Anda di halaman 1dari 9

MEMORANDUM

Kepada: Daripada:

En. Mohd. Fakri Bin Yusof, Pengerusi,


Timbalan Pengarah Keselamatan, Majlis Perwakilan Pelajar,
Kampus Kesihatan, Kampus Kesihatan,
Universiti Sains Malaysia. Universiti Sains Malaysia.

Tarikh:

15 JUN 2009

Tuan,

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN SISTEM KESELAMATAN DI KAMPUS


KESIHATAN USM MENURUT PERSPEKTIF PELAJAR

Saya dengan hormatnya merujuk kepada di atas.

2. Sehubungan dengan itu, dalam usaha mewujudkan kampus yang selamat untuk
para pelajar, kami, Majlis Perwakilan Pelajar ingin mencadangkan beberapa langkah yang
perlu di ambil oleh pihak jabatan keselamatan dan Universiti dalam usaha untuk
memastikan keselamatan pelajar adalah pada tahap yang optimum.

3. Sebelum itu, disini kami ingin memperlihatkan kelemahan yang ketara pada sistem
yang diamalkan buat masa kini lantas membuktikan bahawa sistem yang sedia ada perlu
penambahbaikan. Pendedahan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi untuk
memperlihatkan kelemahan yang perlu diperbaiki untuk keselesaan dan keselamatan warga
kampus melalui kerjasama antara pihak Jabatan Keselamatan, USM dan Majlis Perwakilan
Pelajar(MPP).

i. Pemeriksaan kenderaan keluar masuk- Daripada pemerhatian MPP dan pelajar,


tahap keselamatan kenderaan di dalam kampus
adalah pada tahap yang rendah terutamanya
motosikal pelajar. Hal ini kerana kenderaan yang
keluar daripada USM melalui pintu A hanya perlu
melakukan 2 prosedur yang amat mudah
dipatahkan oleh pencuri kenderaan. Pertama,
memasukkan kad kenderaan ke dalam kotak yang
disediakan dan kedua, menulis nama dan data-
data yang diperlukan pada buku log di pintu
keselamatan tanpa dipantau oleh penjaga
keselamatan yang bertugas. Lebih malang lagi ada
sesetengah kenderaan yang keluar tanpa melalui
prosedur tersebut namun tiada tindakan yang
diambil oleh pihak keselamatan. Jika hendak
difikir logiknya, pencuri kenderaan tidak
mempunyai masalah untuk melakukan prosedur
tersebut memandangkan prosedur yang amat
mudah. Kami MPP melihat prosedur itu hanyalah
berbentuk psikologi semata-mata dan kurang
efisyen. Selain itu juga, daripada pemerhatian
kami buku log tersebut tidak diisi dengan
informasi yang betul namun tiada tindakan yang
diambil justeru membuktikan sistem ini kurang
efisyen. Eksperimen turut telah dibuat oleh MPP
sendiri dengan meminta pelajar mengisi maklumat
yang salah tatkala mengisi buku tersebut dan
hasilnya tiada tindakan dikenakan kepada pelajar
tersebut dan ini sekali lagi membuktikan sistem
tersebut adalah kurang efisyen dan perlukan
penambahbaikan.

ii. Penjagaan motosikal pelajar di garaj- Sistem yang diamalkan oleh pihak
keselamatan dalam menjaga keselamatan
motosikal di garaj motosikal pada pengamatan
MPP dan pelajar adalah kurang efisyen.
Pertamanya, akan ditempatkan pengawal
keselamatan untuk menjaga motosikal di garaj
tersebut. Namun apa yang menimbulkan
persoalan disini mengapa masih ada kes motosikal
pelajar yang hilang. Memang tidak dinafikan
kekerapannya adalah rendah namun perlu
difahami bahawa pencuri motosikal ini bukan
mudah untuk ditangkap dan mempunyai strategi
yang mantap. Sekiranya pengawal keselamatan
yang bertugas di garaj tersebut sepanjang malam
sudah pasti tiada kes-kes kecurian motosikal di
kampus kesihatan. Daripada pengamatan kami,
kesilapan yang dilakukan oleh pihak keselamatan
disini adalah memberikan tugas lain kepada
pengawal yang bertugas di garaj seperti meronda
ke tempat lain. Meskipun pihak keselamatan telah
melihat inilah puncanya namun tiada tindakan
penambah baik yang diambil oleh pihak
keselamatan. Keduanya, penyediaan rantai besi di
garaj motosikal namun tidak dimanfaatkan oleh
pelajar. Daripada temubual dengan pelajar, pelajar
tidak memanfaatkan kemudahan tersebut
memandangkan kemudahan tersebut tidak
menjamin keselamatan motosikal mereka.
Motosikal yang dikunci depan belakang turut
boleh dicuri inikan pula hanya rantai besi yang
disediakan untuk tayar hadapan motosikal. Rantai
yang disediakan tersebut adalah tidak kukuh dan
mudah untuk dipotong. Tambahan lagi dengan
teknologi kini, dengan menggunakan sejenis gas
untuk melemahkan rantai besi tersebut sebelum
terputus dengan sedikit hentakan. Selain itu juga
tiada kemudahan CCTV di garaj motosikal untuk
memastikan pencuri motosikal boleh dikenal pasti
sekiranya terdapat kes kecurian.

iii. Kemudahan CCTV di desa-desa- Jika diperhatikan di desa-desa bilangan CCTV


adalah pada kuantiti yang agak banyak meskipun
banyak lagi tempat strategik yang perlu dipasang
CCTV ini namun malangnya banyak daripada
CCTV tersebut tidak berfungsi. Justeru hal ini
telah meletakkan keselamatan pelajar dan barang
pelajar adalah pada tahap yang tidak selamat.
Selain itu juga, bukan sekadar tidak berfungsi,
meskipun berfungsi ”megapixel” CCTV tersebut
adalah rendah dan menyukarkan proses
pengecaman suspek. Hal ini boleh dibuktikan
melalui beberapa kes seperti suspek yang mencuri
motosikal pelajar tidak dapat dicam dan apa yang
lebih malang lagi bukan sekadar wajah tidak dapat
dicam malah nombor flat motosikal turut sukar
untuk dicam lantas menyukarkan prosedur-
prosedur seterusnya. Selain itu juga, kes pelajar
tahun 1 Kursus Doktor Perubatan yang dipukul
sehingga pengsan semasa pilhanraya kampus yang
lalu turut mengalami kesukaran dalam proses
mengecam suspek memandangkan banyak CCTV
yang tidak berfungsi dan meskipun ada yang
berfungsi namun kualiti gambar yang dihasilkan
adalah pada tahap tidak memuaskan.

iv. Sistem melaporkan kes keselamatan- Sistem yang diamalkan oleh pihak
keselamatan bagi pelajar untuk melaporkan
sekiranya berlaku kes kecurian, orang luar masuk
ke desa adalah dengan menggunakan telefon
intercom yang disediakan disetiap desa dengan
hanya perlu mendail 4999. Kami MPP melihat
metod ini adalah tidak efisyen malah
menyukarkan pelajar untuk membuat aduan
dalam kes-kes kecemasan. Selain itu juga, bukan
semua telefon yang terdapat di desa ini berfungsi
dan sekiranya yang berfungsi adalah sukar untuk
dicapai memandangkan jarak yang jauh. MPP
melihat perkara ini antara sebab musabab pelajar
enggan melaporkan kepada pihak keselamatan
sekiranya ada orang asing masuk ke desa.

v. Laluan padang dari Nurani ke Murni- Sejak dahulu lagi, pelajar yang menggunakan
laluan pintas Nurani-Murni iaitu merentasi padang
bola mempertaruhkan nyawa mereka ketika
melalui laluan tersebut pada waktu malam. Tiada
sebarang bentuk pencahayaan yang disediakan
untuk laluan tersebut. Apa yang dikhuatiri oleh
MPP adalah haiwan-haiwan yang berbisa yang
mungkin terdapat di padang tersebut dan tidak
boleh dilihat oleh pelajar pada waktu malam dan
juga kondisi-kondisi bahaya yang mungkin
terdapat di padang.

vi. Pekerja-pekerja luar di dalam kampus- Daripada pemerhatian MPP dan


pelajar, kini semakin hari semakin ramai pekerja
luar yang membuat kerja-kerja di dalam Kampus
Kesihatan namun tiada sebarang bentuk identiti
yang diberikan kepada mereka dan hal ini
menyukarkan pelajar untuk mengenal pasti orang
luar yang ingin mengambil kesempatan untuk
melalukan jenayah curi di dalam kampus
terutamanaya di desasiswa.

