Anda di halaman 1dari 3

1st RPH

Kekuatan:
Hari ini saya dapat menjalankan pengajaran dan pembelajaran seperti yang
dirancangkan. Penggunaan bahan maujud seperti membentuk kumpulan yang
sama dengan menggunakkan bola, dapat menarik minat murid. Murid-murid
telah terlibat dengan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Selain itu, muridmurid dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya sepanjang pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Secara keseluruhanya, saya dapat mencapai objektif
pembelajaran yang dirancang.
Kelemahan:
Dari segi pengurusan masa, saya didapati mengambil masa berlebihan daripada
yang dirancangkan. Semasa menjalankan aktiviti kumpulan telah mengambil
masa yang berlebihan daripada tempoh masa yang dirancang. Di fasa
persediaan saya tidak menyediakan bekas untuk meletakkan bola. Hal ini
menyebabkan murid-murid sukar untuk meletakkan bola dengan tersusun. Selain
itu, saya juga didapati sedikit kebisingan semasa menjalankan aktiviti kumpulan.
Cadangan penambahbaikan:
Pada pengajaran yang seterusnya saya akan merancang aktiviti mengikut
tempoh masa yang ditetapkan supaya dapat menjalankan dengan lancar. Saya
juga akan merancang dengan rapi dan menyediakan bahan-bahan yang
diperlukan untuk setiap fasa. Bagi kawalan kelas dan juga untuk meningkatkan
perhatian murid dalam pengajaran saya akan memberi ganjaran dan token
kepada murid-murid.

2nd RPH
Kekuatan:
Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar serta dapat
mencapai objektif pembelajaran hari ini seperti yang dirancang. Selain itu, muridmurid telah terlibat dengan aktif dalam setiap fasa yang dijalankan. Aktiviti
membentuk kumpulan dengan menggunakan telur telah digemari oleh muridmurid. Pada masa yang sama, kepelbagaian aktiviti dapat menarik minat murid
dan mengekalkan tumpuan mereka dalam pembelajaran.
Kelemahan:
Pada fasa imaginasi, murid-murid mengalami sedikit kesukaran untuk melukis
garis nombor berdasarkan gambar kumpulan yang sama banyak. Hal ini kerana
saya telah memberi angka yang besar dan ini menyebabkan murid sukar untuk
melukis garis nombor berdasarkan gambar. Murid-murid telah dibimbing
sehingga dapat membuatnya.
Cadangan penambahbaikan:
Pada pengajaran yang seterusnya saya akan merancang aktiviti dengan lebih
bersesuaian dengan murid. Misalnya, saya akan memberi angka yang kecil
dalam garis nombor. Selain itu, saya juga akan merancang pelbagai aktiviti
dalam pengajaran dan pembelajaran. yang seterusnya.

3rd RPH
Kekuatan:
Pengajaran dan pembelajaran hari ini telah dijalankan dengan berkesan serta
dapat mencapai objektif seperti dirancang. Saya telah menggunakan ICT dalam
set induksi. Hal ini telah menarik minat murid pada pengajaran dan pembelajaran
hari ini. Selain itu, saya telah menggunakan batang ais krim pada fasa
persediaan dan mengadakan aktiviti kumpulan dalam bentuk permainan.
Penggunaan bahan maujud dan kepelbagaian aktiviti dapat menarik minat dan
tumpuan murid dalam mengikuti pembelajaran. Pada masa yang sama, saya
dapat meningkatkan kefahaman murid terhadap kemahiran yang diajar.
Kelemahan:
Sewaktu fasa persediaan, didapati telah mengambil sedikit masa berlebihan
dalam menjalankan aktiviti yang dirancang. Hal ini kerana, saya telah merancang
beberapa aktiviti dalam satu fasa ini. Selain itu, pada fasa imaginasi segelintir
kumpulan murid telah mengalami kesukaran dalam mengisi nombor dalam kotak
dengan menggunakan konsep tambah berulang. Hal ini disebabkan, aktiviti ini
melibatkan fikiran KBAT dan memerlukan bimbingan guru.
Cadangan penambahbaikan:
Pada pengajaran dan pembelajaran yang akan datang saya akan merancang
aktiviti dengan rapi di setiap fasa. Saya akan mengelakkan daripada merancang
aktiviti berlebihan pada satu fasa. Saya juga akan menggunakan pelbagai
kaedah dan teknik pengajaran pada pengajaran dan pembelajaran yang
seterusnya. Saya akan meneruskan pemberian ganjaran kepada murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai