Anda di halaman 1dari 2

Panduan apply visa ke Canada dari Malaysia berdasarkan

pengalaman (bukan dokumen rasmi) bagi Study Permit


berserta keluarga (Open Work Permit dan Temporary
Residence Visa).
Disertakan detail utk urusan visa setakat yg aku ingat. Kebanyakan
berdasarkan personal experience, dan chat dgn kawan-kawan yg dah
ada di Canada.
CHECKLISTS
1) Study Permit Checklist:
http://www.cic.gc.ca/english/pdf/kits/forms/IMM5850E.pdf
Forms/details: http://www.cic.gc.ca/english/information/applications/stud
ent.asp?countrySelect=MY
2) Work Permit Checklist:
http://www.cic.gc.ca/english/pdf/kits/forms/IMM5930E.pdf
Forms/details: http://www.cic.gc.ca/english/information/applications/wor
k.asp?countrySelect=MY
3) Temporary Resident Visa Checklist:
http://www.cic.gc.ca/english/pdf/kits/forms/IMM5890E.pdf
Forms/details: http://www.cic.gc.ca/english/information/applications/visa.
asp?countrySelect=MY
SUPPORTING DOCS (see attachments)
1) Study Plan
2) Surat Jawatan
3) Surat Berkenaan Cuti Belajar dan Financial Family termasuk proof yg
korang akan balik Malaysia lepas habis belajar.
4) Gambar aku print dekat kedai gambar betul2 belakang Naza
Showroom setentang Kamdar di bandar Kuantan tu. Tak ingat nama
dia, tapi mmg ada satu je kedai gambar situ. Orang kedai tu kata saiz
gambar visa Canada sama mcm saiz gambar visa UK, dan sebab aku
dah buat gambar kat situ, iallah dia dah ingat kot saiz gambar visa
Canada (untuk orang Kuantan).
NOTA TAMBAHAN
1) Kawan kata dia buat cover letter untuk spouse yg apply Open
Work Permit yg mention spouse cuma teman dalam tempoh belajar,

dan akan balik ke Malaysia lepas belajar. Mention "akan balik ke


Malaysia" tu penting, dan kalau boleh sertakan bukti (wife aku sebab
cuti tanpa gaji ada bukti, tp kalau xada cover letter pun cukup kot).
* Kalau mmg wife/spouse tak plan nak kerja dekat sana, barangkali
Temporary Resident Visa lebih selamat kot sebab mmg ada bukti utk
financial support, dan tempoh process lagi singkat (tapi ini cuma
pendapat peribadi).
2) Utk translation aku buat sendiri je pastu baru mintak cop translator
sebab nak cepat. Aku attach sekali contoh aku punya birthcert yg aku
translate sendiri.
3) Sebab acceptance letter aku by email je, aku print email tu dgn aku
buat cover letter utk explain. Offer letter aku buat copy tapi bawak jugak
yg original.
4) Aku bawak semua dokumen original just in case dia mintak, tapi aku
copy siap2 docs yg perlu sebab nak fotostat sana kena charge.
5) Utk borang2 utama mcm Study Permit, Temporary Resident Visa,
dgn Open Work Permit tu, pastikan bila dah siap isi borang tekan button
"Validate". Lepas tu, bila print akan ada barcode dekat page terakhir.
Kalau tak ada barcode, mungkin Adobe Reader bukan yg latest, atau
java disabled dalam settings.
6) Pastikan jugak bila print borang2, set printer setting pada "fit to
page", sebab takut nanti ada part dalam borang yg tak nampak,
contohnya mcm nombor borang pada bucu kanan bawah borang.
All the best! Moga Allah mudahkan urusan anda iAllah :)

Anda mungkin juga menyukai