Anda di halaman 1dari 3

Cara Mengeluarkan Duit (Withdraw) Paypal ke Bank

Malaysia
Akhir tahun lepas pihak Paypal telah membuat satu lagi langkah baru yang memudahkan
penggiat cari duit online, Internet Marketer, juga ahli perniagaan online di Malaysia
apabila memperkenalkan pengeluaran duit Paypal ke dalam Bank Tempatan.

Caranya agak mudah:

anda boleh login ke Paypal, kemudian ambil Profile, dan Add/Edit Bank.

Kita perlu mengetahui no Kod SWIFT bagi Bank yang kita hendak masukkan.
Senarainya adalah seperti berikut :-

Affin Bank Berhad = PHBMMYKL


Alliance Bank Berhad = MFBBMYKL
Ambank Berhad = ARBKMYKL
Bank Simpanan Nasional = BSNAMYKL
CIMB Bank Berhad = CIBBMYKL
Citibank Berhad Malaysia = CITIMYKL
Hong Kong Bank Malaysia Berhad = HBMBMYKL
Hong Leong Bank Berhad = HLBBMYKL
Malayan Banking Berhad = MBBEMYKL
OCBC Bank Berhad = OCBCMYKL
Public Bank Berhad = PBBEMYKL
RHB Bank Berhad = RHBBMYKL
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad = SCBLMYKL
United Overseas Bank Berhad = UOVBMYKL

Setelah semua maklumat Bank tempatan dimasukkan, anda sudah boleh membuat
pengeluaran (withdrawal).

Klik saja butang withdraw, dan pilih Bank tempatan yang kita masukkan tadi.
Masukkan jumlah wang (dalam nilai USD), kemudian hantar.
Jika semuanya lengkap, anda akan dapat lihat halaman ringkasan berkenaan
transaksi(withdrawal) yang baru anda buat tadi seperti dibawah.

Seperti gambar diatas, proses pengeluaran memakan masa 3 hari


Sebagai semakan boleh lihat jumlah pengeluaran di Paypal dan Maybank, pastikan ia
punya sama nilai dalam RM (Ringgit Malaysia).

Nampaknya cara ini lebih cepat daripada pengeluaran melalui Visa. Lepas ni boleh la
pulun withdraw wang Paypal ke Bank tempatan. Tak perlu susah payah nak cari buyer
memandangkan 3 hari adalah satu tempoh yang baik yang kadang-kadang dalam masa
yang sama belum tentu kita dapat cari buyer seperti yang kita nak.

Sumber: http://www.khairulazmi.com.

Anda mungkin juga menyukai