Anda di halaman 1dari 2

Belalang

Di dalam sebuah taman bunga, terdapat seekor belalang yang suka


menyanyi dan menari. Ia berasa gembira kerana dapat hidup di dalam taman
yang indah itu. Di dalam taman itu terdapat juga berbagai-bagai jenis bunga
seperti bunga raya, mawar, dahlia, kenanga, melur dan cempaka. Taman bunga
itu berwarna-warni dan harum. Tiap-tiap hari, belalang akan menyanyi dan
menari. Belalang mempunyai ramai teman di dalam taman itu. Ada rama-rama,
kumbang, lebah dan semut. Mereka dapat tinggal di taman itu. Mereka sering
bermain dan menyanyi bersama-sama.

Pada suatu hari, belalang mencari kesemua rakan-rakannya untuk bermain


tetapi mereka semua sedang sibuk mencari makanan dan berpindah untuk
berlindung sebelum musim hujan tiba. Belalang tidak percaya hujan akan tujun
sebentar lagi. Ia asyik menyanyi dan menari sendirian.
tepuk amai-amai,
Belalang kupu-kupu
Tepuk biar ramai,
Emak upah susu
Setelah lama menyanyi, belalang pulang ke rumah dan tidur kerana keletihan.
Hujan turun dengan lebat lalu belalang terbangun. Ia berasa sangat lapar
tetapi di rumahnya tiada makanan.

Bila hujan berhenti bolehlah saya mencari makanan, katanya dalam hati.
Belalang berbaring semula dan tertidur. Apabila dia terjaga, hujan tetap
turun dengan lebat. Belalang berasa menyesal kerana tidak mengikut nasihat
rakannya untuk mencari makanan sebelum musim hujan. Akhirnya belalang

jatuh sakit. Rakan-rakan belalang tidak mengetahui keadaan belalang yang


sakit. Apabila hujan berhenti,lebah teringat akan belalang. Dia keluar dari
sarangnya dan pergi ke rumah belalang. Ia amat terperanjat melihat belalang
yang terlantar di atas katil di rumah.

Saya akan membawa makanan, kata lebah kepada belalang apabila melihat
belalang terlalu lemah dan pucat. Lebah mencari semut dan rakannya yang lain
untuk menolong belalang. Akhirnya belalang sembuh dan sihat. Belalang insaf
dan sering mendengar nasihat daripada rakannya.

Anda mungkin juga menyukai