Anda di halaman 1dari 32

ILUSTRASI

TARIAN TRADISIONAL INDIA

KANIMOLII A/P LACHUMANAN


1022012030002

DIPLOMA REKABENTUK GRAFIK


KOLEJ PTPL SENTRAL
2014

BAB 1

PENGENALAN

1.0

PENGENALAN
Bab ini menerangkan tentang pengenalan projek dan definisi illustrasi.Bab
ini juga membincangkan tentang latar belakang syarikat yang dikaji dan
kepentingan projek dijalankan.

1.1

Definisi Ilustrasi
Ilustrasi ialah seni yang menggambarkan idea dan kata dalam bentuk
gambar. Zaman dahulu ilustrasi digunakan bagi tujuan untuk merekodkan
lagenda dan peristiwa bersejarah. Pada zaman kini, ilustrasi lebih bersifat
komersil dan berkembang pesat seiring dengan penemuan teknik
percetakan.
Ilustrasi boleh dihasilkan dalam bentuk lukisan yang menggunakan medium
sepeti pensel, pen, cat air dan cat akrilik dan lain-lain lagi. Fungsi ilustrasi
ialah menggambarkan dekoratif dan unsur hiasan. Selain itu, ilustrasi juga
memberi maklumat tentang sebuah subjek atau objek secara terperinci.
ilustrasi juga berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan sesuatu
komen atau penerangan, bahan atau subjek dengan lebih jelas lagi.
Antara ciri-ciri ilustrasi adalah seperti berikut :i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.

Keaslian dan rekaan yang kreatif


Kemantapan dan kehalusan gaya melukis
Kesesuaian antara ilustrasi dengan teks
Kreativiti
Reka letak menonjol dan menarik perhatian
Imej dapat disampaikan kepada pelanggan dan menepati kehendak
mesej
Boleh mempengaruhi pelanggan
Menggunakan alat dan bahan medium dengan betul

Terdapat pelbagai jenis ilustrasi seperti ilustrasi alam , ilustrasi haiwan,


ilustrasi perubatan, ilustrasi fesyen, ilustrasi teknikal, ilustrasi maklumat,
ilustrasi perindustrian, dan ilustrasi penerbitan.
( http://www.e-journal.com/2013/04/pengertian-ilustrasi.html)

1.2

LATAR BELAKANG SYARIKAT


1.2.1

KL LIFESTYLE ART SPACE (KLAS)


KL Lifestyle Art Space bertempat di 150, Jalan Maarof, Bukit
Bandaraya 59000 Kuala Lumpur. KLAS ditubuhkan pada tahun 2011
oleh Dato Gary Thanesan yang merupakan ketua pegawai eksekutif
dan juga penerbit bagi Mediate Communications Sdn.Bhd.

KL Lifestyle Art Space adalah sebuah galeri yang lahir dari cinta
kepada seni visual Malaysia. Galeri ini yang terletak di Jalan Maarof
yang merupakan salah satu jalan yang sibuk. Dengan ini peluang
untuk menarik perhatian orang ramai untuk mengunjung ke galeri ini
lebih besar lagi. Dengan ruang seni yang terdapat di KLAS, ia
berharap untuk membawa bidang seni visual Malaysia ke tahap yang
lebih tinggi dan setanding dengan negara- negara jiran Asia yang lain
seperti China, India, Indonesia dan Thailand.
Selain itu, KLAS percaya bahawa seni adalah cara yang indah bagi
mencerminkan Malaysia

di mata dunia. KLAS mewujudkan lebih

banyak peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengenali artis-artis


tempatan yang berbakat dan membawa Malaysia lebih dekat lagi ke
arah menjadi sebuah negara yang benar-benar mengutamakan
budaya dan seni.
KLAS menyediakan perkhidmatan konsainan daripada artis-artis dan
juga pengumpul berindividu. Ini membolehkan sesuatu karya seni
tersebut yang jarang ditemui, boleh sampai ke tangan orang yang
berminat.

RAJAH 1.1 : Logo KL Lifestyle Art Space

1.2.2

VISI

Menawarkan saluran kepada masyarakat tempatan dan pengunjung


untuk melihat karya seni moden dan kontemporari Malaysia di luar
institusi dan ruang seni yang sedia ada.
1.2.3

MISI
Mengembangkan dunia seni visual Malaysia setaraf negara lain.

1.2.4

OBJEKTIF
i.
ii.
iii.

Mempromosi industri seni visual Malaysia


Menggalakkan pasaran sekunder yang stabil bagi karya seni
Berfungsi sebagai orang tengah kehormat di antara artis dan
pelanggan

1.3

PENYATAAN MASALAH
Berikut adalah penyataan masalah bagi galeri KL Lifestyle Art Space :
i.

Karya seni yang terdapat di Galeri

KL Lifestyle Art betaraf

antarabangsa dan kebanyakannya terdiri daripada karya seni moden


ii.

Promosi bagi Galeri KL Lifestyle Art tidak begitu berjaya dan tidak
mampu menarik perhatian orang ramai

iii.

Galeri KL Lifestyle Art lebih memberi keutamaan kepada lelongan


karya seni yang biasanya melibatkan masyarakat yang terdiri
daripada golongan korporat dan berstatus tinggi. Oleh sebab itu,
golongan rakyat biasa yang mempunyai keminatan seni tidak
mendapat peluang untuk melihat karya-karya seni tersebut

iv.

Galeri

ini

kurang

menghasilkan

item-item

tambahan

untuk

pelanggan-pelanggannya
v.

Aktiviti atau pameran yang dianjurkan oleh galeri ini diambil bahagian
oleh segelintir kumpulan masyarakat sahaja

1.4

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah tujuan atau objektif yang dilaksanakan permasalahan yang


dikenal pasti :

1.5

i.

Mengenalpasti jenis-jenis ilustrasi yang dipamerkan dalam galeri KL

ii.

Lifestyle Art Space


Mengenalpasti keberkesanan item yang dibangunkan bagi promosi

iii.

galeri KL Lifestyle Art Space


Menghasilkan ilustrasi tarian tradisional india dengan mudah dan

iv.

mampu menarik perhatian semua lapisan masyarakat


Menghasilkan item tambahan seperti baju t-shirt, button dan bag kanvas

v.

sebagai cenderahati kepada pelanggan


Merancang sebuah pameran seni bertemakan tarian tradional india

SKOP KAJIAN

Skop kajian adalah penyelidik telah memilih jenis ilustrasi yang telah
dihasilkan dan diaplikasikan pada item-item yang sesuai. Antara skop kajian
adalah :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.

Lukisan
Arca
Cetakan
Replika
Catan
Fotofrafi
Ilustrasi Digital
Performance Art
Mural
Seramik
Batik
Textile

1.5.1

Elemen Ilustrasi
Berikut adalah elemen-elemen ilustrasi yang terdapat dalam
ilustrasi :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

1.5.2

Ilustrasi Alam
Ilustrasi Maklumat
Ilustrasi Teknikal
Ilustrasi Fesyen
Ilustrasi Penerbitan

Elemen yang akan dibangunkan


Antara elemen yang dibangunkan adalah :
i.
ii.
iii.
iv.
v.

1.5.3

Painting Akrilik
Painting Kolaj
Painting Mix Media
Lukisan
Digital Printing

Bentuk promosi lain


Antara item-item lain yang dibangunkan :
i. Mural
ii. Poster
iii. Bunting
iv. Katalog
v. Kain Batik
vi. Button
vii. Keychain
viii. Bag
ix. T-shirt

1.6

KEPENTINGAN KAJIAN
Kepentingan kajian adalah merujuk kepada pentingnya sesuatu kewujudan
organisasi sebuah syarikat. Kepentingan kajian yang dilaksanakan juga
telah memberi perkembangan yang positif kepada organisasi dan juga
pengguna.
1.6.1

Organisasi
Kepentingan kajian kepada organisasi ialah ia telah dikenali oleh
orang ramai

1.6.2

Pengguna
Kepentingan

kajian

bagi

pengguna

ialah

pengguna

dapat

mengembangkan pengetahuan tentang kedua-dua seni halus dan


juga seni persembahan seperti tarian.

