Anda di halaman 1dari 12

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza.

Bagaimanakah
bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah
wataknya...

1. Kuku yang baik, rapi dan indah :

Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku


seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :


Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap
yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya
tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik
dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :

Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap,


tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun
melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan
sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.
4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :

Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam


pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa
persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :

Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul,


sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang
pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :

Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi


pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang
dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :

Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur,


sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak
isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :


Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was,
bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat
bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :

Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat
keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat
tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka
bertukar pasangan hidup.
10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :

Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki


kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah
sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :

Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan
menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi
garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau
garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang
itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :


Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari
sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :

Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan


kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar
atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan


hitam :

Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang


tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa
kematiannya.

Anda mungkin juga menyukai