Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Keberkesanan sesuatu proses latihan yang amat penting dalam memastikan pengoptimumam
prestasi atlet dari masa ke semasa. Hal ini bergantung kepada bagaimana seseorang pelatih itu
menjalani sesuatu proses latihan, disiplin ilmu yang harus dipelajarinya dikembangkan dan
kemudiannya diaplikasikan melalui seni-seni kreatif yang menyebabkan proses latihan lebih
efektif dan berkesan. Apa sebenarnya latihan itu? Latihan adalah suatu proses yang sistematik
dari berlatih yang dilakukan secara berulang ulang, dengan kian hari kian ditambah jumlah
beban latihannya. Hal ini bermaksud latihan adalah suatu proses penyempurnaan atlet secara
sedar untuk mencapai mutu prestasi optimum yang diberikan beban-beban teknik dan taktik,
mental secara teratur, bertahap dan berulang-ulang latihannya.
Walaubagaimanapun, badan manusia atau atlet tidak boleh terlalu kerap menghadapi tuntutantuntutan sukan. Umum mengetahui bahawa dikalangan para atlet terdapat satu pegangan
bahawa mereka mesti bekerja keras supaya dapat memperbaiki prestasi dan merealisasikan
harapan peminat dan menaikkan maruah negara atau kelab. Namun, latihan gigih meletakkan
banyak tekanan pada badan dan boleh membuat seseorang lebih lemah. Pada waktu itu,
tempoh rehatlah yang sebenar-sebenarnya yang mempengaruhi prestasi seseorang atlet dan
bukannya terletak kepada persoalan sama ada latihan yang diberikan mencukupi atau tidak.
Sekiranya rehat yang mencukupi tidak dimasukkan ke dalam program latihan mereka,
kesannya dapat dilihat pada diri atlet-atlet tersebut iaitu kemerosotan pencapaian sebelum
waktunya. Pada waktu itu, peminat fanatik dan pemilik pasukan akan tertanya-tanya dan cuba
mencari kambing hitam sebagai jalan pintas dan selalunya usaha untuk menyelesaikan
masalah kemerosotan prestasi atlet tidak menjumpai jalan penyelesaian yang berkesan. Semua
pihak yang berkaitan dengan atlet harus menyedari bahawa pencapaian seseorang atlet
bergantung kepada beberapa faktor antaranya adalah perkaitan dengan burnout.
Burnout adalah istilah psikologi yang digunakan untuk menggambarkan perasaan kegagalan
akibat daripada tuntutan yang terlalu membebankan tenaga dan kemampuan seseorang.
Fenomena burnout telah mula dikaji seawal tahun 1970-an ( Pastore & Judd, 1992 ). Walau
bagaimanapun, sehingga kini agak sukar untuk mendapatkan satu definisi yang agak konkrit
tentang burnout. Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang
menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu
membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Istilah burnout

merujuk kepada latihan yang dijalankan secara singkat tetapi mengandungi latihan yang berat
untuk mencapai pencapaian yang maksimum.
Menurut OConnor (1997) ia melibatkan sesuatu jangka waktu (maksimum), mempunyai
signifikan dalam rangsangan latihan dan melibatkan latihan yang berfrekuensi tinggi (lebih
daripada 1 sesi sehari). Jika seorang atlet terus diberi lebihan latihan, ia akhirnya boleh
membawa kepada burnout yang selalu mengakibatkan pengunduran awal daripada arena
sukan. Dalam erti kata yang lain, burnout ini boleh diklasifikasikan sebagai suatu sindrom
yang agak serius yang melibatkan perubahan didalam psikologikal, fisiologikal dan perubahan
hormon dikalangan atlit serta memberi kesan terhadap pencapaian sukan sekaligus kehilangan
minat terhadap aktiviti sukan yang diceburi tersebut.
Model Burnout Dalam Sukan
Burnout ialah satu masalah besar bagi kebanyakan atlet-atlet hari ini sama ada mereka berada
di tahap amatur atau profesional. Namun begitu masalah yang membawa kepada keletihan
fizikal dan emosional ini masih boleh dikenalpasti dan apabila ia berlaku ia masih boleh
dirawat. Terdapat tiga model yang telah digunakan untuk menerangkan sebab-sebab burnout
atlet. Antaranya adalah :
1) Model Stres Latihan Silva (1990)
Satu lagi kajian telah dilakukan dalam 1990 oleh John Silva dan beliau telah menghasilkan
model yang mendefinisikan ciri-ciri adaptasi positif dan negatif terhadap tekanan latihan.
Beliau menggunakan atlet-atlet antara kolej yang terlibat dalam sepuluh jenis sukan. Silva
mempercayai bahawa burnout lebih tertumpu kepada respon terhadap aktiviti fizikal yang
dijalankan dan lebihan latihan akan menyebabkan adaptasi negatif.
Beliau terlebih dahulu membahagikan tekanan latihan kepada tiga fasa, staleness, lebihan
latihan dan burnout. Staleness ditakrifkan sebagai kegagalan awal mekanisme-mekanisme
badan untuk berhadapan dengan tekanan psikologi dicipta oleh stimulus latihan. Berdasarkan
kajian beliau, ianya dialami oleh 72.7% atlet-atlet, dan mereka masih lagi boleh bertahan.
66.1% daripada responden pula menunjukkan simptom lebihan latihan iaitu kegagalan
berulang mekanisme-mekanisme adaptif badan dalam menghadapi tekanan latihan yang
kronik. Daripada jumlah tersebut, 46.9% daripada atlet mengalami fasa terakhir iaitu burnout.
Burnout ialah kesan keletihan psikofisiologikal akibat usaha-usaha kerap untuk mencapai
tuntutan-tuntutan latihan yang berlebihan. Burnout dianggap sebagai kesan negatif tekanan

