misalnya, untuk
permainan Rugbi terdapat pelindung badan yang perlu dipakai semasa bermain
Ragbi. Antaranya seperti headgear untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan
dada, pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi. Pemakaian pelindung ini dapat
megelakkan diri kita daripada tercedera dan juga dapat menjaga semua sistem
anatomi yang terdapat dalam badan kita.

Selain pakaian, guru-guru juga hendaklah memastikan semua alat sukan


berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan. Peralatan sukan yang
dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa maut adalah Lembing,
Peluru, Cakera, Tukul Besi, Tiang Lompat Tinggi, Tiang Lompat Bergalah, Kayu
Hoki, Kayu Golf, Bad Kriket, Bola Hoki, Bola Kriket, Bola Golf, Bola Baling, Bola
Billiard, Dart, Spikes, Anak Panah dan Peralatan Gimnastik. Guru perlu memastikan
semua latihan sukan yang menggunakan peralatan yang merbahaya seperti yang

dinyatakan diadakan pada hari atau masa yang berasingan dengan latihan sukan
lain. Ini adalah kerana, alat sukan yang merbahaya boleh menyebabkan sistem
anatomi dalam badan kita mengalami kecederaan. Misalnya, apabila murid
menggunakan lemping, peralatan ini sangat merbahaya dan perlu dikendalikan
dengan cara yang betul. Di sini, guru perlu bertindak untuk memberikan arahan dan
juga peraturan kepada muridnya supaya keselamatan sentiasa terjamin dan tidak
mencederakan sistem anatominya.

Aspek seterusnya yang perlu diberi fokus ialah, guru perlu kenalpasti
kecergasan anak muridnya. Setiap individu mempunyai tahap kecergasan yang
berbeza. Guru perlu tetapkan objektif latihan mengikut kecergasan diri masingmasing. Tambahan lagi, guru juga perlu kenal pasti kemampuan diri murid dalam
kelas Pendidikan Jasmani. Aktiviti yang dilakukan perlulah mengikut tahap
kemampuan murid - murid. Guru tidak boleh memaksa murid untuk melakukan
aktiviti melebihi had keupayaan mereka. Kesihatan murid juga perlu diberi perhatian
dan diambil kira. Murid yang mempunyai penyakit kronik tidak boleh dipaksa
mengambil bahagian. Untuk makluman bagi semua aktiviti lasak, murid-murid
dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Murid-murid yang
cedera, semput atau lelah (asthma) tidak dibenarkan mengambil bahagian. Semua
perkara di atas dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan dan juga lebih selamat.

Pembahagian masa juga merupakan aspek yang perlu diberi perhatian dalam
kelas Pendidikan Jasmani. Ini adalah kerana, bagi Kurikulum Standard Sekolah
Rendah jumpah masa yang diperuntukan ialah 30 minit untuk tahap 1 dan 60 minit
untuk tahap 2. Oleh demikian, guru perlulah celik dan kreatif dalam pembahagian
masa. Ini bermakna, guru perlulah mebuat perancangan awal sebelum menjalankan
aktiviti P&P. Semasa membuat perancangan dan memilih aktiviti pembelajaran,
perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah aktiviti tersebut boleh dilakukan oleh
murid. Apabila pelajar terlibat secara langsung dengan aktiviti tersebut, mereka
menggunakan lebih banyak input sensori seperti audotori, visual dan kenestetik.
Keadaan ini menyebabkan pembelajaran menjadi lebih efektif dan lebih lama.

Akhir kalam, salah satu langkah untuk membentuk pengurusan yang baik
bermula dengan pembentukan rutin dan peraturan kelas yang diajar serta
memegang tanggungjawab harian murid. Apabila guru PJ mempunyai rutin terhadap
acara yang berulang seperti kehariran, menyusun alatan sukan, bersalin baju PJ dan
sebagainya, murid akan tahu akan tingkah laku yamng harus ada dan sesuai pada
dirimereka. Misalnya, guru boleh mengadakan aktiviti seperti roll call bleh
mengurangkan

masalah

pembaziran

masa

untuk

menganggu

(contohnya

mengambil kedatangan) sebelum kelas Pj dimulakan. Sebagai kesimpulan, sebagai


seorang guru PJ, saranan saranan tadi boleh dijadikan sebagai panduan dalam
karier kita.

REFLEKSI

Yang dikasihi, pensyarah pembimbing Subjek Anatomi Dan Fisiologi, En


Muhammad Fairuz Bin Hassan. Terima kasih atas dorongan beliau. Seterusnya,
saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih
kepada ibubapa saya. Ini adalah kerana, tanpa mereka saya tidak dapat merasai
keindahan dan keamanan Dunia ini. Terima kasih Ibu dan Ayah. Saya juga ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dalam kelas atas bimbingan
dan nasihat mereka. Terima kasih.

Tujuan kerja kursus pendek ini adalah untuk melahirkan seorang


guru pelatih yang mempunyai pengetahuan yang luas tentang pengurusan kelas dan
juga persekitaran pembelajaran yang kondusif terutamanya untuk subjek Pendidikan
Jasmani. Tambahan lagi, kerja kursus memberikan pendedahan kepada guru pelatih
tentang perkaintan Anatomi dan fisiologi terhadap perkembangan psikomotor murid
murid di sekolah. Kerja kursus ini dapat meningkatkan keprihatinan guru pelatih
terhadap pembinaan persekitaran yang lebih selamat semasa aktiviti Pendidikan
Jasmani.

Pengalaman berasaskan sekolah pada kali ini telah memberikan seribu satu
pegetahuan kepada saya terutamanya bagi subjek Anatomi dan Fisiologi. Ini adalah
kerana, kerja kursus yang kami terima bagi subjek anatomi dan fisiologi perlu
dikaitkan dengan pengalaman di sekolah dan berdasarkan kepada pemerhatian
telah saya buat sepanjang berada di sekolah. Pada kali ini, saya telah menjalankan
aktiviti pengalaman berasaskan Sekolah di Sekolah Tun Syed Ahmad Shahabudin.
Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berprestasi tinggi di Negeri Melaka. Selama
lima hari, saya telah berada di sekolah tersebut dan telah mendapat banyak
pengetahuan yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan Jasmani di padang.
Sebagai seorang bakal guru, saya perlulah menimbul ilmu ilmu yang hanya boleh
ditimba daripada pengalaman sendiri dan tidak tertulis di buku.

Perkara utama yang telah saya pelajari daripada pemerhatian saya ialah cara
pengurusan kelas pendidikan Jasmani. Pengurusan kelas merupakan aspek utama
yang perlu dalam pedagogi. Dimana, setiap guru perlu menguasai kemahiran ini
untuk mewujudkan bilik darjah yang kondusif dan juga lebih selamat. Kemahiran
pengurusan yang baik adalah penting untuk pengajaran yang efektif. Satu lagi
langkah untuk membentuk pengurusan yang baik bermula dengan pembentukan
rutin dan peraturan kelas yang diajar kepada murid. Misalnya, apabila guru PJ
mempunyai rutin terhadap acara yang berulang seperti kehadiran, menyusun alatan
sukan, bersalin bajuPJ dan sebagainya. Tambahan lagi, seseorang guru juga perlu
mempunyai suara yang lantang dan juga perlu tegas dan tidak garang pada murid.
Di sini, saya juga dapat mempelajari cara untuk memberikan arahan kepada murid
murid semasa aktiviti pendidikan Jasmani.

Seterusnya, saya juga dapat mengetahui bagaimana caranya untuk


membahagi masa bagi mengajar pendidikan Jasmani di padang. Dimana, saya telah
mendapatkan RPH daripada guru PJ untuk mengetahui cara pembahagian masa.
Sebenarnya, cara pembahagian masa adalah berbeza bagi tahap1 dan juga tahap
2. Daripada pemerhatian saya, pembahagian masa dibuat dengan mencerakinkan
30 minit bagi tahap 1 dan 60 minit bagi tahap 2 kepada 5 bahagian. Lima bahagian
tersebut ialah, permulaan, set induksi, perkembangan, kemuncak dan juga penutup.
Sebagai seorang, kita perlu mengikut langkah langkah ini untuk menjadikan P&P
lebih tersusun, konsisten dan juga terancang. Keadaan seperti ini dapat
mewujudkan disiplin di kalangan murid murid dan mereka akan lebih seronok
dengan aktiviti yang dijalankan. Ini bermakna, sebagai seorang bakal guru PJ, saya
perlulah sentiasa membuat perancangan awal sebelum aktiviti aktiviti di padang.
Tambahan lagi, saya juga perlu memastikan disiplin murid muridnya sentiasa
terkawal dengan perancangan awal yang dibuat sebelum aktiviti.

Selain perancangan awal dan pembahagian masa, saya juga dapat


mengetahui cara untuk mengendalikan peralatan merbahaya dan memastikan
semua alat sukan berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum digunakan.
Peralatan sukan yang dianggap merbahaya dan jika diabaikan boleh membawa

maut. Sebagai seorang guru PJ, kita perlulah sentiasa mewujudkan persekitaran
yang lebih selamat dan tidak merbahaya kepada anak muridnya. Cara untuk
mewujudkan persekitaran yang selamat adalah dengan guru perlu menyediakan
peraturan rutin yang perlu dipatuhi oleh murid. misalnya, murid murid tidak boleh
memasuki bilik sukan atau mengguanakan peralatan sukan tanpa kebenaran
gurunya. Perkara ini dapat memastikan keadaan kelas pendidikan jasmani sentiasa
sentiasa selamat dan murid akan lebih seronok dalam aktiviti. Guru juga boleh
megelakkan daripada anak muridnya tercedera. Selain aspek keselamatan
peralatan, saya juga perlu mengetahui tahap kecergasan dan juga kemampuan
murid untuk melaksanakan aktiviti yang telah dirancang. Kecergasan murid
merupakan salah satu aspek utama yang perlu diberi perhatian kerana setiap
mempunyai kecergasan dan kemampuan yang berbeza. Oleh yang demikian, guru
perlulah prihatin terhadap semua aspek supaya P&P pendidikan Jasmani berjalan
dengan lancar tanpa apa apa halangan luar.

Akhir kalam, bagi saya tugasan ini amat sesuai kepada guru pelatih seperti
saya kerana iainya merupakan tunjang dalam profesion perguruan dimana profesion
inilah yang akan saya laksanakan pada masa hadapan. Saya perlu memahirkan diri
saya dalam aspek pengurusan aktiviti pendidkan Jasmani, keselamatan dalam
pendidikan Jasmani, perancangan masa sebagai perkara utama supaya dapat
dipraktikan dengan cemerlang pada masa hadapan.

Secara kesimpulannya, saya gembira kerana diberi tajuk ini dan sangat gembira
kerana berjaya menyudahkannya dengan baik. Saya berharap tugasan ini dapat
memuaskan hati semua pihak.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai