Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Cerita: Cik Lebah Madu

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, penjaga masa yang setia dengan waktunya, guru-guru seterusnya rakan-rakan
sekalian. Selamat pagi dan salam perpaduan.

Apa khabar kawan-kawan? Harap-harap semuanya sihat. Pada hari ini, saya ada satu cerita
yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan. Tajuk cerita saya ialah Cik Lebah Madu.

Ha, kalau kawan-kawan semua nak tahu, marilah dengar cerita saya.

Pada suatu pagi, di taman yang penuh dengan bunga matahari, kelihatan Cik Lebah Madu
terbang riang. Cik Lebah sudah tidak sabar untuk menghisap madu bunga matahari. Ia pun
hinggap di atas kelopak bunga itu.

“Wah, sedapnya madu ini!” kata Cik Lebah sambil menghisap madu dengan gelojoh. Tiba-
tiba Cik Lebah tersedak.

Ia terbatuk-batuk. Batuknya menjadi semakin kuat sehingga mengganggu serangga lain


yang berada di taman itu.

“Jangan gelojoh, Cik Lebah. Madu itu cukup untuk kita semua,” tegur Pak Kumbang.

Cik Lebah tersinggung dengan teguran Pak Kumbang itu. Ia memasamkan mukanya.

“Cik Lebah, aku cuma nak menasihati kamu saja. Aku bimbang kamu sakit nanti,” kata Pak
Kumbang lagi.

“Suka hati akulah. Aku yang sakit, bukannya Pak Kumbang,” balas Cik Lebah.

Cik Lebah berasa bosan dengan nasihat Pak Kumbang, lalu terus terbang
meninggalkannya.

Sementara itu, Sang Lelabah sedang berehat di atas dahan pokok mangga. Ia baru sahaja
selesai membuat sarangnya. Walaupun penat, ia berasa seronok melihat sarangnya yang
cantik.

Kawan-kawan,

Tiba-tiba Cik Lebah muncul di sebalik daun pokok mangga itu. Ia ternampak sarang lelabah
yang bersinar-sinar. Ia terus terbang ke arahnya untuk melihat dengan lebih dekat. Mata Cik
Lebah terkebil-kebil memandang sarang lelabah yang indah berkilau.

Cik Lebah memuji-muji kecantikkan sarang Sang Lelebah. Ia berasa kagum melihat sarang
itu dan ingin menyentuhnya.

“Jaga-jaga Cik Lebah, jangan sentuh sarang aku.” Kedengaran suara Sang Lelabah
memberikan amaran kepada Cik Lebah.

“Eh, Sang Lelabah! Ini sarang kamu ya?” tanya Cik Lebah.

“Ya, ini sarang aku! Kamu jangan sentuh, nanti kamu akan mendapat susah!” kata Sang
Lelabah lagi.

Cik Lebah berasa takut mendengar kata-kata Sang Lelabah, lalu terbang menjauhi sarang
itu. Namun, Cik Lebah masih tidak berpuas hati dan berasa marah dengan kata-kata Sang
Lelabah tadi. Ia tetap ingin menyentuh sarang yang cantik itu. Ia berfikir seketika.
“Apa yang kamu mahu buat, Cik Lebah?” tanya Sang Lelabah.

“Sekarang aku ada ranting ni,” kata Cik Lebah sambil ketawa. “Aku boleh sentuh dan
koyakkan sarang kamu dengan satu sentuhan saja!” kata Cik Lebah lagi.

Sang Lelabah berasa cemas lalu berkata, “Cik Lebah, jika kamu hebat, mengapa kamu
mahu sentuh dengan ranting? Lebih baik kamu rempuh saja sarang ini.”

Cik Lebah berasa tercabar. Tanpa berfikir panjang, ia membuang ranting itu lalu terbang
merempuh sarang Sang Lelabah.

Ha, kawan-kawan, nak tahu apa yang berlaku kepada Cik Lebah?

Tiba-tiba… badan Cik Lebah melekat pada sarang itu. Ia meronta-ronta untuk melepaskan
diri. Akan tetapi, semakin kuat ia bergerak, semakin kuat sarang itu melekat padanya. Sang
Lelabah menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ Kan aku dah kata, jangan sentuh sarang ini. Tengok, siapa yang susah?” tegur Sang
Lelabah.

“ Maafkan aku, Sang Lelabah. Aku janji takkan ganggu sarang kamu lagi. Tolong lepaskan
aku,” kata Cik Lebah, memohon simpati.

“Nasib baik aku belum lapar lagi. Kalau tidak, kamu akan jadi makanan aku,” kata Sang
Lelabah lalu membantu Cik Lebah melepaskan diri.

Ha, ingatlah kawan-kawan, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang
dikurniakan Tuhan. Janganlah kita bersikap tamak dan sombong, nanti buruk padahnya.
Kita hendaklah berbaik-baik dengan orang disekeliling dan bersikap biadab jangan sekali.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai