Anda di halaman 1dari 8

Kumpulan 1

Jessyca Anak Ungat


Ellif Mopilin
Mohd Hamdan
Nur Hidayah
Herman Marius

Jenis-jenis ayat
Ayat-ayat bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis

Ayat
penyata

Ayat
seruan

Jenis-jenis
ayat

Ayat
perintah

Ayat
tanya

Jenis-jenis ayat

Ayat Penyata
- Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu
penyataan.
- Bertujuan untuk menyatakan atau memberi
keterangan sesuatu hal.
-Ayat ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat
keterangan.

Contohnya :
1. Eddona jurutaip.
2. Miyra sedabg tidur.
3. Caroline menjadi pegawai polis.

Jenis-jenis ayat
Ayat tanya tanpa
kata tanya

Ayat
Tanya
- Digunakan untuk

tujuan menanyakan
sesuatu hal.

- Ayat tanya dengan

kata tanya
- Menggunakan kata
tanya seperti siapa, apa
dan mengapa.

- Ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara


meninggi sebelum kesenyapan pada akhir nada.
- Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan dengan
tanda soal (?).
Contohnya :
1. Encik Jumat pengurusnya?
2. Adik masih menangis?
3. Dia tersenyum?

Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya


- Ayat ini mengandungi kata ganti nama tanya
seperti apa, siapa dan mana.
Contohnya :
1. Apa benda itu?
2. Manakah adik awak?
Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya
- Ayat-ayat yang didahului oleh frasa sendi nama
seperti di mana, dari mana, sejak bila, sampai bila,
bagaimana dan sebagainya.
Contohnya ;
1. Tuan tinggal di mana?
2. Ani boleh memegang jawatan itu sampai bila?

Jenis-jenis ayat
Ayat tanya terbuka dan ayat tanya tertutup
-

Ayat tanya tertutup ialah ayat tanya yang memerlukan jawapan ya atau tidak/bukan.
Ayat tanya terbuka tidak terhad kepada perkataan ya atau tidak/bukan tetapi
sebaliknya bergantung kepada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut.

Ayat Tanya Tertutup

Ayat Tanya Terbuka

1. Encik Jumat pengurusnya?


Ya, Encik Jumat
pengurusnya.
2. Ke sekolahkah muridmurid?
Ya, murid-murid ke
sekolah.

1. Apakah benda itu?


Benda itu alat komputer.
2. Dari manakah mereka
datang?
Mereka datang dari
Brunei.

Jenis-jenis ayat

Ayat Perintah
- Diucapkan dengan
tujuan untuk
menimbulkan sesuatu
tindakan.
- Perintah ditujukan
kepada orang kedua
seperti awak,kamu,
engkau dan
sebagainya.

Ayat suruhan
- Bertujuan untuk memberi
perintah atau arahan

Contohnya :
1. Keluar dari bilik ini!
2. Pergi dari sini!
3. Pukullah ular itu.

Ayat Larangan
- Ayat menggunakan kata
larangan seperti jangan, usah,
atau tak usah.

Contohnya :
1. Jangan duduk di sini.
2. Janganlah menangis.
3. Usahlah dikenang lagi
perkara itu.

Ayat Silaan
- Menggunakan kata silaan
seperti sila atau jemput
sebelum kata kerja dengan
tujuan menjemput atau
mempersilakan seseorang

Contohnya :
1. Sila datang ke rumah saya.
2. Jemput masuk.

Ayat permintaan
- Ayat yang menggunakan kata
permintaan seperti tolong dan
minta dengan tujuan memohon
permintaan dan pertolongan

Contohnya :
1. Minta tuan benarkan kami
masuk.
2. Tolong selesaikan
pergaduhan ini.

Jenis-jenis ayat
Ayat Seruan
-

Ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan
melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan
sebagainya.
Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!).
Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan
sebagainya. Contohnya :

Cis, terimalah tikamanku ini!

Amboi, garangnya!

Aduh,sakitnya!

Syabas, engkau telah menang!

Eh, kamu rupanya yang datang!

Sekian,terima
kasih.

Anda mungkin juga menyukai