Anda di halaman 1dari 6

Kisah Uwais Al-Qarni Dan Ibu Tua Yang Uzur

.
Uwais al-Qarni adalah seorang daripada kalangan tabiin yang hidup selepas kewafatan
Rasulullah , dan dapat bertemu dengan para sahabat. Sejak dilahirkan beliau berpenyakit
sopak dan ayahnya telah meninggal dunia. Hidupnya sangat fakir dan dalam keadaan yatim.
Ibunyalah yang menjaganya sejak kecil sehingga beliau dewasa. Walaupun miskin, Uwais kaya
dengan budi bahasa dan amanah.

Uwais al-Qarni hanya tinggal bersama seorang ibu yang sudah tua, buta dan lumpuh. Malah, ibu
tua itu cuma bergantung harap pada Uwais untuk menguruskan kehidupannya. Di situlah mereka
dua beranak meneruskan kehidupan tanpa ada sanak saudara. Tatkala ibunya memerlukan
bantuan, Uwais tidak pernah mengeluh dan akan menguruskan ibunya terlebih dahulu sebelum
membuat perkara lain.

Selain dikenali sebagai seorang anak yang taat kepada ibunya. Uwais juga sangat taat melakukan
ibadah, beliau seringkali berpuasa dan malam hari masanya terisi dengan ibadah solat-solat sunat
dan tahajud kepada Allah SWT.

Rasulullah pernah berpesan kepada Sayyidina Umar r.a. dan Sayyidina Ali KaramAllahu
wajhah (k.w.): Akan lahir di kalangan Tabiin seorang insan yang doanya sangat makbul.
Namanya Uwais al-Qarni dan dia akan lahir di zaman kamu. Kamu berdua pergilah mencari
dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dibesarkan di Yaman. Dia akan muncul di zaman
kamu, carilah dia. kalau berjumpa dengan dia minta tolong dia berdoa untuk kamu berdua.

Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali lalu sama-sama menanyakan kepada Rasulullah S.A.W:
Apakah yang patut saya minta daripada Uwais al-Qarni, ya Rasulullah? Rasulullah
menjawab: Mintalah kepadanya agar dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosadosa kalian.

Memang benarlah kata-kata Rasulullah Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Sayyidina
Umar dan Sayyidina Ali. Setelah puas menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari
Yaman ke Madinah, akhirnya mereka bertemu juga dengan Uwais al-Qarni.

Jika dilihat dari pandangan mata kasar orang biasa, Uwais al-Qarni tiada ciri-ciri istimewa
kerana dari pandangan luaran beliau seperti orang yang tidak sempurna akal dan dianggap
sebagai seorang yang kurang waras, tetapi beliau ada sesuatu yang kita tidak ketahui..

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya bertompok putih, yakni putih
penyakit yang tidak digemari. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan bapanya telah
meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Walaupun beliau seorang berpenyakit sopak, beliau
adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya dan beliau begitu tekun
untuk mendapatkan keredhaan ibunya dan setia menjaga ibunya yang sudah uzur dan lumpuh
sampai beliau dewasa.

Ibunya mempunyai hajat untuk menunaikan haji di Makkah. Namun dengan kudrat yang
sebegitu, ibu Uwais tidak mampu untuk ke Makkah berjalan seorang diri. Lalu dia mengutarakan
hasratnya kepada Uwais supaya mengikhtiarkan sesuatu agar dia boleh dibawa ke Makkah
menunaikan haji.

Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya
kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Makkah perlu
menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya Haudat iaitu sebuah rumah kecil
yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa namun harganya
mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan perbelanjaan yang sedemikian. Beliau tidak
memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin tua dan uzur berkata kepada anaknya: Anakku,
mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat
mengerjakan haji.

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis
menyusu. Dia membuat sebuah pondok (rumah kecil) di atas sebuah Tilal iaitu sebuah tanah
tinggi (Dia buat pondok untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari
beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan
mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya
setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi
lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras. Memang
pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu,
petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit.

Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya
hanya 20 kilogram, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan
badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100
kilogram turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu
persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari
Yaman sampai ke Makkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barangbarang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh
didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringansekitar 50 kilogram.

Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke
Makkah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga
memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Makkah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya: Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang
kamu berada di Mekah?

Uwais menjawab: Saya berdoa minta supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa
ibu.

Ibunya bertanya lagi: Bagaimana pula dengan dosa kamu?

Uwais menjawab: Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha
dengan saya, maka saya juga masuk syurga.

Ibunya berkata lagi: Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah SWT hilangkan sakit putih
(sopak) kamu ini.

Uwais berkata: Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha
dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Taala.

Ibunya menambah: Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu
perintahkan engkau berdoa.

Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais lalu berdoa
seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah SWT menyembuhkan tompok putih yang luar
biasa (sopak) yang dihidapinya itu.

Namun kerana beliau takut masih ada dosa pada dirinya, beliau berdoa: Tolonglah ya Allah!
Kerana ibuku, aku berdoa hilangkan yang tompok putih pada badanku ini melainkan
tinggalkanlah sedikit.

Maka, Allah SWT segera memakbulkan doanya dan menghilangkan penyakit sopak di seluruh
badannya kecuali meninggalkan setompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok
putih kekal pada Uwais kerana permintaannya, kerana ini (sopak) adalah anugerah Dan tanda
itulah yang disebutkan oleh Rasulullah kepada Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Ali
untuk mengenali Uwais al-Qarni.

Disebut Rasulullah kepada Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali: Tandanya kamu nampak di
belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah
Uwais al-Qarni.

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan
ibunya. Selepas ibunya meninggal, Uwais menjadi seorang yang soleh dan ditinggikan
martabatnya di sisi Allah sehingga dia menjadi seorang yang doanya paling makbul.

Apabila Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais al-Qarni dan seperti
yang diperintahkan oleh Rasulullah , mereka berdua pun meminta supaya Uwais mendoakan
supaya dosa mereka diampunkan Allah SWT.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali, beliau berkata: Aku ini
datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah kepada
kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.

Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Sayyidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, bertanya kepadanya:
Anda hendak pergi ke mana?

Kufah, jawab Uwais.

Sayyidina Umar bertanya lagi: Mahukah aku tuliskan surat kepada Gabenor Kufah agar
melayanimu?

Uwais menjawab: Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku
sukai.

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah
yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit.

Firman Allah SWT :

Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan
berlaku baik kepada ibu bapa. (Surah Al-Isra, ayat 23)

.
.
.
Artikel Berkaitan:
1. Berbaktilah Kepada Ibu Sebelum Ajal Menjemput (Klik Di Sini)
2. Si Gadis Mimpi Jumpa Ibu Dalam Neraka (Klik Di Sini)
3. Sejarah Dan Hukum Sambutan Hari Ibu (Klik Di Sini)
.
.

.
Posted by; shafiqolbu

Anda mungkin juga menyukai