Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

SCIENCE
TINGKATAN 3

MATLAMAT KURIKULUM SCIENCE


Matlamat kurikulum Science untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan
pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan dalam kehidupan seharian berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni. Murid yang telah mengikuti
kurikulum Science sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan mereka mendapatkan
pendidikan lanjutan dalam sains dan teknologi secara rasmi dan tidak rasmi. Kurikulum ini juga bertujuan untuk
membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan membudayakan sains dan
teknologi secara semulajadi dalam menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

OBJEKTIF KURIKULUM SCIENCE


Kurikulum Science untuk sekolah menengah membolehkan murid:
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Memperolehi pengetahuan tentang konsep dan prinsip sains serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan fenomena
alam semulajadi dan pengalaman harian
Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip sains dalam bidang teknologi dan kehidupan harian
Menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir
Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan
nilai murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan
Menangani cabaran dalam dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan kepada perkembangan sains
dan teknologi
Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan
Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
Menyedari kepentingan saling hubungan antara kehidupan dan pengurusan alam semulajadi serta sumbernya dengan
bijaksana demi kesinambungan hidup manusia sejagat
Menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap pembangunan negara dan kesejahteraan manusia sejagat
Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh melalui kajian sains merupakan hasil usaha manusia untuk memperoleh
penerangan yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal
Mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan kasih sayang kepada alam sekitar dan memainkan peranan dalam
pemuliharaan dan pemeliharaannya.

SCIENCE TINGKATAN 3

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Mengetahui konsep dan prinsip asas sains

Mengetahui dan memahami konsep dan prinsip sains

Mengaplikasi pengetahuan saintifik untuk mengembangkan pemahaman konsep dan prinsip sains

Menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik dalam membentuk konsep dan prinsip
sains

Mengamal dan menilai maklumat saintifik yang berkaitan konsep dan prinsip sains dan teknologi dalam
menyelesaikan masalah

Menangani cabaran dan menyumbang idea dalam melestarikan perkara-perkara yang berkaitan
dengan sains dan teknologi

SCIENCE TINGKATAN 3

TEMA/ TAJUK

TEMA D
PENYENGGARAAN DAN
KESINAMBUNGAN HIDUP

BAND
1

menyatakan pelbagai bahan dan penyakit yang memudaratkan sistem respirasi,


organ-organ perkumuhan, hasil perkumuhan bagi setiap organ manusia,
bahagian-bahagian sistem pembiakan lelaki dan wanita dengan betul.

menerangkan struktur sistem respirasi, peparu, jantung serta sistem urinari


manusia, dan memberi maksud perkumuhan, persenyawaan, haid, serta
pertumbuhan dengan jelas.

mengaplikasi pengetahuan saintifik tentang mekanisme pernafasan, kesan bahan


cemar kepada sistem respirasi, sistem peredaran darah, kepentingan
perkumuhan, pembiakan dalam manusia dan tumbuhan, jenis-jenis pembiakan,
persenyawaan, pendebungaan, dan kadar pertumbuhan manusia secara meluas.

menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk mengkaji


struktur dan fungsi jantung, ginjal, stomata, bahagian pembiakan seks tumbuhan,
dan biji benih, darah beroksigen dengan darah terdeoksigen, transpirasi dengan
kelayuan tumbuhan, sistem pengangkutan tumbuhan, pelbagai jenis bunga dan
agen pendebungaan, perkembangan tiub debunga dalam larutan sukrosa dan
pembiakan vegetatif tumbuhan berbunga saintifik mengikut prosedur yang betul
dengan bimbingan.

mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat faktor-faktor yang


mempengaruhi kadar transpirasi dan keadaan yang diperlukan untuk
percambahan biji benih dengan menggunakan prosedur yang betul dan
bersistematik.

mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai sistem respirasi


manusia secara kreatif, inovatif dan lengkap.

