Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGHULU

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BARU KPLI DAN

KPLSPM AMBILAN JUN 2010

Terima kasih kepada pengacara majlis.

Yang hormat Dato’ Haji Mazlan Bin Mohamad, Pengarah Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan Kuala Lipis Pahang

Yang Berusaha Encik Roslan bin Ahmad, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis Pahang

Yang di hormati Cik Hajah Salbiah Binti Ishak, Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal

Pelajar, Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan

Saudara Mohd Syafiq Bin Abdul Manaf, Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Minggu

Pengurusan Pelajar Baru, KPLI dan KPLSPM Ambilan Jun 2010

Pensyarah-pensyarah kanan

Ketua-ketua jabatan

Ketua-ketua unit

Para pensyarah

Staf-staf sokongan

Barisan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011


Barisan Ahli Jawatankuasa kerja, Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI dan KPLSPM

Ambilan Jun 2010

Rakan-rakan guru guru pelatih, dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat kita

bersama, dalam majlis penutup Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI dan KPLSPM

Ambilan Jun 2010. Saya mewakili guru-guru pelatih baru berasa amat bersyukur kerana

dipilih mengikuti kursus perguruan di IPG ini. Memijakkan kaki di IPG Kampus Tengku

Ampuan Afzan yang tersergam indah dengan persekitaran yang menarik memberikan

kami seribu pengharapan dalam bidang keguruan

Sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baru ini dijalankan, banyak pengalaman yang

telah kami perolehi. Meskipun dengan masa yang singkat, kami dapat menyesuaikan

diri dan mampu mempelajari kehidupan sebagai seorang guru pelatih di IPG Kampus

Tengku Ampuan Afzan ini. Kami didedahkan dengan kehidupan realiti seorang bakal

guru dan juga cabaran yang perlu kami tempuhi apabila bergelar seorang pendidik

suatu hari nanti.

Dengan pendedahan yang diberi, kami berharap dapat menimba segala ilmu dan

berjaya dalam pengajian di IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Kami akan berusaha
untuk bersama-sama guru pelatih yang lain dalam melonjakkan kecemerlangan IPG ini

setanding dengan IPG-IPG yang lain.

Kami sebagai guru-guru pelatih baru amat memerlukan bimbingan serta tunjuk ajar

daripada warga kampus dan kami akan berusaha memperbaiki kelemahan diri. Di

kesempatan ini, kami memohon jutaan kemaafan seandainya tingkah laku kami

sepanjang Minggu Pengurusan Pelajar Baru ini ada yang menyinggung hati dan

perasaan mana-mana pihak.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam

menjayakan Minggu Pengurusan Pelajar Baru ini. Syabas kami ucapkan kepada

Jawatankuasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru yang sentiasa memberi tunjuk ajar,

bimbingan dan semangat kepada kami sebagai orang baru disini.

Akhir kata, dengan kerjasama yang diberikan oleh warga IPG kampus Tengku

Ampuan Afzan kepada guru-guru pelatih baru KPLI dan KPLSPM ambilan Jun 2010,

kami berjanji akan mengharumkan nama IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan selama

kami berada di institut ini.

Sekian, wbt.

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai