Anda di halaman 1dari 13

“Perkembangan Industri Seni Visual di Malaysia”

dibentangkan oleh:
Fouzia H.A.
di
Sidang Seni Visual oleh BSLN
19-21 Ogos 2008

Fouzia H.A
Biodata:
Adalah berkelulusan dalam bidang sains tulen, rekabentuk dalaman (senibina), seni &
pengajaran seni (lukisan/kraftangan), dan juga bahasa dan linguistik. Telah berkecimpung
dalam kegiatan kesenian semenjak tahun 1979. Masa kini terlibat dalam dunia pendidikan
dan industri. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kesenian dan beraspirasi
untuk menjadi seorang seniman yang memberi sumbangan positif kepada dunia seni
secara global.

Abstrak

Industri Seni Visual adalah sesuatu yang agak baru bagi sesetengah pihak di Malaysia
kerana perkataan ‘Industri’ itu sendiri jarang dikaitkan dengan ‘Seni Visual’. Pada masa
lampau kegiatan ‘Seni Visual’ terdiri daripada inisiatif berkelompok atau perseorangan
dan tidak digiatkan secara serius dalam kelompok yang besar sehingga ianya boleh dilihat
sebagai suatu ‘Industri’. Malahan di negara-negara Barat seperti Perancis, United
Kingdom dan Amerika Syarikat serta negara Timur seperti Jepun, India dan Indonesia,
‘Seni Visual’ telah lama digiatkan sebagai suatu ‘Industri’. Di sana, sekolah-sekolah dan
pusat pendidikan tinggi telah ditubuhkan dan dimajukan dengan jayanya.

1
Bandar-bandar serta perkampungan seni juga diwujudkan bagi menyemarakkan lagi
kegiatan seni visual. Masyarakat setempat dan juga pihak kerajaan di negara-negara
tersebut amat menghargai akan peranan ‘Seni Visual’ dan Malaysia seharusnya
mengambil inisiatif daripada contoh-contoh tersebut untuk menimbulkan dan menaikkan
tahap kesedaran serta menggalakan/memperkembangkan kegiatan ‘Industri’ Seni Visual
ke tahap yang lebih tinggi.

Pembentang kertas kerja ini telah membuat empat (4) kajian kes yang juga mengandungi
kajiselidik mini tentang industri seni di luar negara dan juga tentang pengiat-pengiat seni
terutamanya daripada pengusaha-pengusaha galeri persendirian dan juga sumbangan
IPTA/IPTS dan pihak industri. Cabaran serta tuju hala ‘Industri Seni Visual’ juga
dibincangkan.

Pengenalan

Industri Seni Visual adalah sesuatu yang agak baru bagi sesetengah pihak di Malaysia
kerana perkataan ‘Industri’ itu sendiri jarang dikaitkan dengan ‘Seni Visual’. Pada masa
lampau kegiatan ‘Seni Visual’ terdiri daripada inisiatif berkelompok atau perseorangan
dan tidak digiatkan secara serius dalam kelompok yang besar sehingga ianya boleh dilihat
sebagai suatu ‘Industri’. Beberapa inisiatif berkelompok dan terpisah dapat dilihat pada
masa silam seperti kegiatan seni lukis oleh Penang Impressionism, The Penang Art
Teacher’s Council, The Wednesday Art Group, The Art Council Malaya, Selangor Art
Society, Majlis Kesenian Melayu dan Angkatan Pelukis Semenanjung/SeMalaysia dan
beberapa Persatuan Seni Lukis lain. Keadaan ini tak ubah seperti ‘Enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing’.

Berlainan pula keadaannya di negara-negara Barat seperti Perancis, United Kingdom dan
Amerika Syarikat serta negara Timur seperti Jepun, India dan Indonesia, yang mana ‘Seni
Visual’ telah lama digiatkan sebagai suatu ‘Industri’. Di sana, sekolah-sekolah dan pusat
pendidikan tinggi telah ditubuhkan dan dimajukan dengan jayanya. Bandar-bandar serta
perkampungan seni juga diwujudkan bagi menyemarakkan lagi kegiatan seni visual.
Masyarakat setempat dan juga pihak kerajaan di negara-negara tersebut amat menghargai
akan peranan ‘Seni Visual’.
2
Ini dapat di lihat daripada beberapa contoh perkampungan serta kawasn kesenian yang
telah didirikan seperti ; (1) Art Village di Stevens Point, Wisconsin, Amerika Syarikat,
(2) Global Art Village di New Delhi India, dan (3) Spanish Village Art Center di San
Diego, California, Amerika Syarikat. Tempat-tempat ini dapat di jadikan kajian kes dan
juga contoh (model) bagi Malaysia untuk dicotohi dan diambil pengalaman yang terbaik
(best practices).

