Anda di halaman 1dari 1

Profil pelajar

Saya menjalankan kajian dan pemerhatian mengenai kemahiran-kemahiran


bahasa Melayu ke atas seorang pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran bagi
kategori Autisma/ Slow Learner. Klien yang dipilih ialah terdapat multi disorder iaitu
selain autism, pelajar ini juga mempunyai masalah Slow Learner dan Global
Development Delay (lewat perkembangan)

Pelajar tersebut bernama Anip (bukan nama sebenar). Anip berumur 9 tahun dan
merupakan pelajar tahun 3 di Sekolah Kebangsaan Tanjong Mas. Di dalam kelas
masalah pembelajaran, kelas-kelas dibahagikan mengikut tahap kepandaian dan tahap
akademik para pelajar. Terdapat 5 kelas dan Anip ditempatkan di kelas yang pertama
kerana Anip tidak mempunyai sebarang masalah dalam memahami cuma agak sedikit
perlahan tahap pemahamannya dan perlu diajar berulang kali. Dari segi fizikal, Anip
tidak mempunyai sebarang kecacatan dan segala motor halus dan motor kasar Anip
berfungsi dengan baik.

Anip berbangsa Melayu dan beragama Islam serta merupakan anak yang kedua
dari empat orang adik beradik. Ayah Anip bekerja sediri (buruh/berniaga) manakala ibu
Anip merupakan suri rumah tangga sepenuh masa. Hasil temubual saya bersama guru
Anip, hanya Anip seorang sahaja yang mempunyai masalah autism, adik beradiknya
yang lain semuanya sihat dan normal.

Berdasarkan pemerhatian saya ke atas Anip, mendapati bahawa Anip


merupakan antara murid yang paling bijak di dalam kelas. Anip bukan sahaja mahir
dalam penggunaan bahasa Melayu bahkan mempunyai kemahiran bahasa inggeris
yang baik. Sebagai contoh, saya menunjukkan gambar dan meminta Anip menyebut,
Anip menyebutnya dalam bahasa Inggeris, sebagai contoh burung-bird, kerata-car dan
kucing-cat.

Anda mungkin juga menyukai