Anda di halaman 1dari 2

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif serta bijaksana,

penjaga masa serta kepada guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi. Pada
petang ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk ‘Cik Lebah
Madu’.

Pada suatu pagi, di taman yang penuh dengan bunga matahari,


kelihatan Cik Lebah Madu terbang riang. Cik Lebah sudah tidak sabar untuk
menghisap madu bunga matahari. Ia pun hinggap di atas kelopak bunga itu.
“Wah, sedapnya madu ini!” kata Cik Lebah sambil menghisap madu dengan
gelojoh. Tiba-tiba Cik Lebah tersedak.

Ia terbatuk-batuk. Batuknya menjadi semakin kuat sehingga mengganggu


serangga lain yang berada di taman itu. “Jangan gelojoh, Cik Lebah. Madu itu
cukup untuk kita semua,” tegur Pak Kumbang. Cik Lebah tersinggung dengan
teguran Pak Kumbang itu. Ia memasamkan mukanya. “Cik Lebah, aku cuma nak
menasihati kamu saja. Aku bimbang kamu sakit nanti,” kata Pak Kumbang lagi.

“Suka hati akulah. Aku yang sakit, bukannya Pak Kumbang” balas Cik
Lebah. Cik Lebah berasa bosan dengan nasihat Pak Kumbang lalu terus terbang
meninggalkannya. Sementara itu, Sang Lelabah sedang berehat di atas dahan
pokok mangga. Ia baru sahaja selesai membuat sarangnya. Walaupun penat, ia
berasa seronok melihat sarangnya yang cantik.

Tiba-tiba Cik Lebah muncul di sebalik daun pokok mangga itu. Ia


ternampak sarang lelabah yang bersinar-sinar. Ia terus terbang ke arahnya untuk
melihat dengan lebih dekat. Mata Cik Lebah terkebil-kebil memandang sarang
lelabah yang indah berkilau. “Wah, cantik sungguh sarang ini!” puji Cik Lebah. Ia
berasa kagum melihat sarang itu dan ingin menyentuhnya.

“ Jaga-jaga Cik Lebah, jangan sentuh sarang aku.” Kedengaran suara


Sang Lelabah memberikan amaran keada Cik lebah. “Eh, Sang Lelabah! Ini
sarang kamu ya?” tanya Cik Lebah. “ Ya, ini sarang aku! Kamu jangan sentuh,
nanti kamu akan mendapat susah!” kata Sang Lelabah lagi.

Cik lebah berasa takut mendengar kata-kata Sang Lelabah, lalu terbang
menjauhi sarang itu. Namun, Cik Lebah masih tidak puas hati dan berasa marah
dengan kata-kata Sang Lelabah tadi. Ia tetap ingin menyentuh sarang yang
cantik itu. Ia berfikir seketika.

“Apa yang kamu mahu buat, Cik Lebah?” tanya Sang Lelabah. “Sekarang
aku ada ranting ni,” kata Cik Lebah sambil ketawa. “Aku boleh sentuh dan
koyakkan sarang kamu dengan satu sentuhan saja!” kata Cik Lebah lagi. Sang
Lelabah berasa cemas lalu berkata, “Cik Lebah, jika kamu hebat, mengapa
kamu mahu sentuh dengan ranting? Lebih baik kamu rempuh saja sarang ni,” Cik
Lebah berasa tercabar. Tanpa berfikir panjang, ia membuang ranting itu lalu
terbang merempuh sarang Sang Lelabah. Tiba-tiba….

Badan Cik Lebah melekat pada sarang itu. Ia meronta-ronta untuk


melepaskan diri. Akan tetapi, semakin kuat ia bergerak, semakin kuat sarang itu
melekat padanya. Sang Lelabah menggeleng-gelengkan kepalanya. Tolong!
Tolong!

“Kan aku dah kata, jangan sentuh sarang ni. Tengok, siapa yang susah?”
tegur Sang Lelabah. “Maafkan aku, Sang Lelabah. Aku janji takkan ganggu
sarang kamu lagi. Tolong lepaskan aku,” kata Cik Lebah, memohon simpati.
“Nasib baik aku belum lapar lagi. Kalau tidak, kamu akan jadi makanan aku,”
kata Sang Lelabah lalu membantu Cik Lebah melepaskan diri.

Pengajaran daripada cerita ini ialah kita mestilah menjauhi sifat tamak dan
mendengar nasihat orang tua.

Anda mungkin juga menyukai