Kajian Kes

Kes Pertama:
Art Village
• http://www.artvillageusa.com/about.htm (29 Julai 2008)
• Amerika Syarikat
• Art Village •1205 Second St. Stevens Point, WI 54481 • 715-345-9500
Terletak di Stevens Point, Wisconsin, Amerika Syarikat, perkampungan ini
mengumpulkan para profesional dan juga bukan profesional untuk berkarya di Wisconsin
tengah. Misi penubuhan perkampungan ini adalah untuk memberi dan membuka peluang
kepada para pelukis dan karyawan daripada semua peringkat umur dan juga kemahiran
untuk mendapat akses kepada ruang studio, peralatan dan prasarana, dan juga
pengetahuan. Tambahan pula, perkampungan ini juga adalah tempat untuk mereka
berkarya, berkreatif, belajar dan berkongsi ‘kesenian’ mereka dalam suatu suasana yang
memberangsangkan dan kondusif.

Perkampungan Art Village juga menyediakan kelas-kelas dan juga peralatan studio
profesional kepada para artis yang berminat untuk berkarya. Di situ juga terdapat studio
menghias tembikar dan juga galeri ‘consignment’ , di mana para artis/seniman/karyawan
dapat mempamerkan dan menjual karya mereka.(telah dibuka dua tahun setengah). Ia
merupakan suatu tempat tumpuan destinasi.
• Kelas-kelas:
– Melukis, seni siramik dan tembikar
– fotografi, media campuran,

3
– seni perhiasan diri/ barang kemas, tembikar polimer
– pembuatan kertas dan kaca.

Terdapat juga program pasca persekolahan seperti Persatuan Seni Lukis Muda dan juga
Galeri ‘Underground’ yang membuka ruang bagi para karyawan untuk mempamerkan
dan menjual hasil karya mereka.Di Art Village Stevens Point, mereka mempercayai
bahawa “Art Saves Lives! ‘ iaitu “Kesenian Menyelamatkan Nyawa”! Betapa
kesenian di hargai dan disanjungi di sana
Oleh itu, daripada contoh Kajian Kes yang telah dibentangkan, Malaysia seharusnya
mengambil inisiatif daripada contoh-contoh tersebut untuk menimbulkan dan menaikkan
tahap kesedaran serta menggalakan/memperkembangkan kegiatan ‘Industri’ Seni Visual
ke tahap yang lebih tinggi.

Kertas kerja ini membentangkan “Perkembangan Industri Seni Visual di Malaysia”.


Pembentang kertas kerja ini telah membuat kajiselidik mini tentang pengiat seni
terutamanya daripada pengusaha-pengusaha galeri persendirian dan juga sumbangan
IPTA/IPTS dan pihak industri di Malaysia. Cabaran serta tuju hala ‘Industri Seni Visual’
juga dibincangkan untuk sama-sama direnungi.

Kajian Kes ke- 2


Pengiat Seni dan Pemilik Galeri
• NN Gallery Sdn. Bhd.
• http://www.nngallery.com.my/gallery_a.html ( 2 Julai 2008)
• 53A & 56 Jalan Sulaiman 1, Taman Ampang Hilir , 68000 Ampang, Kuala
Lumpur, Malaysia
• Pengenalan tentang NN Gallery: Telah beroperasi selama 12 tahun dan mewakili
para artis/seniman/karyawan yang ternama/terkenal dan juga artis muda
kontemporari. Galeri ini telah mempromosi dan mempamerkan pameran-pameran
solo serta berkumpulan dalam pelbagai ‘genre’/jenis media dan bentuk rupa
seperti lukisan, seni instalasi, tekstil dan media campuran.

4
(Pembentang kertas kerja ini telah mengajukan beberapa persoalan kepada pemilik galeri
NN, Pn. Sharifah Nor Akmar dan hasil daripada soal selidik tersebut, dapatannya
dikumpulkan dalam kertas kerja ini.)

• Bagi tahun 2007: 13 pameran dan 2008: 13 pameran


• Impak kepada Masyarakat umum: meningkatkan kesedaran dan apresiasi
(penghargaan) terhadap Seni Visual
• Galeri NN merupakan ‘Batu loncatan’ bagi para artis, karyawan & seniman
mempamerkan karya dan juga
• forum dan tempat untuk bertukar pandangan dan pendapat bagi para karyawan,
pengumpul seni dan mereka yang menggemari Seni Visual

• Cara penyebaran maklumat mengenai pameran:


– Media massa, pihak akhbar, media elektronik (KAKISENI)
– Sesawang (website) NN sendiri dan ‘website’ lain
– E-mel, TV, majalah d.l.l

• Sambutan terhadap pameran:


– menggalakkan
– Positif
– Daripada pengumpul, para penggemar seni dan mereka yang berkaitan

• Persepsi pihak NN galeri terhadap senario Seni Visual Malaysia (masa lampau,
masakini dan masa hadapan):
– Keadaan lebih baik daripada masa lampau setelah usaha pengiat-pengiat
seni dan pemilik-pemilik galeri dipertingkatkan
– Citarasa berubah dan lebih terbuka terhadap seni abstrak dan seni
berkonsep
– Kini terdapat lebih banyak bilangan artis dan karyawan daripada masa
lampau
– Usaha harus dipertingkatkan bagi masa hadapan: di peringkat sekolah
rendah lagi

5
Apakah cabaran yang pihak Galeri NN hadapi sebagai pengiat seni dan pemilik
galeri seni?

Cabaran dari segi:


• Peruntukan kewangan untuk usaha-usaha dokumentasi hasil-hasil kerja serta
untuk mengadakan pameran di luar negara
• Walaupun pihak Balai seni Lukis telah memberi bantuan pada masa lepas, akan
tetapi lebih banyak lagi bantuan dalam pebagai bentuk yang seharusnya
disalurkan daripada pelbagai pihak untuk meringankan beban dan
mempertingkatkan kegiatan ‘industri’ seni di Malaysia
• Memerlukan perhatian dan juga inisiatif yang bersepadu daripada semua pihak,
terutamanya daripada pihak KKEKWA (Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan) untuk berperanan lebih aktif dalam mempromosi SENI VISUAL, selain
daripada inisiatif mereka untuk mempromosikan seni persebahan serta juga seni
tarian dan kebudayaan.
• Masih terdapat ruang untuk mempertingkatkan usaha-usaha meng ‘katalog’ dan
kerja-kerja dokumentasi hasil-hasil karya dan kritikan seni
• Pendidikan Seni adalah penting di dalam memupuk dan meyemai benih kesenian
serta apresiasi (penhargaan) terhadap hasil seni
• Kurikulum pengajaran dan pembelajaran seni seharusnya mencakupi ruang yang
lebih luas lagi dan bukan hanya tertumpu kepada buku teks sahaja. Lawatan
sambil belajar dan kerja lapangan ke Balai Seni Lukis Negara, galeri-galeri dan
ruang seni, museum dan lain-lain adalah disarankan. Pengajian juga harus
memberi tumpuan kepada kemahiran praktikal dan bukan hanya tertumpu kepada
pengetahuan teori semata-mata.
• Rangka pembangunan industri SENI VISUAL haruslah dimantapkan
• Tidak terdapat banyak syarikat yang menyediakan skim perlindungan insurans
bagi karya-karya seni
• Harus ada lebih banyak penglibatan daripada pihak kerajaan dan juga pihak
korporat dalam usaha mempromosikan Kesenian Malaysia
• Perlu mengadakan insentif cukai bagi badan-badan korporat yang telah membuat
pelaburan dalam barangan/hasil/karya seni Malaysia
• Perlu ada usaha bersepadu daripada pihak Balai Seni Lukis dan juga komuniti
seni (Para karyawan/seniman/pelukis/galeri-galeri/ruang seni alternatif) untuk
berkerjasama seiringan untuk mempromosikan Kesenian Malaysia
• Perlu ada polisi yang mantap dan telus serta terancang dan bersepadu serta
sokongan padu daripada semua pihak