BAB 2

ULASAN KARYA

2.0

PENGENALAN
Bab ini menerangkan tentang kajian yang dijalankan ke atas tiga syarikat
pesaing selain dari KL Lifestyle Art Space mempunyai galeri seni. Maklumat
mengenai syarikat-syarikat pesaing telah diperoleh daripada hasil rujukan
laman sesawang.

2.1

KAJIAN TERHADAP SYARIKAT PESAING


Kajian ini adalah sebagai sumber atau rujukan untuk projek yang dijalankan
bagi galeri di KL Lifestyle Art Space. Kelebihan yang terdapat di ketiga-tiga
syarikat

dipilh

ini

dapat

djadikan

sebagai

panduan

utama

bagi

mempertingkatkan kualiti dan mempromosilan Asthana Arts.


i.
ii.
iii.
2.2

Pusat Kebudayaan India (ICC Art Gallery)


Galeri Sutra (Sutra Foundation)
Lavanya Arts di Temple of Fine Arts

KAJIAN SYARIKAT PESAING

Berikut adalah kajian bagi tiga syarikat pesaing sebagai panduan untuk KL
Lifestyle Art Space.
2.3

PUSAT KEBUDAYAN INDIA (ICC ART GALLERY)


Pusat Kebudayan India lebih dikenali sebagai India Cultural Centre (ICC)
yang

bertempat di Kuala Lumpur pada 4 November 2009. Pusat yang

terbaru yang diubahsuai telah dirasmkan oleh Dr.Karan Singh, Presiden


Majlis India Hubungan Budaya dan Datuk Seri Dr.S.Subramaniam di
Capsquare di Kuala Lumpur pada 10 Februari 2010.
Penubuhan ICC merupakan inisiatif penting dari Kerajaan India, untuk
mengeratkan hubungan dua hala tuju dengan negara Malaysia.Terletak di
pusat bandar di Capsquare, ICC menjadi tempat di mana pelbagai kegiatan
berkaitan dengan kebudayaan India ditawarkan kepada para pelanggan.
ICC berluasan 8,000 kaki persegi denagn menempatkan sebuah dewan,
sebauah galeri pameran, studio tarian, bilik muzik, sebuah dewan yoga dan
juga sebuah

perpustakaan. Segala kemudahan yang terdapat di ICC

adalah terbuka kepada semua orang yang berminat untuk mengetahui


tentang India dan memelihara dan

mempromosi budaya India.

Galeri seni yang terdapat di ICC adalah salah satu usaha yang diambil ICC
untuk memberi pengetahuan tentang budaya India kepada masyarakat
tempatan dalam bentuk seni halus. Kebanyakan hasil karya yang terdapat
di galeri ini mencerminkan unsur-unsur warisan seni dan budaya India.

Rajah 2.1 : Logo Pusat Kebudayaan India (ICC)

10

Rajah 2.2 : Galeri Pusat Kebudayaan India (ICC Art Gallery)


Sebuah kumpulan teras dipanggil Friends of ICC telah ditubuhkan,
anggotanya yang terdiri daripada tokoh-tokoh terkenal dalam bidang seni,
muzik, tarian tradisional, kesusasteraan, media dan akademik serta
pelindung seni. Mereka akan bertemu dari semasa ke semasa untuk
membimbing dan memberikan arahan kepada pusat mengenai aktiviti
jangkauannya terhadap masyarakat berbilang etnik dan budaya di Malaysia.
Pameran juga julung kali diadakan di galeri ini yang ramai artis tempatan
dan luar negara mengambil bahagian.

Rajah 2.3 : Pameran lukisan oleh Artis Tempatan


Encik.Jeganathan Ramachandram
11

2.3.1

VISI
Mempamerkan dan memberi pendedahan tentang warisan
dan budaya India

2.3.2

MISI
i.

Menggalakkan pertukaran budaya antara negara India

ii.

dan Malaysia
Mewujudkan kesedaran dan penghayatan warisan

iii.

kebudayaan India
Mempamerkan bakat penggiat seni tanah air dan juga
dari luar negara

2.3.3

FUNGSI
Fungsi Pusat Kebudayaan India (ICC) dalah seperti berikut :i.

Memberi penekanan khas kepada kerjasama dengan


pertubuhan-pertubuhan tempatan untuk mmpromosikan

ii.

budaya India di khalayak masyarakat


Menjadi tuan rumah artis terkemuka dan rombongan

iii.

kebudayaan dari India


Menjemput artis,ahli akademik, penulis dan penyanyi
menggunakan premisnya untuk mempamerkan bakat

iv.

mereka
Menawarkan kelas-kelas yang berunsurkan seni dan
warisan India seperti kelas Yoga, tarian tradisional, alat
muzik, vokal karnatik dan juga kelas bahasa hindi.

2.3.4

KELEBIHAN
Pusat ini menjadi tempat bagi pelbagai kegiatan seni dan
budaya India. Pusat ini juga sering kali mengadakan aktiviti
yang menunjukkan budaya warisan orang India. Dengan
adanya sebuah galeri di dalam pusat sebegini ia memberi
peluang kepada orang ramai yang untuk mengetahui dan
mempelajari tentang seni persembahan dan juga seni visual
di bawah satu bumbung. Semua hasil karya yang terdapat
dan dipamerkan di Pusat Kebudayaan India adalah tidak
berasaskan keuntungan semata-mata dan ia terbuka kepada

12

semua lapisan masyarakat untuk melihat serta mempelajari


tentangnya.
2.3.5

PERKAITAN DENGAN SYARIKAT YANG DIKAJI


Kaitan dengan projek yang akan dibangunkan adalah projek
telah

mempengaruhi sedikit sebanyak kelemahan yang

terdapat pada item-item dan ilustrasi yang dihasilkan oleh


syarikat ini. Antara kelebihan yang ada pada item-item dan
ilustrasi dipertingkatkan lagi untuk menghasilkan sesuatu
yang terbaik dan berkualiti untuk galeri tersebut.
2.4

LAVANYA ARTS
Lavanya Arts merupakan sebuah pusat seni visual yang bertempat di dalam
Temple of Fine Arts di Brickfields, Kuala Lumpur. Temple of Fine Arts
adalah sebuah akademi atau organisasi yang banyak menyumbang
secara

aktif

kepada

warisan

pelbagai

budaya

Malaysia

melalui

persembahan seni selama lebih dari tiga dekad. Ia menawarkan pelbagai


jenis kelas dan kursus yang berkaitan seni warisan India. Temple of Fine
Arts mempunyai pusat-pusat di seluruh negara dan juga di luar negara
seperti Singapura, Perth, India dan New Jersey.

Rajah 2.4 : Logo The Temple Of Fine Arts


Lavanya Arts lebih daripada dikatakan sebagai galeri seni atau gedung seni,
lebih

sesuai dikatakan sebagai tempat koleksi karya seni unik. Terdapat

banyak lukisan dan artifak yang terdapat di gedung di Lavanya Arts


yang berasal dari negara India sendiri.

13

Rajah 2.5 : Lavanya Arts


Di sini terdapat segala jenis barang-barang antik seperti lampu tembaga
tradisional barang diperbuat daripada rotan dan barang kemas. Terdapat
juga pelbagai hiasan dinding yang diperbuat bahan-bahan seperti kayu,
logam dan batu.
Lavanya Arts juga merupakan saluran bagi organisasi yang bernama Shiva
Shakti di India yang beroperasi dengan tujuan untuk membantu orang
miskin. Sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi di Lavanya Arts
disalurkan kepada tukang-tukang yang membuat kraf dan juga kepada
pesakit miskin yang dirawat di Pusat Ibu dan Kanak-kanak Shiva Shanta di
India.
Lavanya Arts juga memberi peluang kepada wanita untuk memperolehi
kemahiran dan untuk mencari nafkah dengan lebih intergriti. Pakaian buatan
tangan, perabot dan hiasan rumah yang dibuat oleh wanita- wanita ini dijual
di Lavanya Arts.
2.4.1

VISI
Memelihara dam mempromosikan keabadian tradisi India

2.4.2

MISI
i.
ii.

2.4.3

Menggalakkan dan memberi sokongan kepada tukangtukang supaya tradisi purba dikekalkan
Memberi harapan kepada kehidupan orang miskin

FUNGSI
14

i.

Memastikan

tukang-tukang

dibayar

jumlah

yang

ii.

munasabah untuk karya seni mereka


Membantu membiayai aktiviti- aktiviti kebajikan di Temple

iii.

of Fine Arts
Mengadakan bengkel seni dan pameran untuk kraf dan
artifak dari India

2.4.4

KELEBIHAN
Pusat seni ini memberi pengiktirafan sebenar bagi kerajinan
dan hasil kerja yang diilhamkan oleh tukang yang membuat
artifak dan kraf. Galeri ini sering mendapat perhatian kerana
bertempat di dalam Temple of Fine Arts yang merupakan
pusat bagi aktiviti berkaitan tradisi dan kebudayaan India.
Artifak dan kraf yang terdapat di sini adalah asli sepenuhnya
kerana ia dihasilkan oleh tukang di India yang mengenali dan
mempelajari tradisinya dengan lebih dekat lagi.

2.3.5

PERKAITAN DENGAN SYARIKAT YANG DIKAJI


Kaitan dengan projek yang akan dibangunkan adalah projek
telah

mempengaruhi sedikit sebanyak kelemahan yang

terdapat pada item-item dan ilustrasi yang dihasilkan oleh


syarikat ini. Antara kelebihan yang ada pada item-item dan
ilustrasi dipertingkatkan lagi untuk menghasilkan sesuatu
yang terbaik dan berkualiti untuk galeri tersebut.
2.5

GALERI SUTRA (SUTRA FOUNDATION)


Galeri Sutra terletak di Titiwangsa, Kuala Lumpur dan ditubuhkan pada
tahun 2007. Galeri ini dimulakan oleh Sutra Foundation yang diketuai oleh
artis tempatan terkenal iaitu Datuk Ramli Ibrahim.
Sutra Foundation merupakan sebuah yayasan yang menjadi banteng seni
tradisional

dan

kontemporari

di

negara

ini.

Ia

berusaha

untuk

mengembangkan seni persembahan dan seni visual melalui merangsang


semangat kreatif masyarakat Malaysia yang berbilang budaya. Sutra
Foundation dibimbing dand

ditadbir oleh lembaga pemegang amanah

saham, mereka terdiri daripada :


15

i.
ii.
iii.
iv.
v.

Datuk Ramli Ibrahim (Ketua)


Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Bin Md Abdullah
Dato Nor Zakiah Abdul Majid
Sivarajah Natarajan
Abdullah Abu Samah

Sutra Foundation mempunyai sebuah akademi tarian yang bernama Sutra


Dance Academy dan sebuah teater yang bernama Sutra Dance Theatre dan
sebuah galeri seni bernama Galeri Sutra (Sutra Gallery).

Rajah 2.6 : Logo Sutra Foundation


Galeri Sutra menempatkan koleksi karya seni terutamanya berkaitan dengan
seni tari. Galeri ini juga berfungsi sebagai platform untuk artis visual yang
mampu berinteraksi dengan penari dalam program residensi unik yang
memuncak melalui pameran karya-karya mereka.
Galeri Sutra menawarkan tempat alternative yang unik untuk seni visual di
Malaysia. Ia menerajui pameran lukisan dan fotografi bersama produksi
tarian telah mewujudkan pandangan bersepadu tentang seni persembahan
dan seni visual. Galeri ini mempunyai hasil karya kedua-dua artis tempatan
dan antarabangsa.
Antara lukisan atas canvas yang dipamerkan di Galeri Sutra yang bertajuk
Saberi Huntress oleh Sivarajah Natarajan

yang menggambarkan tarian

tradisional india iaitu Odissi :

16

Rajah 2.7 : Lukisan bertajuk Saberi Huntress di Galeri Sutra


2.5.1

VISI
Mewujudkan kesedaran seni tradisional dan kontemporari
sejajar dengan usaha untuk membentuk masyarakat yang
estetik dalam pembangunan negara

2.5.2

MISI
Memelihara, Memajukan dan mempromosikan kedua-dua
seni persembahan tradisional dan kontemporari di Malaysia

2.5.3

FUNGSI
i.

Mempromosikan Malaysia di peringkat kebangsaan dan


antarabangsa melalui persembahan yang pelbagai dan

ii.

inovatif
Mendidik masyarakat Malaysia tentang seni tradisional
dan kontemporari melalui program-program dan kursus-

iii.

kursus
Mengembangkan penglibatan masyarakat dalam semua
aspek

iv.

seni

persembahan

tanpa

mengira

bangsa,

kepercayaan atau agama


Menyediakan biasiswa untuk mengembangkan bakat seni
Malaysia ke tahap yang lebih tinggi

2.5.4

KELEBIHAN
Galeri ini selalu mengaitkan seni tari tempatan dengan karya
seni mereka. Dengan ini kedua-dua seni tari dan seni visual
dapat dikembangkan. Karya- karya dan pameran dijalankan
adalah bertaraf dunia kerana terdapat penglibatan orang
tempatan dan juga pengunjung dari negara luar.

2.5.6

PERKAITAN DENGAN SYARIKAT YANG DIKAJI


17

Kaitan dengan projek yang akan dibangunkan adalah projek


telah mempengaruhi sedikit sebanyak kelemahan yang
terdapat pada ilustrasi dan

item-item yang dihasilkan oleh

galeri ini. Antara kelebihan yang ada pada ilustrasi dan itemitem

tersebut

dipertingkatkan

lagi untuk menghasilkan

sesuatu yang berkualiti dan berjaya mencipta ilustrasi yang


bermutu kepada galeri tersebut.

BAB 3

METODOLOGI PEMBANGUNAN

18

3.0

PENGENALAN
Bagi mendapatkan hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi
merupakan aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya bagi menjamin bahawa
kaedah yang digunakan oleh penyelidik bersesuaian dengan kajian ini. Bab
ini menerangkan tentang metologi dan cara pembangunan projek ini serta
penggunaan medium yang telah digunakan bagi menyempurnakan projek
yang telah digunakan bagi

menyiapkan yang dihasilkan bagi galeri KL

Lifestyle Art Space. Kajian ini bermula dengan perancangan, analisis,


rekabentuk, aplikasi perisiian dan implementasi yang terdapat pada fasafasa pembangunan.

3.1

METODOLOGI
Fasa pembangunan rekabentuk ini membantu di dalam penyusunan kerja
yang lebih teratur dan kemas. Setiap fasa yang dijalankan adalah penting
untuk memastikan

setiap objektif yang telah dibangunkan menepati apa

yang dirancang.
3.2

PERANCANGAN
Perancangan dimulakan dengan mengenal pasti masalah. Dalam fasa ini,
penyelidik merancang cara untuk memperolehi maklumat tentang syarikat
atau galeri. Penyelidik merancang untuk melakukan kajian melalui laman
sesawang,sesi temu bual dan pemerhatian.
Perancangan yang digunakan adalah untuk menghasilkan ilustrasi tarian
tradisional India bagi galeri KL Lifestyle Art Space agar dapat ia mendapat
sambutan orang ramai. Penyelidik juga membuat perancangan mengadakan
pameran seni berkonsepkan tarian tradisional India.

19

3.2.1

Temu Bual
Berikut adalah soalan-soalan yang ditujukan kepada pekerja di KL
Lifestyle Art Space:
i.
ii.
iii.
iv.

Apakah latar belakang galeri ini?


Apakah matlamat dan tujuan membuka galeri ini?
Adakah galeri ini sering menganjurkan pameran seni?
Siapakah yang menghasilkan karya seni yang terdapat di

v.

galeri?
Adakah galeri ini menghadapi cabaran untuk bersaing

vi.

dengan galeri lain?


Adakah galeri ini mendapat sambutan daripada semua
lapisan masyarakat?

20

3.2.2

Pemerhatian
Berikut

adalah

gambar-gambar

yang

diambil

semasa

mengumpul informasi dengan kaedah pemerhatian :

Rajah 3.2 : Lukisan yang terdapat di KL Lifestyle Art


Space

21

Rajah 3.3 : Lukisan kanvas yang dipamerkan di KL


Lifestyle Art Space

3.2.3

Laman Sesawang
Berikut adalah gambar mengenai pengumpulan maklumat
melalui laman sesawang galeri KL Lifestyle Art Space :

http://www.kl-lifestyle.com.my/ ( 19.11.2014, 2.30 a.m )

Rajah 3.4 : Laman Sesawang galeri KL Lifestyle Art Space

22

3.3

ANALISIS
Dalam fasa ini, penyelidik telah memperoleh maklumat dengan
melayari internet dan membuat pemerhatian sendiri ke tatas syarikat
pesaing.
Berikut merupakan gambar yang menunjukkan laman sesawang
syarikat pesaing :
3.3.1

Laman Sesawang
http://www.icckl.com.my/ ( 19.11.2014, 2.34 a.m )

23

Rajah 3.5 : Laman Sesawang Galeri Pusat Kebudayaan India


(ICC Art Gallery)

http://www.tfa.org.my/ ( 19.11.2014, 2.28 a.m )

Rajah 3.6 : Laman Sesawang Lavanya Arts Di Temple Of


Fine Arts

http://www.sutrafoundation.org.my/sutra-gallery/
(19.11.2014, 2.22 a.m )

24

Rajah 3.7 : Laman sesawang Galeri Sutra di Sutra


Foundation

3.3.2

Pemerhatian
Berikut

merupakan

gambar-gambar

semasa

membuat

pengumpulan maklumat dengan kaedah pemerhatian bagi


syarikat pesaing :

Rajah 3.8 : Lavanya Arts di Temple of Fine Arts

25

3.4

REKABENTUK
Fasa ini adalah proses dalam mencari konsep atau tema bagi ilustrasi untuk
galeri. Beberapa rekabentuk ilustrasi telah dihasilkan setelah membuat
kajian tentang ilustrasi-ilustrasi yang sedia ada. Proses ini merangkumi
lakaran kasar (sketches) yang dihasilkan oleh penyelidik.
Pertama, proses membuat thumbnail dibuat, iaitu proses membuat lakaran
kasar dengan idea yang dillhamkan. Lakaran thumbnail ini bersaiz sebesar
ibu jari dan dihasilkan dengan bilangan yang banyak di atas kertas dengan
menggunakan pensel. Proses yang seterusnya adalah rough,iaitu proses
lakaran dengan lebih jelas dan terperinci berbanding dengan thumbnail.
Proses yang ketiga ialah semi-komprehensif iaitu lakaran yang dipilh dari
rough dan dilakar dengan lebih teliti dan tepat. Proses yang terakhir ialah
komprehensif iaitu proses menggunakan medium ilustrasi iaitu kanvas.
Penyelidik juga menggunakan aplikasi perisian bagi menghasilkan item-item
lain.

26

Dalam fasa ini, penyelidik dapat menentukan konsep bersesuaian bagi


rekabentuk yang dihasilkan. Antara konsep yang telah penyelidik pilih ialah
konsep fantasi dan konsep alam. Berikut adalah proses rekabentuk bagi
konsep-konsep tersebut :

Rajah 3.9 : Thumbnail lukisan yang berkonsepkan fantasi dan alam

27

Rajah 3.10 : Rough lukisan berkonsepkan fantasi dan alam

Rajah 3.11 : Rough lukisan berkonsepkan fantasi dan alam

28

Rajah 3.12 : Rough lukisan berkonsepkan fantasi dan alam

Rajah 3.13 : Rough lukisan berkonsepkan fantasi dan alam

29

Rajah 3.14 : Rough lukisan berkonsepkan fantasi dan alam

30

3.5

APLIKASI PERISIAN ATAU MEDIUM


Dalam fasa ini proses rekabentuk ilustrasi dihasilkan dengan menggunakan
perisian. Penyelidik telah menentukan perisian yang bersesuaian bagi
menghasilkan sesuatu rekabentuk.
Antara perisian yang telah digunakan adalah Adobe Photoshop,Adobe
Illustrator, Microsoft Office Word, Microsoft Office PowerPoint dan Easy
Paint Tool SAI.
Adobe Photoshop telah digunakan bagi mengedit gambar dan memberi
kesan khas bagi rekabentuk yang dibangunkan. Adobe Illustrator digunakan
bagi tujuan mendapatkan imej vector dan menghasilkan tipografi yang
digunakan bagi item yang dihasilkan. Microsoft Office adalah untuk
membuat kertas cadangan dan Easy Paint Tool SAI digunakan untuk
menghasilkan lakaran berwarna.

3.6

IMPLEMENTASI
Dalam fasa ini merangkumi proses di mana penyelidik telah menentukan
hasil kerja yang telah diaplikasikan pada jenis material yang bersesuaian.
Antara perkara yang dikaji oleh penyelidik ialah jenis kanvas dan kos
anggaran bagi item-item untuk dicetak. Semua yang dirancang dalam fasa
ini telah diimplimentasikan ke atas item-item yang dikenalpasti.
Item-item utama iaitu painting akrilik dihasilkan menggunakan kanvas dan
akrilik sebagai mediumnya.Saiznya berukuran 4x4 kaki. Item painting mix
media pula dihasilkan menggunakan kapas, benang dan wayar emas.
Painting kolaj dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan seperti dahan
dan akar tumbuh-tumbuhan sebagai latar belakangnya dan lukisannya
dihasilkan di atas kanvas dengan menggunakan akrilik. Manik-manik juga
digunakan bagi menonjolkan lagi kolaj yang dihasilkan.

31

Lukisan dihasilkan dengan menggunakan akrilik dengan menggunakan


kaedah percikan cat (splash) dan juga pensil. Digital printing dihasilkan
bersaiz 4x4 kaki.

3.7

RUJUKAN
3.7.1

Laman Sesawang
Berikut adalah alamat laman sesawang yang digunakan sebagai
rujukan :
i.

http://www.kl-lifestyle.com.my/ ( 19.11.2014, 2.30 a.m )

ii.

http://www.icckl.com.my/ ( 19.11.2014, 2.34 a.m

iii.

http://www.sutrafoundation.org.my/sutra-gallery/(19.11.2014,
2.22 a.m )

iv.

http://www.tfa.org.my/ ( 19.11.2014, 2.28 a.m )

32

Anda mungkin juga menyukai