Anda di halaman 1dari 2

MAAU/TECH 09(04 )

24 Mac 2009.

Kepada
Pentadbir Sukan
Universiti-Universiti di Malaysia

Tuan/Puan,

PEPERIKSAAN PEGAWAI TEKNIK OLAHRAGA GRED 3


KESATUAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Peperiksaan Pegawai Teknik Olahraga


Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia telah diadakan setiap tahun semenjak tahun 1964.
Peperiksaan Kali Pertama bagi tahun 2009 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh Peperiksaan : 18 April 2009


Hari : Sabtu
Masa : 9.00-11.30 pagi.
Tarikh Tutup Pendaftaran : 31 Mac 2009
Yuran Pendaftaran : RM 13.00

Buku Peraturan Olahraga boleh dibeli dengan harga RM10.00 senaskah

2. Jawatankuasa Teknik Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia menjemput semua


Institusi Pengajian Tinggi menyertai peperiksaan ini sebagai satu langkah bersama untuk
meningkatkan lagi taraf Sukan Olahraga di Malaysia. Peperiksaan ini terbuka kepada
sesiapa sahaja yang berminat,yang berumur tidak kurang dari 18 tahun.

3. PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN


3.1. Pendaftaran untuk peperiksaan boleh dibuat melalui ,

En. R.Govindaraju,
SJK(T) St.Mary’s
Kompleks Sekolah Wawasan
34200 Parit Buntar,Perak.
Tel : 012 4879180 ,
Fax : 05 7175496
E-Mail : goprisee@yahoo.com

3.2. Sila gunakan cakera padat yang dikembarkan untuk pendaftaran. Tuan/Puan
juga diminta menghantarkan 2 salinan borang bercetak bersama cakera padat.
Pendaftaran melalui E-MAIL juga boleh dilakukan. (Lihat di atas)

3.3. Semua pembayaran mesti dibuat dengan cek di atas nama “KESATUAN
OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA”. Pembayaran dan salinan borang pendaftaran
hendaklah dihantar kepada penama yang tersebut di atas pada atau sebelum 1April 2009.

4. Sekiranya Tuan/Puan memerlukan keterangan yang lebih lanjut Tuan/Puan juga


boleh menghubungi :

4.1.Pengerusi En.S.Chinetamby; Tel. 0136214889 HP,


atau
4.2 Setiausaha, En. Tan Boon Seng 012 9609019 HP / 09 7446593

5.. Sokongan tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian,terima kasih.

“KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN OLAHRAGA MENJELANG 2012”

S.Chinetamby
Pengerusi JK Teknik KOAM

sk 1.YDP KOAM

Anda mungkin juga menyukai