6
Kajian Kes ke-3

IPTA: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, Bangi, Selangor)


http://pkukmweb.ukm.my/~hep/Pusat/Pusat%20Kebudayaan.htm ( 2 Julai 2008)
Tingkat 3, Dewan Canselor Tun Abdul Razak ( DECTAR)
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Ketua : 03 - 8921 5340


Pejabat Am : 03 - 8921 5342
pejabat Teknikal : 03 - 8921 5380
Faks : 03 - 8925 8810
E-mel : rafie@pkrisc.cc.ukm.my

UKM mempunyai sebuah pusat yang di tempatkan di bawah pengurusan Jabatan Hal
Ehwal Pelajar UKM, yang bertanggung jawab dalam mengaturkan dan menyediakan
aktiviti-aktiviti kesenian khususnya kepada masyarakat kampus dan secara amnya kepada
masyarakat setempat dan juga keseluruhan masyarakat di Malaysia. Pusat ini di kenali
sebagai Pusat Kebudayaan UKM yang di terajui oleh Ketua Pusat Kebudayaan, Drs.
Rafie Mohammed.

(Pembentang kertas kerja ini telah mengajukan beberapa persoalan kepada Drs. Rafie
Mohammed dan hasil daripada soal selidik tersebut, dapatannya dikumpulkan dalam
kertas kerja ini.)

Pusat Kebudayaan UKM dilihat sebagai pengiat seni dan salah satu badan yang memberi
sumbangan kepada industri seni negara dari segi pendidikan, latihan serta inisiatif-
inisiatif mempromosikan SENI VISUAL Malaysia. Selain daripada mempunyai
program-program kokurikulum, UKM juga mempunyai banyak program yang
menyemarakkan lagi suasana seni masyarakat kampus di peringkat mikro, dan juga
masyarakat Malaysia amnya pada peringkat makro dengan pameran-pameran serta
pelbagai usaha lain.

Falasafah Pusat Kebudayaan UKM adalah:


“Kesenian itu adalah keindahan yang hanya mampu dinikmati oleh mahluk
ALLAH S.W.T. bernama insan yang akalnya sihat dan emosinya
seimbang”.

Jika dikaji perkhidmatan dan kegiatan kebudayaan UKM, dapat dibuat kesimpulan
bahawa Intitusi Pengajian Awam seperti UKM serta IPTA lain memainkan peranan
penting di dalam menyokong industri SENI VISUAL di Malaysia.
7
Perkhidmatan dan Kebudayaan Pusat Kebudayaan UKM:
Perkhidmatan kelas bengkel kesenian
o Pengurusan persembahan kebudayaan dan kesenian Universiti
o Kemudahan pinjaman peralatan kesenian dan tempahan ruang
o Khidmat nasihat dan kerjasama kepada persatuan pelajar dan kakaitangan dalam
melaksanakan aktiviti budaya
o Persembahan kesenian dalam dan luar kampus
o Menyelaraskan dan menguruskan kelas kesenian di bawah program ko-kurikulum
yang merupakan kursus wajib bagi pelajar UKM

Jika di amati dasar Pusat Kebudayaan UKM, adalah didapati bahawa terdapat unsur-
unsur yang memperkayakan kegiatan kesenian di dalam dan luar kampus.

Dasar Pusat Kebudayaan UKM:


o Menjana kepekaan mahasiswa terhadap lingkungan budaya agar mereka mudah
menyeseuaikan diri dengan lingkungan yang baru, terutama untuk kepentingan
profesion mereka
o Memberi kesempatan kepada mahasiswa untuk memperluaskan pandangan
mereka tentang masalah kemanusian dan budaya
o Memampatkan peranan Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai penaung dan
juga pencetus kehidupan berbudaya di dalam dan di luar kampus.

Manakala, kelompok Seni Tampak atau SENI VISUAL yang mendapat tumpuan di UKM
adalah Seni Arca, Seni Lukis, Seni Khat, Seni Batik dan Seni Foto.

