Anda di halaman 1dari 7

Peribahasa Yang Bermula Dengan Huruf "L"

Peribahasa Maknanya
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni. Persahabatan yang sangat karib.
Laba tertinggal, harta lingkap. Laba tidak diperoleh, modalnya lenyap pula.
Labu dikerbuk tikus. Gadis yang sudah kehilangan daranya.
Ladang yang berpunya. Perempuan yang sudah kahwin.
Lading tajam sebelah. Selalu mahu menerima pemberian, tetapi segan
(lading = sejenis alat perang.) memberi.
Lading tak tahu akan majalnya. (majal = tumpul,
Tidak insaf akan keadaan dirinya.
tidak tajam.)
Lagak Padang, omong Betawi. Cakap besar, tetapi tiada berisi.
Lagi jatuh ditimpa tangga. Berturut-turut mendapat kesusahan.
Lagi lauk lagi nasi. Makin kaya, makin banyak sahabatnya.
Lagi lebai lagi berjanggut. Berilmu dan berbudi.
Lagi murah, lagi ditawar. Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.
Lagi teduh lagi berkajang. Melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.
Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang
Lagi terang lagi bersuluh.
sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang.
Lagi tongkat lagi senjata. Makin kaya, makin banyak sahabatnya.
Lah baris nan berpahat, 'lah jalan nan berturut. Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.
Lah karam maka bertimba. Setelah mendapat celaka baru ingat.
Perselisihan yang telah mendalam, maka susah
Lah ke tengah makan api.
didamaikan.
Orang yang tiada ingat akan asalnya setelah menjadi
Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya.
kaya.
Lah sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat Mendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk
tegak. menyembunyikan muka.
Lah tampak jalan tempat lalu, lupa batu akan Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa
menarung. (menarung = menyentuh, menyerandung.) kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya.
Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang
Lain bengkak lain bernanah.
menanggung akibatnya.
Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (galang =
Lain biduk lain digalang.
penyangga, landasan.)
Lain di mulut, lain di hati. Yang dikatakan berlainan dengan yang di dalam hati.
Lain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi. Yang diperoleh lain daripada yang dikehendaki.
Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati. Masing-masing orang dengan kesukaannya.
Lain galang, lain perahu yang disorong. Berlainan perbuatan daripada tujuannya.
Lain gatal lain digaruk. Lain soal lain jawabnya.
Lain lubuk, lain ikannya. Adat negeri selalu berlain-lainan.
Lain yang disindir lain yang merasa hati; lain yang
Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh. berbuat salah lain pula yang merasa susah. (menyiuk
(siuk) = menarik nafas kerana sakit.)
Lain mangkuk lain cawan. Tidak sama pembawaan dan kesukaan.
Lain orang memperanakkan, lain orang dipanggil Balasan yang tidak pada tempatnya; lain orang yang
bapa. berbuat baik lain orang pula yang mendapat
penghargaan.
Lain orang yang makan inangka, lain orang yang Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula
kena getah. yang dituduh.
Lain orang, lain pendapat. Masing-masing orang dengan kesukaannya.
Lain padang lain belalang. Adat negeri selalu berlain-lainan.
Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat. Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.
Lain teringat lain disebut; bertukar angguk dengan
ilallah. Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan.
(ilallah = hujung kalimat lailahailallah.)
Lain yang bengkak, lain yang bernanah; lain yang Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula
untut, lain yang mengisut. yang dituduh.
Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan
Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan.
urusan orang lain.
Laksana antah lemukut (= melukut), lapar sangat Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi
baru berguna. kalau sudah kekurangan akan berguna juga.
Laksana apung di tengah laut; dipukul ombak jatuh
Hidup melarat di negeri asing.
ke tepi.
Laksana apung dipermainkan gelombang. Hidup melarat di negeri asing.
Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian
Laksana barang derham, sedia ada suratan Istanbul.
istimewa.
Laksana barang yang disadur. Tak tahan uji.
(sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.)
Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak Sangat kuat dan teguh. (embat = pukul; manau =
putus. rotan besar.)
Sesuatu yang makin lama dipakai, makin baik. (lasam
Laksana batik lasam.
= keluaran Lasam, suatu tempat di Jawa.)
Laksana binatang umang-umang di mana sarang
Orang yang hidupnya bergantung kepada orang lain.
udang di situ tempat menumpang.
Laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur. Menghilangkan diri.
Laksana buah masak lum, dihinggut perdu luruh Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin
sendiri. mendapat sakit berat.
(lum = ranum.)
Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. Orang yang elok dan tampan tetapi berbudi bahasa.
Laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya
kosong. saja yang besar.
Laksana burung diam dalam sangkar. Orang yang terikat hidupnya.
Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak
Perempuan gemuk yang tidak disukai orang.
laku.
Laksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak Pengetahuan yang tidak sempurna, sehingga tidak
laku. mendatangkan faedah sedikit jua pun.
Perempuan yang benar-benar cantik. (jauk (sauk) =
Laksana janda baru bangun tidur. jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap
ikan.)
Laksana jauk penjauk yang kerap. Terlalu kikir.
Laksana jentayu menantikan hujan. Sangat rindu.
(jentayu = burung garuda yang besar.)
Sentiasa menurut perkataan orang; kanak-kanak yang
Laksana kain (= benang) putih.
masih kecil.
Laksana kain tiga hasta. Serba tanggung.
Laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga Terlalu menghiraukan yang banyak, yang sedikit
sekaki. hilang di tangan.
(ceper = piring dan sebagainya yang tidak jeluk; sekaki = sekuntum.)
Lari bercempera dengan suara riuh rendah kerana
Laksana katak di harung ular.
ketakutan.
Laksana kedidi: di mana pantai tercunggit-cunggit (=
Orang yang tidak tahu membawa diri.
terjengit-jengit).
Laksana kedidi: sedikit hujan banyak bermain. Suka membesar-besarkan perkara yang kecil.
Laksana kerbau: di mana rumput hijau di sana Tidak mengendahkan bahaya, kerana melihat barang
menerkam. yang digemarinya.
Laksana kumbang menyeri bunga, kumbang pun Lelaki yang mempermain-mainkan perempuan, ia
terbang bunga pun layu. pergi perempuan itu pun merana.
Laksana layang-layang melawan angin. Perbuatan yang sia-sia.
Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah
Laksana layang-layang putus teraju.
tiada lagi.
Laksana layang-layang salah teraju. Anak-anak muda yang menurut jalan yang salah.
Laksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi
hanya (= cuma) disondol. tidak berbahaya.
(dogol = tidak bertanduk.)
Laksana lembu kasi: galak saja tiada melawan. Orang yang besar tubuh tetapi penakut.
Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu
Laksana lemping terbuang. tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin
sangatlah besar ertinya. (lemping = sejenis kuih.)
Laksana mencari sungai yang tiada berhulu. Berpenat lelah dengan sia-sia saja.
Laksana pencalang tersarat, tiada ke timur tiada ke Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di
barat. dalam rumah saja.
(pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.)
Laksana pohon kayu tiada berbuah. Ilmu yang tiada diamalkan.
Orang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat
Laksana sampan pukat.
kediamannya.
Laksana sebuku gaharu, sukat dibakar makin
Baru memperlihatkan keunggulannya bila perlu.
berbau.
Laksana taji dibentuk. Kening yang elok.
Laksana terung bertunang ikan kering. Sangat sesuai.
Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati. Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat
(sicerek = sejenis tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.) kecelakaan kerana kesalahan orang lain.
Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan
Lalat langau mengerumuni bangkai.
jahat.
Lalat memanglah mencari puru. Lelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat.
Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak
Lalu hangus, surut layu.
diperbuat pun salah.
Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka
Lalu penjahit, lalu kelindan.
usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga.
Lambat laga asalkan menang. Biar lambat asalkan maksud tercapai.
Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai Puji-pujian terhadap perempuan yang bagus potongan
lenggundi muda. tubuhnya.
Lampu kekurangan minyak. Dalam keadaan payah.
Jika terpaksa, barang yang kurang baik pun dapat
Lamun ada ubi, ubi; tiada ubi, gadung jadilah.
digunakan juga.
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat
kepala pulau. sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.
Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu
diturut. berlatih.
(pasar = licin, mati rumput.)
Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu
malam. malam.
Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul. Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap.
Langit akan disigai, tebat akan disiar. Ingin berbuat sesuatu yang mustahil.
Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah
fikir menjadi hamba orang. Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa
(berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di kepada kehinaan.
perahu.)
Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan. Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi
(kambut = sejenis bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang
lain.) kesalahan sendiri tidak disedari.
Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah
Langit menimpa kepala, bumi memegang kaki.
negeri.
Langit menyungkup kepala. Sesuatu yang tidak dapat diatasi lagi.
Langit runtuh, bumi cair. Segala harapan sudah musnah.
Langit runtuh, bumi telah terban. Segala harapan sudah musnah.
(terban = runtuh.)
Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang Berhajat kepada pangkat yang tinggi sedangkan
dipijak tak dapat dicapai. pangkat rendah pun tidak ada.
Langkah yang telah terlangkahkan. Sesuatu yang sudah dimulai melakukannya.
Langkas buah papaya. Suatu perkara yang mustahil.
(langkas = luruh kerana terlampau masak.)
Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-
Lantai dan dinding bertelinga belaka.
ingat.
Beristeri atau bersuami hanya seorang saja, tidak
Lapuk oleh kain sehelai.
bercerai-cerai dan tidak diduakan.
Adat atau peraturan yang tak baik diganti atau
Lapuk-lapuk diganti, usang-usang dibarui.
diperbaiki.
Laut budi tepian akal (= ilmu). Orang cerdik pandai atau cendekiawan.
Orang pandai datang mengajarkan ilmu yang berguna
Laut datang memunggah mutiara.
kepada kita.
Laut ditembak, darat kena. Beroleh sesuatu yang tidak dihajatkan.
Harta yang banyak sekalipun akan habis, jika selalu
Laut ditimba akan kering.
dibelanjakan.
Perkataan yang manis yang keluar dari mulut orang
Laut madu berpantaikan sakar (= gula).
yang baik rupa.
Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak
Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.
ditimpa hujan.
Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang permintaan atau pertolongan yang diminta
latah. daripadanya. (latah = sampah (daun-daun dan
sebagainya) di bawah pohon.)
Lautan dapat diduga, hati manusia siapakah cakap (=
Hati manusia tiada siapa yang mengetahuinya.
dapat) menduganya.
Lautan yang dalam sudah diselam rata, buyung di Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu,
tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa
dapur tak tahu apa isinya.
bagaimana keadaannya.
Lautan yang dalam sudah diselami, ini pula air dalam Orang yang pernah membuat sesuatu pekerjaan besar
terenang. tiada khuatir menghadapi pekerjaan yang kecil.
Bergurau senda yang akhirnya membawa kepada
Lawak-lawak main, bunga tahi.
pergaduhan.
Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah
Layang-layang putus talinya.
tiada lagi.
Layar menimpa tiang. Kawan menjadi lawan.
Layu bunga digenggam, layu rumput di halaman. Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.
Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi
Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga.
kedudukannya lain-lain.
Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata. Lebih baik mati daripada menanggung malu.
Lebih baik seekor singa di padang yang luas, Lebih baik musuh besar di dalam terang daripada
daripada seekor ular di dalam rumput. musuh kecil di dalam sulit.
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang
sepantai. daripada dengan orang jahat sekawan.
Mana baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu
Lebih pucuk, lebih pelepah?
kiasan).
Lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing Kesulitan (kesusahan) dalam melakukan sesuatu
berkelok. pekerjaan jika tidak berilmu.
Seorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab,
Lecah di kaki.
melainkan sebagai orang menumpang saja.
Leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang,
Membuat pekerjaan yang merugikan.
burung terbang dipipiskan lada. (leka = asyik, lalai.)
Leka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan
akal pun tumpul. makan dan minum.
Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan
Lekuk batu dititik air selalu. bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai
juga.
Perbuatan yang dilakukan kerana nafsu akhirnya
Lelar makan di upih, lagi putih lagi dikeruk.
akan mendatangkan bencana dan penyesalan.
Orang yang teguh pendiriannya. (takik = toreh pada
Lemah (= lunak) tersudu, keras tak tertakik.
kayu.)
Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak
dapat. dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan.
Lemah melapis condong menopang. Tolong-menolong satu sama lain.
Orang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah
Lemah-lembut lintah, melekat payah lucut.
hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.
Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran
Lemah-lembut santan berlada.
yang pedas.
Sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-
Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan
masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah
dimuntahkan.
pula ditolak mentah-mentah.
Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka
Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.
dikritik.
Lemak penyelar daging. . (penyelar = penggoreng.) Memboroskan harta benda tuannya
Sikap yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu
Lembah diraih, pantai dititi.
perintah. (raih = tarik.)
Orang yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia
Lembu dogol jangan dibalun.
melawan bersungguh-sungguh.
Lempar bunga dibalas lempar tahi. Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Berbuat jahat kepada orang, lalu pura-pura tidak
Lempar(kan) batu sembunyi(kan) tangan.
tahu.
Lemukut di tepi gantang. Sesuatu yang tidak dihargakan sangat.
Lengan bagai lilin dituang. Lengan yang cantik.
Lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu. Orang yang tidak sedarkan kekurangan dirinya.
Lenggang lenggok bagai cupak hanyut. Gaya langkah yang lemah-lembut.
Lenggang patah sembilan. Gaya langkah yang lemah-lembut.
Lengkuas di tepi kandang, tekak (= tegak) puas badan Tiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman
menyandang. yang setimpal.
Kahwin dengan saudara atau keluarga isteri yang
Lepas bantal berganti tikar.
sudah meninggal.
Orang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan
Lepas kaki leher terjerat.
kejahatannya lagi.
Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah
Lepas putih hitam tak dapat.
ada, hilang.
Lepas topan (taufan) paksa baik. Habis kesusahan timbullah kesenangan.
(paksa = kesempatan, waktu.)
Lesung mencari antan (= alu). Perempuan mencari lelaki.
Lewat di manis, masam; lewat di harum, busuk. Hilang yang baik, timbul yang jahat.
Licin bagai basuh perahu. Menderita kerugian.
Licin bagai belut. Tidak mudah ditipu atau ditangkap.
Licin kerana minyak berminta, elok kerana kain Gagah atau angkuh kerana harta orang lain. (selang =
berselang. pinjam.)
Lidah bercabang. Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.
Lidah biawak. Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.
Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang
Lidah terganjal.
kerana telah berhutang budi dan sebagainya.
Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang
Lidah terkalang.
kerana telah berhutang budi dan sebagainya.
Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang. Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu
(petik = gerak lidah.) menjaga tutur katanya.
Mudah berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya
Lidah tidak bertulang.
itu.
Lidahnya masin. Perkataannya diturut, permintaannya diterima.
Menganggap orang lain sama saja dengan dirinya
Lihat anak pandang menantu.
sendiri.
Hukuman yang berat sebelah kerana memandang
Limau masak sebelah, perahu karam sekerat.
orang, kedudukan dan sebagainya.
Linggi diserang, Riau yang alah. Menyerah tanpa berjuang.
Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit
Longgar sendat, lapang bertukul.
pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya.
Lonjak sebagai labu dibenam. Sombong, angkuh.
Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya
Lubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk.
menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.
Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi). Sangat luas dan banyak pengetahuan.
Lubuk dalam si kitang-kitang yang empunya. Masing-masing orang itu dengan daerahnya sendiri-
(kilang-kilang = sejenis ikan laut.) sendiri.
Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah), Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang
luka di hati siapa tahu? dapat merasainya.
Orang yang berselisih itu meskipun sudah berdamai
Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga.
tetapi kenangan-kenangannya masih teringat juga.
Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan
Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah.
jahat.
Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka
Lulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan. usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (lulus
= masuk)
Hati lapang dan lega; sangat suka. (tabuh perhatian =
Lulus tabuh perhatian.
tabuh untuk maklumat.)
Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang
Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari. mahu menolong. (lulus = maksudnya terbenam dalam
air.)
Yang menurut dilakukan dengan lemah lembut,
Lunak disudu, keras ditakik.
sedang yang melawan harus dikerasi.
Lunak gigi daripada lidah. Merendahkan diri; bersikap lemah-lembut.
Lupa ketinggalan, terlelap kemalingan. Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian.
(lelap = tidur; kemalingan = kecurian.)
Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan. Ingat mengingatkan antara orang yang bersahabat.
Lupak (men)jadi perigi (= telaga). Orang miskin menjadi orang kaya.
Lurah dituruni, bukit didaki. Gigih; tak mengenal lelah; azam yang kuat.
Orang yang berpengaruh juga yang mendapat
Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas. penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang
selalu dituduh.
Lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki. Teramat tua dan daif.
Luruh upih pergam datang; suruh putih hitam
Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh.
datang.
Lurus bagai piarit. Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat
(piarit = serampang, seruit.)

Lurus lubang lurus penjolok. Pemerintahan dalam sesuatu negara itu haruslah adil,
(penjolok = galah untuk menjolok.) walaupun keras hukumannya.
Lurus sebagai sumpitan. Lurus hati benar.
Lurus sumpitan hendak mengena. Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri.
Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali
juga bengkoknya. akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat.
Lurus-lurus sumpitan. Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri.
Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung Kesudahan bagi orang yang mencari kehidupan itu
sengal kentut jadinya. ialah kesenangan
(kumput = rompang, kudung; kekah = kerkah, menggigit, memakan.)

Anda mungkin juga menyukai