Anda di halaman 1dari 8

PERJANJIAN

PENYEWAAN
RUMAH

UNTUK
KEDIAMAN
PERJANJIAN
PENYEWAAN
RUMAH UNTUK
KEDIAMAN
NO. 864 JALAN SERI IMPIAN 7/27,
TAMAN SERI IMPIAN,
86000 KLUANG JOHOR DARUL TAKZIM

DIANTARA
832722 @ 860618-23-5697
MOHD FARID BIN RAHMAT

DAN
751031-08-6167
HEIDI AZRUL BIN ARSHAD

BORANG MAKLUMAT PENYEWA


Nama:

HEIDI AZRUL BIN ARSHAD

No Kad
Pengenalan
:

751031-08-6167

No Tel:

013-707 0130

Alamat
Tetap/Asal:

Pekerjaan:
Alamat
Tempat
Kerja:
No Tel Pej:

PERHATIAN: SEGALA MAKLUMAT YANG DIBERIKAN ADALAH


SEBAGAI RUJUKAN BAGI PIHAK TUAN RUMAH DAN IA
DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI SULIT SERTA TIDAK AKAN
DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN SELAIN DARIPADA PROSES
PERJANJIAN PENYEWAAN RUMAH UNTUK KEDIAMAN INI.

MAKA PENYEWA DISINI BERSETUJU DENGAN TUAN RUMAH


SEPERTI BERIKUT:
1. Membayar sewa pendahuluan pada tarikh yang telah ditetapkan.
2.
Bertanggungjawab membayar segala bil-bil air, elektrik dan telefon yang
dikenakan pada rumah tersebut semasa penyewaan ini berjalan.
3. Penyewa bertanggungjawab secara peribadi/bersama untuk membayar bayaran
sewa dan bayaran perenggan (2).
4.
Tidak menggunakan dan/atau membenarkan rumah tersebut dan/atau
sebahagian dari rumah tersebut digunakan untuk kegiatan haram, menyalahi
undang-undang atau tidak bermoral, sama ada perniagaan atau perdagangan dn

perjudian, memberi perlindungan kepada pesalah undang-udang dalam apa jua


bentuk sekali pun.
5. Tidak menyewakan atau menyerahkan samada secara keseluruhan dan/atau
sebahagian daripada rumah tersebut kepada orang lain tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran dari tuan rumah dan sekiranya penyewa mengingkari
kehendak dan maksud perenggan ini maka tuan rumah berhak mengutip kesemua
bayaran sewa yang dibayar oleh orang lain dan/atau seterusnya tuan rumah berhak
mengambil apa-apa tindakan seperti mana yang telah ditetapkan dalam surat
perjanjian ini.
6.
Tidak membenarkan dan/atau melaksanakan apa-apa perubahan bentuk
dan/atau perubahan tambahan samada di bahagian luar atau bahagian dalam
rumah tersebut walau dengan apa cara sekali pun tanpa terlebih dahulu
memaklumkan serta mendapatkan kebenaran dari tuan rumah.
7. Tidak akan membiak dan/atau menyimpan sebarang haiwan di dalam kawasan
rumah dan/atau dimana sahaja dalam rumah tersebut.
8. Tidak membawa dan/atau menyimpan di dalam rumah apa jua jenis senjata,
bahan letupan, bahan beracun dan/atau bahan merbahaya yang mudah terbakar
dan/atau mudah meletup kecuali memenuhi tuntutan undang-undang dan mendapat
kebenaran dari pihak berkuasa berkenaan dan persetujuan tuan rumah.
9. Menjaga kebersihan seluruh luar dan dalam bangunan rumah tersebut termasuk
ruangan kaki lima serta disekeliling rumah tersebut sebagaimana ditentukan oleh
tuan rumah atau pegawai-pegawai atau wakil-wakil yang telah diberi kuasa olehnya.

10. Menjaga dan memastikan keadaan di dalam rumah tersebut sepanjang tempoh
penyewaan ini supaya sentiasa di dalam keadaan baik dan boleh diduduki (susutan
biasa samada kerosakan oleh api, ribut taufan, atau lain-lain bencana alam
dikecualikan).
11. Jika hendak menggantung bingkai gambar dan/atau apa-apa jua di dinding,
penyewa hendaklah membuat lubang menggunakan drill penebuk lubang dan
dimasukkan wallplug dan paku adalah tidak dibenarkan sama sekali bagi
mengelakkan dinding retak. Sekiranya keadaan ini berlaku, penyewa adalah
dipertanggungjawabkan seratus peratus (100%) bagi membaiki kerosakan
tersebut.