UKM mempunyai program tahunan yang terancang dan didapati bahawa Pameran Seni
Tampak dijalankan secara bulanan yang bertujuan mempromosi karya seni pelajar dan
pelukis dari luar kampus. Pameran-pameran ini telah di adakan di dalam dan di luar
kampus. Sesetengah pameran yang telah dijalankan di luar kampus dilihat sebagai suatu
bentuk khidmat masyarakat, yang dijalankan pada setiap semester. Di antara pameran
luar kampus yang telah dijalankan adalah , di sekolah-sekolah rendah dan menegah di
Perak (2007) di Johor (sekolah-sekolah di kampung-kampung - 2008) dan banyak lagi
pameran bergerak. Di antara SENI VISUAL yang telah dipamerkan adalah Seni Khat,
Fotografi, Seni Batik dan Seni Arca.

Di UKM, terdapat juga program-program yang meyokong dan memperkukuhkan usaha-


usaha yang memartabatkan Kesenian dan Warisan. Di antaranya adalah kegiatan-kegiatan
seni melalui persatuan, aktiviti ko-kurikulum, kursus-kursus Pengurusan Teknikal,
Kritikan Seni dan banyak lagi. Tambahan pula, Seni Khat juga disemarakkan lagi oleh
pelbagai kegiatan dan usaha di Fakulti Islam dan Institut Alam dan Tamaddun Melayu
(ATMA) UKM.

8
Drs. Rafie Mohammed melihat masa depan SENI VISUAL di Malaysia adalah cerah
memandangkan limpahan bakat seni yang ada. Akan tetapi beliau berpendapat terdapat
beberapa kekangan, halangan dan cabaran yang perlu diharungi. Salah satu rintangan atau
cabaran adalah persepsi masyarakat itu sendiri terhadap SENI VISUAL dan peranannya.
Drs. Rafie mendapati bahawa elemen asal usul seperti ideologi dan agama
mempengaruhi tanggapan dan penerimaan masyrakat dan seseorang individu terhadap
kesenian, terutamanya SENI VISUAL. Persoalan ‘Seni Untuk Masyarakat’ ataupun ‘Seni
Untuk Seni’ sering menjadi topik yang diperbincangakan. Malahan ada yang melihat
kegiatan Kesenian itu adalah ‘Haram’ dan sesetengah sabjek lukisan, sumber ilham seni
arca, seni batik, Fotografi dan SENI VISUAL adalah ‘Haram’ sama sekali bagi
penjananya dan juga pada mereka yang mengamatinya. Sebagai contoh adalah sabjek
figura tubuh badan manusia dan sebagainya.

UKM telah mengorak langkah yang strategik dan telah memperolehi banyak kejayaan
bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan juga dalam bidang kesenian dan warisan
bagi melahirkan insan yang holistik. Diatara kejayaan yang ditempa baru-baru ini adalah
pemilihan rekabentuk arca bangunan daripada hasil projek 10 orang pelajar Fakulti
kejuruteraan ke pertandingan di luar negara pada peringkat antrabangsa.

Kajian Kes ke-4

Program Seni Kreatif di Kolej Universiti Antarabangsa Sedaya (UCSI)

UCSI U - University College Sedaya International (2008) Kini UCSI U


Kuala Lumpur Campus
No. 1, Jalan Menara Gading,
UCSI Heights, Cheras 56000
Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: (+603) 9101 8880
Fax: (+603) 9102 3606
http://www.ucsi.edu.my/programmes/3DAnimation.asp ( 2 Julai 2008)

Program Seni Kreatif di UCSI U merupakan gabungan ilmu sains, kejuruteraan dan
juga ilmu SENI VISUAL. Ia adalah jelmaan daripada kehendak gaya hidup moden
masakini yang banyak menggunakan kemudahan peralatan digital. Program ini adalah
program ‘hibrid’ dan sambutan terhadap ilmu dan kemahiran bentuk SENI VISUAL ini
yang merangkumi Rekabentuk Animasi 3 Dimensi, Anime serta Rekabentuk Komunikasi
yang lain adalah amat memberangsangkan.