latihan yang paling teruk. Ini mungkin juga apa yang telah berlaku kepada pemain midfield
Arsenal dan pemain kebangsaan Perancis pada Piala Dunia 2002, Patrick Vieira. Vieira telah
meminta Wenger untuk mengeluarkan dirinya daripada kesebelasan pertama pasukan Gunners
itu. Dia mengatakan bahawa persembahan buruknya adalah disebabkan kepenatan. Di dalam
temu ramah bersama French magazine l'Equipe, dia merungut dan mengatakan kejayaan
Arsenal pada musim lalu dan eksploitasi ke atas dirinya untuk Piala dunia telah menjadikan
dirinya kepenatan.. Dia bermain 66 perlawanan pada penggal sebelumnya dan muncul untuk
kali ke 42 bagi perlawanan antarabangsa. Vieira menggunakan perkataan "cooked" untuk
menggambarkan keadaan dirinya selepas 66 perlawanan dan rungutannya disokong professor
Dvorak.
2) Model Stress Kognitif- Afektif (Smith, 1986)
R. E Smith (1986) telah menghasilkan sebuah model yang dipengaruhi teori pertukaran sosial
oleh Thibaut & Kelly 1959 (Social exchange theory Thibaut & Kelly 1959) . Menurut teori
tersebut perilaku manusia dikawal oleh keinginan untuk memaksimumkan pengalaman positif
dan meminimasikan pengalaman negatif. Disebabkan itu, atlet akan cenderung untuk
mengundurkan diri (drop out) daripada sukan berdasarkan analisis kos-untung; mengundurkan
diri apabila kos melebihi keuntungan ataupun apabila mereka merasakan ada alternarif lain
yang lebih disukai. Oleh itu, R E Smith telah mendefinisikan burnout sebagai pengunduran
psikologikal, emosional dan terkadang fizikal daripada aktiviti yang pernah digemari. Sebuah
ulasan kajian bertajuk Burnout in Sport: A Systematic Review, hasil penulisan Kate
Goodger, Trish Gorely, David Lavallee, Dan Chris Harwood daripada Loughborough
University, ada memetik bahawa berdasarkan Smith model, proses berlakunya burnout adalah
selari dengan berlakunya tekanan dan burnout ialah produk hasil daripada tekanan yang
kronik. Ia wujud melalui empat fasa atau tahap iaitu kehendak persekitaran, penilaian kognitif
interaksi antara individu dan keadaan, respon fisiologi (berkaitan dengan penilaian), dan
respon tingkahlaku.
2.1 Tahap 1- Kehendak Persekitaran
Pada Tahap 1 diterangkan bahawa seseorang atlet mengalami tekanan kesan daripada
persekitaran. Ini seterusnya menyebabkan berlakunya lebihan latihan, stress dan akhirnya
akan mengakibatkan burnout. Situasi yang sama pernah berlaku kepada Kyle Brotzman,
seorang pemain bola sepak Amerika bagi sebuah pasukan kolej, Boise State sewaktu
perlawanan menentang Nevada pada 26 November 2010. Beliau kecundang di dalam dua

