Kajian Tindakan
Kajian Tindakan
Nama pengkaji :
MOHD YAZID BIN SUKIMAN
Tajuk kajian :
MEMBUKA MINDA IDEA KREATIVITI MURID TAHUN 6 CEMPAKA DENGAN PROGRAM
ILHAM SENI DAN LETS SKETCH 2010.
pendedahan tentang seni tersebut. Saya ada bertanyakan kepada beberapa murid tentang
lukisan mereka yang seakan serupa dan mereka menjawab, mereka meniru rakan mereka
dan tidak tahu untuk melukis yang lain. Terdapat juga murid yang menjawab, mereka akan
meniru sahaja apa yang rakan mereka lukis di atas kertas lukisan tersebut. Saya
merasakan murid-murid ini kurang diberikan pendedahan dari segi contoh-contoh lukisan
yang lain dan lebih menarik supaya murid dapat membina idea mereka untuk melukis
lukisan mereka.
Adakah saya perlu mengulang kembali tentang unsur-unsur seni dan prinsip seni dari awal
kepada murid-murid ? Mungkinkah saya perlu menunjukkan seberapa banyak yang
mungkin contoh-contoh lukisan menarik kepada murid menggunakan ICT ? Apakah yang
perlu saya lakukan untuk meningkatkan kreativiti idea mereka ketika melukis ? Adakah saya
mampu untuk mengajar kesemua sekali tentang seni supaya mereka boleh menjadi seperti
seorang pelukis yang berbakat ? Saya telah membincangkan pekara ini dengan beberapa
guru lain serta panitia seni dalam mesyuarat bulanan sekolah. Sebahagian guru
mengatakan yang tidak kesemua murid akan menjadi seorang pelukis apabila besar kelak.
Hal itu memang tidak dinafikan, akan tetapi sekiranya minda dan pemikiran mereka kreatif
kesemua yang akan dilakukan akan berjaya. Sekiranya begitu, apakah langkah yang terbaik
untuk membantu murid-murid ini mempunyai minda dan pemikiran yang kreatif dan idea ?
Setelah mencuba mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, namunn hasil
lukisan murid masih di tahap yang sama. Saya berpendapat bahawa murid kekurangan idea
untuk membuat lukisan kerana mereka kurang diberi pendedahan yang meluas serta murid
tidak pernah melakukan aktiviti di luar kelas. Kekurangan idea ini juga berkemungkinan
daripada pengabaian guru termasuklah saya dalam meningkatkan kreativi dan idea muridmurid semua. Oleh yang demikian, saya perlu memperbetulkan situasi ini supaya tahap
kreativit dan idea murid lebih meluas dan sekaligus dapat menjadikan mereka murid yang
cemerlang dalam semua aspek.
2. Fokus kajian
secara keseluruhannya saya mendapati murid-murid menghadapi pelbagai masalah dan
saya telah mengfokuskan kajian ini kepada satu skop yang kecil iaitu masalah dari segi
kreativiti serta kekurangan idea ketika melukis. Murid lebih suke meniru lukisan rakan-rakan
atau contoh yang telah dibuat oleh guru. Murid tidak reti untuk menokok tambah lukisan
mereka mengikut kreativiti masing-masing supaya menjadi lebih menarik. Kebanyakan
murid telah melakukan :
Oleh yang demikian, kelemahan-kelemahan ini dapat diatasi oleh murid supaya boleh
menjadi seorang yang lebih kreatif dan mempunyai minda yang kreativiti bukan sahaja
dalam penghasilan karya mereka sekaligus dalam pelbagai aspek pelajaran yang lain.
Seterusnya, mereka dapat membuat lukisan yang menarik dan membuka minda mereka
tentang kreativiti yang ada dalam diri mereka sendiri.
3. Objektif kajian
Setelah kajian permasalahan ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapao
objektif-objektif berikut :
i.
Objektif umum
Meningkatkan daya kreativiti dan pendedahan murid terhadap subjek seni visual
supaya pembelajaran di sekolah menjadi menarik.
ii.
Objektif khusus
Meningkatkan kreativiti murid
Meningkatkan keupayaan murid untuk mengaplikasikan kreativiti dalam
lukisan mereka
Membantu murid meningkatkan pemikiran yang kreatif
Memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya seni dalam
kehidupan.
4. Kumpulan sasaran
Kajian ini melibatkan seramai 42 orang murid tahun 6 cempaka yang keseluruhannya
berbangsa melayu serta sekolah yang terletak di luar Bandar (kawasan kampong).
Tinjauan masalah
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya dijalankan, tinjauan terhadap
masalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam mengenai permasalahan terserbut. Tinjauan dilakukan dengan
bertujuan untuk mengumpulkan data yang seperti berikut :
5.2
5.3
Cara perlaksanaan :
1. Guru membawa murid ke bawah pohon di tepi padang sekolah yang
terbuka.
2. Guru memberikan 2 helai kertas lukisan kepada setiap murid.
3. Guru meminta murid memerhatikan alam semulajadi di sekeliling mereka
yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan idea ketika melukis.
4. Guru meminta murid mencari sehelai daun yang menarik untuk mereka
lukiskan dan sebagai sumber inspirasi murid dan guru meminta murid
melukiskan sebesar kertas lukisan.
5. Guru meminta murid meneliti daun tersebut dan barulah melukiskannya.
6. Untuk lukisan kedua, guru meminta murid melukiskan 1 akar pokok untuk
subjek utama mereka.
7. Guru meminta murid
meneliti
dengan
baik
dan
seterusnya
melukiskannya.
8. Aktiviti tersebut dijalankan di tempat yang sama selama tiga minggu.
9. Selepas tiga minggu, guru meneliti kesemua lukisan murid-murid samada
murid dapat meningkatkan tahap kreativiti dan perkembangan idea
mereka.
Aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan setelah membuat tinjauan
awal.
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
Aktiviti
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
Menulis proposal kajian
Merancang tindakan (individu / panitia)
Melaksanakan tindakan aktiviti 1
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (dalam
Tarikh pelaksanaan
2 Mac 2010
10 Mac 2010
16 Mac 2010
19 Mac 2010
23 Mac 2010
6.
7.
8.
9.
10.
11.
panitia)
Melaksanakan tindakan aktiviti 2
Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal
Menulis proposal kajian
Merancang tindakan (individu / panitia)
Melaksanakan tindakan aktiviti 1
Melaksanakan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (dalam
28 Mac 2010
2 Mac 2010
10 Mac 2010
16 Mac 2010
19 Mac 2010
23 Mac 2010
12.
13.
panitia)
Melaksanakan tindakan aktiviti 2
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 (dalam
1 April 2010
9 April 2010
14.
15.
panitia)
Melaksanakan tindakan aktiviti 3
Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 (dalam
12 April 2010
14 April 2010
16.
17.
18.
19.
panitia)
Ujian untuk mengesan pencapaian murid
Refleksi kajian
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian
18 April 2010
20 April 2010
22 April 2010
28 April 2010
7. Kos kajian
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Jenis Bahan
Kertas lukisan
Pensel 2B, 3B, 4B
Potostat bahan & laporan kajian
Plastik tempat duduk (20 x 30)
White board (3 x 2)
Buku catatan guru
Jumlah kos
RM 42
RM 63
RM 80
RM 55
RM 40
RM 2
RM 282