Anda di halaman 1dari 7

NO.

KAD PENGENALAN/
NO. SIJIL KELAHIRAN
ANGKA GILIRAN

MODEL UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2016


021 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
Bahagian B

Kegunaan Pemeriksa
1.

Tulis nombor kad pengenalan atau nombor


sijil kelahiran dan angka giliran kamu pada
petak yang disediakan.

Pemeriksa :
No. Soalan

Markah
(a)
(b)

21
2.

Jawapan kamu hendaklah ditulis pada


ruangan jawapan yang disediakan dalam
kertas soalan ini.

(c)
(d)
(a)
(b)

22

(c)
(d)
(a)
(b)

23

(c)
(d)
(e)
(a)
(b)

24

(c)
(d)
(a)
(b)

25

(c)
(d)

Jumlah

30

Model Kertas Soalan Peperiksaan UPSR 2016


021 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21.
Senaraikan kata berimbuhan apitan yang terdapat dalam petikan.
Setelah air naik ke paras yang berbahaya, pihak penyelamat mengarahkan penduduk
kampung mengemaskan barang-barang penting dan berharga untuk berpindah ke tempat yang
selamat. Kanak-kanak pula dilarang bermain air banjir.

a.

__________________

b.

__________________
[ 2 markah ]

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam ayat yang diberi.
agak

hingga

benar

dari

pada

paling

c.

Pemandangan di Pantai Teluk Batik cantik ___________________.

d.

Jalan raya di hadapan sekolah itu akan menjadi sesak ___________________ waktu
petang kerana murid-murid pulang.
[ 2markah ]

Soalan 22.
Betulkan kesalahan penggunaan kata hubung dan kata sendi dalam ayat yang diberi.

a.

Swee Min mendengar ucapan yang disampaikan oleh Guru


Besar dan mencatat nota.

b.

Zainab membeli lima tongkol jagung kepada neneknya.


[ 2 markah ]

Hak Cipta Jabatan Pendidikan Perak &


Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Malaysia Caw. Perak

Model Kertas Soalan Peperiksaan UPSR 2016


021 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

c.

Garisi kata hubung yang terdapat dalam ayat dibawah.


Pak Ali sekeluarga hidup aman damai meskipun mereka tidakmempunyai harta yang
banyak.
[ 1 markah ]

d.

Bulatkan kata sendi yang paling sesuai dalam ayat di bawah.


Almari antik itu diperbuat ( dari, daripada, untuk ) kayu cengal. Oleh sebab itu,
harganya sangat mahal.
[ 1 markah ]

Soalan 23.
a.

Padankan simpulan bahasa yang sesuai untuk mengisi tempat kosong di dalam ayat.

panjang tangan
Pasukan badminton sekolah yakin gelaran
berat tangan

juara bagi pertandingan badminton


peringkat daerah itu berada ____________

dalam tangan

mereka.

cepat tangan
[1 markah]
b.

Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Hak Cipta Jabatan Pendidikan Perak &


Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Malaysia Caw. Perak

Model Kertas Soalan Peperiksaan UPSR 2016


021 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.


______________________________________________________________________
[ 1 markah ]

c.

Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Baiklah, cikgu. Saya


akan hantarkan murid
baharu ini ke kelas 5
Bersih.

Cikgu Abu
Kim Seng

Jawapan:
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 2 markah ]

d.

Tuliskan kata majmuk istilah khusus pada tempat yang disediakan menggunakan
perkataan yang diberi.
alas

tulis

mata

suhu

pita

segi

uji

randik

jangka

[ 1 markah ]

Hak Cipta Jabatan Pendidikan Perak &


Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Malaysia Caw. Perak

Model Kertas Soalan Peperiksaan UPSR 2016


021 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

e.

Tandakan / pada ayat yang betul dan X pada ayat yang salah.

i.

Baju saya disidai di antara seluar panjang dengan baju kemeja.

ii.

Cerita Sang Kancil adalah di antara cerita kegemaran kanak-kanak.