Pengunaan industri program ini mempunyai nilai komersial yang amat tinggi dan
mempunyai masa hadapan yang amat cerah di dalam skop aplikasinya yang sangat luas,
sebagai contoh di dalam ‘permainan komputer’, ‘iklan-iklan TV’, “Video musik’, ‘Filem
dan siri Anime’ dan sebagainya.

9
UCSI U juga mempunyai jalinan pendidikan dengan universiti-universiti luar negara dan
para pelajar UCSI U boleh melanjutkan pelajaran mereka menerusi UCSI ke universiti-
universiti luar negara yang diikhtiraf oleh kerajaan Malaysia dalam bidang SENI
VISUAL bagi menimba pengalaman dan pengetahuan,

Hasil daripada temuramah dan soal selidik pembentang kertas kerja ini dengan ketua
program Seni Kreatif UCSI U, dapatannya dibentangkan seperti berikut:

Ketua Program dan Associate Dean


Teh Min Yang
MA (Cartography), B Fine Arts (Visual Communication)

En. Teh Ming Yang berpendapat bahawa UCSI sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi
Swasta mempunyai peranan di dalam menyuburkan dan menyemerakkan industri SENI
VISUAL di Malaysia. Bidang ini mempunyai nilai komersial yang tinggi dan harus
dipandang sebagai salah satu bidang yang berpotensi untuk menjanakan sumber
pendapatan dan pulangan yang amat lumayan kepada negara Malaysia. En. Teh bersetuju
dengan pendapat pembentang kertas kerja ini bahawa SENI VISUAL sebagai produk
serta mereka yang berpengetahuan dalam bidang seni ini boleh dipasarkan ke luar negara
dan menjadi tenaga kerja diluar negara, supaya pendapatan yang diperolehi dapat
disalurkan balik ke Malaysia.

Di UCSI U:

Bachelor of Creative Arts (Hons) in 3D Animation Design


Approval Code: (KA7329;11/11)

Program ini adalah selama 3 tahun.

Daripada Website: http://www.ucsi.edu.my/programmes/3DAnimation.asp (2 Julai 2008)


Minimum Entry Qualifications for Foundation Programme
SPM / O-Levels or its 5 Credits inclusive of English and
equivalent Mathematics
3 Credits inclusive of English and
UEC
Mathematics
Minimum Entry Qualifications for Degree Programme
UCSI Foundation Pass
A-Levels / STPM 2 Principals
UEC 5 Credits
Equivalent Courses Case-by-case basis

English Language Requirements


A distinction (A1 or A2) in SPM / UEC English, MUET Band 5, or a score of 213
(Computer based) / 550 (Written based) / 79-80 (Internet based) in TOEFL, or Band 5.5
in IELTS. If English Language requirements are not fulfilled, additional English

10
module(s) must be taken at UCSI.

Intakes

January, May, September

Assessments

Presentation, quiz, test, mid-term exam, final exam, folio, assignments

Career Opportunities

The graduates are equipped and ready for the industry in the areas of
 Advertising Agency
 Multimedia Lab
 Design Studio· Corporate Art Department
 Television Network Station
 Animation House

Pembentang ketas kerja ini berpendapat bahawa:

 Bagi industri SENI VISUAL dalam negara, usaha mantap dan bersepadu daripada
semua pihak haruslah diusahakan. Pihak kerajaan, swasta, IPTA dan IPTS serta
pihak industri haruslah berganding bahu berkerjasama menjalankan usaha sama
dan inisiatif yang mantap dan mapan bagi menghidupkan, merancakkan dan
memartabatkan INDUSTRI SENI VISUAL
 Pendidikan SENI (termasuk SENI VISUAL) seharusnya disusun atur dan
diimplimentasikan secara serius dari peringkat sekolah rendah lagi dan
berkesinambungan ke peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi
mahu pun pusat latihan kemahiran dan vokasional. Lompang-lompang yang ada
di dalam sistem pendidikan Negara harus di teliti dan di kaji.
 SENI VISUAL tidak harus dilihat sebagai entiti yang berasingan tetapi dilihat
sebagai suatu elemen yand saling melengkapkan ilmu dan kemahiran yang lain
 Matapelajaran Seni haruslah di masukkan sebagai matapelajaran wajib, atau pun
mata pelajaran di dalam Peperiksaan utama seperti UPSR, PMS, SPM dan
sebagainya
 Kemahiran berfilkir secara kritikal dan kreatif, serta keupayaan ber ‘inovasi’
haruslah di semai dalam diri setiap individu
 Industri serta persepsi ‘Laut Biru’ (Blue Ocean Strategy) haruslah
diimplemetasikan
 Satu badan khas yang dianggotai oleh para akademik, para pengiat seni serta ahli
korporat dan pihak industri haruslah ditubuhkan untuk memimpin dan merangka
Industri Seni Malaysia
 Dana khas perlu ada untuk menampung kos aktiviti serta inisiatif kesenian di
Malaysia

11
 Kelompok-kelompok serta usaha-usaha perseorangan haruslah diteruskan,tetapi
adalah baik jika mereka bergabung dan mengadakan rantaian/rangkaian usaha
sama bagi kepentingan dan kelangsungan SENI VISUAL Malaysia
 Budaya pembelajaran sepanjang hayat yang melibatkan Pendidikan Seni juga
haruslah menjadi budaya hidup masyarakat Malaysia
 SENI VISUAL dan seni yang lain mempunyai peranan sebagai pelengkap dalam
kehidupan dan mempunyai kesan psikologi yang mendalam, serta boleh di
jadikan ‘agent’of change’ dan ‘Agent of Propaganda’.
 Perkampungan-perkampungan SENI serta kawasan-kawasan khas SENI haruslah
diadakan oleh pihak kerajaan ataupun swasta. Role model daripada contoh-contoh
yang sedia ada di negara-negara lain haruslah dijadikan contoh.
Dibentangkan oleh:
Fouzia H.A
Ogos 2008
di
Sidang Seni Visual oleh BSLN
19-20 Ogos 2008

Rujukkan:

1. Hassan Mohd. Ghazali, 1999. Teks Lengkap Pendidikan Seni Tingkatan 4 dan 5.
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Rujukan digital dan atas talian (Online).

Art Village, USA


2. http://www.artvillageusa.com/about.htm (29 Julai 2008)

Galeri NN
3. http://www.nngallery.com.my/gallery_a.html ( 2 Julai 2008)

Pusat Kebudayaan UKM


4. http://pkukmweb.ukm.my/~hep/Pusat/Pusat%20Kebudayaan.htm

( 2 Julai 2008)

3 D Animation programme at UCSI


5. http://www.ucsi.edu.my/programmes/3DAnimation.asp
( 2 Julai 2008)

12
6. Kursus Kritikan Seni di UKM
http://pkukmweb.ukm.my/~ppu/sinopsiskursus.htm ( 13 June 2008)

7. Visual Arts
http://en.wikipedia.org/wiki/Visual_arts ( 13 June 2008)

Visual Art Listing


8. http://en.wikipedia.org/wiki/Category:Lists_of_visual_art_topics (13 June 2008)

Wikipedia: most expensive paintings


9. http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_most_expensive_paintings (13 June 2008)

Visual Arts K-2


10. http://www.dpi.state.nc.us/curriculum/artsed/scos/visualarts/visualk-2

(13 June 2008)

Curriculum/visarts1
11. http://artswork.asu.edu/arts/teachers/curriculum/visarts1.htm ( 13 June 2008)

Kyrene School District Visual Arts Curriculum (K-8)

12. http://www.kyrene.k12.az.us/curriculum/curriculum/visualarts.htm
( 13 June 2008)

13. http://www.gseis.ucla.edu/faculty/kellner/ed270/VISUALLITcritical.htm
( 13 June 2008)

14. http://www.gseis.ucla.edu/faculty/kellner/kellner.html ( 13 June 2008)

Curriculum Vitae:
15. http://www.gseis.ucla.edu/faculty/kellner/DK97CV.htm (13 June 2008)

16. Critical Perspectives on Visual Imagery in Media and Cyberculture

Douglas Kellner, U.C.L.


http://www.gseis.ucla.edu/faculty/kellner/ed270/VISUALLITcritical.htm

Homepage: http://www.gseis.ucla.edu/faculty/kellner/kellner.html

Curriculum Vitae: http://www.gseis.ucla.edu/faculty/kellner/DK97CV.htm

(13 June 2008)

13

Anda mungkin juga menyukai