4. Antara cadangan-cadangan yang diperolehi hasil perbincangan antara MPP dan


pelajar kampus kesihatan dalam usaha untuk memastikan keselamatan warga kampus
adalah pada tahap optimum lantas sejajar dengan status Universiti APEX adalah seperti
berikut:

i. Bagi masalah yang melibatkan kenderaan keluar masuk pada pintu A


universiti, MPP mencadangkan agar bermula pada sesi 2009/2010 sistem kad
kenderaan digunakan sepenuhnya dan bukannya hanya bergantung kepada stiker
kenderaan. Pihak keselamatan perlu menghasilkan sebuah kad kenderaan
beserta dengan nombor siri,nombor kenderaan dan jenis kenderaan. Kad
kenderaan ini digunakan bermula jam 7.00pm ke atas. Setiap kenderaan yang
keluar pada masa tersebut perlu menyerahkan kad tersebut kepada pengawal
keselamatan yang bertugas ”by hand” dan tindakan yang perlu diambil oleh
pengawal keselamatan tersebut adalah memastikan kad tersebut merupakan kad
kepada kenderaan tersebut sebelum membenarkan kenderaan tersebut keluar
melepasi pagar pintu A. Bagi kenderaan yang masuk pula, pemilik kenderaan
hanya perlu memberitahu pengawal keselamatan nombor siri kad kenderaannya
dan pengawal keselamatan tersebut perlu mencari kad milik individu tersebut.
Prosedur ini perlu dilalui bukan sekadar motosikal tetapi kereta bagi
mengelakan kemungkinan pada masa akan datang berlakunya kes kecurian
kereta. Manakala pada musin cuti semester, bagi pelajar yang meninggalkan
kenderaan di USM, mereka perlu menyerahkan kad kenderaan kepada pihak
keselamatan sebagai tanda kenderaan terbabit tidak dibenarkan keluar USM
selagi kad tersebut tidak dituntut balik. MPP percaya melalui prosedur ini, kes
kecurian motosikal boleh dibanteras dengan jayanya. Sebarang kes yang berlaku
selepas ini adalah merupakan kesalahan pelajar sendiri dan prosedur siasatan
adalah lebih mudah.

ii. Bagi masalah penjagaan motosikal di garaj motosikal, MPP mencadangkan


agar diadakan palang besi rendah untuk tujuan mengunci bahagian tayar
hadapan motosikal pelajar. Kami yakin dengan adanya kemudahan ini kes
kehilangan motosikal pelajar dapat diatasi dengan jayanya. Sila rujuk lampiran
berkenaan bentuk palang besi yang dicadangkan oleh MPP. Selain itu juga kami
memohon agar palang besi tersebut bukan sekadar dibuat pada garaj motosikal
Murni dan Nurani malah turut pada bahagian belakang bangunan desasiswa
Nurani memandangkan kapasiti garaj motosikal di desasiswa Nurani adalah
tidak mampu menampung bilangan motosikal yang sedia ada.

iii. Bagi kemudahan CCTV di dalam kampus terutamanya di desasiswa, MPP


mencadangkan agar semua CCTV dipantau setiap bulan untuk memastikan
ianya berfungsi dan bukannya bertindak sebagai hiasan semata-mata. Bagi
CCTV yang telah sedia ada, kami memohon agar CCTV tersebut digantikan
dengan CCTV yang baru yang mana memiliki ”megapixel” yang lebih tinggi
agar dapat memaparkan imej yang berkualiti dan jelas sekiranya ingin
melakukan proses pengecaman suspek. Justeru itu juga kami memohon agar
bilangan CCTV ini di tambah dan fokus utama kepada tempat- tempat yang
strategik. Bagi masalah kekurangan pengawal keselamatan untuk berkawal
dalam kampus, kami mencadangkan agar pihak keselamatan tidak lagi membuat
rondaan sahaja tetapi perlu diadakan sebuah bilik CCTV yang mana akan
ditugaskan pengawal keselamatan untuk memantau tahap keselamatan melalui
CCTV yang telah dipasang di tempat-tempat yang strategik ini. Melalui kaedah
ini secara tidak langsung akan mengurangkan kadar kes kecurian dan
pencerobohan desa oleh orang luar kerana suspek boleh dikesan semasa masuk
ke desasiswa lagi. Walaubagaimanapun kami memohon agar tempat-tempat
”privacy” pelajar tidak dipasang CCTV ini dan sekiranya ada keperluan diharap
pihak keselamatan memberi papan tanda amaran bahawa kawasan tersebut
dipasang CCTV.

iv. Berhubung dengan prosedur aduan pelajar kepada pihak keselamatan sekiranya
ada berlaku kes jenayah ataupun pencerobohan orang luar ke dalam desasiswa,
MPP mencadangkan kaedah lama tersebut ditambah baik dengan
mempelbagaikan saluran aduan. Sekiranya sebelum ini pelajar perlu membuat
aduan melalui telefon yang disediakan di desasiswa, kini kami mencadangkan
agar pelajar boleh membuat aduan menggunakan SMS ataupun telefon bimbit
dan kami merasakan kaedah ini lebih efisyen berbanding menggunakan telefon
yang jauh daripada bilik penginapan pelajar. Selain itu juga, proses aduan ini
akan menjadi lebih mudah kepada para pelajar. Tambahan lagi, kami juga
mencadangkan agar pihak keselamatan menampal kaedah saluran aduan yang
boleh digunakan oleh pelajar dengan menampal stiker nombor telefon, telefon
bimbit dan maklumat yang dirasakan perlu pada pintu bilik setiap pelajar seperti
apa yang dilakukan oleh pihak keselamatan Kampus Induk di Penang.

v. Berkenaan dengan laluan pintas pelajar pada waktu malam antara desasiswa
Murni dan Nurani iaitu merentasi padang bola sepak, MPP mencadangkan agar
disediakan ”spotlight” yang akan bertindak sebagai sumber pencahayaan pada
waktu malam bagi pelajar yang melalui laluan pintas tersebut. Diharap melalui
kemudahan ini,keselamatan pelajar adalah lebih terjamin kelak. Antara tujuan
pelajar yang sering bergerak antara 2 desa ini hasil daripada pemerhatian MPP
adalah belajar berkumpulan, mesyuarat projek kampus, membeli ”lecture note”,
latihan persembahan dan lain-lain.

vi. Berhubung dengan masalah pekerja bukan staff USM, MPP mencadangkan
agar pekerja-pekerja ini diwajibkan untuk memakai tag nama atau tag
pengenalan khas yang menunjukkan mereka adalah pekerja luar yang sedang
bertugas di dalam USM dan sekaligus memudahkan pelajar untuk membuat
perbezaan diantara orang luar dan pekerja. Selain itu juga, ini akan mewujudkan
rasa lebih selesa dan yakin para pelajar terhadap keselamatan mereka semasa
pekerja ini menjalankan tugas terutamanya di desasiswa.

vii. Justeru itu juga, MPP memohon agar pihak keselamatan turut mengambil
tindakan terhadap pasangan-pasangan yang berdua-duaan selepas jam 12 malam
di dalam kampus seperti menegur dan mengarahkan pelajar terbabit kembali
pulang ke bilik masing-masing termasuk pasangan yang berdua-duaan kononya
atas alasan belajar. Kami melihat gejala ini menjejaskan reputasi mahasiswa dan
mahasiswa Universiti APEX khususnya dan USM amnya dan juga merosakkan
citra pemandangan pada waktu malam di dalam kampus. Bagi pasangan yang
menganut agama Islam, perbuatan ini adalah merupakan dosa dan sebagai pihak
yang berkuasa, tindakan perlu diambil dan bukannya sekadar membenci
didalam hati kerana itu adalah selemah-lemah iman. Selain itu juga, kegiatan
duduk berdua-duan ini adalah bertentangan dengan konsep kelestarian yang
menjadi kebanggaan USM yang mana antara elemen penting untuk mencapai
objektifnya adalah para pelajar perlu lestari daripada segi rohani.

Oleh yang demikian, besarlah harapan kami, Majlis Perwakilan Pelajar USM agar tindakan
yang segera diambil oleh pihak tuan agar tahap keselamatan para pelajar di dalam kampus
ini adalah pada tahap optimum dan masalah yang sama tidak berulang sejajar dengan status
Universiti APEX iaitu status yang meletakkan USM pada kelas dunia .
Sekian, saya ucapkan terima kasih di atas perhatian dan kerjasama tuan.

“MEMASTIKAN KELESTARIAN HARI ESOK”


“KEARAH MAHASISWA MENTALITI KELAS DUNIA ”

Yang menjalankan tugas,

RAZZI BIN MASANI


e-mel: rhazes_21@yahoo.com

s.k. Y. Bhg. Prof. Omar Osman,


Timbalan Naib Canselor, BHEPP

Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Mafauzy Mohamed


Pengarah kampus, Kampus Kesihatan USM.

Y. Brs. Ir. Hj. Norazman Hj. Mahamood


Timbalan pengarah, Jabatan Pembangunan.

Y. Brs. En. Hafiz Assad Zakaria


Ketua Penolong pendaftar, BHEPP.

Y. Brs. Tn. Hj. Yusoff Abdullah,


Pengawa,
Desasiswa Nurani, Kampus Kesihatan USM.

Y. Brs. Dr. Rushdan Ismail,


Pengawa,
Desasiswa Murni, Kampus Kesihatan USM.
MEMORANDUM
KESELAMATAN
PELAJAR
MAJLIS
PERWAKILAN PELAJAR
08/09
KAMPUS KESIHATAN
USM

Anda mungkin juga menyukai