Anda di halaman 1dari 4

Tahukah kamu siapakah Uwais al-Qarni?

Uwais al-
Qarni merupakan pemuda yang disebut-sebut
namanya oleh Rasullulah saw kepada para sahabat
baginda.

Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra
bahawa akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa
yang akan lahir di zaman kamu (zaman selepas kewafatan Rasullulah
saw).

Tujuan Rasullulah saw menyuruh Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra


mencari Uwais al-Qarni tidak lain ialah meminta Uwais al-Qarni berdoa
kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra
dan Saidina Ali ra).

Marilah kita lihat apa istimewanya Uwais al-Qarni sehingga Rasullulah saw
meminta sahabat mencari dan meminta doa darinya.

Memang benarlah kata-kata Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya


muncul di zaman Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra. Kedua-dua mereka
yang memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari
Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada
pandangan mata kasar mereka, tidak mungkin dia adalah orang yang
Rasulullah saw sebut-sebutkan ini kerana, Uwais Al-Qarni dianggap
sebagai seorang yang kurang waras di kalangan orang awam atau
penduduk setempat.

Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak di seluruh tubuh


badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak digemari ramai.
Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil
berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk
mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa beliau meninggal dunia ketika
beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan
ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.

Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais Al-Qarni bahawa dia ingin
sekali untuk mengerjakan ibadat haji. di Mekah. Ibunya menyuruh Uwais
Al-Darni supaya berikhtiar agar beliau dapat membawanya ke Mekah
untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais Al-Qarni
tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada
zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah
perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya
Haudat. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta
untuk melindungi diri daripada cuaca panas matahari dan hujan.

Uwais tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk ibunya pergi


mengerjakan haji apatah lagi untuk memiliki unta.

Namun atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi. Uwais Al-Qarni
mendapat suatu ilham. Beliau membeli seekor anak lembu yang baru lahir
dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah di atas Tilal
(tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit, apa yang
beliau lakukan ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu
untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu
turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya
setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit
tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini
menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.

Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian


setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun
bukit.

Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang


bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas 6 bulan lembu itu sudah
menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi
kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun
dan naik bukit setiap hari.

Selepas 8 bulan, apabila sampai musim haji. Rupa-rupanya perbuatannya


selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya
mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke
Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan
barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang
beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang
lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya
dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie
dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Uwais juga memangku
ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:

Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?

Uwais Al-Qarni menjawab:

Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu.

Ibunya bertanya lagi:

Bagaimana pula dengan dosa kamu?

Uwais Al-Qarni menjawab:

Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha
dengan saya, maka saya juga masuk syurga.

Ibunya berkata lagi:

Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih
(sopak) kamu ini.

Uwais Al-Qarni berkata:

Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak
redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah
Taala.

Ibunya menambah:

Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu
perintahkan engkau berdoa.

Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan


dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya
Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu.

Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh
badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya.
Tanda tompok putih kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya,
kerana sopak ini adalah satu anugerah, maka inilah tanda pengenalan
yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra:
Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan
sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.

Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Beliau telah menunaikan


kesemua permintaan ibunya. Selepas itu beliau telah menjadi orang yang
paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra
dapat berjumpa dengan Uwais Al-Qarni dan seperti yang diperintahkan
oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya beliau berdoa agar Allah
SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.

Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau
berkata:

Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan
wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa
dengan aku.

Maka Uwais Al-Qarni pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah,
saidina umar mahu membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya
melayan Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa. Namun begitu
ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni.

Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :

Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali


lebih aku sukai.

Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai orang yang


menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan
sehinggalah dibawa ke liang lahad. Agak menghairankan kerana pada
masa hidup beliau tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin.
Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila. Siapakah orang-
orang tersebut. Mereka itu adalah penduduk-penduduk langit yang terdiri
daripada malaikat-malaikat.

Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada
ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat
terkenal di langit. Wallahualam.

Anda mungkin juga menyukai