[ 1 markah ]

Soalan 24
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Negeri Perak mempunyai pelbagai tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati.
Antaranya ialah Menara Condong. Menara ini terletak di Teluk Intan, di dalam Daerah Hilir
Perak.
Menara Condong pada asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Menara ini
asalnya dikenali sebagai Jam Tinggi kerana di bahagian atasnya terdapat sebuah jam. Arkitek
yang bertanggungjawab membuat Menara Jam Tinggi ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah
Cheong. Sebagai arkitek, beliau telah mendapat ilham membina reka bentuk Jam Tinggi
sedemikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China.
Tujuan asal pembinaan menara Jam Tinggi pada tahun 1885 adalah untuk menempatkan
sebuah tangki air. Air daripada tangki ini sebagai kegunaan penduduk setempat apabila
musim kemarau atau sebagai keperluan memadamkan kebakaran. Hal ini kerana pada waktu
itu, tidak ada perkhidmatan bomba. Pada tahun 1895 berlaku banjir besar di Teluk Intan
menyebabkan tapak dan tingkat bawah menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku serta
bebanan air yang berat dipercayai menjadi punca menara ini mula condong ke arah barat.
Pada zaman pemerintahan Jepun (19421945), bangunan Menara Condong ini
dijadikan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun dan telah menyebabkan kerosakan
terutama pada bahagian atas. Menara ini mempunyai ketinggian 85 kaki dari aras bumi.
Secara umum, bangunan ini mempunyai tiga tingkat, setiap aras mempunyai ketinggian 15.5
kaki. Menara ini juga mempunyai 110 anak tangga yang diperbuat daripada kayu. Namun
begitu, pandangan dari luar, bangunan ini seolah-olah mempunyai tujuh tingkat.
a.

Perkataan condong dalam petikan boleh juga digantikan dengan ________________.


[ 1 markah ]

b.

Nyatakan tujuan asal pembinaan Menara Condong ini.


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 2 markah ]
Hak Cipta Jabatan Pendidikan Perak &
Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Malaysia Caw. Perak

Model Kertas Soalan Peperiksaan UPSR 2016


021 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

c.

Apakah punca bangunan Jam Tinggi ini condong ke barat?


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 2 markah ]

d.

Adakah Menara Condong ini sesuai dijadikan pusat untuk meninjau kedatangan musuh?
Mengapa?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 3 markah ]

Soalan 25.
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Matahari terlindung cuaca redup,
Budak bermain senangnya hati;
Ilmu itu pelita hidup,
Harus dicari hingga ke mati.
Gembira sungguh di hari raya,
Tetamu datang tiada henti;
Kaya ada bermacam kaya,
Ilmu di dada paling bererti.
Pak Lebai memakai kopiah,
Sambil tersenyum melayan tetamu;
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu.
Hati gembira apabila bertemu,
Setelah lama asyik berjauhan;
Membaca itu jambatan ilmu,
Rajin bertanya luas pengetahuan.

Hak Cipta Jabatan Pendidikan Perak &


Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Malaysia Caw. Perak

Model Kertas Soalan Peperiksaan UPSR 2016


021 BAHASA MELAYU PEMAHAMAN

a.

Tandakan ( / ) bagi penyataan yang betul atau ( X ) bagi penyataan yang salah
berdasarkan sajak tersebut.
Usia yang telah lanjut, bukanlah penghalang untuk terus menuntut
ilmu.

Kekayaan yang paling bermakna ialah kaya ilmu.


[ 1 markah ]
b.

Mengapakah kita perlu bertanya semasa menuntut ilmu?


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 2 markah ]

c.

Apakah maksud baris 'Ilmu itu pelita hidup'?


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 2 markah ]
Mencari ilmu bukannya payah,
Asalkan rajin tak kenal jemu

d.

Berikan maksud baris-baris puisi di atas.


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 2 markah ]

Hak Cipta Jabatan Pendidikan Perak &


Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Malaysia Caw. Perak

Anda mungkin juga menyukai