Anda di halaman 1dari 5

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

KEPIMPINAN

Peranan Kepimpinan Persatuan Sukan

 Pengenalan

Dalam bidang sukan, kepimpinan boleh ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai
kebolehan dan pengaruh yang besar terhadap perilaku ahli persatuan sukan. Walau
bagaimanapun, jikalau seseorang individu itu berada dalam kedudukan kepimpinan
tidak semesti boleh menjadikanya seorang pemimpin yang berpengaruh dan berkesan.
Pengalaman dan kebolehan untuk penyesuaian diri terhadap suasana keadaaan di
persekitaran, pertumbuhan, dan kemajuan peribadi semuanya menyumbang kepada
proses menjadikan seseorang itu pemimpin yang berjaya dan berwibawa.

 Keperluan

Pemimpin yang berkesan dalam bidang sukan harus berasa bahawa keperluan ahli-ahli
sukan persatuan mereka dapat mereka penuhi dan memuaskan hati mereka. Mereka
juga merasa hasrat mereka akan tercapai dan dengan itu wujud perkaitan yang erat
antara mereka iaitu pemimpin dan ahli-ahli. Untuk memenuhi hasrat dan tujuan itu,
pemimpin perlu menyumbangkan kemahiran mereka secara khusus terhadap
tanggungjawab mereka dalam bidang sukan.

 Komited

Dari itu, untuk menjadi pemimpin yang berkesan, seseorang itu mesti merasa komited
dan bersikap dedikasi terhadap tugas dan tanggungjawab yang diserahkan kepadanya.
Dapat melaksanakan tugasnya dengan tersusun dan sempurna. Ia dapat mengatur
proses kerja dengan teratur dan baik. Di samping itu, ia dapat mewujudkan hubungan
yang mesra dan erat dikalangan semua peringkat dan golongan ahli sukan
 Memotivasi

Pemimpin harus dapat memotivasi ahli-ahli persatuan sukan dengan jayanya untuk
mencapai tahap maksimum dan prestasi yang tinggi dalam sukan yang diceburi. Oleh
yang demikian, memotivasikan ahli persatuan harus menjadi matlamat utama pemimpin
persatuan sukan. Ahli-ahli persatuan sukan dapat mengekalkan motivasi mereka
disebabkan oleh perasaan puas hati terhadap persatua mereka. Pemimpin dan ahli
perlu saling bergantungan antara sama lain. Dalam erti kata lain, mereka saling
memerlukan.

 Kelebihan

Mereka yang mempunyai keduduakan dalam bidang sukan sudah semestinta memiliki
kelebihan dan menikmati bebrapa keistimewaan. Namun begitu, mereka juga
mempunyai tanggungjwab yang harus dipikul sebagai pemimpin.

 Sumber manusia

Tanggungjawab utama seseorang pemimpin sukan adalah menguruskan sumber


tenaga manusia dalam persatuan sukan agar segala rintangan dan masalah dapat
diatasi. Oleh itu, pemimpin perlu memiliki kebolehan berkomunikasi dengan baik, jujur,
dan ikhlas dalam tindak tanduknya menguruskan persatuan sukan.

Untuk berjaya, seseorang pemimpin dalam bidang sukan, saranan berikut harus diambil
perhatian:

1. Pemimpin hendaklah sedar bakan kebolehan yang ada pada diri mereka.

2. Menyedari arah tuju persatuan sukan

3. Sedar akan minat, sifat, dan keperibadian orang yang dipimpin.

4. Bersikap bertolak ansur dalam urusan


5. Dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.

6. Bersedia untuk turun dari kerusi dan bagi peluang kepada pemimpin lain.

7. Buat perancangan induk untuk capai matlamat sukan

Sifat Kemimpinan Dalam Bidang Sukan

 Kedudukan

Ada pelbagai-bagai jawatan yang wujud dalam persatuan sukan. Mereka yang
memegang teraju dan tampuk kepimpinan sukan haruslah memiliki pelbagai gaya dan
hubungan manusia yang baik. Mereka harus dapat menyesuaikan diri dengan suasana
dan keadaan hidup dalam persekitaran dan masyarakat sukan. Seseorang pemimpin
sukan itu dapat membawa arah tuju kepada ahlinya. Ia juga dapat membahagikan
tanggungjawab dan kuasanya di kalangan ahli persatuan sukan.

 Cabaran

Sebagai pemimpin persatuan sukan, seharusnya mendesak dan mencabar ahli-ahli


sukan untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Ia juga dapat menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan untuk mencapai matlamat ahli yang terlibat dalam
persatuan sukan. Pemimpin sukan sentiasa dihormati kerana tugasnya dan komitmen,
kebijaksanaan dan sahsiahnya. Ia juga disanjung tinggi disebabkan oleh keadilan dan
layanan baik yang diberikan kepada ahli-ahli sukan seluruhnya.

 Sahsiah

Kualiti individu mempunyai kesan secara lansung terhadap keberkesanan seseorang itu
sebagai pemimpin persatuan sukan. Usia dan pengalaman yang ada pada diri individu
pemimpin itu memberi kesan terhadap bidang tugasnya dalam kegiatan sukan.
Kemahiran dalam bidang teknologi sukan perlu ada bagi membantu untuk berjaya
dalam kepimpinannya.
Peranan dan Tanggungjawab Presiden Pertubuhan Sukan

– Bertanggungjawab untuk pastikan segala perancangan berjalan lancar

– Pegawai yang bertanggungjawab terhadap pergerakan persatuan sukan.

– Teras sumber ilham

– Pastikan persatuannya wujud dengan kukuh dan padu.

– Selaras aktiviti pertubuhan sukan

– Membuat penilaian, perancangan dan menggubal dasar pertubuhan


sukan.

Peranan Presiden Dalam Mesyuarat Persatuan Sukan

• Mempengerusikan semua jenis mesyuarat seperti

– Mesyuarat Jawatankuasa

– Mesyuarat Agung Tahunan

– Mesyuarat Luar Biasa

– Dan lain-lain..

 Punyai kelebihan dan pengetahuan untuk pengerusi mesyuarat, perlu tahu


tatcara, peranan, tugas, kuasa,kemampuan dan kewibawaanya

o Pastikan korum adalah mencukupi

o Pastikan perkara yang dibincangkan selari dengan agenda mesyuarat

o Beri peluang samarata kepada ahli jawatankuasa luah pendapat/idea.


Penyelaras Persatuan Sukan

• Sediakan jadual aktiviti sukan dan adakan peraturan yang berkaitan dengan
perlaksanaanya.

• Menjadi penyelaras antara ahli persatuan dengan pegawai sukan.

• Pengerusi mesyuarat pengurus pasukan pada awal tahun untuk rangka dan
gubal program.

Jurulatih Persatuan Sukan

– Jurulatih menyedia senarai ahli-ahli mereka yang lengkap.

– Mengagihkan ahli sukan kedalam acara sukan

– Menyusun program latihan bagi ahli mereka

– Mengadakan latihan

– Bekerjasama dengan penyelaras sukan.

Anda mungkin juga menyukai