TAJUK 18
RESPIRASI
TAJUK 19
PEREDARAN DARAH DAN
PENGANGKUTAN
TAJUK 20
PERKUMUHAN
TAJUK 21
PEMBIAKAN
TAJUK 22
PERTUMBUHAN

SCIENCE TINGKATAN 3

DESKRIPTOR

TEMA/ TAJUK

BAND
1

menyatakan pelbagai bentuk sebatian silikon, kalsium karbonat dan sumber


bahan api semula jadi dengan betul.

menerangkan kewujudan mineral dalam kerak bumi dengan jelas.

mengaplikasi pengetahuan saintifik tentang kewujudan mineral dalam bentuk


unsur dan sebatian semula jadi, sifat-sifat dan kegunaan sebatian silikon serta
pembentukan sumber bahan api semula jadi secara meluas.

menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk mengkaji sifatsifat mineral, kalsium karbonat, dan hasil-hasil penyulingan berperingkat petroleum
mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan.

mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat tindak balas antara
logam dengan bukan logam mengikut prosedur yang betul dan bersistematik.

mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai sifat dan kegunaan


pelbagai pecahan petroleum, sumbangan petroleum dan gas asli kepada
pembangunan ekonomi negara serta penggunaan yang cekap petroleum dan
sumber bahan api semula jadi yang lain secara kreatif, inovatif dan lengkap.

TEMA C
JIRIM DALAM ALAM
TAJUK 23
TANAH DAN SUMBERNYA

SCIENCE TINGKATAN 3

DESKRIPTOR

TEMA/ TAJUK

BAND

DESKRIPTOR

1
TEMA F
TENAGA DALAM
KEHIDUPAN

menyatakan alat pengukur, unit bagi arus dan voltan, pelbagai jenis generator
serta sumber tenaga alternatif dengan betul.

menerangkan arus elektrik, voltan, rintangan, dan bahagian-bahagian transformer


dengan jelas.

TAJUK 24
KEELEKTRIKAN

mengaplikasi pengetahuan saintifik tentang penjanaan tenaga elektrik, jenis


transfomer, penghantaran dan pengagihan tenaga elektrik, pendawaian elektrik,
serta kos penggunaan elektrik secara meluas.

TAJUK 25
PENJANAAN ELEKTRIK

menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk mengkaji sifatsifat cas elektrostatik, litar elektrik, medan magnet, medan elektromagnet,
kejadian litar pintas, dan nilai fius yang sesuai bagi peralatan elektrik yang
berbeza mengikut prosedur yang betul dengan bimbingan.

mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk menyiasat kesan perubahan


rintangan dan voltan ke atas arus mengikut prosedur yang betul dan
bersistematik.

mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai litar bersiri atau litar
selari secara kreatif, inovatif dan lengkap.

SCIENCE TINGKATAN 3

TEMA/ TAJUK

TEMA I
ASTRONOMI DAN
PENEROKAAN ANGKASA
LEPAS

BAND
1

menyatakan bentuk galaksi dengan betul.

menerangkan struktur Matahari dan bintang dengan jelas.

mengaplikasi pengetahuan saintifik tentang Matahari, bintang dan galaksi, serta


perkembangan dalam bidang astronomi dan pembangunan dalam penerokaan
angkasa lepas secara meluas.

menggunakan pengetahuan saintifik dan kemahiran saintifik untuk menganalisa


kegunaan satelit.

mengamal dan menilai maklumat saintifik untuk membuktikan hubungan antara


tekanan dan jarak pelancaran roket mengikut prosedur yang betul dan
bersistematik.

mensintesis maklumat dalam bentuk persembahan mengenai kapal angkasa atau


satelit atau galaksi atau planet atau sistem suria atau teleskop menggunakan
bahan kitar semula secara kreatif, inovatif dan lengkap.

TAJUK 26
BINTANG DAN GALAKSI

TAJUK 27
PENEROKAAN ANGKASA
LEPAS

DESKRIPTOR

SCIENCE TINGKATAN 3

Anda mungkin juga menyukai