Anda di halaman 1dari 17

TANAMAN HERBA

POKOK KARI
Nama saintifiknya
Murraya Koenigii

Pengenalan
Pokok Kari ialah sejenis pokok renek
dengan ketinggian antara 0.9 hingga 6
meter. Ia sering ditanam di kawasan
sekitar rumah untuk kegunaan sebagai
rempah dalam masakan terutamanya
dalam masakan kari. Daun kari
mempunyai bau yang kuat dan
mempunyai rasa agak pahit.

Kegunaan Pokok kari


Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi
dan digunakan dengan meluas dalam perubatan
India. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan
perut dan meningkatkan keupayaannya serta
mengatasi masalah penghadaman. Ia juga boleh
digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk
mengatasi masalah sembelit.Jus daunnya yang segar
dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk
mengatasi masalah loya dan pening terutamanya
akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya
dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari
dan satu sudu teh jus limau nipis. Jus daun kari yang
dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar
kepada cirit birit dan buasir.

Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat


digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan
memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3
bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang
disebabkan oleh keturunan dan kegemukan. Selain
dari itu daun kari juga dapat mencegah uban.
Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga
kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk
merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.
Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh
digunakan untuk merawat lebam dan bengkak
dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit
itu.

Langkah-langkah
menghasilkan tanaman herba
Pokok Kari

Bahan-bahan yang
diperlukan

pasu

Tanaman
campura
n

Anak
pokok
kari

Alatan-alatan yang diperlukan


Serampang tangan

Sudip tangan

Sarung tangan

CARA-CARA MENGHASILKAN TANAMAN


HERBA POKOK KARI

Menggaulkan bahan
medium

Meletakkan batu untuk


menutup lubang pasu
supaya tanah tidak keluar

Masukkan tanah hingga


memenuhi satu per empat
daripada ketinggian pasu.

Mengeluarkan anak pokok


dari plastik

Menanam anak pokok


kari ke dalam pasu

Menambah tanah
sekurang-kurangnya dua
sentimeter dari permukaan
pasu.

Menyiram sedikit air

Membersihkan kawasan
selepas aktiviti menanam

Membersihkan alat-alat
penanaman

Teknik-teknik penjagaan tanaman hidup subur

Merumput

Perlu dilakukan bertujuan membuang pesaing


tanaman
Rumput dan rumpai sekeliling batang pokok
hendaklah dibuang menggunakan tangan atau
alatan sesuai seperti serampang tangan

Menyiram
Biasanya tanaman berbatang lembut memerlukan
air yang lebih.
Penyiraman perlu dilakukan dua kali sehari iaitu
pagi dan petang.

Menggembur
Bertujuan membaiki sistem pengaliran air
tanaman itu sendiri.
Menggembur juga membolehkan air dan udara
memasuki rongga medium dengan segera.
Menggembur tanah ialah kerja melonggarkan
tanah di permukaan bekas atau pasu.

Menggembur tanah akan memperbaiki


pengudaraan tanah dan memudahkan
penembusan air ke kawasan akar tumbuhan.
Pengemburan tanah biasanya dilakukan dengan
menggunakan serampang tangan atau sudip
tangan.
Pengemburan permukaan tanah dalam bekas
atau pasu juga dapat mengurangkan masalah
pertumbuhan rumpai.

SEKIAN
TERIMA KASIH
Disediakan Oleh
Geetha a/p Ramasamy
PKB 1
AMB FEB 2012

Anda mungkin juga menyukai