Anda di halaman 1dari 4

KUIZ BAHASA MELAYU-TAHUN 4

TATABAHASA - Simpulan Bahasa

Sila pilih jawapan. Jika jawapan anda didapati salah,anda akan diberi panduan. Jika betul
teruskan dengan latihan.

Papar satu demi satu soalan

1. Kejayaan Azman melanjutkan pelajaran ke luar negara menjadi ____________________


orang-orang kampung.
1.   ?    buah mulut
2.   buah hati
3.   ?    buah tangan
4.   ?    buah fikiran
2. Peperangan yang tiada kesudahannya itu menyebabkan banyak orang yang
___________________ .
1.   ?    mati kutu
2.   ?    mati lemas
3.   ?    mati katak
4.   ?    mati syahid
3. Pak mat bersyukur dengan rezeki yang diperoleh daripada _______________ nya sendiri.
1.   ?    air muka
2.   ?    darah daging
3.   ?    gaji buta
4.   ?    titik peluh
4. Jangan kamu beritahu rahsia ini kepadanya. Dia itu ________________
1.   ?    gelap mata
2.   ?    mulut tempayan
3.   ?    kepala angin
4.   ?    cepat tangan
5. Ayah tinggal di Kuala Lumpur beberapa hari kerana mahu _________________.
1.   ?    beralih akal
2.   ?    mencuci mata
3.   ?    mencari jalan
4.   ?    beralih angin
6. _________________ betul saya semasa balik ke kampung kerana musim buah-buahan
baru bermula.
1.   ?    Salah langkah
2.   ?    Langkah kanan
3.   ?    Langkah seribu
4.   ?    Langkah kiri
7. Zainal ______________ kerana terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya.
1.   ?    besar kepala
2.   ?    besar hati
3.   ?    bekas tangan
4.   ?    beri muka
8. Anita mempunyai ________________ di pipi kanannya.
1.   ?    cahaya mata
2.   ?    banyak mulut
3.   ?    hidung tinggi
4.   ?    tahi lalat
9. Hadi berasa ____________________ kerana Nora disukai oleh kawan-kawannya.
1.   ?    tawar hati
2.   ?    sampai hati
3.   ?    iri hati
4.   ?    buta hati
10. Fauzi makan sebungkus nasi lemak sebagai ____________ sebelum ke sekolah.
1.   ?    ikat perut
2.   ?    makan besar
3.   ?    alas perut
4.   ?    makan angin
11. Rosman dinaikkan pangkat oleh majikannya kerana dia ________________.
1.   ?    muka tembok
2.   ?    ringan tulang
3.   ?    berat tulang
4.   ?    kera sumbang
12. Riduan adalah _____________ nenek dan datuknya kerana dia merupakan cucu tunggal
mereka.
1.   ?    buah hati
2.   ?    ayam tambatan
3.   ?    anak angkat
4.   ?    kaki bangku
13. Devan bersikap _______________ kerana keluarganya kaya dan terkenal.
1.   ?    berat mulut
2.   ?    batu api
3.   ?    hidung tinggi
4.   ?    berat sebelah
14. Pegawai yang _______________ itu telah ditangkap.
1.   ?    kacang hantu
2.   ?    kaki botol
3.   ?    makan suap
4.   ?    berat sebelah
15. Kumar hanya ber_______________ kerana kasutnya kecurian.
1.   ?    otak cair
2.   ?    putih mata
3.   ?    kaki ayam
4.   ?    murah hati
16. Kakak memakai cermin mata kerana dia _______________________.
1.   ?    telinga lintah
2.   ?    rabun ayam
3.   ?    puteri lilin
4.   ?    rambang mata
17. Tulisan Dora yang __________________ itu sukar dibaca oleh Cikgu yati.
1.   ?    nyawa-nyawa ikan
2.   ?    lintah darat
3.   ?    buruk siku
4.   ?    cakar ayam
18. Dia memang _______________ kerana masih belum faham walaupun diajar beberapa
kali.
1.   ?    otak mereng
2.   ?    otak udang
3.   ?    otak cair
4.   ?    otak kancil
19. _______________________ antara Devi dan Rani itu berakhir selepas dinasihati oleh
Cikgu Farah.
1.   ?    Naik angin
2.   ?    Pasang telinga
3.   ?    Perang mulut
4.   ?    Mulut murai
20. Ayah _________________ dulu sementara menanti hari siang.
1.   ?    telinga nipis
2.   ?    terang hati
3.   ?    tidur-tidur ayam
4.   ?    titik peluh

Anda mungkin juga menyukai