12. Penyewa adalah tidak dibenarkan memasang kunci tambahan tanpa kebenaran
dari tuan rumah terlebih dahulu.
13. Tidak membenarkan atau memberi kebenaran bagi apa juan perkara yang
melanggar undang-undang kecil atau peraturan kerajaan atau mana-mana pihak
berkuasa yang lain melibatkan rumah tersebut atau yang boleh menyebabkan polisi
insurans yang melindunginya daripada kerugian atau kemusnahan akibat kebakaran
menjadi tidak sah atau menyebabkan premiumnya bertambah.
14. Tidak melakukan atau membenarkan sesiapa sahaja melakukan perkara
sumbang atau salah laku atau sebarang perbuatan yang menyalahi undang-undang
yang mana ianya boleh mengganggu suasana atau ketenteraman atau rasa tidak
senang penduduk di kawasan tersebut.
15. Penyewa hendaklah menyelesaikan segala pertelingkahan dengan jiran secara
aman dan bertanggungjawab.
16. Membenarkan tuan rumah atau mana-mana wakil yang telah diberi kuasa
olehnya atau pekerja-pekerja yang di upah pada bila-bila masa sahaja yang
munasabah memasuki rumah tersebut untuk membuat pemeriksaan atau
pembaikan kepada rumah tersebut yang mana tuan rumah menganggap ianya
adalah mustahak.

17. Bertanggungjawab membaiki sebarang kerosakan yang disebabkan oleh


penyewa atau pekerja-pekerja yang di upah oleh penyewa atau pelawat dengan
kebenaran penyewa kepada kawasan bangunan, longkang ataupun lain-lain
bahagian yang berkenaan atau membayar balik kepada tuan rumah semua
perbelanjaan yang dibelanjakan bagi membaiki kerosakkan itu yang disebabkan oleh
penyewa.

18. Penyewa bersetuju untuk menyewa rumah tersebut dalam keadaan baik dan
bersih yang sedia ada. Penyewa juga bersetuju untuk menyerahkan kembali rumah
tersebut dalam keadaan sama atau lebih baik kepada tuan rumah dan menanggung
segala bayaran membersih jika tuan rumah mengupah orang untuk
membersihkannya apabila tempoh penyewaan ini tamat ataupun ditamatkan
mengikut syarat-syarat yang terkandung seperti dalam perjanjian.

19. Penyewa hendaklah memaklumkan kepada tuan rumah 3 bulan sebelum


sekiranya ingin menamatkan sewaan rumah tersebut.

TANGGUNGJAWAB TUAN RUMAH


1. Akan membayar Cukai Pintu, Cukai Tanah, Bil Indah Water dan Bil
Penyelenggaraan yang dikenakan ke atas rumah tersebut.
2. Membaiki sebarang kerosakkan besar yang menimpa ke atas rumah tersebut
yang mana ianya bukan disebabkan oleh kelalaian dan juga akan memperbaiki apaapa kerosakkan biasa yang disebabkan oleh Fair Wear and Tear dan tuan rumah
bertanggungjawab bagi mengawas dan mengurus segala kerja-kerja pembaikan ke
atas rumah tersebut sepanjang penyewaan rumah tersebut.
3. Tuan rumah akan mengembalikan wang cagaran kepada penyewa pada hari
penghujung penyewaan ini tertakluk kepada syarat-syarat dimana wang cagaran
boleh digunakan oleh tuan rumah bagi menjelaskan sewa rumah yang tertunggak
dan/atau untuk perbelanjaan memperbaiki apa jua kerosakkan atau kemusnahan
daripada perbuatan sengaja atau cuai atau lalai pihak penyewa, kakitangan dan/atau
wakilnya dan untuk sebarang bayaran yang dikenakan ke atas penyewa mengikut
syarat-syarat yang terkandung dalam perjanjian ini dan/atau perbelanjaan yang
ditanggung oleh tuan rumah.

.
(Tandatangan Tuan Rumah)

.
(Tandatangan Penyewa)

Nama:

Nama:

No.I/c:
Tarikh:

No.I/c:
Tarikh:

..
(Tandatangan Saksi)

.
(Tandatangan Saksi)

Nama:
No.I/c:
Tarikh:

Nama:
No.I/c:
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai