Anda di halaman 1dari 6

Refleksi Pengajaran Mikro

Tajuk : Gaya Peningkatan


(Nama Ahli Kumpulan: Sheilla,Noor Hayati,Vincent)

Salam Sejahtera,
Saya Buvanewsari a/p Ramasamy telah melihat beberapa kelemahan dan
kebaikan semasa pengajaran Mikro yang dijalankan oleh kumpulan ini.Tajuk yang
mereka pilih adalah kelecek bola dengan kaki.Kumpulan ini memilih tajuk ini kerana
murid-murid sudah ada pengetahuan sedia ada seperti mengelecek bola menggunakan
tangan.
Saya difahamkan gaya peningkatan merujuk kepada para pelajar dengan tahap
kemahiran yang berbeza turut serta atau masuk dalam tugasan yang sama dengan
memilih tahap kesukaran yang mereka boleh lakukan.Rancangan pengajaran ini,
dimulakan dengan pemanasan badan dan senaman regangan.Pemulaan aktiviti ini
dimulakan dengan penuh semangat.
Aktiviti seterusnya adalah perkembangan pengajaran . Saya merasa aktiviti
perkembangan perlu dimurnikan untuk mencapai hasil pembelajarannya.Kumpulan ini
telah merancang untuk kelecek bola dalam kawasan yang ditetapkan.Kelemahan yang
saya perhatikan dalam aktiviti ini adalah tidak ada teknik kelecek bola.Pada awal
pengajaran guru perlu mengajar teknik-teknik kelecek dan guru perlu tunjuk ajar
teknik-teknik itu kerana murid-murid adalah dari Tahun 1. Satu lagi kelemahan yang
saya diperhatikan adalah murid-murid mengelecek bola dalam gelong.Sepatutnya guru
tidak boleh menghadkan kawasan untuk kelecek bola.Aktiviti Kelecek bola dalam
gelong tidak boleh dilakukan kerana mungkin ia menjadikan murid-murid merasa
bersusah pada awal pengajaran lagi.Selain daripada itu guru perlu mengajar contain
mengelecek bola.

Seterusnya,aktiviti 2 dan 3 menjadi sangat seronok dikalangan muridmurid.Pada pandangan saya aktiviti adalah memuaskan .Guru menyediakan aktiviti
kumpulan menyebabkan murid-murid bermain seronok.Dalam pengajaran ini guru
mengunakan alat-alat permainan yang secukupnya.Selain daripada itu ,guru juga
mengawal kelas dengan baik.Dalam pengajaran mikro ini, saya dapat lihat kelemahan
dan kebaikannya.Jika guru merancang pengajaran dengan betul dapatlah mengelakan
kelemahan semasa pengajaran di sekolah nanti.
Akhir sekali,dengan adanya tugasan ini,saya yakin dan percaya ianya akan
memberikan kesan yang positif kepada guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara
yang menarik dan berkesan . Pandangan yang saya berikan untuk pengajaran mikro
bagi kumpulan ini adalah setakat yang saya faham.Saya berharap ,pihak tuan dapat
maafkan sekiranya pandanagn saya kurang tepat.
Sekian Terima Kasih

BUVANESWARI A/P RAMASAMY


800505-08-5800

Refleksi Pengajaran Mikro


Tajuk : Gaya Latihan
(Nama Ahli Kumpulan: Ng Keen Kheng,Nalenei,Letchumi)

Salam Sejahtera,
Saya Buvanewsari a/p Ramasamy telah melihat beberapa kelemahan dan
kebaikan semasa pengajaran Mikro yang dijalankan oleh kumpulan ini.Tajuk yang
mereka pilih kawalan badan dari sokongan ; jom imbangan Kumpulan ini memilih tajuk
ini kerana murid-murid sudah ada pengetahuan sedia ada seperti pernah melakukan
pergerakan lokomotor seperti berjalan , berlari melatih kemahiran manipulasi alatan
dan pergerakkan berirama mengikut tempo.
Melalui pengajaran ini saya lebih memahami tentang stail latihan.Gaya latihan
adalah guru yang memberikan tugasan kepada pelajar dan pelajar melakukannya
dalam tempoh masa yang ditentukan.Guru akan memerhatikan prestasi pelajar dan
memberikan maklum balas kepada pelajar.Seperti biasa pengajaran dimulakan dengan
pemanasan badan.Pemanasan badan difokuskan kepada Larian perlahan,regangan
dan imbangan.Murid murid memanaskan badan dengan seronok.
Aktiviti seterusnya adalah perkembangan pengajaran . Saya merasa aktiviti
perkembangan perlu dimurnikan untuk mencapai hasil pembelajarannya.Kumpulan ini
melakukan aktiviti imbangan diatas garisan ,dan bangku panjang.aktiviti yang mereka
lakukan memang menyoronokan. Tetapi saya telah melihat beberapa kelemahan dalam
pengajaran ini.Antaranya adalah guru tidak memberitahu jenis imbangan yang
disediakan .Walaupun imbangan itu diberi secara tidak langsung ,guru perlu memberi
keterangan pada awal pengajaran.
Semasa melakukan aktiviti, bangku yang mereka sediakan itu bergoyang dan
ini menakutkan murid-murid.Sepatutnya sebagai seorang guru keselamatan murid
harus diutamakan.Saya berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti yang mereka rancang

adalah sesuai dengan tahap murid tahun 2.Antara kekuatan yang dapat saya kenal
pasti melaui stail pengajaran da pembelajaran ini adalah isi pelajaran yang diajar
adalah tetap dan tidak berubah serta mudah untuk dipelajari oleh murid.Contotnya
Kemahiran membuat imbangan amat senang diikuti oleh murid-murid.Saya
berpendapat ,jika pengajaran ini diajar untuk kanak-kanak tahun dua juga pasti mereka
senang dan seronok mempelajari kerana sesuai dengan keupayaan serta tahap
mereka. Dalam pengajaran ini guru mengunakan alat-alat permainan yang
secukupnya.Selain daripada itu ,guru juga mengawal kelas dengan baik.Dalam
pengajaran mikro ini, saya dapat lihat kelemahan dan kebaikannya.Jika guru
merancang pengajaran dengan betul dapatlah mengelakan kelemahan semasa
pengajaran di sekolah nanti.
Akhir sekali,dengan adanya tugasan ini,saya yakin dan percaya ianya akan
memberikan kesan yang positif kepada guru untuk mendidik anak bangsa dengan cara
yang menarik dan berkesan . Pandangan yang saya berikan untuk pengajaran mikro
bagi kumpulan ini adalah setakat yang saya faham.Saya berharap ,pihak tuan dapat
maafkan sekiranya pandanagn saya kurang tepat.
Sekian Terima Kasih

BUVANESWARI A/P RAMASAMY


800505-08-5800

Refleksi Pengajaran Mikro


Tajuk : Gaya Penemuan Terbimbing
(Nama Ahli Kumpulan: Murni,kasmawati,Afendi)

Salam Sejahtera,
Saya Buvanewsari a/p Ramasamy telah melihat beberapa kelemahan dan
kebaikan semasa pengajaran Mikro yang dijalankan oleh kumpulan ini.Tajuk yang
mereka pilih adalah Manipulasi alatan iaitu menangkap bola pada aras yang
ditetapkan.Murid-murid tahun 2 ini pernah belajar kemahiran melambung ,melantun,
dan membaling bola sebagai pengetahuan sedia ada.
Melalui pengajaran ini saya lebih memahami tentang stail Penemuan
Terbimbing .Stail Penemuan terbilang adalah satu gaya pembelajaran dimana corak
soalan yang teratur dan logik akan menjadi panduan kepada seseorang pelajar untuk
menemui objektif pembelajaran. Seperti biasa pengajaran dimulakan dengan
pemanasan badan.Pemanasan badan difokuskan kepada regangan otot .Murid murid
memanaskan badan dengan seronok.
Aktiviti seterusnya adalah perkembangan pengajaran . Saya merasa aktiviti
perkembangan perlu dimurnikan untuk mencapai hasil pembelajarannya.Pengajaran
yang diajar oleh Kumpulan ini adalah hantaran bola pada aras kepala,dada, pinggang
dan lutut.Seterusnya membaling bola di dinding.Aktiviti ini dilakukan secara individu.
Murid-murid mengambil bahagian dengan seronok. Saya merasa aktiviti
perkembangan perlu dimurnikan untuk mencapai hasil pembelajarannya. Tetapi saya
telah melihat beberapa kelemahan dalam pengajaran ini.Antaranya adalah guru tidak
tulis jenis hantaran yang dicapai dalam objektif dengan lebih jelas. Objektif ditulis
secara umum sahaja.Ini menyebabkan pencapaian objektif akan terganggu.Saya
berpendapat objektif yag ditulis itu tidak selaras dengan aktiviti yang disediakan. Antara
kekuatan yang dapat saya kenal pasti dari segi aktiviti pula,semuanya menarik
perhatian murid-murid.Murid-murid juga mengambil bahagian dengan penuh

keseronokan. Saya berpendapat bahawa aktiviti-aktiviti yang mereka rancang adalah


sesuai dengan tahap murid tahun 2. Dalam pengajaran ini guru mengunakan alat-alat
permainan yang secukupnya.Selain daripada itu ,guru juga mengawal kelas dengan
baik.Dalam pengajaran mikro ini, saya dapat lihat kelemahan dan kebaikannya.Jika
guru merancang pengajaran dengan betul dapatlah mengelakan kelemahan semasa
pengajaran di sekolah nanti.
Akhir sekali,dengan adanya tugasan ini,saya yakin dan percaya ianya
akan memberikan kesan yang positif kepada guru untuk mendidik anak bangsa dengan
cara yang menarik dan berkesan . Pandangan yang saya berikan untuk pengajaran
mikro bagi kumpulan ini adalah setakat yang saya faham.Saya berharap ,pihak tuan
dapat maafkan sekiranya pandanagn saya kurang tepat.
Sekian Terima Kasih

BUVANESWARI A/P RAMASAMY


800505-08-5800

Anda mungkin juga menyukai