percubaan gol padang iaitu pada jarak 26 dan 29 ela. Ramai yang menganggap gol padang itu
sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Namun tidak bagi Brotzman yang telah menjadi
mangsa daripada tekanan yang wujud daripada senario kejohanan bola sepak Amerika
interkolej. Kejohanan bola sepak Amerika interkolej melibatkan pelaburan yang semakin
lumayan, perhatian media dan masyarakat yang semakin meluas dan tekanan untuk menang
yang semakin memuncak. Di atas bahu kicker muda tersebut tergalas harapan dan ekspetasi
yang sangat besar. Pertamanya, dia perlu bekerja keras untuk mendapatkan mata supaya dapat
menjamin tempat bagi pasukannya di dalam Rose Bowl sekaligus menjamin sekurangkurangnya penerimaan bayaran US$ 3 juta bagi pasukannya dan bonus persembahan
berjumlah US$ 125,000 bagi jurulatihnya (The New York Times, 20 Disember 2010). Namun,
tekanan yang paling tinggi bagi Brotzman ialah untuk mendapatkan pengiktirafan daripada
peminat tempatan dan pasukan lain serta pengiktirafan peminat antarabangsa. Akibat daripada
kehendak persekitaran ini, dia gagal untuk menyudahkan percubaan gol mudah yang diberi.
Situasi mungkin jauh berbeza sekiranya dia bermain demi memenuhi ekspetasi diri sendiri
sahaja dan bukan atas tekanan persekitaran.
2.2 Tahap 2- Penilaian dan pentaksiran kognitif
Penilaian kognitif ialah interaksi antara persepsi dan pendapat peribadi dan faktor-faktor
persekitaran. Kebolehan seseorang atlet itu sendiri mentafsir tuntutan situasi mempengaruhi
cara mereka berhadapan dengan kehendak persekitaran di Tahap 1. Apabila atlet-atlet
berpersepsi negatif, situasi di sekeliling akan kelihatan teramat mengecewakan di mata
mereka sedangkan hakikatnya tidak sebegitu. Akan tetapi, jika mereka berpersepsi terlalu
positif pula sehingga merasakan perlawanan tersebut kurang mencabar maka berlakulah
staleness dan burnout. Oleh itu, adalah sangat penting bagi atlet untuk berpersepsi bahawa
ada skill-challange balance ataupun keseimbangan di antara cabaran dan kemahiran di
dalam latihan mereka.
Sebagai contoh, pemain kelab Chelsea berpersepsi bahawa jika mereka tidak beraksi dengan
sempurna atau berada di tangga teratas liga maka jurulatih mereka ialah orang yang patut
dipersalahkan. Umum mengetahui bahawa pemain-pemain Chelsea sangat berani dalam
menentukan hal-hal berkaitan kelab terutamanya pemain senior seperti Lampard dan Drogba.
Mereka telah menjadikan hidup bekas pengurus / jurulatih menjadi sukar di atas kegagalan
beliau untuk membawa kelab ke pencapaian yang membanggakan walaupun beliau hanya
baru memegang jawatan jurulatih selama 8 bulan. Lalu mereka cenderung bermain secara

tidak kemas dan sering berkonfrontasi dengan jurulatih. Kesannya, Andre Villas Boas, bekas
pengurus kelab bola sepak Chelsea telah dipecat sedangkan mereka masih lagi berpeluang
memenangi piala untuk UEFA Champions League dan FA Cup. Namun itu masih belum
cukup untuk mengubah persepsi negatif mereka terhadap situasi yang berlaku kerana terlalu
menginginkan kesempurnaan.
2.3 Tahap 3 dan 4 Respon Fisiologi dan Respon Tingkah Laku
Respon fisiologi terjadi tatkala ramalan buruk dan menggusarkan tentang corak permainan
seakan-akan menjadi realiti. Ini kemudiannya mengakibatkan tekanan, kemarahan, insomnia
dan kelesuan. Respon Tingkah Laku pula terjadi apabila atlet tidak dapat mengatasi respon
fisiologi. Ini akan mengakibatkan penarikan diri daripada mengambil bahagian daripada
beberapa perlawanan.
3) Model Kawalan Luar ( External Control Model Coakley, 1992)
Model yang terakhir merupakan model kawalan luar yang mengemukakan bahawa burnout
disebabkan oleh masalah sosial melalui cara sesebuah sukan dikelolakan. Ia cenderung untuk
membuat atlet-atlet percaya bahawa mereka tidak mempunyai kawalan ke atas persekitaran
mereka. (Coakley, 1992)
Model ini menawarkan penerangan dari sudut sosiologi yang mana burnout dilihat sebagai
produk daripada organisasi sesebuah sukan. Ia juga lebih tertumpu kepada atlet-atlet yang
muda. Penglibatan dengan latihan intensif yang dijalankan menyebabkan mereka kekurangan
masa untuk bergaul dengan rakan sebaya.
Atlet muda dalam pertubuhan-pertubuhan sedemikian mengalami perampasan identiti, yang
menyebabkan dalam satu ekadimensi identiti dan satu perasaan kehilangan autonomi.
(Coakley,1992) Transisi seorang atlet muda daripada menjadi bintang di sekolahnya kepada
menjadi hanya salah seorang daripada ramai lagi atlet yang berbakat boleh mendatangkan
tekanan. Ini ditambah lagi dengan perpindahan daripada rumah ke persekitaran baru yang
mana sokongan sosial menjadi kurang. (Pearson & Petitpas 1990)

Anda mungkin juga menyukai